Tuesday 29 January 2013

Pemenang Minggu Pertama Voucher RM60

Salam to everyone

Kak kenari nak umumkan Pemenang Vouncher RM60 untuk last week! Tahniah Ya!

Untuk semua yang sudah sampai ke blog kak kenari ni, semuanya masih berkesempatan memenangi vouncher RM60 ni ya! Syarat-syarat boleh refer sini.  Tak banyak pon syarat-syarat dia.

InsyaAllah, ada banyak lagi yang menarik nanti sekiranya menjadi buyers n likers fanpage/blog KenariPutih.

Okay, have a nice day semua. Bisiklah dalam hati kita hari-hari yang kita adalah Yang Bertuah ya! :)



Sunday 20 January 2013

Menangi RM60 voucher! Kita Bertuah!

Salam to everyone...

Kak kenari harap semuanya sihat sejahtera yer...

Untuk semua yang sudah sampai ke blog kak kenari. kak kenari jemput like page kak kenari di facebook.
Just tekan button like kat sebelah bawah tu yer!

Dah jadi likers fanpage kak kenari, jom kita join untuk voucher RM60 tu ya!

Nak memang voucher RM60 every week tu mestila memenuhi syarat2 tersebut di bawah ya:

Syarat2 tak banyak pon:

1. Mestila menjadi likers fanpage facebook kak kenari, syarat utama nak menagi voucher RM60 ni yer.

2. Bila dah jadi likers, then kena le membuat pembelian minimum RM60 untuk 1 single receipt ya. Lepastu, kak kenari akan register nama kamu :) untuk join contest nak menangi voucher RM60 tu ya.

3. Voucher RM60 ini akan diadakan tiap2 minggu tau, stat minggu ini sehingga tarikh yang akan kak kenari update nanti ya.

Ok yang tu saja syarat2 dia. :)

Banyak tau RM60 tu!

Jomla pakat ramai-ramai! Boleh PM kak kenari utk further infos ya! N bagitau kat kawan2 jgk tau :D


Wednesday 16 January 2013

Kolostrum: Susu Hebat Ibu, Baby Tambah Sihat!

Salam to everyone..

Topik kak kenari hari ni khas untuk mommy2 baru dan mommy2 yang lama pon boleh :) mengenai kolostrum. Kolostrum ialah susu ibu yang sangat hebat kerana melalui pemberian kolostrum kepada baby kita yang baru lahir pasti membuatkan baby kita bertambah sihat dan boleh membesar bagaikan juara, wow!
Saya hebat! Ni iklan macam susu nan-pro masa tahun 2009 kot. Haha, anak kak kenari suka gila tengok iklan ni. hehe... Kak kenari pon tumpang sekaki. Hehe..

Ok, kolostrum ialah susu pertama yang breast kita hasilkan semasa kita mengandung. Susu kolostrum ini memang banyak khasiatnya untuk newborn, itula sebab kak kenari kata hebat. Tapi bukan le kak kenari sorang ja kata, hebat susu ibu kolostrum memang diakui sejak dolu2 lagi. Baby yang mendapat khasiat susu kolostrum sangat-sangat bertuah dan bertambah sihat waafiat. :))

Kebanyakan kita tak tahu bahawa susu kolostrum ini sudah pon mula dihasilkan oleh breast kita kira-kira seawal pada bulan ke-3 hingga bulan ke-4 kehamilan. Kolostrum berkemungkinan juga bocor atau keluar dari puting breast kita semasa kita hamil. Memang ada mommies yang mendapati terdapat cecair yang keluar melalui puting breast mereka semasa mereka masih sedang hamil/mengandung lagi. Keadaan seperti ini boleh terjadi kepada mommies pada fasa late pregnancy weeks (minggu-mingu terakhir kehamilan).

