Thursday 5 December 2013

Set Bersalin Shaklee Cergas Sihat dan Bertenaga Berpantang 44 Hari

Salam everyone, apa khabar semua? Harap semuanya sihat dan cergas hari ni. Entry kali ni kak kenari nak cerita pasal set bersalin Shaklee. Korang dah berapa kali dah bersalin? Apa macam? Set bersalin apa yang menjadi pilihan? Set bersalin ada banyak kan? Set bersalin macam mana yang korang suka? Kalau kak kenari jujurnya kak kenari suka set bersalin yang bagi kak kenari cergas dan sihat dan bertenga semasa berpantang 44 hari, set bersalin yang tak panas maksud kak kenari yang selamat untuk baby juga sebab kita nak menyusu badan kan, mestila kita nak yang selamat untuk baby, bagi baby kita sihat, baby cepat baik daripada jaundis atau kuning, dan untuk kita bagi luka bersalin kita cepat sembuh dan bagi air susu badan kita meriah. Lagi satu yang maybe bonus bagi kita slim melim macam before kita mengandung dulu hehe.. Yang kak kenari sebut ni antaranyala yang sangat kak kenari titik beratkan. Sebab kak kenari bukan boleh berpantang macam tuan permaisuri. 

Dalam pantang nak menyusu baby pon kena sepenuh hati, berusaha menyusu baby sekerap yang boleh bila dia lapar, then baru la susu kita tu boleh terangsang dengan cepat, boleh keluar dengan cepat. Dari segi pemakanan pon kita perlu juga tengok apa kita makan, susu kita pekat ke tak, susu elok la kalau pekat baru baby tu cepat kenyang. Macam antara kita makan nasi dan makanan merapu, mestila makan nasi lebih kenyang. Hihi.. Antara usaha nak pekatkan air susu, kita perlu makan makanan yang tinggi protein dan karbohidrat

Ok, korang macam mana? Dah habis survey persediaan untuk korang berpantang lepas dah bersalin nanti? Pastikan ya set bersalin yang korang pilih tu mesti juga membantu korang cergas, aktif dan bertenaga sepanjang 44 hari berpantang. Jika korang sudah kesuntukan masa nak survey, tak perlu risau, set bersalin Shaklee sememangnya khas untuk ibu-ibu bersalin dan berpantang yang mahu kekal cergas, aktif dan bertenaga sepanjang 44 hari berpantang.

Kelebihannya? Banyak kelebihannya. Bukan sahaja korang jadi cergas, aktif dan bertenaga, bonus tu air susu badan jadi pekat tau. Jadi baby korang pon tentulah tak banyak meragam sebab kenyang minum susu korang kan. Tapi korang jangan lupa pulak ye pasal konsep menyusu yang sebebnar. Demand and Supply.

Kak kenari nak cerita pasal kebagusan set bersalin Shaklee ni. Ramai pon customer kak kenari yang telah berpuashati, sama ada bersalin secara ceasarian atau pembedahan mahupun yang bersalin secara normal. Untuk yang bersalin anak kedua, ketiga atau keempat contohnya dan sebelum ini semasa berpantang mereka tidak ambil set bersalin yang lain, tetapi untuk kelahiran anak mereka pada kali ini dan kali pertama untuk mereka mencuba set bersalin Shaklee, mereka rata-ratanya memberikan respon positif dan berpuashati dengan set bersalin Shaklee.

Sebelum kita tengok respon-respon daripada customer kak kenari yang ambil set bersalin Shaklee ni, kita  tengok dulu tentang fungsi-fungsi produk dalam set bersalin Shaklee ni.

Set Asas

Vitamin B-complex with acid folic (harga pasaran rm53, 1 botol ada 120 biji, tahan selama 4 bulan)

Fungsinya bertindak sebgai anti stress untuk ibu. Selain member nutrisi lengkap untuk semua jenis vitamin B, ia juga dilengkapi dengan folic acid yang sangat penting untuk membentuk saraf tunjang bayi yang lebih sempurna. Folic acid ni salah satu jenis yang ada dalam vitamin B jugak. Atau nama lain bagi folic acid ni ialah B9. Ibu mengandung dan ibu menyusu memerlukan maksima dalam 500-600 mg folic acid sehari.

