Thursday 13 December 2012

Teknik marmet yang menyelamatkan hari-hariku!

Teknik marmet! Adakah kak kenari putih ini juga familiar dengan teknik ini? Jawapannya ialah Iye, Kak kenari juga pernah mengaplikasikan teknik ini pada breast kak kenari sendiri.. wow.. jom kak nak cerita sikit macam mana.. 

Bermulanya.. masa kak dalam pantang le apalagi.. dalam hari-hari awal berpantang kak sememangnya tak dapat nak bohong diri kak sendiri, sememangnya ada juga perasaan resah menyelubungi perasaan kak bila kak tengok baby kak. kak takot baby kak ni ditimpa mala musibah yang tidak diingini kalo dia tak dapat bekalan susu ibu yang secukupnya. baby kak ialah seorang hero. Memang dalam kepala otak kak dah set baby boy dia kuat minum susu. Baby masa mula-mula keluar dari perot ibunya, pastilah sedikit sahaja kan yang dia minum. Apabila hari baru muncul, pasti demand susu yang baby mahukan juga bertambah le. 

Serius masa anak kak yang no.2 kak rasa susu kak macam tak keluar saja, tapi mak cik urut kak n mak kak kata bagi je la... ada tu nanti.. kena bagi selalu... so bila kak rilek2, kak bf. anak kak dok tidor pon kak gerak dia drpd tidor sbb kak nak bf dia sampai susu kak keluar dengan meriahnya. Anak kak pulak kuning lepas 3 hari kak balik rumah drpd hospital, kak tak tau tahap apa, tapi kak rasa kuning/jaundis biasa2 jer utk baby baru lahir. 

Walaupon hati kak ada perasaan resah, tapi kak tak bawak anak kak pi klinik sebab kak tau klinik just ambek darah dia (cucuk kat kaki tu. ), pastu dia bg result kuning anak kita punya bacaan berapa, kalo terok sangat kena tahan kat spital, tapi kalo tak terok sangat, dia soh kita bawak anak balik, n kalo nurse tu ada experience, dia cuba le bagi advise kat kita alternatif tradisional yang kita boleh cuba utk reduce kuning/jaundis anak kita. Dalam kepala otak kak, dalam hati kak berdoa kat Allah bagile susu kak keluar meriah.. mak kak memang banyak sangat bantu kak. Kerja-kerja rumah memang semua mak kak buat le. Masak makan utk kak mak kak jugak yang masak. Kak kira bertuah sebab mak kak masih ada lagi, sudi menjaga kak masa kak berpantang, :)) 

Bebalik cerita anak kak/baby kak tadi, dah dia kuning, so mak sedara kak yang kak upah datang mai bagi mandi anak kak tu, mandikan anak kak dengan daun kucai 5 hari berturut-turut, pagi sekali n petang jugak sekali. Lepas 2 hari anak kak mandi air daun kucai  tu, kak rasa jaundis anak kak macam ada lagi le, so kak soh mak kak buat cucur jugak dengan guna daun kucai tu utk kak makan masa belah petang. Lepas makan cucur daun kucai tu, n kak bf anak kak, alhamdulillah kuning/jaundis mula le go away drpd anak kak itew...
Alhamdulillah kak rasa lega ya amat! Anak kak yang ni serasi denan daun kucai. banyak cara-cara alternatif untuk baby jaundis ni. Next post kak pon nak share rawatan alternatif untuk cure baby jaundis ni. Anak kak pon dari hari ke hari makin gebu. Gebu baby bf ni memang lain kalo kita tgk betul2.. kak bg jugak susu formula, sebab kak tak ada stok susu banyak awal-awal tu, so lps bb mandi, sebab kak rasa mcm kelam kabot sikit lepas bb mandi tu, kak bg susu formula dlm 60 ml n susu perahan kak 60 ml. hihi.. Apapon pastilah kak mahu pastikan baby kak minum susu kak melebihi susu formula. Kak dah google dah khasiat susu ibu memang hebat, n bagus macam mana pon susu formula memang tak boleh challenge dengan susu ibu. Kak pernah dengar ceramah oleh Ustaz Jamnul Azhar yang bercerita tentang kehebatan susu kambing, dimana dia turut menyelitkan kisah Rasullullah yang menumpang Halimahtun Saadiah sebagai ibu susuan dia. Kisah Rasullullah adalah contoh untuk kita betapa hebatnya susu seorang ibu. Walaupon ketika Rasullullah masih memerlukan susu ibunya, tapi Allah nak tunjuk kat kita susu ibu kandung Rasullullah, iaitu Aminah tak ada, dan kemudian Halimatun Saadiah mengambil alih menjadi ibu susuan Rasullullah. Jadi Rasul kita mendapat khasiat yang berganda kerana beliau telah disusukan oleh 2 orang wanita ye!
Susu ibu mengandungi kombinasi sempurna protein, lemak, vitamin, dan karbohidrat. Tiada kombinasi yang lebih baik untuk kesihatan baby kita. Leukosit merupakan sel hidup yang hanya dijumpai dalam susu ibu. Ia membantu melawan jangkitan. Ia adalah antibodi, sel-sel hidup, enzim dan hormon yang membuat susu ibu merupakan susu terbaik. Ini tidak boleh ditambah kepada formula. Ok, jangan percaya kalo ada doctor or anybody yang kata susu "X" ni 99% nak sama dengan susu ibu. No, no, no! 

