Sunday 27 October 2013

Tip-tip nak pilih kolagen jangan heran laki korang cari lain

Salam and Goodday everyone,

Apa kabar? Kak kenari harap semuanya sihat belako ye. ;) Kak kenari tiba2 selsema. Kat luar rumah kak kenari baru sudah hujan rintik2. Kak kenari tak keluar rumah pon. Cuma pagi tadi keluar pergi kedai beli ayam mentah n benda2 nak masak hari ni. Hihihi. Okla 1 hari ni merajinkan diri masak2, layan anak2. semalam akhirnya baju yang bergunung tu akhirnya selesai jugak kak kenari lipat sampai habis. hihihi.. Okla, untuk kali ni kak kenari nak cerita pasal kolagen lagi. Kali ni kak kenari nak cerita pasal tip-tip nak pilih kolagen supaya bak kata heran apa laki cari lain, 1 pergi 10 mari, hahaha....

Biasala hidup kita ni kan, bagi kita wanita merangkap isteri ni hari kerja biasa kita pergi pejabat. Hari cuti kita jadi bibik. Hehe.. Yela segala2 nya begitu banyak kita nak buat. Hihi. Jadi isteri mana kita boleh nak dok saja, laki kita pon menyampah. Macam kita jugak tengok laki kita dok goyang buat benda ala bujang kita nyampah ye dak. Hahaha.. Kita suka kalau laki kita sama2 buat kerja2 rumah, sama2 layan anak... Hehe.. 

Okla, jom straight forward topik kita ok, tip-tip nak pilih kolagen untuk tak begitu heran kalau laki kita cari lain. Haha.. Korang jangan heran lak yer kak kenari dok ulang laki cari lain, laki cari lain.. Kalau laki ku cari lain, baru der... Haish.. Ahaha... Senang kata kak kenari pon tak mau laki cari lain walaupun dah tentu ada 10 dok beratur sudi dengan ai lagi...hahaha... Jadinya kalau tak mahu tu pengetahuan mengenai kolagen harusla ambil tahu. Sebab bila umur makin dok meningkat, kolagen dalam badan makin dok menyusut. Kulit kita pulak makin dok kusam dan dah tak anjal lagi. Dah mula la dok pelan2 kendur dan pelan2 dok layut tang sana sini. Badan pon dah mula lenguh sana, lenguh sini, sakit kaki, kebas kaki, lenguh tangan, lenguh kaki, sakit-sakit sendi. Tu semua tandanya kolagen kita dah tak mau perform well la. Nak perform well lagu mana... umur dok meningkat, kolagen dok menyusut, kita buat dek je ke kolagen tu, tak usaha pon nak topup kolagen tu. Sama la macam kereta kita ni kan, kalau tahu naik je, servis kereta balok, kereta pon meragam le kan. So same goes untuk badan kita, normal la lenguh sana sini, layut sana sini, hihihi... 

Ok, kalau kita sayangkan diri kita ni dan mahu bebas daripada suami or laki kita kata kita layut, kendur, kedut, lenguh kaki, lenguh tangan, lenguh badan, harusla kita topup semula jumlah collagen dalam badan kita. Takkan nak biar sajakan. Kata nak cantik, lawa, anjal, montok2 kan ;)

Kolagen banyak di pasaran, tinggal nak pilih yang mana mau saja kan.  Awas ya, hati-hati dengan jenama kolagen yang korang nak beli tu. Pastikan kolagen yang menjadi pilihan korang tu kolagen yang kategori selamat, berkesan dan semulajadi. 

Saintifiknya, kolagen dalam badan kita mula menyusut bila usia kita mencecah 25 tahun dengan pengurangan 1.5% setiap tahun. 1.5% kemerosotan kolagen ni ialah kemerosotan kolagen semulajadi tau belum lagi sebab dan faktor-faktor lain serta punca-punca lain yang sebabkan kolagen ni akan drop atau menyusut dengan drastik lagi, hehe... 

