Thursday 18 April 2013

Kurus dan Cantik dengan ESP Shaklee. Hot Product!Kita tetap slim!


Salam to everyone.

Ok entry kali ni pasal apa lagi, tentu la hot product Shaklee. ESP Shaklee. ESP ni ialah sumber protein terbaik di dunia tau. Bukan kak kenari reka2 cerita but this is really true. Hanya yang sedar akan kepentingan protein sahaja yang menjadikan ESP ni menu wajib dalam hidup yang serba sibuk, moden dan bergelumang dengan pancaroba dan pencemaran ini. Dalam arus dunia yang sibuk dan moden sememangnya kita sibuk dengan urusan kita sehari-hari. Untuk wanita bekerjaya, tampil slim, cantik dan kemas adalah satu kemestian. Wanita mahupun lelaki pasti tidak mahu kesihatan terganggu walaupun dunia hari ini begitu penuh pancaroba dan pencemaran yang berlaku pada alam sekitar. Wanita terutamanya mahu kesihatan mereka sentiasa sihat dan tetap slim. Kita sebagai wanita juga tidak mahu kurus terlampau dan sememangnya kita sangat sensitif pada kegemukan. Oleh itu, kita kaum wanita harus sentiasa pastikan kita tetap slim ataupun kurus, dan sentiasa tampil cantik. Ramai wanita bukan sahaja setakat mahu cantik luaran, tetapi juga mesti cantik dalaman. Product hot Shaklee iaitu ESP pastinya dapat memberikan segala apa yang diinginkan oleh kita para wanita.
Kenapa kak kenari pon dah jadi ESP lover? Sebab kak kenari sendiri mahu tetap slim, kurus dan mahu juga jadi cantik secara dalaman. ESP bukan sekadar hot product Shaklee semata-mata tetapi pastinya ESP penuh dengan kebaikan dan manfaat untuk yang mengamalkannya. ESP ialah sumber protein terbaik di dunia.

Jom kita baca lagi banyak infos mengenai ESP ini dan kenapa ESP ini begitu istimewa:

Kenapa perlu ambil ESP:

ESP ialah sumber protein terbaik di dunia. Tak seperti kebanyakan protein di pasaran. Protein ESP ialah daripada sumber soya bukan GMO. Jangan salah tanggapan ya, walaupun ESP ni soya tapi ESP ni bila kita minum tak rasa macam minum air soya pon. ESP ni bau vanilla tau. Memang best bau vanilla. Macam aiskrim. Sedap yummy. Lagi sebab lain ialah badan kita terdiri daripada otot-otot yang mana untuk mengekalkan otot-otot ini, kehadiran protein adalah sangat penting. Protein juga diperlukan oleh badan kita bagi membina se-sel dan tisu-tisu baru setiap hari. Memastikan sumber protein terbaik semestinya adalah tanggungjawab kita sepenuhnya. Setiap hari badan kita akan membina sel dan tisu baru. Sel dan tisu yang lama akan mati dan digantikan dengan sel yang baru ini. Sel baru yang dibina adalah sama sepertimana sel yang telah mati. Sekiranya sel yang telah mati merupakan sel yang tidak baik, sel baru yang terhasil pasti sama seperti sel yang telah mati tersebut. Bagi memastikan tisu-tisu dan semua sel dalam badan kita menjadi sel dan tisu yang lebih baik daripada asal, tentunya sumber protein yang menjadi makanan asas kepada pembentukan sel ini haruslah daripada sumber protein yang elok dan tinggi kualiti. Bagi Kak kenari sememangnya ESP Shaklee tiada tandingannya lagi.

Oklah, nanti kita sambung ya… next entry.. 

ESP shaklee ni kak kenari kalo boleh nak list down sampai 20 page mengenai khasiat, kebaikan tentang ESP Shaklee ni. Bukan calang2 hot product ni. Kualiti memang tip top. Dan kesannya pasti meletops.. ahaks! Hanya yang dah cuba sahaja yang tahu kelebihan dan impak ESP ini. Amat mudah disediakan sebagai makanan tambahan untuk kita. Bukan sahaja dapat membekalkan tenaga segera, tapi menyuburkan kesihatan kulit, rambut, kuku dan otot. Penting juga untuk kanak-kanak, ibu menyusukan anak, dan mereka yang sedang pulih daripada sakit.

