Sunday 30 December 2012

Baby : Info jaundis a.k.a kuning


Jaundis atau kuning kerap menyerang bayi yang baru menjengah dunia. Sebenarnya terdapat beberapa kategori jaundis. Jaundis maybe common problem untuk baby tetapi tak dapat dinafikan betapa bahayanya jaundis ini kepada baby yang baru dilahirkan. Oleh itu, langkah-langkah pencegahan awal perlulah dititik beratkan. Kebanyakan kes jaundis adalah tidak merbahaya. Namun jika parasnya adalah tinggi dan dibiarkan berlanjutan tanpa rawatan boleh menyebabkan kerosakan kekal kepada sistem saraf dimana boleh menyebabkan pekak dan pertumbuhan yang lembap.

Bayi yang menghidap jaundis perlu mendapat susu yang cukup untuk mengelak menjadi kekeringan.

Tanda-tanda am baby ada jaundis:
  •  Mata baby kuning.
  • Kulit badan n muka baby warna kuning.
  •  Baby suka tidor pada waktu siang, sebab pada masa malam dia berjaga.
Pengetahuan am mengetahui jaundis  telah beransur /berkurang/turun daripada baby:
  1. Baby kerap berak… 5-7x sehari. Sila monitor bahagian buntut baby setiap kali baby poopoo..
  2. Bahagian buntut baby sekiranya kulit baby jenis sensitive akan mudah melecet. Spare kan cream siap2. Ada banyak cream, pureen, Johnson, drapolene n ch+ cream. Sapukan mana2 cream yang maybe sesuai. Kena apply dulu then br tau sesuai ke tak.
  3. Tekan sikit badan baby. Just tekan dengan 1 jari saja. Tengok masih kuning ke tak kulit dia. Kalo kuning memang kuning. Kalo tak kuning, kulit baby color kulit dia pink. Sekiranya masih kuning, cuba le ikhtiar mana2 petua. Banyak petua, kena try smp jmp petua yang betul sesuai untuk baby kita. Tapi kalo dah try macam2 but stil kuning lagi teruk, elokle pergi ke hospital untuk further check.  Maybe baby bukan kategori normal jaundis.
  4. Baby dah boleh adjust time tidor dia. Kalo paras jaundis baby tinggi, berkemungkinan baby masih suka tidor pada waktu siang n pada waktu malamnya dia masih suka berjaga. (Jenoh mak dia!).Dan baby tidak aktif.  If ini macam better bawa baby buat further check kat hospital. Maybe breastmilk jaundice atau jaundis susu ibu.
Contoh-contoh petua tradisional untuk kurangkan jaundis yang boleh dicuba seperti dibawah.  Walau bagaimanapun keberkesanan petua ini banyak bergantung kepada keserasian bayi. Anak2 kak kenari kedua-duanya normal jaundice. Petua-petua kat bawah semua kak kenari dah try. Alhamdulillah, sapa tak risau anak ada jaundis. Pulak jaundis ni katanya boleh merebak sampai ke otak. Sambil berusaha mengamal petua-petua tradisional ni, kak kenari tak putus berdoa kepada Allah mintak anak kak kenari sembuh cepat n susu badan kak kenari berkesan utk cure jaundis anak kak kenari ni.
  1. Sengkuang cina –
  2. Anggur hijau –
  3. Daun kucai –
  4. Susu kambing –
  5. Air mutiara –
  6. Susukan baby dengan lebih kerap.
Jenis-jenis jaundis dan cara rawatan dia.. kak kenari ambil kat blog ni..  Ada 3 jenis jaundis, iaitu

1.       Jaundis Normal/Physiologic
2.       Jaundis Pathologic
3.       Jaundis Susu Ibu

Detail tentang jaundis dan cara rawatan dia seperti di bawah:

1a.          Jaundis Normal/Physiologic

Biasa terjadi kepada bayi baru lahir.Kadarnya adalah lebih tinggi berlaku pada ethnik tertentu seperti Cina, Jepun, Korea (Asia). Bayi yang kurang menyusu beberapa hari selepas dilahirkan dan tidak kerap membuang air besar juga mudah mendapat jaundis. Apabila bilirubin berkumpul di dalam najis bayi dan tidak dibuang, ia akan beredar kembali ke sistemnya. Kekerapan membuang najis dapat merendahkan tahap bilirubin. Mula kelihatan selepas hari 2 - 4 selepas lahir dan biasanya hilang sendiri selepas 1 ke 2 minggu. Bagi bayi yang kurang menyusu, ibu perlu mendapatkan nasihat cara dan teknik untuk menyusu bayi dengan betul. Dengan penyusuan yang betul, jaundis akan hilang.

(Hem, senang jaundis ni.. tak merbahaya. Biasa banyak yang jadi kat baby yang baru keluar jengah dunia, memang kebanyakan Normal Jaundice/Pysiologic.)

1b.          Rawatan untuk Jaundis Normal/Physiologic:

Kebanyakan kes jaundis ini tidak memerlukan rawatan phototerapi. Berikut disenaraikan langkah yang boleh dibuat untuk mengelak atau merawatnya.
  • Menyusukan bayi dari awal dan dengan kerapnya. Kolostrum akan bertindak sebagai laxative dan kekerapan membuang najis akan merendahkan tahap bilirubin. Perhatikan pengeluaran air kencing dan najis.
  • Elakan mengambil air tambahan. Hanya 2% bilirubin keluar melalui air kencing dan 98% keluar melalui najis. Kolostrum dan susu yang mengandungi lemak akan menstimulasikan pergerakan membuang air besar. Jika bayi kita kenyang dengan air dia akan kurang menyusu.
  • Galakan bayi kita berjaga dan menyusu setiap 2 jam. Jaundis menyebabkan bayi kita mengantuk.
  • Jika bayi kita tertidur ketika menyusu badan dan membuang air besar kurang dari 3 kali sehari, cuba perah susu kita menggunakan tangan atau pam. Dan berikan menggunakan cawan, sudu atau syringe. Jangan menggunakan botol kerana bayi kita akan keliru dengan puting getah ketika peringkat ini.
  • Dedahkan kepada cahaya secara tidak terus. Buka pakaian dan diaper dan letak di dalam bilik yang terdapat banyak cahaya. Kulit baby adalah sensitif dan jangan diletakan secara terus kepada cahaya.
  •  Elakan ubatan seperti aspirin dan dadah sulfa. Pastikan doktor kita tahu dadah yang kita ambil, jadi kita boleh hentikan atau mencari penganti yang lain jika ubat adalah penyebabnya.

2a.          Jaundis Pathologic

Terjadi akibat keadaan perubatan seperti berlainan jenis darah (kerap berlaku), kelahiran pra matang, pembedahan caesarean, infeksi, kerosakan hati akibat rubella, siplis atau toxoplasmosis. Bagi bayi dan ibu dari jenis darah berlainan kerap berlaku bagi ibu berdarah jenis O atau Rh negatif. Ianya mula dikesan dari hari pertama kelahiran dan meningkat dengan mendadak. Masalah Rh juga pernah menyebabkan demam kuning yang teruk. Kini ia dapat dielakkan dengan suntikan imunisasi Rh pada ibu dalam tempoh 72 jam selepas kelahiran.

2b.          Rawatan untuk Jaundis Pathologic:

Bayi perlu mendapat rawatan segera. Penyusuan badan perlu diteruskan. Kolostrum dan susu yang diterima akan membantu pembuangan najis dan mempercepatkan pengeluaran bilirubin. Bayi yang sakit memerlukan lebih susu badan berbanding bayi yang sihat. Dalam kes tertentu bayi akan perlu menjalani penukaran darah.  Ini adalah langkah paling cepat dan perlu jika bayi mencapai tahap tertentu melebihi 26mg/ld. Namun kurang dilakukan kerana proses phototerapi biasanya mujarab. Bayi akan mengantuk dan lemah untuk menyusu. Anda mungkin memerlukan pam untuk memastikan bekalan susu mencukupi untuk bayi anda.

3a.          Jaundis Susu Ibu/Breastmilk jaundice

Ini berkemungkinan dari susu ibu yang terhasil menyebabkan kelewatan atau memanjangkan tempoh membuangan lebihan bilirubin melalui usus. Ia bermula dari hari ke minggu ke 2 dan hilang selepas 3 hingga beberapa minggu atau beberapa bulan kemudian. Walaupun mendapat susu yang mencukupi bayi masih mendapat jaundis. Jika kadar bilirubin meningkat, doktor anda mungkin menasihatkan untuk memberhentikan penyusuan badan selama 2 ke 3 hari. Dalam masa itu, anda bolehlah memerah susu bagi mengekalkan bekalan susu dan boleh meneruskan penyusuan apabila tahap bilirubin menurun.

2b.          Rawatan untuk Jaundis Susu Ibu:

Penyebabnya kurang dapat dipastikan. Bayi boleh diberi susu formula buat seketika. Biasanya tahapnya akan turun dan meningkat semula apabila menyusu badan. Namun kita tidak patut memberhentikan penyusuan badan kerana susu badan adalah susu yang terbaik.

Dah baca entry ini, :) , LIKE fanpage kami KenariPutih kat sebelah ni ya! dan Menangi voucher RM60! Maklumat lanjut tentang voucher sila klik kat sini

Lain-lain yang berkaitan:

Persediaan untuk newborn





Wednesday 26 December 2012

Resdung. Kita boleh membuang resdung walaupun hanya di rumah!