Selain kemerosotan semulajadi, of courselah sebab amalan diet yang tak seimbang, pencemaran alam dan akibat serangan radikal-radikal bebas setiap hari. Empat sebab ni dah cukup untuk mempercepatkan lagi proses penuaan sebelum usia. Haa, takut kan atau mesti kitabpon tak mau dengan statement conversation macam kat bawah ni:

A: Umur berapa?
B: 26 tahun
A: o.. muda lagi. I thought you 36 years. Sorry...

Conversation ni very the laser kan. Hehe.. tapi A is clear kan. Tak kutuk belakang. Kalau A puji B or A tak cakap apa, maybe A dok cakap dalam hati tengah briefing B, hehe... Tah2 A kutuk B rapat tak hengat, hehehe...

Sekarang ni walaupun ada orang tak kisah umur 26 nampak macam 36 (tua 10 tahun tu beb! Hihi..) ... Atau maybe husband or laki dia pon jongos kot, hehehe... tak boleh belah kan statement ni... hahaha... takpa, yang paling penting korang jangan jongos-jongos. Muka, kulit tu kena cantik n lawa macam Izara Aishah, baru la laki a.k.a husband korang rasa terancam. Bini aku lawa, cun melecun, aku sayang bini aku :-D. Jangan pulak ada laki kasanova datang nak mengorat bini aku. Aku menyesal tak sudah bini aku jatuh cinta dengan laki kasanova. Tak layak laki lain untuk bini aku yang cun-melecun, cantik luar, cantik dalam, patutnya aku satu-satunya laki n suami bini aku dunia akhirat! 

Ok la berbalik cerita kolagen tadi, tip-tip penting yang korang kena tahu dalam nak pilih kolagen yang terbaik dan tulen di pasaran. 

Firstly, kena tau ada dua sumber utama kolagen, iaitu bovined derieved collagen (kolagen sumber lembu) dan marine derived collagen (kolagen sumber laut dalam). Ambil perhatian ya, kolagen sumber laut dalam biasa lebih tinggi harganya daripada kolagen sumber yang lain. 

Perbezaan antara dua kolagen ni, sumber marin dan sumber lembu:

Kolagen sumber marin adalah 60% lebih asli daripada kolagen sumber lembu. 

Jadi korang buat pilihan bijak ok, lagi elok kita dapatkan kolagen ni melalui makanan daripada kita dok suntik sana sini sebab nak anjal dan montok-montok kan. Sebab kolagen melalui suntikan agak merbahaya. Kolagen melalui suntikan ini, cenderung menggunakan kolagen daripada sumber lembu. Prosedur suntik menyuntik ini sekiranya tidak dilakukan dengan baik, boleh mengakibatkan kulit muka jadi kembung atau bloated. Fuhh, seram tumkan.... Mintak simpanglah! 

Kalau geng2 selebriti ramai gak yang ada buat la kalau korang perasan. Tengok pon kita tau, hehe.. Tak payah artis hollywood, bollywood, artis malaysia pon ramai yang buat, hehe.. trend kot kan, hehe.. Kak kenari memang tak berani la. Pulak lagi prosedur suntik menyuntik ini perlu diulangi selepas beberapa bulan, sebab prosedur yang dah dibuat sebelum ni telah di metabolismekan oleh badan kita. Jadi haruslah suntik lagi kalau nak stay anjal dan montok kan. Sanggup ke korang nak kena suntik pulak lagi. Lama-lama sampai dah tak dak nak suntik kat mana lagi. Habis semua tempat dah kena suntik... Hahaha...hajat nak jadi anjal, montok sana sini tak kesampaian tapi muka dan kulit jadi kembung/bloated sana sini. Seram tu kan.... Duit dah melayang, tapi hasilnya langsung menyeksakan! Orang lain tengok pon seram! 