Sekiranya berminat untuk medapatkan ESP Shaklee ini, PM kak kenari ya. Consultation, guides makan (penting guides makan ni, ESP boleh mengemukkan tau kalau salah time makan tu!) semuanya ada dalam pakej kak kenari. InsyaAllah kak kenari cuba sehabis baik pastikan customer kak kenari kekalkan badan jadi slim melim, cantik luaran dan dalaman dengan ESP Shaklee ni. 

Kak kenari pon ESP lover! Alahan kulit kak kenari pon dah ada penawarnya. 
Alhamdulillah. Selain ESP, kak kenari ambil vitamin E, vitamin A (carotomax) dan omega.

Jom PM kak kenari sekarang 017455668! Harga dijamin berbaloi2!

Untuk maklumat lanjut, hubungi kak kenari ya ;D dan pastinya consultation dan guides nak makan vitamin semuanya ada dalam pakej kak kenari ni.

Dan layan jugak gambar tu ya ;D


Your Shaklee Independent Distributor; 
♥ Jannah (ID 910562)
♥ Tel/SMS/WhatsApp : 017-4556648
♥ FB Fanpage & Blog : KenariPutih
♥ Email: kenariputih9727@gmail.com





Sunday 14 April 2013

Vitamin E Shaklee, Fungsi dan Kebaikan, Kita Saling Jatuh Cinta


Salam to everyone…

Ewah, tajuk entry kak kenari kali ni Vitamin E Shaklee, Fungsi dan Kebaikan, Kita Saling Jatuh Cinta. Haha.. Okla, macam ni sebenarnya kak kenari nak cerita pasal vitamin E Shaklee. Begini, vitamin E Shaklee ni hot item jugak tau. Kak kenari pon ada makan jugak vitamin e ni. Sebab utama kak kenari makan ialah sebab kak kenari ni ada alahan kulit. Antara fungsi vitamin e ni untuk kita ialah untuk kebaikan kulit. Alhamdulillah, vitamin e ni memang kena dengan kak kenari dan menjadi penawar kepada alahan kulit kak kenari. Kalau berkaitan dengan kecantikan, vitamin e ni memang terbaik la kan untuk kita. Kak kenari ni kira dah tahap jatuh cinta dah la dengan vitamin e, hehe.. Vitamin e ni high dose tau sebab tu la wanita yang mengandung tak boleh ambil vitamin e Shaklee ni. 1 kapsul ada 400 IU. Advise nak makan pon cuma 1 biji sahaja sehari. Macam kak kenari ni, kak kenari tak mengandung pon. Hajat di hati bila dengar member2 mengandung, bukan tak teringin nak mengandung lagi, teringin jugak Tapi takpala, sekarang ni elok kak kenari urus anak kak kenari yang 2 orang tu dengan lebih baik lagi.. ;D nak membesarkan anak2 jadi anak soleh dan solehah bukannya perkara mudah buat kita. Suami dan isteri mesti saling bantu membantu, dan banyak aspek lain lagi la yang perlu kita titik beratkan.

Okay, ni sambung cerita vitamin e Shaklee ni.. tadi kak kenari ada kata kan, vitamin e ni tak sesuai untuk wanita hamil. Sebab tak sesuai ialah vitamin e ni mengandungi dos yang tinggi. Wanita hamil sebenarnya perlukan juga vitamin e ni. Tapi kalo vitamin e Shaklee ni, kita as distributor Shaklee memang tak recommend la sebab vitamin e ni ada high dose. Kak kenari ulang lagi ok, 1 kapsul ada 400 IU. Wanita hamil perlukan vitamin e ni hanya dalam dos yang rendah iaitu dalam 20-30 IU sahaja untuk 1 hari. Kekurangan vitamin e juga boleh menyebabkan bayi kita berpotensi untuk dapat asthma (lelah). Jadi, sememangnya, wanita yang hamil perlukan pelbagai nutrisi untuk bayi yang sedang dikandung dan jugak dirinya sendiri. Tapi pastikan ya, setiap nutrisi dan setiap suplemen apa pon yang kita ambil ketika kita sedang hamil, jangan pulak terlebih dos.

