Friday 17 January 2014

Bonus Shaklee yang hangat sehangat pisang goreng panas!

Assalam n good day semua. Hihi.. Ya hari nimhari jumaat penuh barakah. Yang lelaki muslim akan solat jumaat. Yang wanita, jika pengedar shaklee yang biz part time  macam kak kenari mungkin sibok kira nak score bonus shaklee. Hihi..bonus shaklee masuk setiap tengah bulan. Hihi.. Best juga sebenarnya bisnes shaklee ni. Kak kenari mula join jadi ahli dan buat buat bisnes shaklee pada penghujung tahun 2012. Sekarang dah tahun 2014. Produk2 shaklee yang kak kenari jual ni memang sehangat pisang goreng panas. Memang ramai customer yang sangkut baca blog kak kenari teruja menggunakan suplemen shaklee.

Ramai benar mereka yang telah berpuashati. Alhamdulillah.

Tentang bonus shaklee yang riban2 tiap2 bulan ni sejak setengah tahun yang lalu, tidak la kak kenari belanjakan tak tentu hala. Kak keHihi.. Cuma bonus shaklee tu sedikit sebanyak dapat membantu tambah pendapatan kak kenari bulan2 dan juga bukan saja untuk tujuan duniawi semata2, namun juga buatkan kak kenari peka kepada hidup kak kenari ni yang macam terumbang ambing sebelum ini kepada hidup yang lebih teratur lagi untuk urusan duniawi dan ukhrawi. Dah lama kak kenari inginkan hidup yang lebih fokus lagi dan lebih banyak peluang  dan pengalaman baru yang boleh kak kenari pelajari selain hanya terus hidup dengan kerja makan gaji yang pastinya income kak kenari bulan-bulan sampai bila2 pon takkan sama dengan bos kak kenari tu, hihi..

Okla, kak kenari tak ber mood celoteh panjang2, sebelum kak kenari akhiri entry bonus shaklee yang hangat sehangat pisang goreng panas, walaupun hari ni hari thaipusam masih boleh lagi kan kak kenari nak ucapkan Salam maulidur rasul untuk semua muslimin dan muslimat.





Your Shaklee Independent Distributor;

♥ Jannah (ID: 910562)

♥ Tel/SMS/WhatsApp : 017-4556648

♥ FB Fanpage & Blog : KenariPutih

♥ URL Blog: http://kenariputih9727.blogspot.com/

♥ URL FB Fanpage: http://www.facebook.com/KenariPutih9727

♥ Email: kenariputih9727@gmail.com



Saturday 4 January 2014

Set Bersalin Yang Bagus Pilih Shaklee - Pilihan Terbaik!

Assalam dan Good Day untuk semua. Untuk kali ni kak kenari nak recommend set bersalin yang bagus untuk anda semua ya. Anda sekarang bagaimana? Sudah berapa bulan anda hamil? Anda sudah fikir set bersalin apa yang anda nak pilih? Set bersalin mana satu yang bakal menjadi pilihan terbaik anda? Set bersalin yang bagus memang ada banyak di pasaran. Salah satu set bersalin yang terbaik buat ibu dalam pantang ialah set bersalin shaklee. Kenapa set bersalin shaklee yang terbaik, apa yang lain-lain tu bukan pilihan terbaik ke? Oh, tidaklah begitu ya. Produk yang lain pon bagus. Tapi sekiranya anda mencari set bersalin yang selamat penggunaannya untuk anda dan bayi anda (ingat kita menyusukan bayi kita semasa kita dalam pantang!), jadi pastinya bab-bab suplemen apa yang kita makan ketika kita berpantang haruslah kita titik beratkan. Ini kerana apa yang kita makan akan turut kita kongsikan bersama bayi kita yang baru sahaja kita lahirkan. Bayi yang baru sahaja umur beberapa hari sudah tentulah memerlukan penjagaan yang rapi dan susu ibu yang kaya dengan nutrisi dan antibodi. Susu yang permulaan untuk bayi kita sangat penting untuk bayi iaitu kolostrum. Bukankah bagus selepas sahaja susu kolostrum ini, bayi kita terus mendapat zat, nutrisi  dan khasiat melalui susu badan kita yang juga kita pastikan air susu kita ialah yang terbaik untuk si manja kita kan. Bagaimana kita nak pastikan air susu kita memang penuh dengan khasiat dan zat dan nutrisi untuk perkembangan pembesaran bayi kita? Ya, mestilah dari habit pemakanan kita hari-hari kan.