Jadi, semestinya elok lagi kan korang pilih kolagen daripada sumber makanan. Pilihlah kolagen sumber makanan daripada sumber marin air laut dalam. Pastikan juga kolagen tersebut selamat, sentiasa berkesan dan semulajadi. Kalau tanya kat kak kenari, kak kenari recommend kolagen jenama shaklee la, collagen powder shaklee ;)
Dijamin tak menyesal berbelanja untuk amalkan kolagen jenama shaklee ni. ;)

Kolagen terdiri daripada tidak kurang 28 jenis. Contohnya kolagen jenis 2 adalah bagus untuk sendi. Manakala untuk kulit, kita perlukan kolagen jenis 3 dan jenis 7 untuk anti kedutan. 

Secondly kena tau, dan kena pilih kolagen yang bermolekul ringan di pasaran. Berat molekul untuk kolagen di ukur dalam unit dalton. Saiz kolagen yang lebih kecil adalah lebih bagus dari segi penyerapan yang optimum serta kesan yang lebih cepat. Dan dari segi harga, tentulah yang lebih best dan kualiti itu sangatlah berbaloi dengan harganya. Yela beb, nak dapatkan sumber kolagen di perairan laut dalam bukan satu perkara yang semudah ABC. Perlukan equipment dan perancangan yang teliti kan. Jadi semuanya akan masuk dalam kos modal, hehe...

Berbalik cerita tadi, kolagen yang patut menjadi pilihan korang sekali lagi diulang mestilah kolagen yang bermolekul sangat ringan. Kalau korang jumpa 5,000 dalton dan 1,000 dalton, jadi korang mesti buat pilihan bijak pilih kolagen yang ada 1,000 dalton tu. Dilulang sekali lagi, saiz kolagen yang lebih kecil adalah lebih bagus dan dari segi penyerapan lebih optimum, mudah diserap oleh badan serta berikan korang kesan yang lebih cepat.

Thirdly, pilih kolagen yang mempunyai antioksida yang tinggi untuk kurangkan dan kawal proses penuaan, terutamanya untuk protection kulit kita daripada sinaran UV.

Fourthly, pilih kolagen daripada jenama yang trusted brand.

Fifthly, pilih kolagen yang tahan lasak. Contohnya macam kolagen daripada sisik ikan merah ni. 

Kalau korang nak baca detail tentang collagen tahan lasak yang best ni, klik kat link yang kak kenari dah bagi tu ok :D

Ok, yang tu saja 5 ciri kolagen yang kak kenari recommend kat korang. Lain2 tu hanyalah nak mengingatkan korang supaya korang sedar badan korang makin menyusut kolagen. Kalau nak laki kramg gembira, korang pon sama-sama jugak gembira, topup la kolagen tu. Lagipon bulan ni ada promosi untuk collagen jenama shaklee. Hihi. 
Memang patut rembat promo untuk collagen powder shaklee ni. Pulangannya memang berganda. 

Dapat free membership shaklee. Haa, dah pulak dapat free membership, next month tu dapat bonus shaklee tau. Menarik sangat. Untuk bulan oktober yang tinggal beberapa hari lagi ni, memang best sebab kalau beli 6 kotak boleh dapat free 1 kotak. Haa best sangat kan :D. Boleh la kita ajak kawan2 pon beli sekali kumpul order untuk 1 resit. ;D

Untuk dapatkan kolagen jenama shaklee ni hubungi kak kenari tau! Orait, yang berminat tu mesti hubungi kak kenari. ;D. Konsultansi dan harga best semuanya dalam pakej kak kenari :D

Your Shaklee Independent Distributor; 

 Jannah (ID: 910562) 


 Tel/SMS/WhatsApp : 017-4556648

 FB Fanpage & Blog : KenariPutih


 URL Blog: http://kenariputih9727.blogspot.com/


 URL FB Fanpage: http://www.facebook.com/KenariPutih9727


 Email: kenariputih9727@gmail.com









Tuesday 22 October 2013

Collagen Powder Shaklee Terbaik untuk Kita – Best Collagen

Salam and good day semua likers fanpage kak kenari. Firstly, tq so much buat anda semua kerana masih ingat pada kak kenari ni. Hihihi... Kak kenari selalu check inbox kak kenari. Pada semua yang PM kak kenari, PM anda semuanya berbalas kan... ;) .. Tq so much tau support kak kenari. 