Contoh macam vitamin e Shaklee ni, tak boleh di ambil oleh wanita hamil sebab dos yang tinggi dalam vitamin e ini sangat berisiko untuk bayi yang sedang kita kandung. Untuk kita memang la elok kan, tapi untuk baby kita dah memudaratkan dia pulak. Kita pasti tak mahu ambil risiko kan. Contoh yang akan dialami oleh bayi jika ibunya ambil vitamin e yang high dose ialah baby akan berisiko ada masalah kecacatan jantung apabila dia dilahirkan. Lain-lain sebab mengapa tak boleh, vitamin e yang high dose boleh sebabkan kematian pada baby dan juga boleh meningkatkan risiko pendarahan bagi wanita mengandung.

Orait, jika kita memang tak mengandung, vitamin e Shaklee memang sangat sesuai untuk kita yang mahu kekal sihat dan cantik sentiasa. Cantik dan awet muda dah tentu la kan. Tapi jangan le pulak berharapan macam tak logic sangat. Pengamalan mengambil vitamin e secara konsisten pastinya akan menampakkan hasil. Nak diri kita nampak young forever ni, kita kenalah konsisten kan. Hihi.

Vitamin e ni adalah antioksidan yang melindungi tisu badan kita daripada kerosakan yang disebabkan oleh bahan-bahan yang dikenali sebagai radikal bebas. Radikal bebas ni boleh merosakkan sel-sel tisu dan organ-organ kita. Radikal bebas ni la yang buatkan kulit kita jadi kusam, tak bermaya, berkedut awal. Oh.. kita walaupun umur dah banyak, tapi tentu kita tak mahu kertu awal sangat kan, haha..

Selain vitamin e ni untuk kulit kita yang cantik dan lembap, pastinya vitamin e ni pon untuk kita jadi sihat jugak dan bukanlah hanya nak bagi kita transform jadi cantik semata-mata.

Badan kita pon memerlukan vitamin e sebab dengan kehadiran vitamin e, system imun badan kita jadi kuat dan mampu melindungi kita daripada serangan virus dan bakteria.

Vitamin e juga penting dalam pembentukan sel darah merah. Sel-sel kita menggunakan vitamin e untuk berinteraksi antara satu sama lain dan menjalankan banyak fungsi penting yang lain.

Sesetengah orang menggunakan vitamin E untuk merawat dan mencegah penyakit jantung dan yang ada masalah saluran darah seperti pengerasan arteri, serangan jantung, sakit dada, sakit kaki kerana arteri disekat dan juga tekanan darah tinggi.

Sejauh mana kebenaran vitamin E bantu mencegah kanser, penyakit jantung, dimensia, penyakit hati dan strok adalah masih lagi tidak dapat dipastikan.

Pada pandangan kak kenari, suplemen seperti vitamin E ini haruslah diamalkan dengan ilmu. Jika untuk kecantikan:

***nak mencegah penuaan,
***nak hilangkan parut jerawat,
***nak kurangkan jerawat,
***nak bagi hilang eyebag (lebam bawah mata tu), 
***untuk alahan kulit,
***untuk baik pulih luka dalaman (contoh luka beranak operation/pembedahan)
***salah satu ikhtiar untuk kesuburan lelaki

sememangnya suplemen vitamin e ni memang adalah disyorkan. ;D

Oklah, jika berminat dengan suplemen vitamin E Shaklee ini, hubungi kak kenari ya. 

1 botol vitamin E shaklee ni ada 120 biji. Retail price ialah RM149 untuk Semenanjung Malaysia ya. Dah ada 120 biji, maksudnya, tahan selama 4 bulan tau ;D

Antara set-set yang mengandungi vitamin E ini ialah:

***Set Kecantikan
***Set Kesuburan
***Set Kesihatan

Untuk maklumat lanjut, hubungi kak kenari ya ;D dan pastinya consultation dan guides nak makan vitamin semuanya ada dalam pakej kak kenari ni.

Dan layan jugak gambar tu ya ;D

Your Shaklee Independent Distributor; 
♥ Jannah (ID 910562)
♥ Tel/SMS/WhatsApp : 017-4556648
♥ FB Fanpage & Blog : KenariPutih
♥ URL Blog: http://kenariputih9727.blogspot.com/
♥ URL FB Fanpage: http://www.facebook.com/KenariPutih9727
♥ Email: kenariputih9727@gmail.com



Sunday 7 April 2013

Set Kehamilan Shaklee Istimewa, Pakej Nutrisi Lengkap Ibu dan Bayi


Salam to everyone.

