Wednesday 16 January 2013

Kolostrum: Susu Hebat Ibu, Baby Tambah Sihat!

Salam to everyone..

Topik kak kenari hari ni khas untuk mommy2 baru dan mommy2 yang lama pon boleh :) mengenai kolostrum. Kolostrum ialah susu ibu yang sangat hebat kerana melalui pemberian kolostrum kepada baby kita yang baru lahir pasti membuatkan baby kita bertambah sihat dan boleh membesar bagaikan juara, wow!
Saya hebat! Ni iklan macam susu nan-pro masa tahun 2009 kot. Haha, anak kak kenari suka gila tengok iklan ni. hehe... Kak kenari pon tumpang sekaki. Hehe..

Ok, kolostrum ialah susu pertama yang breast kita hasilkan semasa kita mengandung. Susu kolostrum ini memang banyak khasiatnya untuk newborn, itula sebab kak kenari kata hebat. Tapi bukan le kak kenari sorang ja kata, hebat susu ibu kolostrum memang diakui sejak dolu2 lagi. Baby yang mendapat khasiat susu kolostrum sangat-sangat bertuah dan bertambah sihat waafiat. :))

Kebanyakan kita tak tahu bahawa susu kolostrum ini sudah pon mula dihasilkan oleh breast kita kira-kira seawal pada bulan ke-3 hingga bulan ke-4 kehamilan. Kolostrum berkemungkinan juga bocor atau keluar dari puting breast kita semasa kita hamil. Memang ada mommies yang mendapati terdapat cecair yang keluar melalui puting breast mereka semasa mereka masih sedang hamil/mengandung lagi. Keadaan seperti ini boleh terjadi kepada mommies pada fasa late pregnancy weeks (minggu-mingu terakhir kehamilan).

Memandangkan kolostrum ialah susu pertama yang dihasilkan oleh susu badan kita dan kualitinya yang terbukti hebat, kekerapan penyusuan setelah baby kita dilahirkan adalah sangat digalakkan untuk memperbanyakkan pengeluaran kolostrum ini untuk dibekalkan kepada baby melalui penyusuan secara terus (direct feeding) kepada mereka agar baby tambah sihat dan mampu bertahan dalam suasana dan persekitaran baru untuknya setelah 9 bulan berada dalam kandungan/perot ibu. :))

Kolostrum adalah satu bentuk susu yang dihasilkan oleh kelenjar mamari. Biasanya, kolostrum mula akan keluar selepas sahaja baby disusukan oleh kita. Lagi kerap baby kita disusukan, maka akan bermulalah keluarnya kolostrum sebagai antara makanan yang terawal yang sangat berkhasiat dan menjadikan baby kita tambah sihat! :)
*gambar susu kolostrum, image ehsan mengoogle*

Oh ya, tadi kak kenari ada briefing kan, susu badan kita ni pon, masa late pregnancy untuk some mommies maybe susu dia dah keluar dah... so, jangan risau pulak yer... itu memang normal. :)

Baby yang baru dilahirkan mempunyai sistem sistem pertahanan tubuh yang masih lagi lemah. Oleh itu, adalah sangat-sangat disyorkan agar baby yang baru lahir ini mula mendapatkan nutrien-nutrien penting terutamanya sumber nutrien daripada kolostrum ini. Disini, dapat kita lihat betapa pentingnya kekerapan untuk kita perlu terus menyusukan secara terus atau direct feeding kepada baby kita agar dia tambah sihat dengan susu kolostrum ini.

Sekiranya, kita dapati terdapat keladak bewarna seperti kekuningan di sekitar puting breastkita, bergembiralah kita :) kerana keleak kuning tersebut merupakan antara kumpulan susu kolostrum yang sudah pon keluar dari breast kita dan sangat bernilai buat baby kita untuk dia tambah sihat! :)
Setkan kat otak kita, lepas ni kita mesti kena bagi susu direct kat baby kita seperti yang kita memang dah buat pon! Menyusu secara terus a.k.a direct breastfeeding :)
Kita haruslah bersikap tamak dalam menyusukan baby kita pada waktu ini bagi memastikan baby kita mendapat khasiat kolostrum yang hebat ini! Apalagi kolostrum ini adalah datangnya daripada susu badan kita sendiri. Terima kasih Ya Allah!

