Sunday 28 July 2013

Bisnes Shaklee Online: Side Income Dari Rumah

Salam to everyone

Apa kabar semua? Kak kenari dan keluarga sihat. Harap anda semua sihat jugak. Kak kenari sebenarnya memang minat sangat nak makan shaklee collagen powder. Tapi belum lagi dapat  makan. Sekarang hanya mampu makan ESP, Mealshakes, Vitamin B, Vitamin C chewable, vitamin E, carotomax, omegaguard, omega-6 atau GLA complex. Kak kenari ni ada skin alergic, mak kak kenari ada tau, jadi kak kenari mewarisinya. Tangan kak kenari sangat alergik dengan detergent. Kak kenari noticed tangan kak kenari jadi makin teruk lepas kak kenari dah kawin. Yela dah kawin semua kerja-kerja surirumah ni memang dah tentu la kena buat kan.

Ok takpa, kak kenari tau ada beberapa jalan yang membolehkan kak kenari boleh terus makan vitamin-vitamin shaklee ni dengan percuma. Hihihi. Caranya bila kak kenari dapat bonus shaklee. Hihi. Bonus shaklee of course mula dengan 2 angka. Lepastu 3 angka, then 4 angka, then 5 angka. 6 angka pon ada dan 7 angka. Tak percaya? Hihi.. Dulu kak kenari selalu baca orang lain buat promo jana side income dari rumah rm3000-rm5000 sebulan. Tapi kak kenari confuse dan tertanya2 apa la bisnes online dari rumah yang diorang bisnes tu? Pulak dok diam dapat duit, hahaha... Yang tu korang jangan terpedaya ye. Memang yang tu jelas bohong yang nyata. Rezeki ni sebenarnya bukan datang bergolek kat kita, kita yang kena golekkan rezeki supaya datang bergolek kat kita.

Dalam bisnes shaklee online dari rumah ni kak kenari belajar banyak benda sangat. Salah satunya amalan rohani la. Betapa semua yang kita buat kita kena letak pergantungan tu pada yang menciptakan kita. Pencipta kita Tuhan kita la. Apa yang kita dah buat segalanya kita letak sepenuh pergantungan kat Dia. Lagi satu yang kak kenari belajar pasal bisnes online, yang sememangnya kak kenari lama dah minat. Haha.. Sekarang betul2 kak kenari macam tak percaya, customer shaklee kak kenari memang ramai benar customer online. Merata satu Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. Banyak suri rumah ada, pi kerja balik rumah macam kak kenari pon ada. Hehe. Korang adalah salah seorang kan? Atau bukan? Hihi ;D kak kenari pon sebenarnya memang rajin jugak sekarang shopping online. Kadang2 biasa la, masa tu terhad, balik dari kerja sampai rumah, nak singgah shopping complex or nak singgah kedai tak sempat dah. Nak ambil anak lagi kat rumah pengasuh bla bla bla.. Paling senang shopping online. Shopping online ni mudah. Asalkan ada internet segalanya memang di hujung jari saja kan. Baju raya kak kenari pon tahun ni satu baju kurung kak kenari beli online, sebab berkenan sangat. ;D