Resdung merujuk kepada keadaan di mana infeksi atau alergi yang menjadikan tisu membran sinus membengkak dan berwarna merah. Ini menyebabkan seseorang itu mengalami hidung tersumbat, terasa sakit dan tekanan di beberapa kawasan muka, dan selalunya mengeluarkan cecair (selesema) berwarna kuning, hijau atau jernih. Simptom ini selalu diikuti dengan rasa pening, sakit kepala, kepala rasa berat, letih, batuk-batuk dan sakit tekak. (credit utk pengertian resdung. Kak kenari ambil kat blog ni)

Kat tempat kak kenari ni banyak jugak orang buat servis untuk buang resdung. Kak kenari sebenarnya suka buang resdung ni. Seronok, kita baring, pastu makcik/kakak yang buang resdung tu, mengasapkan muka kita dengan kain resdung. Sekarang kak kenari dah lama benar takpi buang resdung. Kak dulu bujang2 setahun kak ingat maybe dalam 3 or 4 kali kak pi buang. Yang guna kain putih yg ada salut lilin kat atas kain tu. Katanya, kain tu jadi macam tu pasal dah diletak ubat-ubat utk eliminate ulat resdung nanti.. Dulu, selalu buang kat rumah saja. Just beli kat kampung kak kain resdung tu. Kak n kakak kak n jugak adik kak kami buat sendiri kat rumah. Sampai berasap la 1 rumah, haha... lepas kami semua dah dewasa dah, jarang jumpa sebab studi kat tempat2 lain, kak suka pi rmh membe kak. Mak dia pon buat jugak untuk buang resdung ni. murah2 jer.. rm12 macam tu kot per session. Best buang resdung ni, ringan ja muka rasa lepas tu. Masa kak dekat2 nak kawen dulu, kak pi buat rawatan resdung kat spa. Bukan le spa kelas2 sangat. Yg biasa2 ja sepupu kak rekemen. Spa tu kat Bukit Gedung. Kat depan astaka. rm70 sekali dengan facial. Masa tu tahun 2008 ke 2007 tak ingat. Puashati le kakak tu urut muka kak. haha.. baru ni pon ada message kakak tu lagi, dia kata maile awat yang tak mai, hehe.. memang teringin nak pi lagi.. :)

La ni disebabkan hidung kak kenari ni bila mkn seafood ja, sambal belacan, ikan cencaru belah belakang (oit sedapnya!), tomyam.. teros hidung kak kenari kena attack kak kenari telah ambil set resdung Shaklee.



So far progress Alhamdulillah. Kalo kak kenari rasa terok sangat, kak kenari akan ambil alfafa paling kurang pon 2 biji alfafa. Kalo dah hidung tak selesa, kak kenari ambil 3 biji. Vitamin B and Vitamin C kak kenari ambil jugak sebab kadang2 rasa stress. Vitamin B membantu menenangkan perasaan kak kenari supaya tak tension2. Kadang2 dah hidung soksek2… Kak kenari tak tahan kak kenari add on Vitamin B ni. Dan Vitamin C pulak, kak kenari memang suka, sebab kadang2 bila malam tiba asyik hujan memanjang kak kenari senang nak sesema. Malam biasa kak kenari avoid minum air yang sejuk or dah tak suam, sebab satgi mula le hidung ni. Kak kenari biasa minum air suam… if boleh air panas+air suam pilihan kak kenari. Kak kenari minum dengan Vitamin C. Fuhh, minum air dalam 500 ml. Yela, rahsia kulit menawan salah satu praktisnya ialah telan Vitamin C ni. Kak kenari mengaku, kak kenari memang mahu kulit menawan dan berseri! Sebab tu Vitamin2 Shaklee menjadi pilihan. Kak kenari memang suka yang organic dari dolu2 lagi. Biar habes duit kak kenari beli vitamin, asal kak kenari awet muda sudah, hahaha…

Ok.. sini dulu ya. Nak tahu rahsia awet muda, boleh PM kak kenari ye! :)

Lagi entry yang menarik:


Tuesday 25 December 2012

Budu rahsia cantik jelita! Klik sini baca tip nak cantik menawan!

Salam everybody

Itu dia tajuk kak kenari. Budu rahsia cantik jelita! Klik sini baca tip nak cantik menawan! Kita orang pompuan ni, kalo boleh wajah nak sentiasa kekal muda macam teenagers. Tapi orang kata sedar diri la jugak. Bila hari baru menjelma usia kita pon bertambah le tanpa dapat kita menahannya. Cerita pasal budu kat bawah ni kak kenari ambil kat blog ni Sebenarnya, kak kenari suka jugak makan budu ni. Sedap jugak. Tapi husband kak kenari dia tak suka. Kak kenari bukan apa, kak kenari rasa budu ni kadang2 macam sambal belacan. Budu memang makanan wajib untuk famili yang berasal daripada Kelantan. Ada ke orang Kelantan yang tak make budu ni? Kak kenari tak berapa tahu sangat. So far yang kak kenari jumpa betul2 orang Kelantan memang tak tinnggal budu ni.

Kat Penang ni, kalo kak kenari teringin nak makan budu, kak kenari ajak husband kak kenari pi 1 kedai kat Bayan Baru. Nama kedai tu Nasi Ayam Budu. Hihi.. Budu dia ok, sedap. Ramai jugak le orang yang pi makan kat kedai Nasi Ayam Budu ni. Menu Nasi Ayam Budu n simple saja. Nasi putih, ayam goreng n budu! Ayam goreng dia kak kenari tak sure dia perap dengan apa, tapi bagi kak kenari sedap le kan. If tak, takkan kedai tu penuh selalu. Pengasuh anak kak kenari pon tau kedai tu. Famous le katakan kat Penang ni.

Ok, jom layan, khasiat budu ni. Budu rupanya adalah penyumbang kepada awet muda! Wow! Kak kenari pernah jugak baca kat 1 majalah. Majalah tu pon kata budu ni makanan untuk awet muda. Lagipon, kak kenari tengok gewe gewe Kelate memang comei2 bako... hihi.. Penangan makan budu! :D

Keistimewaan dan Khasiat Budu Kelantan



BUDU merupakan makanan tradisional masyarakat pantai timur khsusnya masyarakat Kelantan. Boleh dikatakan setiap keluarga di negeri Kelantan mempunyai sekurang-kurangnya sebotol budu di dapur mereka. Budu dihidangkan bersama ikan tawar, bawang, cili dan perah limau nipis, lebih ummmp lagi campur dengan tempoyak durian. Kemudian cicah dengan ulam-ulaman seperti petai, jering dan lain-lain. Pasti menyelerakan…
Kalau dahulu kita dapati budu hanya terdapat di negeri pantai timur sahaja. Tetapi sekarang budu sudah dikenali seluruh Malaysia, malah di luar negara. Di mana-mana kita boleh dapatkan budu. Di Sarawak sekarang ni pun dah ada budu.
Terdapat banyak keistimewaan dan khasiat budu khususnya dari segi kesihatan. Mungkin tidak ramai yang mengetahuinya. Budu dikatakan menyumbang kepada kecantikan dan awet muda. Menurut Penyelidik Kanan Alam Sekitar dan Bioproses, Pusat Teknologi Sirim, Hamidah Sidek, dalam kajian yang dilakukannya selama dua tahun bersama 10 penyelidik Sirim yang lain, makanan tradisional itu mampu mengekalkan wajah muda seseorang.
“Proses penapaian budu menguraikan bahan organik kepada peptida dan asid amino yang menyumbang kepada rasa dan aroma lazat serta mempunyai nilai kosmetik.

Ia berkesan sebagai agen mencerahkan kulit dan antipenuaan. Semua ini berlaku kerana ekstrak marin daripada budu berupaya melawan radikal bebas, merangsang pertambahan sel kulit dan menggalakkan penghasilan kolagen.
“Ia juga mampu melindungi kulit daripada sinaran matahari,” terang beliau yang telah melakukan kajian makmal dan ujian ke atas 25 individu. Sebahagian besar individu yang diuji mendapati wajah mereka semakin cerah, bintik jerawat berkurangan dan menyelesaikan masalah kulit berminyak.
Kemudian menurut satu kajian yang dilakukan di luar negara, budu sangat bagus untuk di makan kerana ia :
  • Kajian pemakanan Jepun, Amerika Syarikat, Australia, New Zealand dan Jerman mendapati budu memiliki gluthaione iaitu bahan antioksidan yang mampu memerangi pelbagai penyakit termasuk kanser.
  • Pengkaji Universitu Carolina, AS mengatakan unsur genestin dan phytoestrogen dalam budu boleh melambatkan penuaan dan mencegah barah payu dara.
  • Satu uji kaji rambang mendapati pengambilan budu sebayak 150 gram sehari selama dua minggu dapat menurunkan kadar kolesterol ke tahap luar jangkaan.
  • Budu berpotensi mencegah cirit birit dan penurunan kolesterol darah, begitu juga penyakit jantung dan hipertensi.
  • Didakwa budu juga boleh menjadikan seseorang lebih pintar kerana ia merangsang sel otak. Ia juga membantukkan pertumbuhan bakteria yang menyebabkan kembung perut.