Memandangkan kolostrum ialah susu pertama yang dihasilkan oleh susu badan kita dan kualitinya yang terbukti hebat, kekerapan penyusuan setelah baby kita dilahirkan adalah sangat digalakkan untuk memperbanyakkan pengeluaran kolostrum ini untuk dibekalkan kepada baby melalui penyusuan secara terus (direct feeding) kepada mereka agar baby tambah sihat dan mampu bertahan dalam suasana dan persekitaran baru untuknya setelah 9 bulan berada dalam kandungan/perot ibu. :))

Kolostrum adalah satu bentuk susu yang dihasilkan oleh kelenjar mamari. Biasanya, kolostrum mula akan keluar selepas sahaja baby disusukan oleh kita. Lagi kerap baby kita disusukan, maka akan bermulalah keluarnya kolostrum sebagai antara makanan yang terawal yang sangat berkhasiat dan menjadikan baby kita tambah sihat! :)
*gambar susu kolostrum, image ehsan mengoogle*

Oh ya, tadi kak kenari ada briefing kan, susu badan kita ni pon, masa late pregnancy untuk some mommies maybe susu dia dah keluar dah... so, jangan risau pulak yer... itu memang normal. :)

Baby yang baru dilahirkan mempunyai sistem sistem pertahanan tubuh yang masih lagi lemah. Oleh itu, adalah sangat-sangat disyorkan agar baby yang baru lahir ini mula mendapatkan nutrien-nutrien penting terutamanya sumber nutrien daripada kolostrum ini. Disini, dapat kita lihat betapa pentingnya kekerapan untuk kita perlu terus menyusukan secara terus atau direct feeding kepada baby kita agar dia tambah sihat dengan susu kolostrum ini.

Sekiranya, kita dapati terdapat keladak bewarna seperti kekuningan di sekitar puting breastkita, bergembiralah kita :) kerana keleak kuning tersebut merupakan antara kumpulan susu kolostrum yang sudah pon keluar dari breast kita dan sangat bernilai buat baby kita untuk dia tambah sihat! :)
Setkan kat otak kita, lepas ni kita mesti kena bagi susu direct kat baby kita seperti yang kita memang dah buat pon! Menyusu secara terus a.k.a direct breastfeeding :)
Kita haruslah bersikap tamak dalam menyusukan baby kita pada waktu ini bagi memastikan baby kita mendapat khasiat kolostrum yang hebat ini! Apalagi kolostrum ini adalah datangnya daripada susu badan kita sendiri. Terima kasih Ya Allah!

Ok, jom pulak kita tengok serba sedikit kenapa kak kenari kata susu kolostrum ibu ni sangat-sangat hebat bagikan umpama macam cecair emas yang sangat penting untuk newborn baby tambah sihat :

  • Jumlah karbohidrat, protein dan antibodi dalam kolostrum adalah dalam jumlah yang tinggi -- Sesuai dengan fitrah baby yang baru dilahirkan, mereka adalah insan lemah. Jadi pastinya dengan bekalan cecair kolostrum yang boleh kita berikan ketika menyusukan mereka di awal-awal kelahiran atau lebih tepat lagi dalam kita masih lagi berpantang, pastinya sangat membantu meningkatkan tahap kesihatan, antibodi dan berat badan untuk baby kita yang baru sahaja menjengah ke dunia beberapa hari tu :)

  • Bayi yang baru lahir ini sebenarnya mempunyai sistem pencernaan yang sangat kecil. Kolostrum berfungsi untuk memindahkan nutrien ke dalam bentuk yang lebih kompleks untuk penyerapan oleh baby pada tahap yang optima. Kolostrum juga bertindak menjadikan najis pertama baby mudah diproses keluar dari tubuh baby kita. Najis pertama baby juga disebut mekonium. Bentuk najis ini biasanya melekit, tebal & hijau gelap. Orang tua-tua kata bila baby kerap berak ni kalau dia ada jaundis bagus! Sebab jaundis akan turun! Baby pon akan beransur pulih dan sihat daripada simptom jaundis ni! Orang tua-tua kata jugak, tahi yang paling last tu warna dia dekat hijau2.. hihi... tahi ni la ot yer! :D