Cakap pasal bonus shaklee tadi, 2 angka kak kenari pernah dapat. Bukan le mudah kak kenari dapat. Semuanya bermula dengan "rajin". Sekarang dah lama kak kenari buat shaklee ni kak kenari pon tahu dah nak dapat angka sampai 6 angka sekalipun mesti kena "rajin". Kalau tak "rajin", 2 angka pon tak boleh nak dapat. Betul tak? Walaupun kak kenari bisnes online shaklee ni tak perlu pon nak keluar rumah tinggal anak2 cari customer, (customer online yang menghubungi kak kenari), tapi mestila kena "rajin". Salah satunya rajin attend seminar online. Haa ada seminar online lagi tau. Seminar online ni sambil sapu2 sampah kat rumah, or sambil masak2 ke masih boleh lagi. Wah best tau korang, on speaker kuat2 dengar seminar online. Hahaha.. Korang on speaker tu, jangan sampai husband mengamuk dah ingat korang telinga sumbat lak, hahaha..  lagi satu kelebihan untuk korang kalo ada smart phone canggih2, tak ada pc pon, even korang berada luar dari kawasan rumah, let say pergi bercuti kat mana2 ke, still boleh dengar seminar online yang dibuat oleh ahli-ahli dalam group kak kenari via smart phone. Kak kenari pernah jugak, kat rumah pak mertua tak ada pc, kalot kak kenari pinjam smart phone husband kak kenari punya excited nak dengar seminar online. Maklumla tajuk seminar tu kak kenari suka dimana tajuk malam tu mendapatkan customer online, hihihi.. sampai pak mertua kak kenari pon turut men-support kak kenari buat bisnes online dari rumah ni. Lagipon dia kata bagus dapat cari side income.. Kak kenari senyum la kan.. Lagi satu kak kenari pon bercadang nak beli microphone supaya kak kenari boleh bertanya terus tanpa taip2 lagi bila kak kenari nak bertanya soalan semasa seminar online berlangsung. Cewah. Kak kenari ni start business shaklee bukanle ada semuanya, just ada smart phone yang selalu hang, ada laptop buruk. Laptop buruk ni memang kak kenari tinggal rumah je la, malu tau orang tengok, hahaha... Hihi.. Bisnes kad pon, bulan ke-5 buat shaklee baru ada rezeki kak kenari buat bisnes kad. Yela, rezeki dapat bonus shaklee lebih sikit.

Okla, dalam shaklee ni ada 3 jenis bonus. Bukan saja bonus duit. Tapi ada bonus kereta dan bonus percutian. Bonus kereta dan bonus percutian ni 2-2 mula dengan perbuatan "rajin".

Bak kata lagi "rajin" lagi masyuk gitew. Kak kenari pon masyuk gak tiap2 bulan, hihihi. Alhamdulillah. Seronok la kan, maklumla bonus shaklee ni masuk masa tengah2 bulan. Tengah2 bulan duit kak kenari dah mula nipis, yela gaji dapat hujung bulan, bayar personal loan, bayar loan kereta kenari tinggal le rm1XXX. Dengan gaji kak kenari yang tinggal tu dan keinginan kak kenari yang macam2 ni, terutama memang kak kenari ada banyak impian nak ada rumah besar2, nak ada kereta free, nak melancong free, memang kak kenari tahu takdak sapa boleh bagi kat kak kenari free2. Hahaha... Jadi, bila kak kenari dah sign-up jadi ahli shaklee, barula kak kenari nampak jalan. Semua dah ditunjukkan. Boleh dapat kereta free dan melancong free dalam bisnes shaklee ni. Nak dapat rumah free tak bolehla, tapi boleh dapat bila bonus shaklee berkepuk2. Sebab dalam shaklee ni income memang tak ada limit. Semuanya bermula dengan perbuatan "rajin". Kalau tak rajin, tak dapatla bonus shaklee. Hihi. Lagi satu bab "masa", jangan block diri kita "saya tak dak masa". Kalau awal-awal lagi dah block, sampai ke sudah la takdak masa. Dalam bisnes shaklee online ni paling korang kena sacrifice bab "masa". Maklumla nak jadi orang "luarbiasa". ;D. Bukan luarbiasa yang halimunan tu tau. Apa cerita omputih tu The Hollow Man. Hahaha. No No No... Bukan yang tu..  Ni real you! Hihi.. Kita tetap seorang manusia biasa jugak, tapi kita luarbiasa sebab bila orang lain dah pon tidur lena di ulit intan, tapi kita masih stay up atau kita bangun daripada tidur kita untuk buat bisnes shaklee online ni. Yela, tadi siang kita dah setengah hari kat ofis kan, then balik rumah kita kena setel kerja-kerja surirumah pulak kan dan sambil-sambil layan anak2 kita yang sememangnya dahaga dan nak perhatian kan. Biasa la tu, sebagai mak kita cuba buat yang semampu dan sedaya yang kita boleh. ;D bla bla bla. Jadi masa yang kita ada masa malam2 sepi la kan... Kalo encik suami panggil berbakti tu itu cemana tu? Lu pikirlah.. Hahaha..

