Thursday 28 February 2013

Aku gemuk? Aku nak kurus! Mesti slim diet dan kempis perut jugak!


Salam to everyone…

Haa.. tajuk entry… Aku gemuk kan? Aku mesti nak kurus! Aku kena slim melim, kena diet dan kena kempis perut jugak!

No matter what kan? Sapala tak mau slim kan? Kak kenari pon memang nak slim. Memang tak mau gemuk dan nak perut kempis macam model. Tapi serius la nak mula program diet tu selalunya memang tak terkawal nafsu makan.. hehe

Ni pengalaman kak kenari, lepas anak nombor dua kak kenari, kak kenari sebenarnya memang tak diet sangat. Sebab masa tu kak kenari ingat kak kenari takkan gemuk. Lagipun membe2 ofis memang dok kata kak kenari ni kurus je n slim macam design apartmen zaman sekarang.. Hihi.. Hitelite: Ni diorang kata lepas anak pertama.. Haa anak kedua, oi hang dah berisi sikit lepas yang nombor dua ni.. Kak kenari pon respon dengan senyum sambil scan diri kak kenari sendiri. Bagi kak kenari berisi tu ada 2 maksud, sama  ada berisi dah gemuk ka, atau kak kenari ni ada isi? Haha.. Agak-agak la nak ada isi (berisi ada baby :D) Hihi.. Kak kenari punya baby luar perut pon masih ketagih kasih sayang, kak kenari nak bagi dia adik pulak.. haha… Kak kenari pon nak merancang kehamilan jugak.. haha.. Tumpu pada anak2 yang dok ada dulu.. :D
Ok, masa ni favourite kak kenari memang teh ais Medan Suri Sungai Nibong dan Cafetaria Fajar Harapan USM. Memang sedap la air teh ais yang dibancuh tu. Lepastu breakfast minum teh ais, lepas lunch minum teh ais.. hari-hari la teh ais. Dan sampai la husband kak kenari kerap dok bunyi kata perut kak kenari makin gedebeh.. Mula-mula kak kenari tak ambik port sangat. Alah, biasala kan, kak kenari rasa perut kak kenari adalah satu fenomena biasa wanita lepas bersalin.. hihi.. lama-lama sebab selalu sangat husband kak kenari bunyi kak kenari pon mula pegang perut kak kenari.. yela dah tak kempis macam dulu lepas anak nombor satu… memang gedebeh macam ada ada baby pulak.. hihi… jadi kak kenari tak mau la perut gedebeh kak kenari makin mengembung.. Nampak rimas pulak hihi.. Dan kak kenari mula la buat satu program diet. Target utama nak kempis perut la.. haha.. mesti kena kempis dulu sebab kat perut kak kenari ni visceral fat (kak kenari panggil lemak degil.. mak ai.. kat level 4 weh mula2 naik timbang tanita.. haha..). Kalau nak perut kempis macam model or atlit visceral fat ni kena ada kat level 1-2 ja.. kak kenari masa tu visceral fat tahap 4. Haha.. Takpala,  kena mula jugak nak kempis perut ni.. kak kenari target 2.

Hihi.. seperti biasa la diet program untuk kurus ni kot mana pon tip wajib ialah kena minum air banyak. 25 kg = 1 liter air. Berat kak kenari masa tu 49 kg.. hihi.. dengan ketinggian 156 cm dan umur pulak 30 tahun. Tapi timbang tanita kata umur kak kenari 28 tahun. Hihi.. muda tu daripada usia. Tapi kak kenari memang takut bila timbang tanita tu review result body fat n visceral fat kak kenari. Body fat kak kenari 29% dan visceral fat pulak level 4. Untuk seperti model or atlit, body fat mesti dalam 23-24% dan visceral fat level 1-2. Ok, mula2 kak kenari bukan follow betul2 pon program diet kak kenari tu, tapi naik timbang tiap2 hari la.. haha… maklumla nak monitor badan kak kenari sebab kak kenari makan main bedal jer. Teh ais belum boleh tinggal lagi. Tapi mulanya dalam program diet tu kak kenari minum air banyak la kan tiap2 hari, at least dalam 2 liter dah semestiya, so visceral fat lepas seminggu dah turun jadi 3. Alhamdulillah. Body fat pon dah turun, jadi 26% daripada 29%.