  • Mari kita tengok apa pulak perkaitannya yer baby kerap berak dengan jaundis. --- Apabila baby kerap berak atau membuang najis, keadaan ini akan dapat membantu baby kita mengeluarkan bilirubin yang terdapat dalam tubuh baby kita. Jumlah bilirubin yang tinggi didalam badan bayi kita, memudahkan bayi dijangkiti jaundis atau kuning. Kolostrum akan bertindak sebagai laktasif dan kekerapan membuang najis akan merendahkan tahap bilirubin yang masih lagi terdapat dalam tubuh baby kita tu. Sebab itula lagi sekali kak kenari repeat ayat, ada orang tua-tua kata, bila baby dah start berak kerap, kuning atau jaudis yang baby kita alami tu akan beransur pulih dan menghilang.

  • Leukosit yang terdapat dalam kolostrum membantu melindungi baby kita daripada bakteria dan virus yang merbahaya.

  • Kolostrum mengandungi sejumlah besar antibodi yang dipanggil IgA (secretory immunoglubulin) yang membantu melindungi membran mukus di tekak, paru-paru dan usus bayi.
Okla, sampai sini dulu cerita kak kenari pasal kolostrum ni. Untuk mommies2 baru n mommies2 yang dah pernah experience pasal kolostrum macam kak kenari ni, just keep in mind tentang hebatnya kolostrum yang Allah ciptakan dalam breast kita just untuk our newborn baby. Penyusuan secara eksklusif selama 6 bulan untuk baby sejak dia dilahirkan memang disyorkan agar baby mendapat sepenuhnya khasiat susu ibu hebat ni. Macam-macam cabaran dan dugaan kita perlu hadapi untuk menjayakan penyusuan baby secara eksklusif ini. 

Ok, sekiranya kita memang merancang dan mahu menjayakan penyusuan baby kita secara eksklusif, sememangnya pengambilan diet yang seimbang dan makanan-makanan yang boleh membanyakkan susu kita dan pengambilan makanan-makanan seimbang adalah amat digalakkan. Dan pengambilan suplemen sejak dari awal kehamilan adalah amat disyorkan. Sekiranya ada yang mahu mendapatkan set berpantang, set kehamilan dan jugak set menyusu, jangan lupa PM kak kenari ye :) Consultation is free always ya! :))

click for larger image


Dah baca entry ini, :) , LIKE fanpage kami KenariPutih kat sebelah ni ya! dan Menangi voucher RM60! Maklumat lanjut tentang voucher sila klik kat sini






Tuesday 15 January 2013

Omega Shaklee: Otak cerdas! Tenaga Hebat! Hilangkan Keletihan Kita!

Salam to everyone

Hari ni nak kak kenari nak cerita pasal omega. Omega Shaklee. Banyak kelebihan omega shaklee ni. Antaranya ialah otak makin cerdas! Tenaga bertambah hebat! Letih-letih badan kita pon dapat dihilangkan dengan pengambilan suplemen omega shaklee yang konsisten. Kak kenari biasa makan suplemen omega shaklee pagi-pagi before nak pi kerja. Kak kenari memang rasa tenaga kak kenari berada pada level yang hebat la pagi tu.. badan cergas dan otak pon cerdas sepanjang pagi tu. Kira bawak kereta tu boleh speed la.. haha.. jamme pagi-pagi tu tak terasa sangat la ketensian dia. Penangan dek suplemen omega shaklee ni. Omega ni memang banyak kebaikannya kepada tubuh badan kita. Selain omega membantu otak kita jadi cerdas dan badan kita hebat bertenaga, banyak lagi khasiat-khasiat omega yang kak kenari nak cerita. Sebagai wanita bekerja dan walaupon surirumah sepenuh masa sekalipon, sememangnya rasa keletihan dan kepenatan tak dapat dipisahkan. 

Kalau kita masih bujang pon balik keja pastila kita letih jugak. Tapi jika masih bujang pon tak semestinya kita suka dok rilek2. Mesti ada jugak segelintir yang balik rumah, suka kemas rumah dan menyibokkan diri sendiri. Yela, bujang yang rajin buat kerja rumah ni la yang sesuai buat calon isteri or calon suami. Bila dah kawin nanti untung la kan, dah cekap dan expert bab-bab kemas mengemas rumah ni! 