Ok, balik cerita peluang2 dalam bisnes shaklee online ni, jadi kalo korang rasa teringin nak dapat bonus shaklee, rasa teringin nak dapat kereta free dan melancong free2, jom buat bisnes shaklee online ni bersama2 kak kenari ;D. Nak mula join bisnes shaklee ni mula2 fees dia yang kena bayar ialah rm65 untuk sign-up jadi ahli shaklee. Ni cara pertama la. Ada macam customer kak kenari ada jugak yang dapat free membership shaklee, sebab dah beli produk-produk shaklee shaklee bernilai rm660 ke atas. Nak dapat free membership kena beli minimum rm660. Hihi. Kak kenari pon sign-up bayar rm75. Tu termasuk postage rm10. Hihi. Biasala online ni kan kita kena bayar untuk postage. Postage shaklee flat rate ok rm10, pukul rata semua. Berat mana pon, shaklee charge rm10. Tu yang best, kalau purchase rm800 above, terus dapat free postage. Haa, macam tu la seronoknya bisnes shaklee online ni.

Okla itula serba banyak dan sikit entry kak kenari mengenai bisnes shaklee online ni. Grup kak kenari bergerak secara rahsia walaupun sebenarnya tak bergerak pon. Biasa kami sebut "secret group". Just ada handphone, komputer dan line internet semuanya di hujung jari saja. Dan of course mesti "rajin" dan sentiasa berfikiran "positif". Fikiran positif ni merangkumi "rajin" hahaha... Kalo korang balok atau malas nak buat bisnes shaklee ni,  nanti dapat sikit bonus shaklee ;D. Standard la tu kan, nak lebih usaha la lebih ;D. Dan satu lagi sifat ni mempunyai hati yang cekal, tak mudah putus asa serta sentiasa menggali infos mengenai produk2 shaklee ya. Kalo malas menggali, nanti customer tanya gelabah nak jawab tau! Hahaha

Ok, untuk korang yang mahu buat side income dari rumah atau pendapatan tambahan dan memiliki ciri "rajin" serta sanggup "sacrife masa tidur" yang emas tu, boleh hubungi kak kenari ya ;D. Guides semua akan diberikan, bukan le korang terkapai2 sendirian.

Oraits. Salam sayang semua ;D. Jumpa lagi di entry yang lain ;D

Your Shaklee Independent Distributor; 

 Jannah (ID: 910562) 

 Tel/SMS/WhatsApp : 017-4556648
 FB Fanpage & Blog : KenariPutih
 URL Blog: http://kenariputih9727.blogspot.com/
 URL FB Fanpage: http://www.facebook.com/KenariPutih9727
 Email: kenariputih9727@gmail.com









Sunday 21 July 2013

Set berpuasa di bulan ramadan tenaga long hours - Performance drink Shaklee

Salam to everyone and salam ramadan

Apa kabar semua? Kak kenari harap semuanya sihat sejahtera dan kekal tenaga untuk long hours ya. Apa rahsia korang semua begitu maintain tenaga n performance berpuasa di bulan ramadan ni?ke before ni memang korang selalu berpuasa sunat isnin dan khamis? Jadi bulan ramadan ni memang performance korang tahap excellent la ;D kira macam sudah tegar giteww.. Berpuasa tanpa makan n minum selama long hours kacang bagi korang ;D


Tapi bila dah tengah hari sebenarnya, after long hours no food or drinks memang perut kak kenari dah mula menyanyi. Macam tu la jugak yang kak kenari rasai dan alami pada awal-awal  permulaan berpuasa di bulan ramadan.