Dah baca entry ini, :) , LIKE fanpage kami KenariPutih kat sebelah ni ya! dan Menangi voucher RM60! Maklumat lanjut tentang voucher sila klik kat sini

Lagi tentang nak cantik menawan:







Saturday 22 December 2012

Oat macam span bila berfungsi dalam badan? Makan oat boleh buang lemak dalam badan! Kita boleh Slim!


Pengambilan oat akan bertindak seperti span yang akan menyerap kolestrol sepanjang sistem penghadaman. Dah macam span, lap habuk, habuk melekat dekat span, jadi bersihla tempat yang kita lap tu! Haa macam ni la lebih kurang oat berfungsi dalam badan!

Oat macam span bila berfungsi dalam badan.  Makan oat boleh buang lemak dalam badan! Kita boleh Slim!

Oat macam span beb! Kalo nak diet2 ni, kak kenari suggest kalo nak good result, makanan seperti oat ni memang membantu kita untuk lose weight. Dan lagi satu yang paling penting minum air mesti cukup. Ingat 25 kg = 1 liter air. Kalo berat 50 kg, badan kita perlukan 2 liter air sehari! 

Memang lepas tu kita akan kerap pi toilet, tapi its normal! Lagi kerap kita pi toilet buang ‘hajat’ lagi bagus, sebab badan kita sedang membuat toksin yang badan kita tak perlukan. Toksin ni termasuklah lemak2 yang tak baik. Lemak2 tak baik dalam badan kita patot kita buang, badan kita hanya perlukan lemak2 yang baik. Badan kita memang perlukan lemak juga sebab  lemak boleh berfungsi melindungi badan kita daripada cuaca yang sejuk. Sebab tu orang yang takdak lemak dia tak tahan sejuk  :)

Amboi, dah macam nutritionist pulak kak kenari ni :D

Pengambilan bijirin membantu melangsingkan tubuh badan. Bijirin juga ialah sumber kalsium untuk menguatkan tulang dan gigi. Seperti diketahui empeng bijirin mengandungi kandungan fiber yang tinggi,  antioksida dan vitamin yang diperlukan oleh badan.

Tabiat makan sebenarnya berkait rapat dengan pengurusan kelangsingan badan dan tabiat pemakanan diet yang sihat. Kak kenari pon dah 3 series dah, mestila kak kenari nak kekal sihat dan hebat macam kunun akak in teenagers lagi, haha.. hih takdekla… maybe badan nak macam teenagers, tapi pemikiran dan cara pembawakan diri mestila kak nak macam kak ni dah 3-series. Satgi orang kata hapala rentua ni tak sedaq diri kubor panggil mari, dunia kata pergi.. Astaghfirullah!

Setiap orang pengambilan kalori tidak sama kerana pengambilan kalori bergantung pada faktor  jantina, faktor umur dan berat badan. Lagi berat badan tu lagi banyak le dia perlukan air dalam badan dia untuk proses cleaning. Ingat kan tadi kak kenari ada bagitau, 25 kg = 1 liter air. Lelaki kadar pengambilan kalori lebih tinggi daripada wanita. Orang muda pon pengambilan kalori lebih tinggi daripada orang tua dari secara teorinya. Tapi kalo umur dah tua n masih lagi bekerja membanting tulang, jadi kenalah kita pastikan kadar kalori mencukupi untuk badan menukarkan kalori tersebut ke bentuk tenaga supaya kita pantas dan cekap bekerja dengan dedikasinya :) walaupon dah usia emas :) ! Haha.. 

Okla sekian daripada kak kenari. Layan gambar oat jugak! Kak kenari google saja. :)

  


Dah baca entry ini, :) , LIKE fanpage kami KenariPutih kat sebelah ni ya! dan Menangi voucher RM60! Maklumat lanjut tentang voucher sila klik kat sini



Anda mungkin meminati:

Link 1



Friday 21 December 2012

Makanan-makanan yang terbaik untuk ibu hamil

Makanan yang baik dan berkualiti menyumbang kepada pembentukan bayi/janin yang sempurna. Ini kerana, makanan yang mempunyai khasiat-khasiat tertentu akan membantu kepada proses perkembangan janin yang masih di dalam kandungan ibu. Secara mudahnya, bayi mendapat makanan melalui apa yang ibunya makan setiap hari. Oleh itu, penting bagi ibu mendapat khasiat makanan secukupnya agar bayi boleh memperoleh khasiat-khasiat makanan yang berkualiti untuk proses pembesarannya. Anggapla entry kak dibwah ni macam makanan-makanan tambahan la utk support perkembangan bayi.

Makanan-makanan terbaik untuk ibu mengandung:

  1. Buah delima --- Ringkasnya, buah delima baik untuk perkembangan otak bayi dan melindungi bayi daripada kecederaan otak. Nak baby kita nanti bijak, cari buah delima ni n makan. Kak masa anak no.2 memang teringin nak makan, kak p cari kat pasar malam. Dah jumpa, kat tempat kak rm4 sebijik. Boleh tahan le kan, tapi kak ingat utk anak kak, kak nak anak bijak. Tapi kak tak beli sebab kak dahle tengah perot meboyot masa u, pulak beratur org punya ramai dok kerumun makcik n abg yg juai buah delima tu. Kak tak larat tunggu, so kak dah beli benda lain, n kak pon balik rumah. Selain itu, untuk si ibu pula buah delima boleh membantu mengekalkan paras hb yang baik bagi si ibu. Hb ok, so nurse klinik pon takdakle nak ceramah banyak2 kan.. nurse yang selalu ceramah ni kak perasan nurse bujang.. hih, takpala, dia concern tu :)
  2. khasiat buah delima

  3. Walnut  --- ni pon bagus untuk perkembangan otak bayi. Nak baby bijak jugak ni. InsyaAllah. Rupa walnut ni seperti dalam gambar. Rupanya seperti otak manusia. Walnut ialah sejenis kacang, kira sejenis tumbuhan le. Kandungan protein jugak tinggi dalam wallnut ni walaupun tak dinafikan dalam wallnut turut juga mengandungi lemak. Takpa, ni lemak baik, bukan lemak tak baik. Jangan takut gemok, badan kita memang perlukan lemak jugak, tapi lemak2 baik. :). Lagipon walnut ini ialah sejenis tumbh-tumbuhan bukan sejenis haiwan. So, kita dah boleh agak, memang lemak daripada tumbuhan is better than lemak daripada haiwan kan?. hihi. Kak suka jugak walnut ni, tapi rasa dia ada  rasa pahit-pahit sikit. Walnut ni kalo kita makan 2-3 biji sehari pon dah cukup dah untuk kita n baby. Bagi kak le, walnut ni xsedap, tapi untuk baby n untuk kita, kita makan le. Takmo makan hari2, sekali sekala pon boleh. Walnut boleh letak dalam jus buah. Letak dalam jus buah, pastila..sheeedaap! :)  ... Lain-lain choice selain walnut ialah cotohnya kacang almond (badam), pistachio (kcang cerdik), hazelnut. Kalo perasan semua kacang ni berwajah seperti otak manusia. Kat sini pon dah tersirat rahsia kebesaran Allah swt kalo kita fikir diluar kotak kan. Layan gambar, kak dah google.. 

  4. Kurma Ajwa --- Kurma ajwa ialah kurma kegemaran Rasullullah. Kurma Ajwa ni pon la ni banyak juai kat malaysia. Boleh google. Masa kak mengandung anak kak no.2 kak mengidam nak makn kurma ni. So kak pon google la. Standard price kat malaysia ni dijual dengan harga rm150 per 1 kg. Kak dah pernah rasa kurma ni, sedap, memang rasa dia tak sama macam kurma-kurma lain. Kak makan kurma ni masa membe kak balik umrah, dia bagi kami semua sorang 3 bijik macam tu, sebab kak bestfren dengan membe kak yang pi umrah tu, so kak dapatla lebih. hehe... kak kata kat membe kak "sedap no. kalo aku tau sedap cam ni aku leh le kirim kat hang no"  Membe kak pon kata "haa, sedap. Kat sana rm70 sekilo." Kat Malaysia ni, ada gak orang juai rm90 sekilo, kak pon pernah message orang tu. Dia kata sold out! Takdan kak nak beli. Lepastu, kak dapat dengan sorang ni. Kurma Mehr kot. Dia bagi kak rm120 per 1 kg, dia kata promotion n free postage. Lagipon dia kata kak peggy, kak habaq kat dia kak teringin, dia pon letgo le kat kak. Tak sampai sebulan habeh kurma tu kak makan.  Kurma sedap kan. Kak perasan anak kak no.2 tu masa dalam pantang memang dia baikla, tak banyak karenah. Senang le kak jaga dia. Tapi la ni hehe.. manja kan main. Tahle ek, orang tua2 kata baby2 ni jangan puji sangat, satgi.. hehe..Umor dia la ni dah nak masuk 2 tahun, dia dah makin cerdik, pulak dia tau dia memang tak da adik pon, tu kot manja telebih tu. Tapi dia rajin sikit simpan mainan daripada abang dia. hehe.                                    .

