Saturday 24 November 2012

Khasiat Air Kelapa Muda untuk Ibu Hamil

Air kelapa memang banyak keistimewaannya. Untuk ibu yang hamil, meminum air kelapa sememangnya amat digalakkan. Minum air kelapa fresh2. Kalo kat tempat kak kenari putih ni, harganya rm2.50 ke rm3.00 sebijik. Memang sedap ayaq nyok. Patutla masyuk meniaga air kelapa. Ibu hamil inilah masa kita nak minum air kelapa. Nanti dalam pantang dah tak boleh minum.

Kak list sedikit khasiat air kelapa untuk ibu hamil ni:

*** Kulit baby halus mulus. Apabila baby beliau lahir nanti, kulit baby inshaAllah licin n halus mulus. 

***Dapat meningkatkan sistem imun badan. Sebabnya dlm air kelapa bersifat antivirus n antibakteria dimana boleh melindungi tubuh badan drpd seragan pelbagai penyakit. Dengan itu, kesihatan ibu n baby lebih terjamin.

***Mengatasi lenguh2 kaki. Ibu hamil juga perlukan kalium dimana pengambilan kalium dapat mengatasi lenguh2 kaki. Dalam air kelapa ada unsur kalium ni. Barula ibu n baby bersemangat kan. 

***Mestabilkan suhu badan. Ibu hamil ni kan selalu rasa panas kan. Dengan minum air kelapa suhu tubuh badan inshaaAllah dapat distabilkan. Itu le jugak bila kanak2 or baby demam, kita boleh bagi air kelapa ni jugak utk menstabilkan kembali suhu badan. Kira macam alternatif le drpd bg anak2 kita ubat drpd klinik or farmasi. 

Okle, itu saja tips ibu hamil daripada kak kenari putih ye. Tak mengandung pon boleh minum jugak. Memang bnyak khasiatnya air kelapa ni bukan saja untuk ibu hamil, tapi untuk kita, anak2 kita bak kata untuk semua. :) 



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...