Jadi untuk bulan ramadan ni, kak kenari yang sememangnya salah seorang peminat vitamin-vitamin shaklee, dah tentu la kak kenari memang ada set berpuasa untuk ramadan ni. Salah satu keutamaan penyebab kak kenari mesti ada set berpuasa shaklee ni sebab kak kenari memang suka nak jaga kesihatan diri lebih-lebih lagi di bulan ramadan ni. Lagi satu sebab kak kenari ni siang or malam banyak benar rutin harian yang memang kena buat. Biasala golongan mak-mak ni. Tak kira la sama ada yang bekerja atau tak. Golongan mak-mak saja yang tahu ;D . Yang ada anak-anak kecik macam kak kenari ni lagi la, mereka anak kecil memang dahaga kasih sayang, jadi memang harus kak kenari sebagai mak ni melayan ;DKadang-kadang memang la letih nak melayan, kak kenari biarkan anak menyepah satu rumah, haha... jadi masa nak berkepit dengan kak kenari tu dapat la kak kenari buat benda lain. Contohnya kak kenari boleh rilek-rilek, hehe.. tapi takdakla lama mana sebab lepastu "ibu, adik  nak cucu, buatla cucu kat adik" ni dialog anak kak kenari yang kecik, mau susu, hehe.. Takpon "adik beyak" maksudnya dia berak.. Dia dah 2 tahun lebih masih lagi belum fasih cakap, tak macam abang dia masa umor tu memang fasih dah. Budak-budak memang ada cakap cepat dan ada lambat. Sihat waafiat sudah, yang tu yang paling penting.


Ok jom tengok set berpuasa stok untuk bulan ramadan ni yang kak kenari ada. Mestila performance drink ;D

Bila kak kenari minum performance drink ni, dapatla membantu kak kenari supaya dapat mengekalkan tenaga for long hours. Kak kenari biasa akan minum masa sahur sekali dan masa lepas buka puasa sekali. Kak kenari masa sahur makan yang heavy dulu. Sama jugak masa buka puasa kak kenari dah biasa makan yang heavy2 dulu. Kak kenari makan nasi lepas minum air tu. Lepas dah makan nasi selesai berbuka, kak kenari kemas2 meja nak kena solat maghrib. Habis solat kak kenari minum performance drink ni satu cawan. Alhamdulillah kalo kak kenari rasa mengantuk pon masih la boleh berjegil sampai ke tengah malam even pagi2 buta pon. Kak kenari kadang2 tidur lewat.
Jom kita tengok khasiat performance drink ni, apa yang menyebabkan korang pon patut jugak minum performance drink ni terutamanya di bulan ramadan ni.


1 - Bantu korang kekal bertenaga walaupun berpuasa bulan ramadan ni.
Sebabnya performance drink ni mengandungi imbangan elektrolit yang sempurna untuk membantu mencegah dehidrasi, seperti minuman isotonik, contohnya 100 plus. Tapi jangan korang samakan performance drink ni macam 100 plus jugak. Tak sama 100% ok ;D
Performance drink ni kandungan gula dia rendah tau, jadi lepas kita minum tu kita tak rasa haus sangat. Kandungan gula cuma 11 g untuk 1 hidangan.
Minuman yang menggemukkan? Hihi... Oh pastila tidak, jangan risau. Dalam performance drink ni memang free of fat. Minuman bebas lemak ;D


2 - Mengandungi banyak elektrolit untuk dibekalkan kepada tubuh badan kita

Elektrolit ni penting dan boleh menggantikan air yang hilang bila kita sentiasa aktif menggunakan tubuh kita seharian. Yelah, macam-macam kerja yang kita perlu buat kan tiap-tiap hari. Terutama kita orang perempuan ni.. Kat tempat kerja, kena buat kerja yang bos dah arahkan kita, kat rumah kena buat kerja surirumah yang husband suruh.. hehe.. kalo husband tak suruh pun kita tetap kena buat, hehe.. kak kenari rumah kak kenari pon menggunung dah ni kain baju.. ahaks.. tapi baru je kak kenari setelkan.. haha.. it takes long hours jugak nak lipat dan simpan kain baju tu semua.. maklumla dah menggunung.. 1-2 jam di selang seli dengan melayan karenah 2 kanak-kanak.. ;D Bulan ramadan ni kak kenari macam biasa jarang masak,  tapi kak kenari berpuasa penuh tau, belum uzur lagi ;D