Ok, cukuple tu kak kenari berceloteh, sekarang mari kita berkenalan dengan suplemen omega ni. Macam mana yang dikatakan omega ni membuatkan tenaga kita jadi hebat, otak jadi cerdas, dan hilangkan keletihan kita tu. :)

Suplemen Omega Guard Shaklee mengandungi:
  • Minyak ikan paling tulen
  • Membekalkan Omega-3
Omega-3 ni memang banyak kelebihannya. Kalau kita google pon banyak yang kita jumpa researcher cerita pasal omega-3 berbanding dengan diorang cerita pasal omega-6 dan omega-9. Omega-omega ni semua berfungsi membekalkan kesihatan yang sihat kepada tubuh badan kita. Kesan yang maksima sudah pastila bergantung kepada kekerapan pengambilan kita kan :)

Ok, mari lagi kita berkenalan dengan Omega Guard Shaklee ni, belum habis cerita lagi:

Suplemen Omega Guard Shaklee ialah:
  • diekstrak daripada ikan laut air sejuk, contoh ikan: sardin, mackarel, salmon. Lokasinya ialah di perairan negara Jepun. (Patut orang Jepun bijak bestari belaka, banyak sumber ikan kat tempat diorang :) )
  • Ingat, suplemen omega guard shaklee ni bukan daripada hati minyak ikan tau!
  • 3X lebih tumpat dari ketumpatan hati minyak ikan.
  • Minyak ikan paling tulen di dunia kerana mengandungi rangkaian spektrum penuh 7 jenis asid lemak omega-3 semulajadi termasuk EPA, DHA, ALA dan banyak lagi.
1 kapsul omega guard shaklee mengandungi:
Total omega-3 fatty acids seberat 330 mg
EPA (eicosapentaenoic acid) seberat 180 mg
DHA (docasahexaenoic acid) seberat 120 mg
Omega-3 fatty acid (fatty acid ni asid lemak la.. kak suka sebut 2-2, hehe..) ataupun Asid lemak Omega-3 ialah asid lemak yang penting yang tak dapat dihasilkan oleh badan kita.  

Jadi, sekiranya kita mahu badan kita dibekalkan dengan asid lemak omega-3 ini kenalah kita mengambilnya daripada makanan ataupon salah satu alternatif nak bekalkan badan kita asid lemak omega-3 ni kita telan la suplemen shaklee omega guard. :)

Sekiranya kita mengambil daripada makanan, kita kena ingat, omega-3 dari asas tumbuhan tidak boleh ditukarkan kepada EPA dan DHA secara berkesan  Oleh itu, kita lebih disyorkan untuk medapatkan asid lemak omega-3 daripada sumber haiwan, contohnya ikan laut air dalam seperti ikan salmon. Omega-3 dari unsur tumbuhan pon ada kelebihan dia tersendiri ye. Kalau kita bukan pengemar ikan, kita boleh dapatkan sumber omega-3 daripada telur atau kacang seperti walnut mahupun daripada kacang soya. Haa, kacang soya pon bagus jugak tau walaupun daripada sumber tumbuh-tumbuhan sebab kandungan omega-3 daripada sumber ALA dalam kacang soya adalah melebihi kandungan omega-3 dalam yang terdapat dalam ikan laut air sejuk. No wonder la ada yang kata kalau nak pandai dan bijak sokmo boleh makan tempe dan selalu la minum air kacang soya ye. Itula sebabnya mengapa kita patutnya balance la kan omega-3, omega-6 n omega-9... tu researcher n nutritionist pon bagitau macam tu tau! :)

Ok2.. dah banyak pulak kak kenari berceloteh ni.. kalo ada yang minat nak mendapatkan suplemen omega guard shaklee ni PM kak kenari ye. Jangan segan-segan dengan kak kenari. Kak kenari bagi free consultation. Untuk yang ada kekangan kewangan pon, kak kenari ada penyelesaiannya, insyaAllah :)

cick for larger image


Lagi entry menarik tentang Omega-3:

Kerja2 surirumah banyak! Suplemen Alternatifnya. Kita tak letih lagi!