  5. Susu kambing -- Susu kambing pon antara makanan sunnah Rasullullah. If kak tak silap, Rasullullah minum susu kambing maybe dalam 1-3 kali seminggu. Fresh2 punya. Susu kambing memang lebih baik daripada susu lembu. Sebab tu la susu kambing ni lagi mahal daripada susu lembu. Kalo nak tahu lebih banyak lagi pasal susu kambing, boleh google. Kak dah google dah, memang! Masa kak mengandung anak kak, ada kak beli la 1 box susu kambing, brand hi-goat dengan membe kak. Dia dealer, so dapat la harga membe kak tu, rm32 macam tu, drpd retail price dia rm39. okla tu. Dalam box tu ada 15 sachet jer. Kak pon tadakle minum selalu. Kira just habes 1 box tu sampai kak bersalin. Sebelum kak bersalin, kak ingat kak nak minum dalam pantang nanti, kak beli lagi 7 box sebab kak nak dapat harga murah. kak dah tak ingat, maybe 1 box tu jatuh dalam rm27 kot. Macam shaklee la, ada promo bulan2, buy 6 free 1. hehe. Untuk anak kak yang no.2 ni masa mengandung tadakla rajin minum susu sangat, sebab kak suka sangat minum kopi. Kopi tu brand Che Nah. Sebenarnya takot gak kot anak kak keluaq nant hitam, cam ayaq kopi.. hehe.. tapi takdekler, dia putih, malah putih lagi drpd abang dia. Lagipon yang kak berani minum kopi hari2, sebab kak ingat husband kak kulit cerah, kak pon kulit cerah, mana mai lak anak kak kulit gelap. Kalo gelap pon maybe tak gelap sangat.. haha.. Yer2, lepas dia keluaq kedunia, dia hitam, baby... so kak tau, dia memang kulit cerah!

  6. Madu --- Madu asli kalo boleh. Cara macam mana kita nak tau madu tu asli ke tak, madu asli tidak akan dikerumuni semut. Kak ada penah beli kat tok kak, madu asli ni, sebab tok kak tu dia diabetes n baru ni doc suspect tok kak tu buah pinggang maybe problem jugak. Kak pon takot jugak kalo tok kak dia kena dialisis, kak dah tengok membe kak dia dialisis, dia selalu tak larat, maybe sebab faktor umur kot. So, kak ingat kalo tok kak dialisis, lagi la dia tak larat kan sebab umor dia dah 70+ dah. Membe kak ada bagitau, buah pinggang tu boleh try alternatif dengan sarang burung asli, madu asli n safron. So, kak pon mintak tolong membe kak belikan 3 benda tu untuk tok kak. Tok kak dok kl la ni, kak dok penang so lama la kak simpan kat kak sebab tok kak kata tak payah pos nanti dia nak balik kampung dengan paksu kak. Kak simpan madu tu dalam almari dalam bilik, memang terbukti madu tu madu asli sebab semut tak mai hurung! Madu ni 1 hari kena ambil dalam 1 sudu KFC tu jer. Bukan ambek banyak2... Kalo ambek banyak haa... panas le kan! Membe kak pon ada makan madu asli n safron masa dia mengandung sebab dia alah terok sangat, so dia pi la jumpa tokwan ni. pakar perubatan alternatif. Kak pon pernah pi teman membe kak. hehe.. Alhamdulillah membe kak tu pon respon ok, dah makin kurang dah alahan terok dia tu. Dia kata anak dia pon ok. Dia kata anak dia pon masa pantang ok, kuat sistem imun anak dia, tak sesema n tak demam below umor 6 bulan.

  7. Air kelapa --- Menggebukan baby. Bagi kulit baby cantik. Kak pon ada entry jugak pasal ayaq nyoq ni. Kat sini kalo nak tengok. 

  8. Minyak kelapa --- Minyak kelapa atau minyak tanak. Ni orang masa 70s n 80s rajin buat minyak tanak ni makan bagi senang bersalin. Kak pon ada beli jugak VCO (minyak kelapa dara). Kak makan jugak tapi kak selalu skip.. berapa kali jer kak makan. Membe2 kak yang peggy ada makan konsisten macam advise intake biasa utk vco tu. Dia kata dia senang bersalin anak dia. Dia pon dok ingat maybe minyak vco tu antara penyumbang senangnya dia bersalin anak dia. Membe kak lagi sorang ni, lagi le dia makan minyak tanak teros, husband dia buat.. wow! best2! husband buat lagi.. Dia pon kata dia bersalin sakit tu tak lama sangat walaupon anak sulung. VCO ni macam2 khasiat dia. Boleh google kalo nak tahu lebih banyak info.  

Okle, rasanya cukup 7 tu. Banyak2 pon tak larat baca...hehe

Dah baca entry ini, :) , LIKE fanpage kami KenariPutih kat sebelah ni ya! dan Menangi voucher RM60! Maklumat lanjut tentang voucher sila klik kat sini













Baby Language

Salam to everyone..

Terima kasih daun keladi, kerana sudi menjengah KenariPutih lagi :))

Berbalik kepada topik di atas, baby languange ni kak kenariputih start dapat tahu from my closest kak.. kak nafizah... waktu tu tahun 2009, kak dapat roomate baru kt ofis.. kak nafizah ni la... memula kak dapt tahu kak akan dapat rakan sebilik, kak frankly speaking la memang ada sikit risau takut roomate kak tu tak leh serasi dengan kak... n kak pon takot jugak kot2 kak pon takleh serasi dengan roomate baru kak tu.. but lepas dah beberapa hari berkenalan dengan kak na.. kak rasa lega..sebab kak na bak kata memang rasi le dengan kak... hehe.. kan kak na ku kan? dulu kat ofis kak dok sorang2 dalam bilik, tak ada roomate, hihi, bosan weh.. sejak ada kak na kak kenari sentiasa ada peneman buat sembang2.. selalu la kami sembang2 pasal topik macam2.. sampai le kak na cerita kat kak pasal baby language ni.. so kak pon google la...

Kak na cerita kat kak, baby ni bila dia menangis/gheyau actually naturalnya dia sedang bercakap. wow, baby dah boleh cakap? so kak pon makin interested la dengar.. dibawah lebih kurang dialog kak dengan roomate kak:

kak kenari : baby tu cakap apa kak?
kak na      : la hang ni, dia cakap le apa yang dia nak, dia nak soh tukaq pampers ka, perot dia kembung ka, dia lapaq ka, dia mengantok nak tidoq ka, dia nak sendawa ka...
kak kenari : owo... cam gitu... betoi ka kak?
kak na      : kalo anak hang gheyau nanti hang cuba dengaq bunyi dia gheyau.. bunyi apa?
kak kenari : sama je saya dengaq..tapi tak perasan la pulak kalo kita dengar betul2 kan kak?
kak na      : haa memang la kena dengaq betul2..
kak kenari : okla satg balik rumah anak saya gheyau saya dengaq betul2 apa dia nak...
lepastu kak kenari pon google la.. hasil yang kak kenari dapat macam ni..

Baby sounds = apa baby cakap
Eh       =  pls burp me/ pls sendawakan saya
Neh     =  i'm hungary/ saya lapar
Eairh    =  i'm air/ perot saya kembung
Heh     =  pls change my pampers, im poo poo / pls tukar my pampers, saya poo poo
Owh    =  i'm sleepy/ saya mengantuk

okla sambung balik cerita dialog kak kenari putih dengan kak na tadi :

kak kenari : kak mana kak tau pasal ni..
kak na       : lama dah.. kak tengok kat tv
kak kenari : cerita apa kak?
kak na        : oprah winfrey show
kak kenari : ooowe.. saya selalu gak tengok oprah winfrey show tu, tapi masa saya tengok oprah tengah interview tom cruise how dia melamar katie holmes tu, hehe
kak na        : hang ni.. yang tu kak tak tengok.. haha..
kak kenari : masa kak tengok yang baby language tu dia cerita apa lagi kak?
kak na         : dia tunjuk la mommy2 ni, depa pegang le baby depa masing2.. so bila baby depa gheyau depa dah familiar dengan sound yang baby depa buat, automatik la depa tau baby depa nak apa, nak soh tukaq pampers ka, perot dia kembung ka, dia lapaq ka, dia mengantok nak tidoq ka, dia nak sendawa ka...
kak kenari  : lepastu depa buat apa baby depa nak, so baby depa pon senyum la kak dah mak dia buat apa baby tu nak?
kak na         : hala, macam tu la...
kak kenari  : senang kan kak macam tu kalo kita betul2 familiar baby kita buat sounds apa..
kak na         : haa, satg balik bila anak hang gheyau hang dengaq betoi2 apa anak hang nak..
kak kenari  : baikla kak :)
Masa kat rumah, bila baby kak kenari gheyau.. (masa ni anak kak kenari baru sorang, umor 3 bulan) husband kak kenari soh kak kenari bagi susu kak kenari kat anak kak kenari ni.. tapi dia refuse pulak... dia gheyau lagi.. kak kenari pon kata la, cuba dengar betul2 sound nangis dia ni macam mana.. kak kenari dengar eairh.. husband kak kenari dengar... eh..

Hehe.. entahle sebab nak dekat2 sound tu kan... lepastu baby kak kenari bunyi lagi... kak kenari dengar bunyi eh pulak...
Haha.. apa2 la... ok ... tukar pampers dia...
Last2 lepas tukar pampers tu.. kak kenari n husband kak kenari dengar bunyi owh... ok.. maksudnya dia dah nak tidoq... apa lagi kak kenari letak le baby kak kenari dalam buai... dia senyum n teros mangli2 n tidor..