Contohnya, kita suka makan nasi dan ikan. Nasi sumber karbohidrat bagi tenaga pada kita, dan ikan kaya dengan protein. Jadi bayi kita dapat protein. Protein dapat mengenyangkan bayi dan dapat buatkan bayi tidur lebih lama kerana kekenyangan. Dan sudah tentulah bayi kita kurang meragam kan sebab dia selalu kenyang. ;)

Berbalik pada topik kita tadi ya, set bersalin yang bagus yang mana satu yang kita nak pilih. Ok, untuk pengetahuan anda semua, set bersalin shaklee merupakan salah satu produk set bersalin yang sangat sesuai untuk ibu dan bayi dalam pantang. Sebabnya ialah produk shaklee merupakan:

1. Produk-produk shaklee berasaskan sumber-sumber semulajadi

2. Produk-produk shaklee juga telah diuji secara klinikal dan beribu-ribu ujian telah lulus ujian klinikan dan sesuai untuk ramai pengguna.

3. Telah lebih 50+ tahun wujud di pasaran antarabangsa dan telah lebih 20+ tahun di negara Malaysia.

4. Produk shaklee sentiasa selamat kerana lebih 83,000 ujian kualiti setiap tahun dan syarikat shaklee menjalankan lebih 350 ujian ke atas bahan-bahan botani yang baru

5. Produk shaklee sentiasa berkesan kerana sebanyak 300 juta USD telah dilaburkan untuk R & D

6. Produk shaklee ialah produk yang mesra alam kerana tiara perasa tiruan, tiada pemanis tiruan, dan tiada bahan kimia.

7. Syarikat Shaklee juga telah menerbitkan jurnal penyelidikan saintifik, dan buat masa ini, syarikat Shaklee telah menerbitkan lebih daripada 100 jurnal penyelidikan saintifik.

Ok, itu sebab kenapa set bersalin shaklee merupakan set bersalin yang merupakan jenama yang harus di pilih oleh ibu-ibu yang akan bersalin. Seterusnya jom kita tengok pula apa yang ada dalam set bersalin shaklee ni dan kenapa ianya mesti di pilih pleh kita ya.

Produk-produk yang terdapat dalam Set Bersalin Shaklee seperti berikut:

Zinc complex, harga pasaran rm37, 1 botol ada 120 biji dan tahan sehingga 4 bulan
- fungsinya ialah untuk mempercepatkan proses sembuhan luka-luka dalaman semasa kita bersalin sama ada kita bersalin secara normal atau bersalin secara pembedahan. Kebanyakan ibu bersalin memberi respon bahawa luka bersalin mereka cepat sembuh selepas bersalin. Kes paling cepat, proses penyembuhan luka hanya mengambil masa selama 5 hari. Dan yang paling lewat pula ialah selama 2 minggu.

Vitalea with iron, harga pasaran rm88, 1 botol ada 120 biji dan tahan sehingga 4 bulan

- fungsinya ialah untuk membekalkan iron dalam darah kita kerana semasa bersalin kita kehilangan jumlah darah yang banyak. Kekurangan iron dalam badan boleh menyebabkan kita berpotensi mendapat anemia. Jadi dengan pengambilan vitalea dapat membantu ibu hamil mendapatkan jumlah iron yang secukupnya dan boleh juga membantu memekatkan kandungan sel darah merah supaya oksigen dapat disalurkan ke seluruh badan dengan sempurna. Dengan usaha ini dapatlah anemia dicegah daripada terjadi kepada kita.

- Vitalea juga merupakan sejenis multivitamin yang membekalkan 28 jenis vitamin dan mineral lain dalam badan kita termasuk vitamin a dan vitamin e.