Bertemu lagi kita di entry baru kak kenari. Entry kali ini ialah berkenaan dengan Set Kehamilan Shaklee. Set kehamilan Shaklee ini juga dapat membekalkan ibu dan bayi dengan pakej nutrisi lengkap sepanjang tempoh kehamilan. Bagi ibu-ibu yang sedang mengandung, kehamilan merupakan satu fasa atau pengalaman yang istimewa. Kita sebagai ibu pastinya kita mahu bayi yang sedang kita kandung mendapat pakej nutrisi lengkap bagi memastikan perkembangan bayi kita sentiasa dalam keadaan yang sihat sejahtera. Pada fasa trisemester kehamilan, adakalanya ibu mengalami alahan atau omputih sebut nausea atau morning sickness or maybe ada yang afternoon sickness or maybe night sickness. Walau apa alahan sekalipon yang ibu alami semasa kehamilan, kak kenari percaya setiap ibu pasti mahu yang terbaik untuk bayi kita kan. Antara lain yang akan kita alami sepanjang kehamilan ialah perubahan emosi dan perubahan fizikal. Perubahan emosi sepanjang kehamilan pasti la kan. Tak hamil pon kita emosi apalagi bila kita hamil. Lagi satu, sepanjang tempoh kehamilan, jika kita kekurangan nutrisi memang normal kalau kita rasa letih, dan kadang-kadang memang ada jugak rsa skit kepala dan pening-pening tu. Set kehamilan Shaklee ialah satu set atau pakej yang dapat membekalkan ibu dan bayi dengan nutrisi lengkap dan ianya sangat istimewa kerana selain untuk perkembangan bayi yang sihat dan sempurna, set kehamilan Shaklee ini juga dapat membekalkan ibu dengan kesihatan yang optima sepanjang kehamilan dan juga boleh mengelakkan risiko komplikasi semasa proses bersalin nanti.

Baiklah, kak kenari senaraikan di bawah set kehamilan Shaklee untuk trisemeter pertama dan fungsi-fungsinya:

Set kehamilan Shaklee – Trisemester pertama
================================

Dalam set ini terdapat:

**Vitalea (multivitamin with iron), 1 botol, ada 90 biji
**Vit C Sustained Released 500 mg, 1 botol, ada 180 biji
**Vit B Complex (with acid folic), 1 botol, ada 120 biji
**Ostematrix (Calcium with Magnesium, Vitamin D & more), 1 botol, ada 120 biji
**ESP (Energising Soy Protein), 1 canister, ada 850 g

Manakala untuk set kehamilan Shaklee bagi trisemester kedua dan ketiga ialah:

Set kehamilan Shaklee – Trisemester Ke-2 dan Trisemester ke-3
================================

**Vitalea (multivitamin with iron), 1 botol, ada 90 biji
**Vit C Sustained Released 500 mg, 1 botol, ada 180 biji
**Vit B Complex (with acid folic), 1 botol, ada 120 biji
**Ostematrix (Calcium with Magnesium, Vitamin D & more), 1 botol, ada 120 biji
**ESP (Energising Soy Protein), 1 canister, ada 850 g
**OmegaGuard (Fish Oil, ada 85%  Omega-3 dalam 1 softgel, lengkap DHA, EPA & ALA)

Itulah dia set kehamilan Shaklee bagi trisemester pertama, trisemester kedua dan trisemester ketiga.