Itu le cerita dia... pastu kak kenari pon google la lagi utk lebih tahu lagi pasal baby language ni... dok baca la.. macam2 la jumpa... yang paling tiptop mestila dunstan baby language!
Lain antara info yang kak kenari nak kongsikan, memang baby, antara yang dia buat memang 5 sound tu.. tapi bila parents or pengasuh dia ignore, dia dah tak buat dah bunyi tu.. dia buat bunyi lain la sebab dia ingat parents/pengasuh tak faham dia punya language so dia macam merajuk le...heh, shian..

So, untuk baby kak kenari yang no.2 tu, masa dia dah lahir n dalam pantang, kak kenari dah tulis siap2 sounds yang baby buat ni.. bila dia menangis, kak kenari pon tau le apa dia nak, so baby kak kenari yang no.2 tu lebih mudah diuruskan... tak macam masa kak kenari dengan baby sulong dulu maa dalam pantang... banyak yang kak kenari tak tahu, banyak mak kak kenari yang handle utk tenangkan baby.. hihi.. tqsm mak! :)

Ok, layan gambar2 n 1 video kat bawah ni kak kenari link dgn youtube url, semuanya daripada website dunstan baby language..


Dan yang ni video tu, from youtube, jom layan...





Okay.. nak tgk banyak lagi search saja kat youtube...

Jom tengok entry2 lain pulak.

Lagi pasal mommy n baby:







Khasiat Buah Delima


Bagaimana anda mahu dapatkan khasiat buah delima secara semulajadi terbaik?


Sebelum anda pergi kekedai dan membeli buah delima untuk mendapatkan khasiat buah delima, adalah lebih baik anda mengetahui terlebih dahulu ciri-ciri utama makanan kesihatan ini dan kebaikannya.
khasiat buah delima
khasiat buah delima
Buah delima atau “Ar-Rumman” di dalam bahasa arab telah disebut tiga kali di dalam Al-Quran. Diantaranya di dalam surah Al-An’am ayat 99 yang bermaksud ” Dan Dialah yang menurunkan hujan..Kami keluarkan daripadanya tanaman yang menghijau, Kami keluarkan pula dari tanaman itu butir-butir (buah) yang bergugus-gugus dan dari pohon-pohon tamar (kurma) dari mayang-mayangnya (Kami keluarkan) tandan-tandan buah yang mudah dicapai dan dipetik dan (Kami jadikan) kebun-kebun dari anggur dan zaitun serta buah delima, yang bersamaan (bentuk, rupa dan rasanya) dan yang tidak bersamaan. Perhatikanlah kamu kepada buahnya apabila ia berbuah dan ketika masaknya. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi tanda-tanda (yang menunjukkan kekuasaan Kami) bagi orang-orang yang beriman.”
Khasiat buah delima yang telah terbukti secara turun temurun


Melalui kajian-kajian saintifik yang telah dijalankan, banyak khasiat buah delima yang mampu membantu kita untuk mengekalkan kesihatan atau membantu kita dalam proses penyembuhan.
Diantara khasiat buah delima yang utama adalah seperti berikut:-
  1. Kajian menunjukan delima boleh memusnahkan sel kanser payu dara tanpa memudaratkan sel sihat dan menghalang sel kanser payu dara membentuk.
  2. Hasil ujikaji yang dijalankan keatas tikus, khasiat buah delima dapat membantu merencatkan pembentukan kanser paru-paru serta melambatkan kanser prostat.
  3. Sebagai makanan tambahan harian, pemakanan buah delima secara berterusan dapat mengelakkan “plaque” daripada berlonggok di dalam arteri darah. mengurangkan aras LDL atau kolesterol jahat dan meningkatkan aras HDL atau kolesterol baik.
  4. Kajian juga menunjukan delima boleh mencegah dan melambatkan penyakit nyayuk atau penyakit Alzheimer. Dalam satu kajian tikus yang dibiak untuk mengalami penyakit Alzheimer telah diberi delima dan didapati plaque amiloid dalam otak tikus itu kurang dan melaksanakan tugas minda lebih cergas berbanding tikus kawalan.
  5. Bagi ibu-ibu mengandung, khasiat buat delima dapat memastikan perkembangan otak bayi yang sempurna dan melindungi bayi daripada kecederaan otak.
  6. Memakan buah delima secara berterusan dapat membantu mengelakkan “platelet” darah daripada berkumpul yang membentuk “clots” yang akan menyebabkan peredaran oksigen dalam badan yang tidak sempurna dan boleh mengakibatkan pelbagai penyakit. Dengan memakan delima secara konsisten, ia dapat membantu peredaran darah yang baik dan seterusnya oksigen dapat sampai keseluruh badan dengan baik.
Banyak lagi khasiat buah delima yang masih dan sedang dirungkaikan melalui kajian-kajian sains dan semestinya buah dari syurga ini amat banyak manfaatnya.

Saturday 15 December 2012

Tips mengepam susu badan yang semakin berkurangan

Sebelum kak kenari cerita panjang lebar lagi tips mengepam susu badan yang semakin berkurangan, adik2 manis semua, sila faham ok, susu badan kita pam selain sebab cik breast kita ni dah sarat dah.. kita pump jugak sebab kena kasi kosong breast n bagi cik breast produce susu yang lagi banyak ok. kena ingat jugak apa kita makan, itule yang baby kita juga makan. so, hati2 ok apa yang kita makan terutamanya bila kita masih lagi berpantang. 

Tips membanyakkan susu badan, kak kenari dah pernah cerita dalam blog ni. Ini entry dia. Itu secara natural way le kan. Memberi anak kita susu badan memang menuntut kesabaran yang tinggi. Banyak yang kita perlu berkorban. Bak kata, kena strong lah! n kena lagi rajin kalo kita tak ada pembantu ok. Kak kenari masa dalam pantang, kak kenari ada mak kak kenari, dia memang banyak sangat tolong kak kenari semasa kak kenari dalam pantang. Bila kak dah habes pantang, mak kak pon dah balik, so kak dah tak ada sapa lagi nak tolong kak buat kerja rumah. Masak pon dah tak ada orang masakkan, basuh lampin, sidai baju, n lipat baju memang dah takdak orang tolong. hehe.. semua kena buat sendiri la lepastu. memang kelam kabut le lepas mak kak dah balik tu. Pumping memang kak buat jugak, 3x saja kot, lain semua kak bagi direct. Masak, kak tak masak, husband kak beli ja..kak masak nasik ja.. hehe.. masa yang ada kak buat keja rumah, sidai baju, basuh botol susu anak yang sulung tu.. adik dia ada gak botol susu, tapi kurang sebab kak banyak bf.. 

Ok, dok cito kesah kak lak.. ni dia kat bawah, tips mengepam susu badan yang semakin berkurangan.. tip2 dibawah ni, memang ada kak buat jugak.. tapi kalo bab2 bangun tengah malam mengepam tu kadang2 saja la, sebab kak mengantuk sangat time malam sebab siangnyer masa habes pantang tu, kak tak ada peluang langsung nak tidoq, kak memang macam bibik di waktu siangnya. so malam bila anak kak gheyau nak susu, kak sumbat jer, kak bangun tidor pon pagi dah, time subuh, husband kak pi keja, kak bangun pam susu n basuh lampin anak kak lepas tu. anak kak masih tidor sebab dia masih kekenyangan. hehe.. tip mengepam susu badan yang semakin berkurangan ni kak ambil kat blog izzah azfar ni.. kak memang suka baca blog dia, anak dia yang first n second memang lebih kurang baya anak kak.. Ini dia tips mengepam susu badan yang semakin berkurangan:

1. Ambil cuti beberapa hari.
Dalam waktu cuti ini, kita boleh menyusukan si kecil secara terus, dan di masa yang sama turut mengepam bagi meningkatkan semula kadar produksi susu kita. Sekiranya perlu, kita boleh cuba mengepam sejurus selepas anak kita menyusu bagi mengosongkan payudara dengan lebih efektif.

Kita boleh juga mengepam selang 2 jam setiap kali selepas bayi kita menyusu. Bayi yang menyusu secara terus biasanya menyusu atas permintaan (on demand). Justeru, kita boleh mencari selang waktu yang sesuai bagi melakukan proses pengepaman. Ironinya adalah, supaya kilang susu kita dapat menerima signal betapa permintaan kepada jumlah susu itu sudah meningkat. Ini membantu kilang susu mengaktifkan produksi susu itu dengan lebih lagi. Selepas tempoh cuti, teruskan proses pengepaman pada masa yang tetap, dengan selang waktu kurang 4 jam sekali.

2. Munajat.
Kita boleh menenangkan diri dan memohon kepadaNya melalui solat sunat dan doa. Sebagai muslim, setelah kita berusaha, pastinya pada Allah yang terbaik untuk kita meminta dan berdoa serta menenangkan diri. Pohon jalan keluar daripadaNya. Amalkan surah al-Hujurat (antara tip menambah susu), surah al-Insyirah (tip menenangkan hati) dan solat sunat hajat dan sebagainya. Segala usaha kita pasti diberkatiNya dengan niat dan tekad yang ikhlas di jalanNya, insya-Allah. jangan lupa bagi mendapatkan juga restu, redha dan doa suami.

3. Elakkan stress.
Keadaan kita pastinya menyumbang kepada faktor masa dan stress. Tetapi manusia juga punya kuasa minda sedar yang mampu diaktifkan dalam mengawal setiap aktiviti hariannya.