B-complex with folic acid, harga pasaran rm53, 1 botol ada 120 biji dan tahan sehingga 4 bulan

- fungsi b-complex ialah bertindak sebagai anti-stress untuk ibu dalam pantang. Ya, tidak dapat dinafikan ibu-ibu yang berpantang adakalanya mengalami stress juga. Yela, kadang2 baby meragam atau juga jaundis baby tak turun2, pasti kita stress ya. Atau lain-lain hal yang buatkan kita temper or rasa mau marah, hihi.. Jadi memang elok kita ada suplemen b-complex ni. Just kita ambil 1 biji sehari memang membantu. ;)

- extra benefit b-complex ini kerana ia lengkap dengan seluruh vitamin b yang diperlukan oleh badan kita termasuklah vitamin B9 atau kita biasa sebut folic acid. Haa, banyak kelebihannya kan. Folic acid sangat penting buat perkembangan bayi yang masih lagi dalam pantang. Ya, tubuh bayi dalam pantang masih lembut lagi kan. Jadi dengan adanya kita ambil b-complex with folic acid ni dapat membantu perkembangan tulang belakang bayi. Jadi proses seterusnya bagi bayi seperti meniarap, menyulur, merangkak boleh berlaku lebih awal lagi.

- folic acid juga dapat elakkan penyakit spina bifida iaitu tulang belakang bayi yang tidak sempurna seperti kanak-kanak normal yang lain. Lebih teruk lagi jika spina bifida ini juga turut menyebabkan kecatatan lain pada bayi seperti kecatatan pada otak bayi. Jadi untuk elakkan atau mengundang penyakit yang kita tidak ingini seperti ini, haruslah kita amalkan b-complex with folic acid ini setiap hari.

- pengambilan vitamin B6 dan vitamin B12 juga yang terdapat dalam b-complex shaklee ini penting fungsinya untuk kita kerana ia membantu pembentukan sel darah merah yang lebih sempurna dan pastinya dapat mencegah anemia.

Vitamin C with bioflavanoids, harga pasaran rm93, 1 botol ada 180 biji, dan tahan sehingga 6 bulan

- fungsi vitamin c ialah membantu menyembuhkan luka-luka selepas bersalin dan membantu juga penyembuhan tisu-tisu sel akibat bersalin. Vitamin C juga dapat membantu dalam pembentukan kolagen tau so macam awet muda gitu. Bonus extra dengan pengambilan vitamin C ni tentulah kulit kita tambah berseri-seri lagi macam ala-ala kulit baby. Hihi.

- fungsi lain bagi vitamin C ni tentulah pengambilan vitamin C ni dapat membantu meningkatkan penyerapan iron atau pun zat besi. Jadi kombinasi vitalea + b-complex + vitamin C merupakan kombinasi trio yang sangat sepadan ntuk mencegah anemia.

Osteomatrix with calcium, harga pasarn rm61, 1 botol ada 120 biji, dan tahan sebulan (maksima 4 biji sehari)

- fungsinya ialah untuk membekalkan nutrien-nutrien harian termasuklah kalsium yang dapat membantu dalam penjagaan tulang dan gigi. Semasa berpantang, kebanyakan kita berusaha bersungguh-sungguh untuk menyusu badan secara eksklusif sepenuhnya buat bayi kita kan, jadi tentulah keperluan kalsium yang secukupnya perlu untuk tubuh kita. Dengan pengambilan osteomatrix shaklee 4 biji sehari cukup bagi membantu tubuh kita dapatkan bekalan kalsium sebanyak 1000 mg calcium setiap hari. Setiap hari memang badan kita perlukan maksima 1000 mg calcium. Lebih- lebih lagi kita yang sedang menyusukan anak kita. Bila berkongsi dengan anak kita memang jadi tanggungjawab kita untuk berikan anak kita bekalan kalsium yang cukup juga setiap hari untuk keperluan dia membesar menjadi anak yang sihat dan pengubat jiwa raga kita.

- lagipon pengambilan osteomatrix ni juga membantu ibu-ibu dalam pantang daripada masalah sembelit kerana osteomatrix ini turut juga dilengkapi dengan magnesium dan vitamin D yang dapat melembutkan najis. Ibu dalam pantang juga kena mengawal pemakanan juga bagi mengelakkan berlakunya masalah sembelit ini. Pengambilan makanan yang pedas, dan juga minum banyak minuman seperti milo dan kopi dalam sehari boleh sebabkan berlakunya masalah sembelit ini.