Sebenarnya produk-produk Shaklee yang ibu hamil ambil semuanya sama sahaja pada fasa kehamilan pertama, kedua dan juga ketiga. Cuma omegaguard Shaklee tidak dibenarkan  lagi pada fasa kehamilan trisemester pertama. Pada fasa kehamilan trisemester pertama, ibu yang hamil haruslah berhati-hati bagi mengelakkan berlakunya keguguran kerana kehamilan pada peringkat trisemester pertama kebanyakan ibu yang hamil akan melalui pelbagai situasi seperti morning sickness (alahan), perubahan emosi, rasa pening kepala, sakit ulu hati, merasa tidak selesa pada bahagian payudara dan macam-macam lagi la kan. Time trisemester pertama kehamilan ni kita kena jaga diri betul-betul sebab time ni janin tak kukuh dan tak kuat lagi dalam rahim kita. Kita kena elakkan dah buat keja berat-berat, macam better lagi kita banyakkan berehat. Makanan yang kita makan pon kita kena jaga. Kalau ikut pesan orang2 tua kita, makanan yang kita tak boleh makan sebab takut boleh sampai keguguran ialah macam contohnya buah nenas dan air tebu. Sebenarnya depend pada orang jugakla kan. Tapi better kita ikut jugak le pantang orang2 tua kita ni. Untuk kebaikan kita dan baby jugak. Dan dari segi teori sains pula, yang kak kenari tahu, kalau kita suka makan ikan, kita kenala pilih ikan. Terutamanya ikan laut. Walaupun ikan ni bagus dari segi kandungan protein kan, ikan laut juga mengandungi bahan-bahan tercemar seperti merkuri dimana boleh membawa kepada kelewatan perkembangan otak pada bayi yang sedang dikandung. Lebih buruk lagi jika berlakunya kerosakan pada otak bayi dalam kandungan. Oleh itu, amatlah penting semasa kehamilan trisemester pertama ini kita haruslah berhati-hati memilih makanan yang akan kita makan. Kehamilan pada fasa trisemester pertama sangat ‘istimewa’ dan juga merupakan satu cabaran untuk kita kerana banyak rintangan dan dugaan yang harus kita tempuhi sepanjang tempoh tiga bulan pertama ini. Apalagi jika kita mengalami alahan yang sangat teruk. Dan disini, kak kenari tegaskan, kita haruslah mengamalkan diet sihat dan berkhasiat seperti yang dicadangkan dalam pyramid makanan.

Ewah, banyak pula kak kenari dok stori kan..hihi..ikut kak kenari  sampai 10 page kak kenari nak stori.. haha..

Ok, jom kita review function setiap vitamin Shaklee ni, kita review dengan harga retail sekali, ada berapa biji vitamin dan tahan berapa lama semua vitamin ni untuk kita ibu-ibu hamil ni. Dah kak kenari kata set kehamilan Shaklee ni istimewa. Kita tengok sejauh mana istimewa set kehamilan Shaklee ni. Kita tengok ok berbaloi ke dak harga dia dengan khasiat yang Shaklee offer kepada kita ni. Harga yang kak kenari review ni harga retail price. Kak kenari ni distributor Shaklee, jadi harga kak kenari beli kat branch Shaklee mestilah harga distributor. Kak kenari pengguna tegar vitamin-vitamin Shaklee, jadi kena la kak kenari jadi bijak dengan sign-up jadi distributor Shaklee atau erti kata lain jadi ahli Shaklee. Kak kenari dapat la berjimat dalam 20-25% bagi setiap pembelian produk-produk Shaklee. Berbaloi-baloi la bagi kak kenari.

Ok, jom tengok review Set Kehamilan Shaklee Istimewa, Pakej Nutrisi Lengkap Ibu & Bayi
================================

**Vitalea {multivitamin with iron(zat besi)}, 1 botol, 120 biji, boleh tahan sampai 4 bulan, depend pada cara pengambilan, retail price, RM88.75

Vitalea shaklee sangat istimewa kerana dilengkapi dengan 28 vitamin dan mineral termasuklah zat besi. Zat besi sangat penting untuk pembentukan sel darah merah. Kekurangan zat besi menyebabkan ibu hamil kelihatan pucat, letih, lesu dan tidak bermaya.  Zat besi juga perlu untuk pertumbuhan dan pembesaran bayi. Dan yang sangat istimewa mengenai vitalea ini ialah ia membantu ibu-ibu hamil memulihkan semula paras haemoglobin (hb) dalam darah. Jadi, untuk ibu-ibu yang ada masalah low-hb , kak kenari cadangkan boleh ambil vitalea ini ya sebagai alternative suplemen. 