Elakkan fikiran yang kusut dan terlalu memikirkan betapa kita perlu mengejar masa dan terkejar-kejar. Sebaliknya, kita boleh menjalaninya dengan lebih semangat, positif, senyuman. pilihan itu sentiasa di tangan kita. Sentiasa soal masa dengan gembira di mana kita boleh selitkan sesi pengepaman yang hebat itu. Di sebalik menanganinya secara kusut, kita boleh tukarkan kepada menguar-uarkan aktiviti penyusuan ibu ini kepada rakan-rakan dan orang sekeliling dengan gembira. Dapatkan sokongan bukan sahaja daripada suami, tetapi juga orang sekeliling. Sokongan itu 'kita yang ciptakan', dan cipta ia dengan yakin, tenang, gembira dan positif.

4. Sentiasa positif dan senyum
Walaupun pada peringkat awal usaha kita, masih lebih kurang 2oz, jangan putus asa. Jadikan 2oz itu sebagai semangat bagi kita melihat lebih banyak lagi hasil dengan usaha 'kegembiraan ' kita itu. Kita wujudkan suasana gembira dalam diri kita sendiri seperti suka tersenyum seorang diri dan menyanyi-nyanyi semasa keletihan mengepam di pejabat. Semasa memandu, kita juga hiburkan hati dan sentiasa berfikir mempunyai stok yang banyak. Lakukanlah pelbagai cara 'gila' dalam membantu emosi berasa lapang. Kita juga boleh mendengar suara rakaman bayi, melihat gambar bayi kita ataupun menonton/mendengar sesuatu dengan enjoy semasa mengepam. Gambar bayi terbukti membantu kita dalam proses meningkatkan produksi susu. Ini kerana, psikologi perasaan ibu itu terarah kepada rasa kasih dan sayang kepada anak kecil.

Ini penting kerana, selain stimulasi kepada payudara, emosi dan 'mind setting' ibu juga sangat mempengaruhi produksi susu.

5. Pam
Tips ini pula mungkin memerlukan belanja. Sekiranya kita memakai pam satu corong, mungkin ini adalah masa yang sesuai kita menggunakan pam dua corong, ataupun satu lagi pam satu corong yang mungkin turut dapat membantu puan menstimulasi payudara secara serentak. Tetapi, kita harus ingat, pam adalah sekadar alat yang memudahkan urusan kita. Usah jadikan pam sebagai punca kita tidak dapat sediakan yang terbaik. Ada juga ibu yang dapat berjuang menggunakan pam tangan sahaja. Pokoknya, usaha dan emosi kita juga.

Teruskan dengan bekalan susu kita yang ada itu. 3oz adalah kandungan yang ideal buat kita penuhkan botol bekalan kepada bayi. Ada juga ibu yang membekalkan cuma 2oz sahaja buat anaknya. Segalanya bergantung kepada keperluan si kecil. Sentiasa gembira dan bersyukur walaupun hasil yang kita peroleh pada waktu itu tidak meriah.

Berkaitan makanan, kita masih boleh mencuba tips yang ada. Kadang-kadang, makanan itu mungkin tidak membantu pada hari itu kerana hari itu bukan waktu yang sesuai. Usah kita senarai hitam makanan tersebut sebagai makanan yan langsung tidak membantu dan sebagainya, sebaliknya teruskan makanan yang kita percaya mengandungi khasiat dan berzat. Elak mengambil makanan segera, kafein yang secara logiknya sendiri tidak berkhasiat. Sekali lagi, emosi ketenangan dan yakin tetap membantu urusan kita. Tawakal kepada Allah.










Thursday 13 December 2012

Teknik marmet yang menyelamatkan hari-hariku!

Teknik marmet! Adakah kak kenari putih ini juga familiar dengan teknik ini? Jawapannya ialah Iye, Kak kenari juga pernah mengaplikasikan teknik ini pada breast kak kenari sendiri.. wow.. jom kak nak cerita sikit macam mana.. 

Bermulanya.. masa kak dalam pantang le apalagi.. dalam hari-hari awal berpantang kak sememangnya tak dapat nak bohong diri kak sendiri, sememangnya ada juga perasaan resah menyelubungi perasaan kak bila kak tengok baby kak. kak takot baby kak ni ditimpa mala musibah yang tidak diingini kalo dia tak dapat bekalan susu ibu yang secukupnya. baby kak ialah seorang hero. Memang dalam kepala otak kak dah set baby boy dia kuat minum susu. Baby masa mula-mula keluar dari perot ibunya, pastilah sedikit sahaja kan yang dia minum. Apabila hari baru muncul, pasti demand susu yang baby mahukan juga bertambah le. 

Serius masa anak kak yang no.2 kak rasa susu kak macam tak keluar saja, tapi mak cik urut kak n mak kak kata bagi je la... ada tu nanti.. kena bagi selalu... so bila kak rilek2, kak bf. anak kak dok tidor pon kak gerak dia drpd tidor sbb kak nak bf dia sampai susu kak keluar dengan meriahnya. Anak kak pulak kuning lepas 3 hari kak balik rumah drpd hospital, kak tak tau tahap apa, tapi kak rasa kuning/jaundis biasa2 jer utk baby baru lahir. 

Walaupon hati kak ada perasaan resah, tapi kak tak bawak anak kak pi klinik sebab kak tau klinik just ambek darah dia (cucuk kat kaki tu. ), pastu dia bg result kuning anak kita punya bacaan berapa, kalo terok sangat kena tahan kat spital, tapi kalo tak terok sangat, dia soh kita bawak anak balik, n kalo nurse tu ada experience, dia cuba le bagi advise kat kita alternatif tradisional yang kita boleh cuba utk reduce kuning/jaundis anak kita. Dalam kepala otak kak, dalam hati kak berdoa kat Allah bagile susu kak keluar meriah.. mak kak memang banyak sangat bantu kak. Kerja-kerja rumah memang semua mak kak buat le. Masak makan utk kak mak kak jugak yang masak. Kak kira bertuah sebab mak kak masih ada lagi, sudi menjaga kak masa kak berpantang, :)) 

Bebalik cerita anak kak/baby kak tadi, dah dia kuning, so mak sedara kak yang kak upah datang mai bagi mandi anak kak tu, mandikan anak kak dengan daun kucai 5 hari berturut-turut, pagi sekali n petang jugak sekali. Lepas 2 hari anak kak mandi air daun kucai  tu, kak rasa jaundis anak kak macam ada lagi le, so kak soh mak kak buat cucur jugak dengan guna daun kucai tu utk kak makan masa belah petang. Lepas makan cucur daun kucai tu, n kak bf anak kak, alhamdulillah kuning/jaundis mula le go away drpd anak kak itew...
Alhamdulillah kak rasa lega ya amat! Anak kak yang ni serasi denan daun kucai. banyak cara-cara alternatif untuk baby jaundis ni. Next post kak pon nak share rawatan alternatif untuk cure baby jaundis ni. Anak kak pon dari hari ke hari makin gebu. Gebu baby bf ni memang lain kalo kita tgk betul2.. kak bg jugak susu formula, sebab kak tak ada stok susu banyak awal-awal tu, so lps bb mandi, sebab kak rasa mcm kelam kabot sikit lepas bb mandi tu, kak bg susu formula dlm 60 ml n susu perahan kak 60 ml. hihi.. Apapon pastilah kak mahu pastikan baby kak minum susu kak melebihi susu formula. Kak dah google dah khasiat susu ibu memang hebat, n bagus macam mana pon susu formula memang tak boleh challenge dengan susu ibu. Kak pernah dengar ceramah oleh Ustaz Jamnul Azhar yang bercerita tentang kehebatan susu kambing, dimana dia turut menyelitkan kisah Rasullullah yang menumpang Halimahtun Saadiah sebagai ibu susuan dia. Kisah Rasullullah adalah contoh untuk kita betapa hebatnya susu seorang ibu. Walaupon ketika Rasullullah masih memerlukan susu ibunya, tapi Allah nak tunjuk kat kita susu ibu kandung Rasullullah, iaitu Aminah tak ada, dan kemudian Halimatun Saadiah mengambil alih menjadi ibu susuan Rasullullah. Jadi Rasul kita mendapat khasiat yang berganda kerana beliau telah disusukan oleh 2 orang wanita ye!
Susu ibu mengandungi kombinasi sempurna protein, lemak, vitamin, dan karbohidrat. Tiada kombinasi yang lebih baik untuk kesihatan baby kita. Leukosit merupakan sel hidup yang hanya dijumpai dalam susu ibu. Ia membantu melawan jangkitan. Ia adalah antibodi, sel-sel hidup, enzim dan hormon yang membuat susu ibu merupakan susu terbaik. Ini tidak boleh ditambah kepada formula. Ok, jangan percaya kalo ada doctor or anybody yang kata susu "X" ni 99% nak sama dengan susu ibu. No, no, no! 

Eh, tajuk asal ni teknik marmet kan? yang menyelamakan hari-hariku?... kelaut pulak... teknik marmet ni kak guna masa mula2 kak nak pujuk breast kak cepat keluar susu le. Kak nak breast produce susu cepat, supaya anak kak mendapat khasiat susu badan yang sepatutnya dia dapat macam baby-baby yang lain jugak. Memang le kak dah beli breastpump kan, tapi untuk awal2 susu badan kita nak mula keluar memang tak dinafikan teknik marmet ini membantu breast kita pujuk susu untuk keluar, hehe.. susu ni manja miow2 gitu, kena bagi sentuhan sikit. hihi... 