Ok, jom pulak kita tengok serba sedikit kenapa kak kenari kata susu kolostrum ibu ni sangat-sangat hebat bagikan umpama macam cecair emas yang sangat penting untuk newborn baby tambah sihat :

  • Jumlah karbohidrat, protein dan antibodi dalam kolostrum adalah dalam jumlah yang tinggi -- Sesuai dengan fitrah baby yang baru dilahirkan, mereka adalah insan lemah. Jadi pastinya dengan bekalan cecair kolostrum yang boleh kita berikan ketika menyusukan mereka di awal-awal kelahiran atau lebih tepat lagi dalam kita masih lagi berpantang, pastinya sangat membantu meningkatkan tahap kesihatan, antibodi dan berat badan untuk baby kita yang baru sahaja menjengah ke dunia beberapa hari tu :)

  • Bayi yang baru lahir ini sebenarnya mempunyai sistem pencernaan yang sangat kecil. Kolostrum berfungsi untuk memindahkan nutrien ke dalam bentuk yang lebih kompleks untuk penyerapan oleh baby pada tahap yang optima. Kolostrum juga bertindak menjadikan najis pertama baby mudah diproses keluar dari tubuh baby kita. Najis pertama baby juga disebut mekonium. Bentuk najis ini biasanya melekit, tebal & hijau gelap. Orang tua-tua kata bila baby kerap berak ni kalau dia ada jaundis bagus! Sebab jaundis akan turun! Baby pon akan beransur pulih dan sihat daripada simptom jaundis ni! Orang tua-tua kata jugak, tahi yang paling last tu warna dia dekat hijau2.. hihi... tahi ni la ot yer! :D

  • Mari kita tengok apa pulak perkaitannya yer baby kerap berak dengan jaundis. --- Apabila baby kerap berak atau membuang najis, keadaan ini akan dapat membantu baby kita mengeluarkan bilirubin yang terdapat dalam tubuh baby kita. Jumlah bilirubin yang tinggi didalam badan bayi kita, memudahkan bayi dijangkiti jaundis atau kuning. Kolostrum akan bertindak sebagai laktasif dan kekerapan membuang najis akan merendahkan tahap bilirubin yang masih lagi terdapat dalam tubuh baby kita tu. Sebab itula lagi sekali kak kenari repeat ayat, ada orang tua-tua kata, bila baby dah start berak kerap, kuning atau jaudis yang baby kita alami tu akan beransur pulih dan menghilang.

  • Leukosit yang terdapat dalam kolostrum membantu melindungi baby kita daripada bakteria dan virus yang merbahaya.

  • Kolostrum mengandungi sejumlah besar antibodi yang dipanggil IgA (secretory immunoglubulin) yang membantu melindungi membran mukus di tekak, paru-paru dan usus bayi.
Okla, sampai sini dulu cerita kak kenari pasal kolostrum ni. Untuk mommies2 baru n mommies2 yang dah pernah experience pasal kolostrum macam kak kenari ni, just keep in mind tentang hebatnya kolostrum yang Allah ciptakan dalam breast kita just untuk our newborn baby. Penyusuan secara eksklusif selama 6 bulan untuk baby sejak dia dilahirkan memang disyorkan agar baby mendapat sepenuhnya khasiat susu ibu hebat ni. Macam-macam cabaran dan dugaan kita perlu hadapi untuk menjayakan penyusuan baby secara eksklusif ini. 

Ok, sekiranya kita memang merancang dan mahu menjayakan penyusuan baby kita secara eksklusif, sememangnya pengambilan diet yang seimbang dan makanan-makanan yang boleh membanyakkan susu kita dan pengambilan makanan-makanan seimbang adalah amat digalakkan. Dan pengambilan suplemen sejak dari awal kehamilan adalah amat disyorkan. Sekiranya ada yang mahu mendapatkan set berpantang, set kehamilan dan jugak set menyusu, jangan lupa PM kak kenari ye :) Consultation is free always ya! :))

click for larger image


Dah baca entry ini, :) , LIKE fanpage kami KenariPutih kat sebelah ni ya! dan Menangi voucher RM60! Maklumat lanjut tentang voucher sila klik kat sini






No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...