Selain itu, elektrolit ini juga membantu mengimbangi metabolisma air dalam tubuh kita. Elektrolit ni terdiri daripada ion potassium, ion kalsium, ion sodium, ion magnesium dan ion klorida. Tugas-tugas elektrolit ni ialah menjaga kestabilan bendalir agar tidak kekeringan. Dan dengan adanya elektrolit ni dalam tubuh kita ia juga dapat membantu sistem neuromotor kita, iaitu baik untuk tindakbalas saraf dan otot. Jadi sebab tu lah walaupun berpuasa di bulan ramadan kita still ada tenaga nak buat aktiviti-aktiviti seharian kita. Tenaga long hours ;D 

3 - Mengekalkan paras gula dalam darah kita

Terbukti secara klinikal dalam memelihara paras gula dalam darah bagi tenaga otot dan percepatkan sembuhan akibat kecederaan otot. Selain itu, paras gula yang stabil sememangnya bantu untuk mengekalkan tenaga pada tahap yang baik dan meningkatkan stamina.

4 - Mencegah hidrasi dan boleh kelihatan awet muda ;D

Performance drink ni fungsinya mencegah hidrasi kan, jadi potensi air bersih, nutrisi atau vitamin-vitamin yang kita makan akan kekal lebih lama dalam badan kita. Ni bukan long hours dah, boleh long days bila kita amalkan minum performance drink shaklee ni ;D. 

Bila vitamin dan nutrisi dalam badan kita bertahan lama, long lasting omputih kata tu.. dan air bersih pulak sentiasa di paras yang memuaskan dalam badan kita, kesannya akan terpancar pada kulit kita. Kulit kita jadi lembap. Terlupa nak pakai losyen pon kulit masih lagi lembap. Haa, best kan.. muka dan wajah kita pulak nampak awet muda ;D

Oklah, itulah antara kebaikan performance drink shaklee yang korang mesti ada tau sebagai set berpuasa di bulan ramadan ni.

Tak rugi punyalah duit korang tu beli performance drink ni. Ingat selain untuk melabur beli baju raya semua, untuk kesihatan pon kena melabur jugak. Nak nampak cantik dan awet muda kan untuk hari raya ni? Pasti la kan.. kak kenari pon nak cantik dan awet muda. Biar orang kata dah kertu pon kan.. Hahaha..

Ok jom last sekali sebelum korang layan gambar performance drink ni, ni kak kenari le ciwi ambil gambar infos performance drink ni.. hihi.. ada 3 gambar layan.. ;D, kak kenari ambil drpd wesite shaklee dan 2 lagi kak kenari snap sendiri ;D.

Lagi lupa nak bagitau jugak ni infos paling penting, performance drink ni walupun sebenarnya shaklee design dia untuk para atlit, tapi kita-kita ni mestilah boleh jugak nak minum. Wanita dan lelaki memang boleh minum pun. Kakak kepada kak kenari seorang ibu menyusu pun minum. Bukan takat ibu menyusu, ibu mengandung dan kanak2 yang nak belajar puasa pon boleh jugak minum ;D

Oraits, sini dulu ya semua, anything for further infos PM kak kenari ya. Dengan kak kenari always free consultation ya dengan setiap pembelian produk Shaklee dengan KenariPutih. ;D termasuk guides nak makan ;D. Retail price untuk performance drink ni ialah RM82.50 ya. 1 canister ada 539 g. 