Ok, bulan october 2013 ni, semua mesti tahu tau promo bulan ni ialah promo untuk produk collagen powder shaklee. Woweeee.... Special offer weh bulan ni, bulan lain tak ada. Sebab bulan ni kita dapat offer harga best sangat untuk collagen ni. Buy 6 get 7. Jom la, untuk yang teruja nak cuba collagen ni, bulan ni la kan. Apa yang best tentang collagen ni? Dan apakah bezanya dengan collagen rumpai laut? Hahaha... Dari segi harga? Collagen rumpai laut pon ada banyak gred kan dan beza daripada color atau warna dia kan. Katanya yang collagen rumpai laut hijau tu paling bagus. Hihihi.. Kak kenari pon tau jugak le sikit2 pasal collagen rumpai laut tu. Tapi kak kenari tetap memilih collagen powder shaklee ni. Hihihi... Sebab collagen powder ni milik syarikat yang dah bertahan lebih 50+ tahun dah kat pasaran dunia ni. Lagipun, slogan shaklee buatkan kak kenari confident dan yakin (sama kan the makna? Hehe). Apa slogan shaklee? Ni slogan shaklee - sentiasa selamat, sentiasa berkesan dan sentiasa semulajadi. Haaa, best kan, lagi best sebab semua produk-produk shaklee ni menjalani clinical test tau. Beratus-ratus research atau penyelidikan ke atas produk shaklee dijalankan setiap tahun. Tu tak masuk testimoni penguna-pengguna kat Malaysia ni lagi. Dalam grup eksklusif kak kenari join memang bersepah testimoni collagen powder shaklee ni daripada customer-customer yang konsisten mengamalkan produk collagen powder shaklee ni. Ada yang jeragat hilang, kulit tangan jadi lembut halus mulus, moist, sakit2 sendi dan lenguh2 kaki pon boleh berkurang tau, bukan hanya sekadar kecantikan semata2 tapi jugak untuk kesihatan kita. Jadi, selain kita golongan pertengahan usia ni, haruslah mak2 kita yang dah veteran pon boleh cuba jugak kan. Maklumla orang berusia ni selain kulit dah semakin tak anjal, lenguh kaki, lenguh tangan, lenguh sana, lenguh sini. Haa, sebelum terlupa lagi satu, collagen ni boleh memontokkan dan menganjalkan otot2 kita mana yang kendur tu. Jadi macam kita yang nak sana tegang, sini tegang, memang harusla kan cuba collagen powder shaklee ni. Bak kata tu, tak kenal tak cinta, dah amal baru merasa.. Hehe, ada ke weh pepatah ni.. Hehe...

Ok2, jom kita tengok apa yang best sangat tentang shaklee collagen powder ni, dan sebab apa rugi tak beli promo buy 6 get 7 bulan ni:

Collagen powder ni sumber utama dia ialah sisik ikan merah. Mana company shaklee dapat pulak sisik ikan merah ni sampai ramai distributor shaklee claim ok la sangat dengan harga collagen powder ni yang untuk golongan orang2 yang berkira nak beli suplemen, tapi takut laki lari cari artis macam izara aishah.. Haha.. Wawa zainal ke.. Haha... Wawa zainal pon dah kawen weh dengan aeril zafril... Izara aishah masih single but kak kenari tak taula masih available ke tak. Hahaha... Kak kenari ada gak terpikir kalo laki cari lain.. Hahaha... Korang camana? Ada terpikir tak husband cari lain, lagi cantik pada korang? Hahaha... Aah lantakla kan, kalo husband berani cari lain, kalau kita konsisten cun melecun... 1 pergi 10 mariiiiii... Hahaha... Haa, macam mana nak konsisten cun melecun tu? Kulit halus mulus macam Izara Aishah... Hahaha... Salah satunya, konsisten makan collagen powder la.. ;) 