7 sumber omega-3 asid lemak : Ikut panduan diet! Kita makin sihat!

Guides: Risiko penyakit tanpa pengambilan omega-3 yang cukup


Dah baca entry ini, :) , LIKE fanpage kami KenariPutih kat sebelah ni ya! dan Menangi voucher RM60! Maklumat lanjut tentang voucher sila klik kat sini



Tuesday 8 January 2013

Kerja2 surirumah banyak! Omega Guard Shaklee! Kita tak letih lagi!


Salam to everyone

Bila balik keja kebanyakan mommy n walau anak teruna, anak dara pon biasanya letih kan.. termasukla kak kenari. Kak kenari ni working mommy bukan surirumah fulltime. Sampai rumah dah tentu2 la disambut oleh kerja2 surirumah yang banyak! Hua..hua..vavava… Walaupon kita letih, kerja surirumah yang banyak tu memang kita kena buat jugak kan, Tak buat pun takpa tapi rumah dah tentu la messi habes kan.. hahaha.. Sebelum kak kenari pijak toys anak2 kak kenari or kak kenari cakap lembut lembai dengan anak kak kenari yang comel-comel tu kemas mainan sayang, nanti baru rumah kita kemas n bla bla bla.. hahaha... Budak2.. umor 4 tahun n 2 tahun tahun apa yang dia tahu? Cepat disogok kalau ibu bawa balik mainan... hih.. Ye ibu beli sayang... tapi ibu tak boleh beli selalu2 la kan, sebab banyak sebab la kan.. hihi...

Kak kenari kemas dulu apa yang patot n termampu kan sebelum rumah berwajah lebih beautiful lagi hehe... lagipon dapat pahala kan buat semua tu... itula yang kak kenari ambil alternatif way tu untuk pastikan diri kak kenari sentiasa bertenaga dan tak berasa letih lagi! Alternatif yang kak kenari ambil ialah suplemen Shaklee! Memang beza rasanya energy dalam badan ni dikala ambil n amalkan  suplemen dengan energy masa tak ambil suplemen. Kalau hari yang kak kenari tak ambil suplemen memang selalu rasa nak collapse je.

Kat bawah ni kak kenari nak cerita apa suplemen Shaklee yang kak kenari ambil tu ye.