ESP Shaklee (protein), harga pasaran rm150, 1 canister ada 850 g, tahan selama 1 bulan (maksima 3 scoop sehari)

- ESP ialah sejenis protein. Buat ibu berpantang, ESP merupakan hidangan lengkap kerana mengandungi sumber protein dan khasiat-khasiat utama yang ideal seperti yang tubuh kita perlukan.

- ESP membantu memekatkan susu badan kita dimana bayi kita sentiasa kenyang sesudah menyusu dengan kita. Bila kenyang bayi kita pon mudah untuk kita uruskan kerana beliau tidak meragam. Jadi cuti bersalin kita jadi sungguh bermakna kerana walaupun masih dalam berpantang, hidup kita tidak stress menguruskan bayi kita yang sangat happy menyusu dengan kita.

- fungsi ESP yang sangat-sangat best ialah ESP membantu tubuh kita membina dan membaiki tisu-tisu dan sel-sel dalam badan jadi sel yang lebih baik setiap hari. ESP ni sebenarnya memang elok kita amalkan minum pada setiap hari jika kita mahu kulit kita lembut dan beseri seperti kulit bayi. Tapi awas juga ya, jika kita ada fibroid dan cyst kita tak boleh ambil makanan yang berasakan soya ni termasuklah ESP.

- dan lagi satu, just take ESP as replacement meal saja ya, jangan ambil ESP pada masa yang tak sepatutnya kerana ESP ni juga berpotensi untuk menaikkan berat badan anda jika pengambilan ESP diambil pada masa yang tidak sepatutnya. Untuk pengetahuan semua, 1 hidangan ESP ni boleh buatkan kita kenyang sampai 5-8 jam tau, sebab 1 hidangannya bersamaan dengan 2x ganda daging, 4x ganda telur, 12x ganda susu, rendah lemak, tiada kolesterol, tiada uric acid dan sangat mdah diserap oleh tubuh badan.

- Bonus untuk ibu yang dalam pantang, ESP ini bantu atasi sembelit juga.

Ya, itulah penerangan tentang produk-produk shaklee yang terdapat dalam set bersalin shaklee ni. Macam mana? Lengkap sangat kan untuk kita dan bayi kita? Anda mahu dapatkan set bersalin ini sekarang, sudah tentu anda boleh dapatkan set bersalin shaklee ini dengan kak kenari. Hubungi kak kenari sekarang ya! Dijamin harga yang terbaik untuk anda berserta konsultasi yang berterusan semuanya dalam pakej kak kenari.

Your Shaklee Independent Distributor; 

♥ Jannah (ID: 910562) 

♥ Tel/SMS/WhatsApp : 017-4556648

♥ FB Fanpage & Blog : KenariPutih

♥ URL Blog: http://kenariputih9727.blogspot.com/

♥ URL FB Fanpage: http://www.facebook.com/KenariPutih9727

♥ Email: kenariputih9727@gmail.com


BACA LAGI TENTANG SET BERSALIN:

Panduan Memilih Set Bersalin





Wednesday 1 January 2014

Tanda-tanda Awal Kehamilan Jika Baru Berkahwin

Assalam and goodday semua. Apa kabar? Kak kenari harap korang sihat selalu ya. Kali ni kak kenari nak cerita tentang tanda-tanda awal kehamilan bagi seorang wanita jika baru berkahwin. Baru? hihi, maksudnya inai di jari pon masih merah dan fresh lagi. Yela baru sebulan berkahwin. Adakah benar telah hamil walaupun baru berkahwin sebulan? Kak kenari pun sampai sekarang nak kata betul-betul pasti kak kenari mengandung pun kak kenari tak boleh nak pastikan. Tapi terdapat banyak tanda-tanda awal kehamilan yang merupakan tanda-tanda kita telah pun mengandung atau sudah berbadan dua. Ok, jom kita tengok tanda-tanda awal kehamilan untuk seorang wanita sama ada sudah lama berkahwin atau yang baru berkahwin seperti berikut:

Sesak nafas 

Sesak nafas ni lebih kurang macam kita rasa nafas kita macam pendek. Kita rasa kita bernafas cepat dan pantas daripada yang biasa kita bernafas. Perkara ini terjadi sebab pada masa ini kita telah pun berkongsi oksigen dengan bayi dalam kandungan kita. Yelah, walaupun pada ketika ini bayi dalam kandungan kita belum status baby lagi kan, mungkin status baby kita tu zigot atau fetus tapi pada masa awal kehamilan kita, kita sebenarnya sudah pun mula berkongsi hidup dengan anak dalam kandungan kita tu. Apalagi, kalau bayi kita semakin membesar, bayi juga mula akan memberikan tekanan ke atas paru-paru dan diafragma kita sebagai ibunya. Namun, kita tak perlu panik pon sebab keadaan ini memang biasa bagi kita sebagai ibu mengandung. Jadi rasa sesak nafas atau nafas pendek tu memang normal bila kita hamil berbadan dua :)

Sakit pada bahagian buah dada atau payudara

Keadaan payudara atau breast kita mula rasa tak selesa. Ini kerana terdapat perubahan saiz pada bahagian payudara. Kita akan rasa buah dada atau breast kita seperti besar saiznya daripada yang biasa, bahagian aerolas makin gelap dan urat-urat pada breast kita makin jelas kelihatan seperti urat yang menegang. Pada waktu ini, sepatutnya kita mula menukar saiz bra kita untuk memberi lebih keselesaan pada payudara kita.

Keletihan atau berasa letih

Kita cepat berasa letih apabila membuat sesuatu aktiviti. Ini kerana tindakbalas kepada hormon yang semakin meningkat dalam badan kita. Bagi kebanyakan wanita, keletihan biasanya hanya ketika melalui trisemester pertama kehamilan, tetapi apabila telah masuk trisemester kedua, wanita mula dapat menyesuaikan diri dengan keadaan diri mereka yang hamil. 

Loya atau mual

Kebanyakan wanita hamil mula mengalami loya apabila kehamilan mencecah usia 6 minggu. Biasanya rasa loya dan muntah ini akan reda apabila masuk fasa trisemester kedua kehamilan. Dalam masa trisemester pertama, sebgai ibu hamil kita hendaklah cuba untuk makan makanan yang memenuhi keperluan tubuh kita. Jangan biarkan perut kosong terlalu lama kerana perut kita pada ketika kehamilan trisemester pertama ini mudah masuk angin.

Kencing yang kerap

Sekiranya kita mula rasa seperti kencing tidak puas dan mula kerap ke toilet juga menunjukkan tanda-tanda kita hamil. Semasa mengandung, badan kita akan menghasilkan cecair tambahan yang mana kita akan kerap ke toilet untuk membuang air kecil akibat penghasilan cecair tambahan tersebut. Pada ketika ini kita sepatutnya peru banyak berehat.

Sakit kepala atau pening kepala

Sakit kepala atau pening kepala adalah merupakan tanda awal kehamilan. Sakit kepala terjadi kerana terdapat perubahan hormon. Sekiranya kita sakit kepala, sebelum kita mengambil apa-apa ubat untuk meredakan sakit kepala tersebut seharusnya kita mendapatkan nasihat doktor terlebih dahulu bagi memastikan ubat yang diambil oleh kita adalah dos yang selamat untuk ibu hamil.

Sakit belakang

Ibu hamil mula berasa sakit belakang. Keadaan ini berlaku kerana berat badan kita mula bertambah.

Cram atau berasa kejang/kekejangan

Ibu hamil mungkin berasa seperti kejang. Ini disebabkan rahim mula menegang untuk menyediakan ruang bagi bayi membesar

Mengidam atau boleh jadi alahan makanan tertentu

Wanita yang hamil adakalanya mengidam untuk makan atau inginkan sesuatu dimana menurut orang-orang tua seharusnya keinginan itu dipenuhi oleh sang suami kerana mengelakkan bayi dalam kandungan kempunan. Atau selain itu, ibu hamil mengalami alahan pada makanan-makanan tertentu semasa proses awal kehamilan.

Sembelit atau kembung

Keadaan ini disebabkan hormon progesteron meningkat apabila kita hamil. Sistem pencernaan kita juga berlaku perlahan oleh peningkatan hormon ini. Berat badan kita jiga akan bertambah.