PM kak kenari sekarang, kak kenari bagi harga baik punya ;D



Your Shaklee Independent Distributor; 

 Jannah (ID: 910562) 
 Tel/SMS/WhatsApp : 017-4556648
 FB Fanpage & Blog : KenariPutih
 URL Blog: http://kenariputih9727.blogspot.com/
 URL FB Fanpage: http://www.facebook.com/KenariPutih9727
 Email: kenariputih9727@gmail.com









Saturday 6 July 2013

Shaklee Collagen Powder Petua Moden Cegah Kulit Kedut

Salam to everyone

Apa kabar semua? Kak kenari harap semua sihat2 belaka ;D Kali ni kak kenari nak celoteh pasal Shaklee collagen powder. Shaklee collagen powder atara produk Shaklee yang best! Walaupun collagen ni sangat banyak kat pasaran, kak kenari tetap memilih collagen Shaklee. Banyak sebabnya. Collagen powder Shaklee ni salah satu produk anti penuaan tau. Ahaks, memang sesuai dengan kak kenari ni yang takut kertu awal.. haha.. kak kenari memang peka orang kata kulit you dah kedut la beb! Telinga kak kenari ni memang bak lintah. Kau kata kulit aku kedut my fren??What? Oh my English! Hahahaha…

Itu baru kawan2 yang kata, belum lagi husband kak kenari. Oh tidakk! Harus aku cegah kulit kedut ini! Kak kenari sebenarnya memang suka baca petua-petua tradisional untuk tip kulit yang sihat lagi cantik ni. Dan kak kenari ada jugak le pernah amal bab-bab letak putih telur tu n letak bedak sejuk.. hihihi.. telur tu seingat kak kenari sekali je kot kak kenari buat. Tapi bab2 tepung gomak bedak sejuk tu selalu la.. hahaha…

Sekarang ni kak kenari dah beralih arah dah. Seiring dengan perkembangan teknologi dan arus zaman moden, kak kenari dah tak buat petua-petua tradisional tu lagi. Just kak kenari punya general knowledge je ;D

Sekarang ni, untuk kecantikan kak kenari kak kenari memilih Shaklee. Kak kenari ni memang Shaklee fans. Vitamin Shaklee untuk kesihatan dan sekaligus untuk hasilkan kulit yang cantik memang produk Shaklee yang favourite kak kenari. Vitamin E, carotomax, vitamin B, omegaguard, GLA complex, vitamin c chewable, ESP, mealshake yang untuk budak-budak tu pon favourite kak kenari, hahaha.. Banyak sebenarnya. Dan yang paling hot pasti la Shaklee Collagen Powder dan Vivix. Hai 2 produk ni kalo offer ada duit extra memang patut rembat. Bukan takat rembat sekotak, rembat 3 or 4 kotak pon boleh!  Penjimatan berganda-ganda. Maklumla produk yang power tentula harga pon aum.. keanjalan kulit memang dijamin! Blocking kulit kedut! 1 kotak sebenarnya boleh tahan sebulan. Sebulan 1 kotak apa salahnya kan, berbelanja untuk kesihatan yang kak kenari rasa paling patut kita titik beratkan. Bukan la sekadar kita gila nak cantik bagai Julia Roberts atau Angelina Jolie. Julia Roberts pon dah tua dah. Haha.. Angelina Jolie? Entah kak kenari kalo tengok Angelina Jolie berlakon, Wow.. memang dia fantastic! Salute lah! Apa pun sebenarnya, selain untuk kecantikan dan nak cegah kulit kita kedut atau kertu awal, atleast kita buat sesuatu kan ;D Semuanya untuk diri kita sendiri. Untuk suami kita ;D Hahaha.. tapi ada yang pulak kata isteri secomel Nora Danish pon Jejai cari lain.. Opps macam mana tu? Hahaha

Oklah, jom kita tengok ciri-ciri produk hebat untuk petua moden nak cegah  kulit kedut ini iaitu Shaklee Collagen powder, apa yang power sangat tu:
Shaklee Collgen powder mengandungi 4,000 mg prorietari RSS (red snapper scale) collagen. Sisik ikan merah weh… Hehe.. Jangan korang ingat collagen Shaklee ni macam ikan merah yang kat market tu pulak.. hahaha.. even sama tapi tak serupa. ;D. Pihak Shaklee begitu teliti menjaga kualiti semasa proses pembuatan Shaklee collagen powder ni.