Wah melalut lak, haa collagen powder shaklee ni sumber utama dia ialah sisik ikan merah. Mana company shaklee ni tangkap ikan ni? Haa, let me reveal untuk you.. Ikan merah ni habitat dia kat perairan laut dalam Jepun. Laut dalam... Bukan calang2 weh laut ni. Korang mesti dapat imagine kan laut dalam.  Ikan merah ni tetap cantik, beautiful n pretty walaupun habitat dia di perairan laut dalam. Macam mana dia boleh hidup tu? Haa, haruslah ikan merah ni bersifat sangat elastik dan tahan lasak kan. Ikan merah ni boleh menahan tekanan air sehingga 60 pound weh. Dahsyat kan ikan merah ni. Memang hebat sungguh kuasa Yang Maha Esa yang telah menciptakan ikan merah ni. Wow, very amazing. Itula, bila kita mengamalkan konsisten collagen sisik ikan merah ni, memang peluang kita nak dapat kulit yang anjal semula, nak maintain kulit kita supaya sentiasa tegang megang pon, harusla kan konsisten makan. Kalau banyak tempat yang kita nak tegangkan, haruslah 1 kotak tak cukup, ahaha... Jadi, memang berbaloi2 la kalau korang dapatkan collagen powder shaklee ni buy 6 get 7 pada bulan ini. ;) Berganda2 tu tau lumayan... Buy 6 get 7 ni korang boleh dapat free membership shaklee, dan dah tentu la next month dapat bonus shaklee sebab dah jadi ahli shaklee kan ;) . Jadi banyak sangat la pulangan wang yang korang dapat bila melabur untuk promo buy 6 get 7 collagen powder shaklee ni. 

Ok supaya korang senang nak baca kak kenari list down sikit tentang collagen sisik ikan merah ni:

1 - Tahan lasak {boleh menahan tekanan air sehingga 60 pound di dasar laut}

2 - Sangat elastik {sentiasa cantik menawan walaupun hidup di dasar laut yang penuh dengan cabaran dan rintangan untuk survive. Mestila kan, bukan ikan merah ni saja yang ada dalam laut dalam tu. ikan paus, ikan jerung pon ada. Tapi ikan merah tetap survival, yang penting sentiasa dalam keadaan dirinya stil dan sentiasa cantik menawan. Korang mestila nak cantik macam ikan merah ni jugak kan ;). Kak kenari pon samala jugak macam korang. ;) Nak anjal dan nak montok sana sini, hehe}

3 - Kepaduan sel collagen sisik ikan merah ni sangat tinggi. Jadi bila konsisten makan tu, korang boleh imagine dah, bila lepas saja korang telan collagen ni, macam mana collagen ni masuk dalam badan korang. Pastila collagen2 ni akan mula berumah dalam badan korang kan. Mana tempat2 dalam badan korang yang sebelum ni layut tu, collagen ni menempek dan makanya, yang layut tadi, menjadi anjal. Haa, korang mesti suka kan, ahaks ;) - yela kita ni bila dah makin meningkat usia, kulit makin kedut.. makin kurang anjal, lagi tu kalau kita dah kawin berumah tangga n beranak pinak. Sana sini layut. Kita sebagai wanita yang tahu jaga diri, mestila kita tak suka layut2 kan. Mesti kita nak tegang2 kan. Daripada kita pilih produk yang kita tak tahu selamat ke dak, elok la kita pilih yang dah tentu dijamin kualiti dan piawainya kan macam collagen powder shaklee ni. ;) 