Mood swing atau moody

Banyak moody? Hihi.. Keadaan moody-moody ni juga menandakan anda sedang hamil. Jika anda terlebih emosi atau terlampau emosional, ini mungkin kerana badan anda sedang cuba menyesuaikan diri dengan baik dengan hormon-hormon yang baru apabila anda sedang hamil.

Suhu badan yang tinggi

Biasanya bagi wanita yang hamil, suhu badan meningkat. Jika kita sebenarnya sedang berusaha untuk hamil, salah satu infos yang harus kita ketahui ialah memahami suhu badan kita bagi menentukan ovulasi berlaku. Secara umumnya, semasa ovulasi suhu badan kita meningkat sehingga kita mengalami period atau haid 2 minggu berikutnya jika telur kita tidak disenyawakan. Tetapi jika suhu kekal tinggi selepas 2 minggu, mungkin itu menunjukkan usaha kita dan suami untuk hamil telah berjaya. 

Alahan kepada bau-bauan tertentu

Deria sensitiviti kita meningkat sehingga kita amat sensitif kepada bau-bau tertentu. Comtohnya bau badan orang lain atau bau badan suami sendiri yang sebelum ini kita tak kisah pon dan kita suka tetapi tidak ketika kita hamil. Bau suami menyebabkan kita terus muntah. 

Pening atau pengsan

Keadaan ini berlaku kerana kandungan gula dalam darah rendah atau low blood pressure (tekanan darah rendah). Namun ia boleh diatasi dengan pengambilan makanan yang seimbang dan cukup untuk keperluan tubuh seharian dan ianya cepat terhidrasi diakibatkan oleh serangan radikal bebas. 

Sedikit pendarahan 

Kemungkinan terjadi sedikit pendarahan atau bleeding sekiranya kita alami stress atau melakukan aktiviti yang tidak sepatutnya kita lakukan sebagai seorang ibu hamil. Penyebab jadinya keadaan ini disebabkan telur disenyawakan melekat pada
dinding rahim dan menyebabkan pertumpahan darah sedikit. Atau biasa kuta cakap bleeding but just a little atau hanya sedikit.

Lewat haid atau period lewat

Jika kitaran haid kita tetap dan period kita sudah lewat, kita boleh pergin ke farmasi untuk beli pregnancy test ;)

Positive pregnancy test atau ujian kehamilan yang positif

Jika kita sudah pon membuat ujian kehamilan dan mendapati kesan negatif, ia hanya mungkin terlalu awal untuk ujian mengesan. Kita boleh cuba lagi dan dimohon bersabar dan boleh tunggu beberapa hari lagi. Mungkin boleh cuba lagi pada minggu berikutnya untuk buat pregnancy test lagi. Jika kali ini postitif, tahniah! Ni ada 2 gambar yang mana double line menunjukkan ujian kehamilan yang positif dan single line menunjukkan ujian kehamilan yang negatif. Anda yang mana 1?




Okay itulah antara tanda-tanda awal kehamilan bagi seorang wanita. Bagaimana dengan anda? Ada tak anda alami ciri-ciri yang dah kak kenari senaraikan? Jika ada, kak kenari nasihatkan anda supaya menjaga kesihatan. Maklumla anda kini telah berbadan dua dan bakal melahirkan cahaya mata sesudah 9 bulan 10 hari kan. Kandungan anda haruslah juga mendapat zat dan nutrisi yamg secukupnya juga. 

Sekiranya anda mahukan serba sedikit infos mengenai set kehamilan shaklee yang kak kenari tawarkan boleh klik sini ya.

Dijamin harga yang terbaik untuk anda dan konsultansi semuanya dalam pakej kak kenari. Hubungi kak kenari sekarang ;)

Your Shaklee Independent Distributor; 

 Jannah (ID: 910562) 

 Tel/SMS/WhatsApp : 017-4556648

 FB Fanpage & Blog : KenariPutih

 URL Blog: http://kenariputih9727.blogspot.com/

 URL FB Fanpage: http://www.facebook.com/KenariPutih9727

 Email: kenariputih9727@gmail.com





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...