Ibu mengandung dan ibu yang berpantang sangat digalakkan mengambil suplemen acid folic bagi membantu mencegah spina bifida dan masalah-masalah lain berkaitan dengan bayi.

(**spina bifida ialah tulang belakang yang tidak sempurna seperti kanak-kanak normal yang lain. Jika terjadinya spina bifida kepada bayi boleh juga menyebabkan kecatatan berkaitan dengan otak mereka selain fungsi tulang belakang. Sebagai ibu, kak kenari yakin kita mestilah tidak mahu perkara seperti ini berlaku pada bayi kita. Seperti kata peribahasa mencegah lebih baik daripada merawat kan.)

Antara kepentingan folic acid ni ialah untuk mencegah anemia dan meningkatkan keupayan usus untuk menyerap nutrient dengan betul.
Vitamin B6 dan vitamin B12 penting untuk pembentukan sel darah merah bagi mencegah anemia.

B-complex Shaklee ni terdiri daripada 8 kumpulan lengkap dalam vitamin B iaitu B1 (thiamin), B2 (riboflavin), B3 (niacin), B5 (panthothenic acid), B6 (pyridoxine), B7 (biotin), B9 (folic acid), dan B12 (cobalamin).
Vitalea (multivitamin with iron) (harga pasaran rm88, 1 botol ada 120 biji, tahan selama 4 bulan)

Semasa kita bersalin, kita kehilangan jumlah darah yang agak banyak. Maka iron atau zat besi sngat penting untuk membantu mencegah anemia akibat daripada ibu bersalin mengalami kehilangan jumlah darah yang agak banyak.
Seperti yang kak kenari maklumkan tadi, the best combination untuk menghalang anemia daripada berlaku ialah dengan pengambilan vitalea + b-complex + vitamin C. Sebab vitamin B6 dan vitamin B12 penting dalam pembentukan sel darah merah. Vitalea pula ialah iron. Vitamin C pula boleh meningkatkan penyerapan iron. Jadi ketiga-tiga kombinasi ini, vitalea, b-complex dan vitamin C sangat penting untuk mencegah low HB dan penyakit anemia.

(**Anemia terjadi apabila sel darah merah atau paras kepekatan heoblobin berada pada paras/level yang rendah ataupon low-level. Kurangnya kepekatan sel darah merah ini menyebabkan proses pengangkutan pengangkutan oksigen oleh sel darah merah tidak dapat disalurkan kepada seluruh bahagian badan dengan sempurna. Dan sehingga boleh terjadinya penyakit seperti anemia.)
Selain daripada itu, vitalea mengandungi multivitamin yang tediri daripada 28 jenis vitamin dan mineral yang sangat diperlukan oleh badan lebih-lebih lagi pemakanan kita di dalam waktu berpantang adalah agak terhad. Vitalea boleh membantu badan kita dapatkan sumber vitamin dan mineral yang tidak dapat diperolehi melalui pemakanan yang seimbang sewaktu berpantang.

Vitamin C (harga pasaran rm93, 1 botol ada 180 biji, tahan selama 6 bulan)

Fungsi vitamin C membantu dalam menyembuhkan luka-luka selepas bersalin, membantu dalam pembentukan kolagen dan membantu penyembuhan tisu-tisu sel akibat bersalin. Bonus lagi ialah vitamin C dapat mencantikkan kulit .
Korang jugak perlu tahu pengambilan vitamin C dapat meningkatkan penyerapan iron atau zat besi. Iron sangat penting untuk membantu dalam menaikkan Hb ataupun haemoglobin bagi mencegah anemia.

(**Hemoglobin adalah molekul protein dalam sel-sel darah merah yang membawa oksigen ke seluruh badan, iaitu dari paru-paru ke tisu-tisu badan dan mengembalikan karbon dioksida daripada tisu-tisu kembali ke paru-paru.)