4 - Kadar kelembapan tinggi. Ni la antara ciri2 collagen yang patut ada kalau korang masih tercari2 mana satu collagen yang bagus. Atau korang masih dok confuse nak makan collagen mana satu. Mesti la korang pon search jugak untuk collagen yang boleh bagi kelembapan yang tinggi untuk kulit korang kan. Collagen sisik ikan merah ni memang ada ciri2 yang korang nak ni, bagi kelembapan yang tinggi untuk kulit korang, jadi korang rasa moist je kan kulit tu walaupun terlupa atau korang jenis tak minat nak sapu losyen bagai. Betul tak? Lagipun memang logik kan, ikan merah ni dia hidup di air laut dalam, jadi dah tentu la suhu air ni sejuk tak ingat kan. Kalau korang pernah tengok cerita titanic lakonan leonardo dicaprio dan kate winslet mesti korang boleh imagine kan, masa kapal tu dah karam tengah laut, betapa jack n rose ni sejuk tak hengat. Ni pulak ikan merah ni memang dia hidup kat air laut dalam, dah pasti la ciri2 dia memang moist kan untuk survival dalam habitat dia sendiri. Kalau kita nak moist macam ikan merah, harusla kan konsisten topupkan collagen sisik ikan merah ni dalam badan kita cepat2. Lagipun usia kita kian hari kian bertambah, pastila collagen2 dalam badan kita ni dah ada yang rosak akibat serangan radikal bebas tiap2 hari kan. ;)

5 - Memiliki jumlah molekul yang ringan iaitu kira-kira 1,000 dalton. Saiz kolagen yang lebih kecil adalah lebih bagus dari segi kadar penyerapan yang lebih optimum, mudah diserap oleh badan serta memberikan kesan yang lebih cepat. 

Ok, itulah dia 5 ciri kolagen sisik ikan merah ni, best kan? Dan serbuk kolagen shaklee bukan hanya terdiri daripada sisik ikan merah semata-mata. Ada lagi lain-lain sumber alam yang hebat yang digabungkan supaya serbuk kolagen shaklee ni atau collagen powder shaklee ni super duper terbaik yang ada di pasaran. Ada lagi ramuan hebat yang lain iaitu, ekstrak camellia japonica, pfaffia extract, shelfish extract, lactobacillus acidophilus, dan mestilah ramuan popular pujaan ramai pon ada iaitu vitamin C dan vitamin B. Kita semua pon tahu kan, gabungan vitamin C dan vitamin B akan hasilkan kesan yang lebih best kan untuk sel-sel tisu badan kita. Jadi, ada pelbagai bonus hebat untuk pengamal collagen shaklee powder ni. Bukan setakat untuk kecantikan, malah untuk kesihatan kita keseluruhannya kan. Woweee!

Jom kak kenari nak briefing sikit2 mengenai ramuan lain yang ada dalam collagen powder shaklee ni. 

Ekstrak camellia japonica 

Memula kak kenari pon rasa cam pelik jugak nak sebut words ni, hihihi, kak kenari tak familiar, tapi boleh agak la japonica ni pastinya related dengan japan atau jepun ni, hihihi... Kak kenari pon round2 la laman web omputih, apa kebenda la kan. Rupanya camellia japonica ni sejenis bunga yang memang ditanam secara semulajadi di bahagian barat n selatan di negara Jepun dan memang terkenal digunakan untuk pengeluaran serbuk ekstrak. Ekstrak biji camelia japonica ni adalah bahan mentah yang digunakan untuk tujuan kecantikan, iaitu ianya menggalakkan pengeluaran kolagen dan asid hyaluronik. Wow, no wonder la kan orang2 jepun semua kulit cantik halus mulus. Sana kat negara diorang memang banyak sumber kolagen. Kita kat Malaysia ni pulak, ulam2 liat nak makan, kita more disogokkan dengan instant food yang hot n spicy, hehe... Additional lagi mengenai ekstrak camelia japonica ni ianya kaya dengan oleic acid yang berfungsi untuk meningkatkan kelembapan kulit. Dan turut mengandungi isoflavones yang sangat sesuai untuk kesihatan dimana berupaya menurunkan kadar kolesterol. Wah, menarik tu sebab bukan saja dapat kita cantik2 tapi dapat jugak kita kesihatan yang maksima. Terbaikkk... ;)

Ekstrak pfaffia

Sebenarnya pfaffia ni juga dikenali sebagai ginseng brazil. Ginseng brazil ni pon banyak khasiatnya. Dan ekstrak pfaffia ni berpotensi luar biasa tau sebab ekstrak pfaffia ni berpotensi luar biasa mengikat amaun air yang banyak dan memberikan kulit yang licin dan lembut. Atau erti kata lain, ekstrak pfaffia ni assist/menyokong/support struktur kulit kita untuk kelihatan licin dan lancar serta kembali menambahkan perlindungan untuk air daripada mudah dihilangkan atau dinyahkan melalui sel-sel kulit kita. Lagipon, sinergi gabungan ekstrak pfaffia ni dengan ekstrak biji bunga camelia japonica ni dapat sama-sama menyokong penghasilan asid hyaluronic yang sangat baik untuk kecantikan kita. 