**Vitamin B complex {with folic acid}, 1 botol, 120 biji, boleh tahan sampai 4 bulan, depend pada cara pengambilan, retail price, RM53.75

Vitamin B complex bertindak sebagai anti stress dan pemberi tenaga kepada kita. Ini macam similar menambah selera makan. Tapi jangan salah faham ya ingat vitamin B complex ini menggemukkan pulak. Bagi tenaga maksudnya kita perlu lebih aktif lagi, tapi ramai pulak yang rasa nak makan lagi. Hihi.. Ok, yang best tentang vitamin B complex ni ialah lengkap dengan folic acid iaitu vitamin B9. Acid folic ni penting tau sebab dia macam agen dalam pertumbuhan dan pembinaan sel-sel dalam tubuh kita. Acid folic jugak dapat membantu mencegah kecacatan pada bayi dalam lingkungan 50%-70% daripada kemungkinan ianya akan berlaku. Vitamin B complex ni penting jugak dalam penghasilan sel darah merah. Jadi kombinasi vitamin B complex, vitalea dan jugak vitamin C memang kombinasi yang perfect. Sebab tu la nurse kat klinik kerajaan pon bila kita low hb sangat mesti dia bagi ferum,  vitamin B complex ni dan jugak ascorbic acid (sources of vitamin C). Walaupun nama vitamin ni sama, khasiat2 pon lebih kurang sama, tapi vitamin yang klinik kerajaan tu sintetik, vitamin Shaklee ni pulak vitamin semulajadi. Itule perbezaannya. Tak ada salahnya nak ambil yang mana pun. Our choice la kan ;D 

** Vitamin C Sustained Released 500 mg, 1 botol, ada 180 biji, boleh tahan sampai 6 bulan, depend pada cara pengambilan, retail price, RM92.50

Vitamin C merupakan vitamin larut air. Badan kita tidak dapat menyimpan khasiat dan nutrisi daripada vitamin C ini kerana ia merupakan vitamin larut air dan mudah hilang dari tubuh badan kita melalui peluh dan air kencing. Oleh itu, kita sentiasa memerlukan bekalan vitamin C ini pada setiap hari untuk membantu meningkatkan pertumbuhan dan perkembangan bayi kita. Vitamin C juga diperlukan untuk meningkatkan penyerapan zat besi dalam badan. Zat besi diperlukan untuk mengikat oksigen pada haemoglobin dalam darah. Kekurangan vitamin C boleh menyebabkan anemia, pendarahan gusi, ketidakupayaan melawan penyakit, penyembuhan luka yang lambat, kulit kering, pendarahan hidung dan lain-lain lagi yang berkenaan. Ibu hamil memerlukan keperluan vitamin C yang lebih tinggi daripada wanita biasa (wanita yang tak hamil). Namun, kebanyakan ibu hamil tidak mempunyai masalah untuk mendapatkan cukup vitamin C melalui pemakanan mereka asalkan ibu hamil mengamalkan cara pemakanan dan diet yang sihat pastilah bayi yang dikandung turut sama mendapat manfaatnya. Antara buah-buahan yang kaya dengan vitamin C ialah buah kiwi, tomato, strawberry (amboi kak kenari sebut buah2 import jer..hihi,,, kalau buah local, antaranya kita ada buah jambu batu dan buah betik). Lagi satu local foods kita yang kaya dengan vitamin C ialah ulam-ulaman. Kak kenari pon suka jugak ulam, contohnya macam kacang botol aka kacang kelisa, dan ulam raja, hihi. Macam sayur-sayuran tu, sayur sawi tapi itula, bila kita masak tu, sebenarnya vitamin C ni dah hilang dah dalam air rebusan tu. Jadi, kualiti vitamin C tu dah jadi kategori tak berapa nak fresh la kan. Takpa, sayur-sayuran ni bagus untuk badan terutama untuk bantu kita membuang or poopooo dengan jayanya. Hihi 