Zinc complex (harga pasaran rm34, 1 botol ada 120 biji, tahan selama 4 bulan)

Zinc sangat-sangat membantu dalam mempercepatkan penyembuhan luka-luka bersalin sama ada bersalin secara pembedahan mahupun bersalin secara normal. Zinc adalah antara vitamin yang sangat bagus untuk merawat luka-luka kita supaya cepat baik. Kekurangan zinc menyebabkan luka bersalin lambat sembuh. Jadi penting ibu yang lepas bersalin amalkan ambil zinc complex sepanjang tempoh berpantang. Produk seperti pati ikan haruan dan gamat gamogen pon mengandungi zinc. Jadi zinc complex ni juga boleh juga sebagai alternatif kepada ikan haruan, pil ikan haruan, gamat gamogen. Jadi korang jangan risau la kalau masa pantang tak dapat makan sup ikan haruan. Hehe.. Just makan zinc complex pon dah sangat2 membantu dah.

Bonus juga sebab zinc juga bantu elakkan keguguran rambut dan mencantikkan kuku. Biasanya memang fasa ini stat kita habis berpantang jika jumlah zinc dalam badan kita semakin menyusut rambut kita akan semakin banyak gugur. Tapi kita tak perlu panik sebab masalah gugur rambut ni memang biasa untuk ibu yang lepas bersalin. Just kita make sure kita amalkan diet yang sihat setiap hari dan pastinya pengambilan suplemen seperti zinc complex sangatlah membantu.

Okay yang tu ialah set-set asas set bersalin Shaklee. Untuk set eksklusif set bersalin Shaklee mestilah kena add on ESP Shaklee dan Ostematrix.

ESP Shaklee (protein) (harga pasaran rm150, 1 canister ada 850 g,  tahan selama 1 bulan)

ESP ialah sejenis protein. Seperti yang kita tahu protein ni penting untuk tubuh kita. Protein ni membantu tubuh kita membina dan memperbaiki tisu-tisu dan sel-sel baru dalam badan. Jadi sesuai sangatlah untuk ibu berpantang sebab ESP boleh mengenyangkan dan juga boleh bantu ibu bersalin mendapatkan tenaga segera, boleh memekatkan air susu badan dan turut juga berfungsi untuk memulihkan luka-luka akibat bersalin. ESP ialah sebagai replacement meal atau makanan yang mudah untuk kita sediakan. Buat ibu berpantang, ESP merupakan hidangan yang serba lengkap kerana mengandungi sumber protein dan lain-lain khasiat utama yang ideal seperti yang diperlukan oleh tubuh badan kita. Selain itu, indeks glisemik (G.I) yang rendah membantu mengekalkan paras gula dalam darah yang optimum dan turut menjadikan ESP sesuai untuk penghidap kencing manis. Tapi sekiranya korang ada fibroid atau juga ada cyst (ketumbuhan), korang tak bolehla minum ESP ni sebab yang ada fibroid dan cyst tak boleh ambil makanan yang berunsurkan soya.

Satu hidangan ESP bersamaan dengan 2x ganda daging, 4x ganda telur, 12x ganda susu, rendah lemak, tiada kolesterol, tiada uric acid dan sangat mudah diserap oleh tubuh badan. Bonus juga kerana ESP ini juga dapat mengatasi sembelit.

Osteomatrix (with calcium, magnesium and vitamin D) (harga pasaran rm61, 1 botol ada 120 biji, tahan selama 1 bulan)

Fungsinya membekalkan nutrient-nutrien harian termasuklah kalsium yang dapat membantu dalam pembentukan dan penjagaan tulang dan gigi. Semasa berpantang kita turut menyusukan anak kita, jadi sebgai ibu menyusu kita memerlukan kalsium tambahan melebihi wanita biasa. Selain itu, osteomatrix Shaklee ini dilengkapi dengan magnesium dan vitamin D. Magnesium bertanggungjawab menggabungkan kalsium ke dalam tulang dan vitamin D pula membantu dalam penyerapan kalsium dengan optimum. Osteomarix juga membantu tidur ibu lebih lena dan bangun dengan segar keesokan harinya. Selain itu, yang best osteomatrix membantu elakkan masalah sembelit yang kerap berlaku kepada ibu ketika dalam pantang. Namun dari segi pemakanan dan minuman juga haruslah dijaga setiap hari semasa berpantang untuk elakkan sembelit seperti elakkan minum banyak milo dan kopi dan juga jangan terlalu banyak makan makanan yang pedas.