Untuk yang belum tau n dah tau, teknik marmet ialah satu teknik pengeluaran susu ibu menggunakan tangan semata-mata, tanpa menggunakan sebarang alatan lain terutamanya pam. Sekiranya teknik ini diamalkan dengan cara yang betul, kadar pengosongan kilang susu adalah jauh lebih baik daripada menggunakan pam. Ini kerana, kita lebih mengenali tubuh badan kita sendiri dan tahu di mana kunci atau pun aliran khusus yang perlu diperah. Teknik marmet ini juga sebenarnya mampu menghasilkan lebih banyak pengeluaran susu berbanding menggunakan bantuan pam. Bila kita guna tangan, maka berlakulah 'sentuhan kulit ke kulit' or skin to skin contact yang mampu merangsang penghasilan susu. Seterusnya membantu kita mendapat lebih banyak bilangan 'let down reflex' iaitu situasi di mana susu memancut keluar dengan kadar yang banyak dan laju tanpa perlu usaha yang banyak. Pada waktu ini, payudara kita akan mengalami rasa yang agak berdenyut dan membengkak. Hebat kan adik-adikku sekelian? Teknik ni boleh kita guna perah susu kita pada keadaan dimana breastpump kita xada bateri or breastpump kita ada, tapi kita tak ada plug pulak nak on power elektrik kan.. hehe..

Ok, caranya begini yer, teknik marmet.. kak kenari memang tak expert bab2 nak buat teknik marmet ni.. kak kenari ambil teknik marmet ni kat blog ni.. tapi ingat ok... the best sucking is bg susu direct kat baby kita. Yang tu la actually the best sucking.jom layan teknik marmet..
1.   Teknik Marmet hanya memerlukan 3 jari iaitu ibu jari, jari telunjuk dan jari tengah. 
2.  Jari-jari ini perlu diletakkan di atas kawasan aerola (sedikit atas, lebih kurang 1cm dari kawasan aerola). 
3.  Letakkan ibu jari di bahagian atas aerola (kita panggil situasi pukul 12). Letakkan jari telunjuk dan jari tengah di bahagian bawah aerola (pukul 6).
Gambar diambil dari www.breastfeeding.com
Dapat dilihat, jari telunjuk dan jari tengah perlu berada setentang dengan ibu jari. Apabila jari telunjuk dan jari tengah berada pada kawasan 'pukul 5' sedangkan ibu jari di kawasan 'pukul 12', ia adalah salah. Begitu juga apabila jari bawah itu berbentuk melingkari payudara ia juga salah. Pastikan dengan teliti kedudukan ketiga-tiga jari ini. 
4.   Tanpa meregangkan jari, dorong jari-jari tadi ke arah dada. Individu yang mempunyai payudara yang bersaiz agak besar, perlu angkat payudara dahulu sebelum mendorong ke arah dada. Lakukan dalam gerakan memutar dan lembut seperti sedang menggeletek. Lakukan dari kawasan atas menuju sehingga ke aerola. Payudara juga boleh digoncang dengan lembut secara memutar. 
5.   Sewaktu jari-jari berada jauh dari kawasan aerola, gerakan ini dipanggil PUSH dan apabila jari-jari berada di kawasan aerola, ia dipanggil ROLL. Tekan kilang-kilang susu menggunakan jari dengan lembut sehingga kosong. Teknik yang betul tidak akan mendatangkan rasa sakit kepada anda. Pastikan anda menggunakan TIGA JARI yang dinyatakan tadi, bukan jari-jari lain mahupun tapak tangan. 
6.   Ulangi langkah secara berentak seragam, mengikut rythm. Push, roll, posisi jari yang tepat, push dan roll semula. Ulang sehingga kilang susu kosong. 
7.    Putar gerakan mengikut arah jam atau berlawanan. Pastikan kedudukan jari di dalam kedudukan 12-6, 11-5, 10-4 dan seterusnya. Jalani setiap putaran sehingga kilang susu kosong. 
8.  Gunakan tiga jari utama itu pada tangan bersamaan setiap payudara. Contohnya payudara kanan, gunakan tiga jari tangan kanan. Bagi payudara kiri, gunakan tiga jari daripada tangan kiri.
                   
Itulah dia teknik2 nya..  bagi kak kalo dah hafal teknik ni, jimat banyak... tapi pada pandangan kak, depend pada individu jugak le kan. Sebelum nak berjaya dengan teknik ni, kesabaran tu kena tinggi. Kak pon dah pernah buat teknik ni, tapi kak rasa kak ada breastpump, jadi kak guna breastpump le. Tapi serius teknik ni memang berguna bila bateri breastpump habis or bila time kita nak pump susu tu, power supply pulak takder, so teknik marmet le jawapannyer! hehe...

ok, serba serba sedikit drpd kak. jumpa lagi...


Lagi entry berkaitan ibu hamil:

Link 1 - Lagi berkaitan ibu hamil

Link 2 - Lagi berkaitan ibu hamil

Link 3 - Lagi berkaitan ibu hamil




Sunday 9 December 2012

Persediaan untuk bersalin

Salam to everyone

Today, kak kenari putih nak sharing pasal persediaan untuk bersalin.

Kak teringat adik ipar kak sms kak tanya apa barang2 yang perlu dia beli untuk isteri n baby dia nanti.
Tahniah kepada adik ipar kak sebab prihatin dengan isteri dia yang sedang carry baby pertama diorang.

Kak ni dah ada anak 2 dah. Jadi kak berpengalaman jugak. Sebenarnya memang banyak jugak kak rasa barang2 yang kita perlu sediakan apalagi kalo anak pertama kan. Dulu masa kak peggy anak pertama kak pon, kak blur apa kak nak beli. Yang dalam fikiran kak ialah baju baby jer.. hehe yang tu je la kak tau masa tu sebab dalam famili kak belum ada baby lagi. anak kak le cucu pertama, belah kak n famili mertua... ciwi habesla kata orang tu... kak pon ciwi gak pasal anak first kan... kak tak pi mana dok tunggu baby kak jer... dialak shomel... lagi la keja dok sayang dia, hehe...

For mommies to be kak ingat boleh jadikan sebagai guide. Untuk yang dah ada anak pon, boleh juga, lebih mudah kan, boleh buat checklist. Kak akan share experience kak le. Kak berpantang takdakla macam tuan puteri pon. Dan dari segi berpantang, pemakanan kak memang kak jaga. Apalagi kak ni bersalin secara ceasarian. Hari awal2 berpantang memang hari2 kak ada rasa risau takot tempat ceasar kak dijangkiti virus or bernanah ke, memang kak segheyau.. segheyau tu takut le.. hih

Kak masa anak pertama, kak main taram jer pasal lack of information sangat. Sebab dok risau takotnya macam mana nak teran baby keluar. Anak second kak dah tau dah, n kak lagi ready membuat persediaan sedikit demi sedikit barang2 untuk anak yg 2nd tu. Lagipon kak cadang nak breastfeed anak yg second tu banyak2 dengan susu badan kak.

Okle, jom kita tengok apa keperluan2 untuk newborn baby ini.. Ke entry seterusnya... sila klik



Barang-barang keperluan baby yang baru lahir

Persediaan menyambut baby baru... newborn.. cahaya mataku...

Listing untuk barang keperluan baby yang baru lahir:

  1. Baju baby... Ada 4 pilihan. Baju lengan pendek, baju xdak lengan, baju lengan panjang. Siang time boleh pakaikan dia baju lengan pendek or baju yang tak ada lengan. N pakaikan ler dengan sluar pendek. Sian kan panas. Malam pulak pakaikan baju lengan panjang or lengan pendek pon boleh . N pakaikan dengan seluar panjang. Ini boleh didapati di supermarket/pasaraya mcm kat penang tempat kak ni, antara tempat yang best utk soping newborn baby di tesco, sunshine square n jaya jusco, queensbay. kak banyak beli baju kale putih sbb tok kak kata kalo baby pakai baju color putih, senang kita nak tengok kalo ada semut ka, or binatang halus yang sibok nak merayap kat baby kita yer.

  2. Lampin baby... biasa kat supermarket jual dalam bundle 10-12. Brand Anakku.. n macam2 lagi brand kak rasa. Lampin ni kita boleh buat kain utk bedung baby. Kain ni nipis jer, kalo siang-siang tak mau baby kita terkejut so kita boleh bedung baby dgn lampin jer. Kalo baby terkejut nanti dia menangis le kan.. hehe.. so kena pujuk dia bagi dia cool semula..

  3. Tuala baby. buat apa lagi le kan tuala baby ni, pasti le untuk mandikan dia kan, hehe

  4. Barut baby. Kalo barut kak suka soping online, sebab barut online lagi puashati le kak ingat. Or boleh jer upah soh orang jahit jugak. Kat supermarket pon ada barut ni, tapi ianya kecik sangat n pendek kebanyakannya tu. Barut ni penting untuk baby sebab perot baby senang masuk angin. So, bila pakaikan baby dengan barut, kurang le sikit anginnyer tu. baby pon selesa n tak banyak meragam.