**Pagi-pagi time nak pergi kerja.. dalam pukul 7.30 macam tu, kak kenari ambil Omega guard. Omega guard bantu badan n otak kak kenari rasa fresh pagi2 n omega memang bagus untuk otak kita kan. Pagi2 kak kenari kadang2 kalo xcukup tidor or terlebih tidor rasa mengantuk la. Omega guard memang banyak membantu stamina kak kenari pagi-pagi.
**Sampai ofis, tengok la kalau kak kenari lapar kak kenari breakfast, nasi goreng ke n sambal.. sambal is my fave! Kadang2 tak breakfast tapi selalu breakfast la. Jarang tak breakfast sebab kak kenari memang suka breakfast apalagi bila makanan dibeli memang dah fave! Hehe. Kak kenari tak masak le breakfast pagi-pagi. Kak kenari beli jer.hehe
**Tengok le dalam pukul 11.00 kak kenari makan vitamin C. N pastila lepas makan vitamin C perlu minum air secukupnya sebab viamn C ni ialah vitamin yang larut dalam air so nak pastikan vitamin C ni workout dengan tubuh kita ke tahap optimum, kita pastikan pengambilan air pon secukupnya la ye. Paling kurang kak kenari minum 700 ml air. Hahaha.. Kak kenari tak berani minum banyak2 sebab nanti jam 1:00 PM kan lunch. Nanti kak kenari n membe2 kak kenari nak keluar pergi lunch pulak. Kalau lunch nak pi toilet pulak selera makan boleh terganggu. Hahaha.. Maklumla public toilet ni! 
*** Ok, blabla…lepastu bila balik keja sampai rumah kak kenari letih la kan apa lagi. Buatla kerja rumah yang sedia ada tu. Yang wajib2 la.. angkat baju2 kat ampaian. Sidai baju pulak jika ada… kemas mainan, basuh pinggan n botol susu.. etc la kan… blablabla… pukul 9:00 PM, time untuk kak kenari makan vitamin E n GLA complex. Vitamin E ni penting untuk dapatkan kulit yang cantik dan membantu kurangkan kulit2 kusam. Lagi 1 yang best vitamin E ni sebab bantu kurangkan wrinkles bawah mata kita. GLA complex pulak pastila untuk kulit jugak. Dan jugak GLA complex ni dapat menstabilkan hormon2 dalam badan kita orang pompuan ni. Itula fungsi GLA complex ni, dah 1 hari kan bergelumang dengan macam-macam kerja, kerja ofis kat ofis, balik rumah, kerja kat rumah pulak… Yang ni lagi 1 yang kena tau, pasal apa GLA complex tu bagus untuk kulit jugak, senang cerita sebab GLA complex ni lebih bagus daripada Evening Primerose Oil or biasa kita sebut EPO.  Tapi hati-hati na kalau kita sedang peggy, GLA complex n vitamin E ni tak boleh la kita nak telan jugak. Tak sesuai. Alternatifnya untuk kulit kekal cantik mestila vitamin C, vitalea n ESP.
*** Ok, sambung balik… Layan anak2, layan suami… blablabla… apabila hendak tidor, kak kenari ambil vitalea a.k.a multivitamin n kalau rasa lapar time tu kak kenari minum ESP. ESP n vitalea ni tak boleh ambil sekaligus ye. Kena break. Kalo ambil 2-2 rugi-rugi! Sebab badan kita tak dapat menyerap zat-zat suplemen ni pada tahap yang optimum. Kak kenari kalau dah plan nak tidur lambat, kak kenari minum ESP dulu or makan vitalea dulu. Or mana2 la yang lebih diperlukan waktu tu. Yang penting tak ambil sekaligus! Sebab kalau ambil sekaligus dia tak berkesan! ESP n vitalea ni tak geng! Ada geng2 pulak ye, hehe..

Okla. Yang tu saja. Alternatif mengurangkan rasa letih yang kak kenari selalu alami. Kak kenari tau kebanyakan kita memang selalu letih apabila sampai rumah dari pulang dari tempat keja. Kalau jalan pulak jamme lagi-lagi la kan bertambah letih kita tu. Rasa macam nak teros tidor sampai esok pagi, hehe.. tapi kalau kita masih anak dara n anak teruna okla. Tapi kalau kita dah ada famili, ada anak2 n ada suami takkan bolehle kita nak sama macam yang bujang ye tak. Apalagi bila kita lah segala-galanya. Maid pon kita takdak sebab kita lah maid tu, hehe…

Kat bawah ni jom layan gambar2 botol vitamin yang kak kenari ambil tu ye. Shaklee memang pilihan kak kenari sebab Shaklee ni vitamin-vitamin organik dan bukan vitamin-vitamin sintetik. Kak kenari memang penggemar yang organik2 sejak dolu2 lagi.  Lagipon yang bonus tu, apalagi kulit kita tambah cantik le. Yang tersayang pulak puji.. kak kenari tambah seronok la kan. Letih pon dah tercover, dapat pujian pulak lagi.. kecantikan dalaman terserlah sampai keluaran! Senyum sampai telinga orang kata =)

click for larger image


Ok sini dulu ya. Nak tahu lebih lanjut alternatif suplemen kak kenari ambil ni, PM kak kenari ye!

Untuk yang ada kekangan kewangan kak kenari sedia membantu. Jangan segan nak hubungi kak kenari ye!


Dah baca entry ini, :) , LIKE fanpage kami KenariPutih kat sebelah ni ya! dan Menangi voucher RM60! Maklumat lanjut tentang voucher sila klik kat sini




Lagi entry yang menarik:



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...