Lactobacillus acidophilus

Lactobacillus acidophilus ni adalah satu daripada prebiotik dimana ia adalah juga sejenis bakteria baik yang terdapat dalam sistem pencernaan kita. Kehadiran bakteria lactobacillus acidophilus ini dapat membantu mengimbangi mikroflora usus dan membantu membina semula sistem usus yang sihat sehingga kesannya membantu meningkatkan penyerapan kolagen. Ok korang nampak kan kenapa dalam collagen powder shaklee ni ada jugak bakteria lactobacillus acidophillus ni? Haa tentulah kehadiran dia memaksimakan lagi peningkatan collagen powder shaklee di dalam usus kecil kita. Wah, best kan collagen powder jenama shaklee ni? ;D Korang mesti dapatkan collagen powder shaklee ni dengan harga best dengan kak kenari ;D

Ekstrak kerang-kerangan (shellfish extract)

Dalam ekstrak shellfish ni terdapat glucosamina untuk penghasilan synovial fluid yang bermanfaat untuk sendi. Jadi, collagen powder shaklee ni terbukti bukan sahaja menggunakannya secara konsisten kita dapat nak cantik2 tapi kalau sekiranya kita ada sakit2 sendi dan lenguh2 kaki pon kita dapat kurangkan kesakitan sakit di sendi2 kita ni. Korang kena ingat antara ciri2 kolagen yang terbaik mestila ada dua-dua unsur. Satu untuk kecantikan dan satu lagi untuk kesihatan. Sebab kolagen ni juga jadi supporter untuk badan kita mempertahankan blok-blok utama dalam percantuman tisu-tisu dan sendi-sendi dalam badan kita. 

Vitamin B dan vitamin C

Semua kita tahu kan, vitamin B dan vitamin C memang kombinasi vitamin asas untuk kulit jelita kan. Vitamin C dapat meningkatkan lagi pengeluaran kolagen semulajadi dalam badan kita dan melawan radikal bebas yang menyerang tubuh kita setiap hari. Dan vitamin B pulak untuk menghasilkan tenaga dimana ia terlibat dalam proses metabolisme kita menghasilkan karbohidrat, lemak dan protein dan pasti juga ia support bagi tenaga pada proses-proses dalam badan kita untuk hasilkan kolagen. ;D

Ok sekian saja penerangan panjang lebar kak kenari tentang collagen powder shaklee ni. Itu ialah penerangan untuk pembacaan korang dan kak kenari memang high recommended korang amalkan collagen powder shaklee ni. Bukan setakat korang yang muda umur 20-an, 30-an tapi umur 40-an dan 50-an pon sesuai sangattt... Lagi2 mak-mak kita patut kita bagi 1-2 kotak, kita extra la 3-4 kotak, haa untuk bulan october 2013 ni memang harga special sangat sebab buy 6 box, get 7. 
Untuk kesan maksima harus rembat promo bulan ni.

Orait, yang berminat tu mesti hubungi kak kenari. ;D. Konsultansi dan harga best semuanya dalam pakej kak kenari :D

Your Shaklee Independent Distributor; 

 Jannah (ID: 910562) 


 Tel/SMS/WhatsApp : 017-4556648


 FB Fanpage & Blog : KenariPutih


 URL Blog: http://kenariputih9727.blogspot.com/


 URL FB Fanpage: http://www.facebook.com/KenariPutih9727


 Email: kenariputih9727@gmail.com

















Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...