  5. Minyak telon ataupon minyak yuyi. Eh macam salah jer yer spelling tu.. Minyak telon baby. Untuk baby yang baru beberapa hari lahir kita biasa sapu minyak telon. Sapu bawah tapak kaki dia, kat ari-ari dia n kat perut dia. kat betis dia pon boleh sapu jugak. Minyak telon ni pon ada banyak brand jugak. Boleh pilih jer yer. Kak biasa guna yang ni.. (spt gambar) n kak jugak sediakan minyak yuyi sebab minya yuyi ni memang membantu menghindarkan baby drpd dijangkiti selsema. Kalo nak sapu minyak yuyi ni kat baby hati-hati yer minyak yuyi ni panas sikit, kulit baby halus mulus lagi, so sapu sikit2 n layang2 sudah yer. 

  6. Wet tissue. Tisu basah ni perlu okay, sebab kalo baby kencing or berak, kita just salin pampers baby jer guna wet tissue, tak payah bawak baby pi toilet. Bukan baby berak banyak n kencing banyak pon. Tapi kalo tahi dia banyak bwk le p toilet yer. lebih afdal kan, hihi. Brand yang kak rekemen, brand Anakku.

  7. Bekas spray air.. spt dalam gambar. buat apa lagi la spray air ni. mestila nak spray ke anu baby time dia kencing n berak n then guna wet tissue le kasi bersih. Awas yer masa guna wet tissue tu, kita kena tgk jugak, takot2 kulit baby ni dia melecet kalo dia kerap berak n kencing. So, sediakan cream utk repair semula skin dia yang nak melecet tu. 

  8. Cream ... Ada banyak brand cream. Kak beli kat farmasi cream tu dlm bekas yang kecik tu. harga dia, rm4 mcm tu. Or ada orang just letak drapolene cream, cream pureen yg warna merah pink tu or johnson cream yang kale biru tu. Tgk le mana-mana cream yang sesuai n ok dgn kulit baby. Or boleh ambil or beli kat klinik jer kalo tak nak beli kat farmasi. 

  9. Lapik getah or changing mat .. buat lapik le. masa nak tukar pampers baby tu.. tgk kat gambar ok rupaya dia. kak dah google dah image2 berkenaan. 

  10. Baby cot... atau katil baby. Kalo anak pertama kak ingat tak payah kot. Kalo anak kedua maybe patut ada, baby cot ni choice lah. Ada pon takpa, takdak pon takpa. Sama macam buai, car seat, stroller, semuanya bergantung kepada keperluan. Anak kedua kak, kak beli baby cot tu pasal kak dah baca dah anak pertama kak suka kiss adik dia. Adik dia dok dalam baby cot, so jarang le dia nak kiss adik dia kan. sebab dia xsampai nak masuk dlm baby cot. awal anak kak dapat adik. umur lagi sebulan nak masuk 2 tahun, adik pon keluar le melihat dunia. Masa adik tdor, dia dapat tgk je ler adiknyer... hehe.. sian dia xdapat nak kiss adik, ibunya tak bagi pasal kekerapan adiknyer di kiss akan membuatkan adik lena daripada tdor.. mula le kan... nak melekat jer dgn mommy ni..dgn abg pon mula le kan nak manja2 lagi.. tak dapat le mommy nak berehat..

  11. Sarung tangan n sarung kaki baby... baby dalam pantang better pakaikan sarung tangan n sarung kaki ni sebab dipakaikan ialah selain jari jemari dia yang maybe boleh mencakar wajah2 dia, dipakaikan atas sebab angin leh masuk nanti n kembungkan perot baby. ye ker? kak pakaikan jer masa time pantang, siang malam...

  12. Car seat ... pilihan... kak ada, sebab bila kak dah keja, kak letak anak kak dalam car seat n hantar dia ke rumah pengasuh

  13. Buaian... pilihan.. kak ada, yg letrik punya, nyenyak anak kak tdor.. dari dalam pantang dia tdor dlm buai.. orang kata tak elok tdor buai letrik ni.. apapon kita kena pastikan baby kita sentiasa selamat dengan penggunaan buaian ni. sila search apa yang patut kita buat untuk pastikan buai baby selamat. Kak belum ada lagi entry pasal ni, kak akan buat entry pasal buaian letrik ni..

  14. Cotton buds yang saiz kecil... utk bersihkan telinga baby n maybe pusat dia jugak ok after pusat baby dah luruh. N hidung dia jugak... kena bersihkan kot2 ada tahi hidung n hingus kan ...

  15. Minyak gamat... standby if baby or mak baby ke yang masuk or naek hangin.. hihi

  16. Espirit... kak tak sure spelling dia, tapi ni macam cecair liquid le kan, kita sapu kat pusat baby ok, bila alat yang kepit pusat dia tu dah tertanggal or kita biasa ckp pusat dia dah luruh, sebab kita nak make sure pusat dia bersih n bebas drpd dijangkiti kuman or nanah ke.. Biasa after kita bersalin, kita mintakle kat doctor or nurse. Biasa memang nurse bagi. Or kita boleh beli kat farmasi or klinik. Bagitau le kat pharmacist or nurse kat klinik tu dia tau punya.

  17. Micozol cream.. kak jgk tak berapa sure ada tak nama lain bagi cream ni. tapi kak biasa spare micozol cream ni kat baby kak masa kak dalam pantang sebab bila kita susukan baby dekat lidah n dalam mulut baby nanti akan ada bekas susu kita or susu fm yang dia minum, ada 2 cara nak hilangkan bekas susu tu, 1 kita bg dia air masak sikit. n 1 lagi kita sapu sikit micozol cream ni kat lidah dia. Biasa baby yang fully bf dia memang tak nak minum air masak, dia nak susu mak dia jer... hihi.. bijak betul baby ni kan...

  18. Botol susu.. botol susu ni biasa ada 3 saiz, 60 ml, 120 ml n 240 ml. baby yang baru lahir, biasa kita bagi dia minum susu sikit jer. Kalo kita perah susu kita n then kita letak dalam botol susu, just kita bagi dia botol susu yang kecil dlm 60ml tu pon dah mencukupi, ini cuma terpakai ketika baby dalam umur 1-15 hari macam tu. Bila lepas tu, dia dah mula minum banyak susu. Susu badan pon kan main lagi dia minum. Sampai letih le ibunya dia bergayut.. so, botol susu kena tukar le kan.. 120 ml pulak le kan.

  19. Puting botol susu jangan lupa.

  20. Berus untuk basuh botol susu.

  21. Minyak zaitun or olive oil... ni kena ada jugak, utk sapukan pada kulit baby n belakang telinga baby. Kadang2 belakang telinga baby ada macam kerak2 sikit. So kita sapu minyak zaitun bagi kerak tu lembut n lama2 dia tanggal le sendiri. Jangan kita cabut, leh berdarah nanti telinga baby sebab ada kerak tu maybe melekat kat telinga baby.

  22. Pampers new born... paling penting sekali ni yer... buat apa lagi.. beli saiz newborn utk baby yang baru lahir ni. lepas size newborn, pampers size S, then size M, size L, size XL. ikot le yer baby besar mana. Baby dalam pantang biasa pakai size newborn then dia pakai size S.

  23. Cloth diaper... ni utk baby yang mana mak dia nak pakaikan anak dia dgn cloth diaper. Banyak jual online, cantik2 belaka coraknyer.. boleh google sajer yer... Kak tak pakaikan anak kak dgn cloth diaper ni pasal kak xrajin nak membasuhnyer. Pilihan kak lampin pakai buang. Tapi cloth diaper ni pon bagus jugak yer. Kalo berkeinginan nak pakaikan baby cloth diaper, sila google saja yer. Cloth diaper ni boleh jimatkan duit kita beli pampers. hihi. Tapi kena rajin ler membasuhnyer.

  24. Susu spare, tin kecik jer. Susu ni buat spare je yer.. baby dalam pantang lagi elok kalo minum susu badan ibunya sahaja. Lagi mak dia produce banyak susu lagi le tak payah langsung nak bagi anak dia susu formula. Kak memang kak spare. Anak kak masa dalam pantang memang kak banyak bagi dia susu badan. Kak ada bagi jugak susu formula. Tak habis pon susu formula tin yang kecik tu sebab anak kak banyak minum susu badan lagi semsa kak dalam pantang.

  25. Pam susu. Kalo ada budget, beli terus yang double pumping tu, yang letrik punya. Tak rugi punya. Kak punya masa anak kedua ni kak beli pam spectra double pumping. Memang berjasa sungguh pam tu masa berpantang dulu. Kak ingat lagi kak beli set. Oleh sebab kak kekangan bajet, so kak main kutu online. Bayar sebulan rm100. One set kak beli skali dgn postage dalam rm15. masa tu thn 2010.Sekarang ni maybe kos dia lebih kurang jugak. Nak murah, kita kena beli masa ada offer la, tapi yang tu cash. Kutu-kutu ni takder yer kak rasa la. Maybe ada? sila google.
Eh, dah no.25? no. 25 tu sebenarnya keperluan ibunya, bukan anaknya... ok jom tgk seterusnya keperluan ibunya pula... sila klik...


Dah baca entry ini, :) , LIKE fanpage kami KenariPutih kat sebelah ni ya! dan Menangi voucher RM60! Maklumat lanjut tentang voucher sila klik kat sini





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...