Okaylah, itulah dia ringkasan tentang produk set bersalin Shaklee ni ya.
Antara respon daripada pelanggan kak kenari quotekan betapa gembiranya mereka seperti kata-kata di bawah:

“saya rasa cergas walaupun saya baru hari pertama berpantang”

“luka jahitan saya cepat baik, seawal 2 minggu saya rasa macam dah habis pantang. Rasa merdeka dan mahu pergi shopping lebih banyak baju untuk baby saya”

“baby saya yang kedua ni memang mudah sekali menjaganya sejak hari pertama saya berpantang kerana dia tak banyak meragam seperti anak saya yang pertama dulu. Anak saya yang pertama dulu agak suka meragam walaupun menyusu badan sepenuhnya. Maybe masa itu air susu saya cair dan tidak pekat buatkan anak saya berasa tidak kenyang dan selalu mengais lapar untuk menyusu lagi. Waktu itu saya tidak ambil set bersalin Shaklee. Baby kedua saya lebih mudah diuruskan selepas menyusu dengan saya. Hari-hari berpantang selama 44 hari yang saya lalui sungguh bertuah dan sangat baik buat saya walaupun saya tidaklah berpantang seperti permaisuri =)”

Haa, itulah dia penangan set bersalin Shaklee ni. Kalau korang nak kurus semula dan dapatkan berat badan yang ideal pon boleh. Antara yang korang boleh add on untuk projek turunkan berat badan untuk kawal berat badan korang tu boleh ambil mana-mana produk yang ada dalam set slimming Shaklee. Antaranya alfalfa, Omegaguard, Lecitin ataupun boleh juga add on cinch shake Shaklee.
(**alfalfa ni bukan takat boleh kurus saja tau, alfafa juga adalah vitamin yang boleh membanyakkan susu badan. Tapi bab makan kalori intake semua haruslah dijaga, kalau tidak macam mana nak kurus :-D)

Jadi usahlah korang ragu-ragu lagi nak pilih set bersalin shaklee ni. Sememangnya set bersalin shaklee ni memang yang terbaik untuk korang. Set bersalin shaklee sememangnya llengkap untuk memenuhi keperluan korang sebagai seorang ibu berpantang yang ingin cergas, aktif dan bertenaga terutamanya sepanjang tempoh 44 hari berpantang. Oh, lagi satu korang kena jugak tahu set bersalin shaklee ni bukan saja boleh guna untuk 44 hari tapi berbulan-bulan haa, harganya pon amat berpatutan. :-D

Ok, cukup dulu entry kak kenari kali ni. Kalau korang mahu dapatkan set bersalin Shaklee ini dan mahukan harga yang berbaloi korang buatlah pilihan bijak ya iaitu terus jadi ahli Shaklee yang berdaftar dengan team kak kenari. Sebab jadi ahli shaklee lagi best. Kak kenari akan berikan consultation dan guides makan eksklusif untuk korang semua tau. Dari segi harga memang kak kenari jamin harga memang sangat berpatutan dan berbaloi-baloi.

Hubungi kak kenari sekarang ya :-D. Dijamin harga sangat berpatutan dan pastinya konsultansi n guides makan sekali semua dalam pakej :D

Your Shaklee Independent Distributor; 

 Jannah (ID: 910562) 

 Tel/SMS/WhatsApp : 017-4556648

 FB Fanpage & Blog : KenariPutih

 URL Blog: http://kenariputih9727.blogspot.com/

 URL FB Fanpage: http://www.facebook.com/KenariPutih9727

 Email: kenariputih9727@gmail.com









No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...