**Sumber penghasilan Shaklee collagen powder ni sukar diperolehi, ikan sisik merah ni merupakan sumber ikan air laut dalam. Air laut dalam.. kalo tak ada kapal2 besar adik beradik kapal titanic memang tak boleh nak sampai kat kawasan air laut dalam ni. No wonder harga Shaklee collagen powder ni memang meletopS! ;D Harga yang setanding dengan kualiti.

**Shaklee Collagen Powder ni bermolekul sangat ringan kira-kira dalam 1000 dalton, jadi sifat molekulnya yang ringan adalah kombinasi yang baik dan tidak membebankan proses dalaman untuk sel-sel badan kita. Ini kerana collagen Shaklee yang mana dalam bentuk serbuk ini mudah diserap oleh badan dan dapat membantu kepada peningkatan sintesis kolagen pada lapisan dermis dengan berkesan.

**Selain sisik ikan merah, terdapat 7 bahan utama dalam collagen powder Shaklee ini.

***1- Ekstrak biji benih camellia Japonica
***2- Ekstrak Pfaffia
***3- Kolagen ikan (sisik ikan merah)
***4- Ekstrak kerangkerangan
***5- Lactobacillus acidophilus
***6- Vitamin C
***7- Vitamin B

Seperti yang kita semua tahu or yang belum tahu, kombinasi vitamin C dan vitamin B ni memang agen paling basic atau paling asas untuk kekal remaja, bak kata vitamin untuk anti kulit kedut ;D

Tujuh elemen kat atas ni digabungkan untuk meningkatkan keberkesanan kolagen RSS dan menyokong kecantikan korang dari dalam ke luaran. Terbaik la!

Oklah, individu2 yang sesuai untuk amalkan Collagen powder Shaklee ini pastinya

***Individu yang takut kulit kedut. Mesti la nak cegah kan tak kira wanita atau lelaki, dah pasti tak mau kertu awal ;D

***Ibu menyusu pon boleh (Sila PM kak kenari ya untuk cuba sebab for starting untuk ibu menyusu kena try n error dulu. Maklumla susu production mesti kena jaga kan buat si manja kita. If susu production ok, n baby pon ok tak ada masalah nak amalkan collagen powder Shaklee ni. If baby girl, pasti kulit tambah cantik, if boboy pasti tambah hensem, maklumla since baby lagi dah minum collagen dah, ;D)

****Wanita atau lelaki yang mahu kesihatan dalaman dan luaran yang hebat dan sihat ;D

Last sebelum kak kenari terlupa, jika korang mengandung, jangan ya minum shaklee collagen powder ni. Boleh lagi cantik even mengandung, amalkan ESP shaklee, vitamin C chewable dan vitamin B. InsyaAllah, mesti cantik jugak. Jangan risau pasal perut kedut hahaha.. Stretch mark memang biasa la bila perut ada baby kan. No worry ok, asalkan baby dalam kandungan kita sihat sudah, dah cukup membahagiakan kita dan suami ;D 

Oraits, sini dulu ya semua, anything for further infos PM kak kenari ya. Dengan kak kenari always free consultation ya dengan setiap pembelian produk Shaklee dengan KenariPutih. ;D termasuk guides nak makan ;D

PM kak kenari sekarang:

Your Shaklee Independent Distributor; 

 Jannah (ID: 910562) 
 Tel/SMS/WhatsApp : 017-4556648
 FB Fanpage & Blog : KenariPutih
 URL Blog: http://kenariputih9727.blogspot.com/
 URL FB Fanpage: http://www.facebook.com/KenariPutih9727
 Email: kenariputih9727@gmail.com







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...