Eh, tajuk asal ni teknik marmet kan? yang menyelamakan hari-hariku?... kelaut pulak... teknik marmet ni kak guna masa mula2 kak nak pujuk breast kak cepat keluar susu le. Kak nak breast produce susu cepat, supaya anak kak mendapat khasiat susu badan yang sepatutnya dia dapat macam baby-baby yang lain jugak. Memang le kak dah beli breastpump kan, tapi untuk awal2 susu badan kita nak mula keluar memang tak dinafikan teknik marmet ini membantu breast kita pujuk susu untuk keluar, hehe.. susu ni manja miow2 gitu, kena bagi sentuhan sikit. hihi... 

Untuk yang belum tau n dah tau, teknik marmet ialah satu teknik pengeluaran susu ibu menggunakan tangan semata-mata, tanpa menggunakan sebarang alatan lain terutamanya pam. Sekiranya teknik ini diamalkan dengan cara yang betul, kadar pengosongan kilang susu adalah jauh lebih baik daripada menggunakan pam. Ini kerana, kita lebih mengenali tubuh badan kita sendiri dan tahu di mana kunci atau pun aliran khusus yang perlu diperah. Teknik marmet ini juga sebenarnya mampu menghasilkan lebih banyak pengeluaran susu berbanding menggunakan bantuan pam. Bila kita guna tangan, maka berlakulah 'sentuhan kulit ke kulit' or skin to skin contact yang mampu merangsang penghasilan susu. Seterusnya membantu kita mendapat lebih banyak bilangan 'let down reflex' iaitu situasi di mana susu memancut keluar dengan kadar yang banyak dan laju tanpa perlu usaha yang banyak. Pada waktu ini, payudara kita akan mengalami rasa yang agak berdenyut dan membengkak. Hebat kan adik-adikku sekelian? Teknik ni boleh kita guna perah susu kita pada keadaan dimana breastpump kita xada bateri or breastpump kita ada, tapi kita tak ada plug pulak nak on power elektrik kan.. hehe..

Ok, caranya begini yer, teknik marmet.. kak kenari memang tak expert bab2 nak buat teknik marmet ni.. kak kenari ambil teknik marmet ni kat blog ni.. tapi ingat ok... the best sucking is bg susu direct kat baby kita. Yang tu la actually the best sucking.jom layan teknik marmet..
1.   Teknik Marmet hanya memerlukan 3 jari iaitu ibu jari, jari telunjuk dan jari tengah. 
2.  Jari-jari ini perlu diletakkan di atas kawasan aerola (sedikit atas, lebih kurang 1cm dari kawasan aerola). 
3.  Letakkan ibu jari di bahagian atas aerola (kita panggil situasi pukul 12). Letakkan jari telunjuk dan jari tengah di bahagian bawah aerola (pukul 6).
Gambar diambil dari www.breastfeeding.com
Dapat dilihat, jari telunjuk dan jari tengah perlu berada setentang dengan ibu jari. Apabila jari telunjuk dan jari tengah berada pada kawasan 'pukul 5' sedangkan ibu jari di kawasan 'pukul 12', ia adalah salah. Begitu juga apabila jari bawah itu berbentuk melingkari payudara ia juga salah. Pastikan dengan teliti kedudukan ketiga-tiga jari ini. 
4.   Tanpa meregangkan jari, dorong jari-jari tadi ke arah dada. Individu yang mempunyai payudara yang bersaiz agak besar, perlu angkat payudara dahulu sebelum mendorong ke arah dada. Lakukan dalam gerakan memutar dan lembut seperti sedang menggeletek. Lakukan dari kawasan atas menuju sehingga ke aerola. Payudara juga boleh digoncang dengan lembut secara memutar. 
5.   Sewaktu jari-jari berada jauh dari kawasan aerola, gerakan ini dipanggil PUSH dan apabila jari-jari berada di kawasan aerola, ia dipanggil ROLL. Tekan kilang-kilang susu menggunakan jari dengan lembut sehingga kosong. Teknik yang betul tidak akan mendatangkan rasa sakit kepada anda. Pastikan anda menggunakan TIGA JARI yang dinyatakan tadi, bukan jari-jari lain mahupun tapak tangan. 
6.   Ulangi langkah secara berentak seragam, mengikut rythm. Push, roll, posisi jari yang tepat, push dan roll semula. Ulang sehingga kilang susu kosong. 
7.    Putar gerakan mengikut arah jam atau berlawanan. Pastikan kedudukan jari di dalam kedudukan 12-6, 11-5, 10-4 dan seterusnya. Jalani setiap putaran sehingga kilang susu kosong. 
8.  Gunakan tiga jari utama itu pada tangan bersamaan setiap payudara. Contohnya payudara kanan, gunakan tiga jari tangan kanan. Bagi payudara kiri, gunakan tiga jari daripada tangan kiri.
                   
Itulah dia teknik2 nya..  bagi kak kalo dah hafal teknik ni, jimat banyak... tapi pada pandangan kak, depend pada individu jugak le kan. Sebelum nak berjaya dengan teknik ni, kesabaran tu kena tinggi. Kak pon dah pernah buat teknik ni, tapi kak rasa kak ada breastpump, jadi kak guna breastpump le. Tapi serius teknik ni memang berguna bila bateri breastpump habis or bila time kita nak pump susu tu, power supply pulak takder, so teknik marmet le jawapannyer! hehe...

ok, serba serba sedikit drpd kak. jumpa lagi...


Lagi entry berkaitan ibu hamil:

Link 1 - Lagi berkaitan ibu hamil

Link 2 - Lagi berkaitan ibu hamil

Link 3 - Lagi berkaitan ibu hamil




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...