** Ostematrix, 1 botol, ada 120 biji, boleh tahan sampai 3 bulan, depend pada cara pengambilan, retail price, RM61.00

Ostematrix ialah satu pakej lengkp gabungan kalsium, magnesium, vitamin D, zink, fosforus dan mineral-mineral lain seperti boron dan manganese. Jumlah kalsium dalam 1 kapsul ostematrix ini ialah 250 mg calcium. Untuk ibu hamil, kalsium sangat penting untuk pembinaan tulang yang kuat bagi ibu dan bayi yang sedang dikandung. Mineral seperti boron yang terdapat dalam ostematrix ini ibarat simen yang menyambung tulang-tulang dalam tubuh badan kita. Selain itu, kalsium juga penting untuk ibu hamil kerana kekurangan kalsium menyebabkan ibu hamil boleh mengalami sakit gigi, gusi, dan sakit pinggang apabila kalsium daripada ibu diserap oleh bayi yang sedang dikandung. Ibu hamil memerlukan sebanyak 1000 mg calcium setiap hari . Kalsium juga seperti vitamin-vitamin yang lain dimana ia berinteraksi antr satu sama lin. Kalsium work best with magnesium untuk melembutkan najis dan mengatasi masalah sembelit. Kalsium memerlukan vitamin D untuk penyerapan dan boleh mengurangkan migraine. Kehadiran kalsium juga diperlukan untuk penyerapan vitamin B12 dimana vitamin B12 penting untuk mengawal kesihatan system saraf dan membantu pembinaan sel darah. Kalsium dan vitamin C juga membantu penyerapan yang lebih berkesan dalam tubuh badan kita. Apa yang tidak boleh ialah, kita mengambil kalsium sekaligus dengan zat besi kerana gabungan kedua-duanya pada masa yang sama menyebabkn penyerapan kedua-duanya terganggu.

**Omegaguard, 1 botol, 90 biji, boleh tahan sampai 3 bulan, depend pada cara pengambilan, retail price, RM136.00

Omegaguard Shaklee mempunyai gabungan 7 spektrum terbaik termasuk DHA, EPA dan ALA. DHA sangat penting untuk perkembangan otak dan mata bayi. Dalam blog kak kenari ni pon banyak kak kenari cerita pasal omegaguard. Omegaguard Shaklee memang merupakan antara sumber omega-3 yang terbaik sebab telah melalui proses 3 penyulingan berperingkat untuk menyingkirkan merkuri dan plumbum berbahaya yang terdapat dalam sumber ikan ir dalam ni. Boleh search dalam bolg kak kenari ni pasal omegaguard. Ada kat bahagian label kalo nak senang cari.

**ESP, Energising Soy Protein, 1 canister, 850 g, boleh tahan sampai 2 bulan, depend pada cara pengambilan, retail price, RM150.00

ESP untuk ibu hamil membantu memberi tenaga. ESP ni sebenarnya sangat bagus untuk kita dapatkan kulit yang sihat dan menawan. InsyaAllah, kita dapat memberi perlindungan kepada baby kita daripada masalah eczema dan masalah kulit sensitive sekiranya kita mengamalkan minum ESP sejak awal kehamilan lagi. ESP Shaklee ialah merupakan sumber protein soya terbaik kerana soya ini telah diproses menggunakan air dan bukan bahan kimia seperti kebanyakan jenama soya lain yang ada di pasaran. ESP penting untuk pertumbuhan sel-sel baru dan juga diperlukan untuk membaiki tisu-tisu dalam badan kita. Ia juga mengandungi 22 jenis asid amino, dimana 9 daripadanya tidak dapat dihasilkan sendiri oleh badan kita dan kita perlu ambilnya daripada pemakanan kita. Kak kenari pon pilih ESP ;D. ESP memang banyak sangat khasiatnya, walaupun harganya pertama kali kak kenari dengar agak terkezut ;D Sekarang kak kenari ialah ESP lover. Pasal harga bagi kak kenari memang berbaloi2 ;D
================================

Oklah, sampai sini dulu ok entry kak kenari. Alamdulillah berjaya jugak kak kenari nak sharing pasal set kehamilan ni dengan semua pembaca terutamanya ibu-ibu yang sedang hamil. Jika berminat untuk dapatkan set kehamilan ini boleh hubungi kak kenari. Guides n consultation semuanya ada dalam pakej kak kenari ni.

Your Shaklee Independent Distributor; 
♥ Jannah (ID 910562)
♥ Tel/SMS/WhatsApp : 017-4556648
♥ FB Fanpage & Blog : KenariPutih
♥ URL Blog: http://kenariputih9727.blogspot.com/
♥ URL FB Fanpage: http://www.facebook.com/KenariPutih9727
♥ Email: kenariputih9727@gmail.com










Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...