Friday 21 December 2012

Khasiat Buah Delima


Bagaimana anda mahu dapatkan khasiat buah delima secara semulajadi terbaik?


Sebelum anda pergi kekedai dan membeli buah delima untuk mendapatkan khasiat buah delima, adalah lebih baik anda mengetahui terlebih dahulu ciri-ciri utama makanan kesihatan ini dan kebaikannya.
khasiat buah delima
khasiat buah delima
Buah delima atau “Ar-Rumman” di dalam bahasa arab telah disebut tiga kali di dalam Al-Quran. Diantaranya di dalam surah Al-An’am ayat 99 yang bermaksud ” Dan Dialah yang menurunkan hujan..Kami keluarkan daripadanya tanaman yang menghijau, Kami keluarkan pula dari tanaman itu butir-butir (buah) yang bergugus-gugus dan dari pohon-pohon tamar (kurma) dari mayang-mayangnya (Kami keluarkan) tandan-tandan buah yang mudah dicapai dan dipetik dan (Kami jadikan) kebun-kebun dari anggur dan zaitun serta buah delima, yang bersamaan (bentuk, rupa dan rasanya) dan yang tidak bersamaan. Perhatikanlah kamu kepada buahnya apabila ia berbuah dan ketika masaknya. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi tanda-tanda (yang menunjukkan kekuasaan Kami) bagi orang-orang yang beriman.”
Khasiat buah delima yang telah terbukti secara turun temurun


Melalui kajian-kajian saintifik yang telah dijalankan, banyak khasiat buah delima yang mampu membantu kita untuk mengekalkan kesihatan atau membantu kita dalam proses penyembuhan.
Diantara khasiat buah delima yang utama adalah seperti berikut:-
  1. Kajian menunjukan delima boleh memusnahkan sel kanser payu dara tanpa memudaratkan sel sihat dan menghalang sel kanser payu dara membentuk.
  2. Hasil ujikaji yang dijalankan keatas tikus, khasiat buah delima dapat membantu merencatkan pembentukan kanser paru-paru serta melambatkan kanser prostat.
  3. Sebagai makanan tambahan harian, pemakanan buah delima secara berterusan dapat mengelakkan “plaque” daripada berlonggok di dalam arteri darah. mengurangkan aras LDL atau kolesterol jahat dan meningkatkan aras HDL atau kolesterol baik.
  4. Kajian juga menunjukan delima boleh mencegah dan melambatkan penyakit nyayuk atau penyakit Alzheimer. Dalam satu kajian tikus yang dibiak untuk mengalami penyakit Alzheimer telah diberi delima dan didapati plaque amiloid dalam otak tikus itu kurang dan melaksanakan tugas minda lebih cergas berbanding tikus kawalan.
  5. Bagi ibu-ibu mengandung, khasiat buat delima dapat memastikan perkembangan otak bayi yang sempurna dan melindungi bayi daripada kecederaan otak.
  6. Memakan buah delima secara berterusan dapat membantu mengelakkan “platelet” darah daripada berkumpul yang membentuk “clots” yang akan menyebabkan peredaran oksigen dalam badan yang tidak sempurna dan boleh mengakibatkan pelbagai penyakit. Dengan memakan delima secara konsisten, ia dapat membantu peredaran darah yang baik dan seterusnya oksigen dapat sampai keseluruh badan dengan baik.
Banyak lagi khasiat buah delima yang masih dan sedang dirungkaikan melalui kajian-kajian sains dan semestinya buah dari syurga ini amat banyak manfaatnya.

2 comments:

  1. slm kenal dan slm thn baru 2013!owh sy thn lps kena demam denggi,abah sy dtg melawat dgn bawa jus buah delima dan buah delima!bygkan nak tsedak saya minum jus buah delima yg pekat tu tapi mmg bagus utk cepat pulihkan demam denggi,sbb penuh dgn vit.sambil makan sup ketam juga ^*

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh iye ke? 1 petua utk sy ni.. denggi mmg bahaya. kt kpg sy ni slalu la ada fogging. ada jer yg kena denggi. tambah time2 ujan ni.. slm kenal2 jugak ya! :)

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...