Oklah result lepas seminggu.. cuma physical rating kurang stamina le. Muscle atau otot pon tak very well kak kenari punya result. Air dalam badan just kat paras yang selamat.. selalu atas pagar.. Hihi.. Maklumla walaupun air dah minum banyak, tapi bila breakfast kadang2 mee goreng or koey teow goreng. Dengan teh ais lagi kadang2 tu..hihi.. So, kak kenari mula faham pasal timbang tanita ni. Memang bila kita lagi banyak fat, tak kira la body fat ke or visceral fat timbang tanita akan kata kita ni dah tak muda.. kalo umur kita sebenarnya baru 33, maybe timbang tanita kata kita dah 40 tahun just sebab body fat or visceral fat. Hish, kak kenari bab2 umur ni kak kenari tidak mahu kertu lagi, ahahaha…

Oklah.. nanti kita sambung lagi next entry ok.. Shaklee pon ada jugak slimming set… Haha.. Inile slimming set tu…

Slimming set shaklee

Omega === OmegaGuardShaklee

Fungsinya.. membakar lemak. Harga boleh tahan. Tapi memang berbaloi. 1 botol ada 90 biji. Kalau serius nak diet dan ada budget banyak, omega ialah jawapannya.  Lagipon omegaguard Shaklee ada banyak extra function yang lain. Omega ni bukan sahaja untuk orang gemuk yang nak kurus tapi jugak bagus dan baik untuk otak, jantung, nak kawal kolestrol, penyakit gout dan yang best bagi kak kenari omega pon boleh nak merawat alahan kulit. Kulit pon boleh jadi blushing2 weh kalo konsisten omega :D. Banyak lagi pasal omega dalam blog kak kenari ni nak baca search la.. haha..

Lecithin === Lecithin Shaklee

Fungsinya.. memecahkan lemak. Harga dia very mampu milik. 1 botol ada 180 biji. Double tablet dia daripada omegaguard Shaklee tadi. Tapi, sebenarnya, 1 biji omegaguard shaklee kepoweran dia sama macam 2 biji lecithin Shaklee. Hehe… sebab tu omega punya harga melebihi harga lecithin Shaklee. Eeeee….

Alfafa === Alfafa Shaklee

Fungsinya… alfafa ialah sejenis fiber yang boleh menyerap lemak. Haa, dia punya harga lagi la berbaloi tak hengat. 330 biji untuk 1 botol. 1 botol ada 330 biji untuk small. Dan kalo botol large lagi berbaloi sebab ada 700 biji. Yang ni lagi la berbaloi kan. Selain fungsi alfafa menyerap lemak, alfafa jugak boleh berfungsi sebagai milk booster untuk breastfeeding mommy yang nak bagi banyak susu badan. Dan untuk wanita, alfafa boleh menjadikan wanita seperti kacip Fatimah. Alfafa Shaklee ni bau dia best macam peppermint, menyegarkan gitewww… hiihii.. Dan untuk lelaki pon boleh jugak makan alfafa, bukan untuk wanita saja. Alfafa Shaklee ni untuk lelaki boleh menguatkan stamina. Boleh bagi husband kita kalo kita tengok dia kurang berstamina dan selalu keletihan je kan cari duit nak sara anak bini.. hihihi

Herblax === Herblax Shaklee

Fungsinya.. herblax ni memang untuk detox.. power weh herblax ni.. makan sekali boleh membuang berkilo.. hahaha… Yang mana yang gemok sangat , dan memang bercita2 nak kurus memang kak kenari boleh suggest makan herblax ni. Herblax ni dia cuci usus kita tau.. macam cecair pencuci Clorox la.. Cuma ni jenama Herlax Shaklee bukan jenama Pipit, atau Dobi. Hahaha..

Lain-lain support produk untuk replacement meal  ialah Cinch Shake dan ESP. Cinch Shake ada 3 perasa, coklat, vanilla dan cafĂ© latte. Hihi.. Rasanya pasti sedap kalo dah namanya shake tu kan. Hihi.. Minum shake kat Coffee Bean pon sedap, apalagi kalo shake ni shake buatan kita sendiri. Woo marvellous n delicious…. Nak mix shake dengan apa pon yang kita nak kita boleh boh tapi pastikan semuanya yang di mix tu semuanya rendah kalori ya.. haha… nanti tak dapat nak kurus tapi lagi gemuk apa cerita? Haha… ESP pulak dia bau vanilla.. besssstt! Hihi.. calorie dia pon cuma ada 105 calories untuk 1 hidangan. Kak kenari advise untuk replacement meal. Boleh replace breakfast nasi lemak dengan ESP atau Cinch Shake ni. Dan waktu lunch or dinner kalau memang nak ambil cinch shake dan ESP boleh ambil jugak. Dan sebenarnya advise kak kenari jangan la sampai tak makan nasik.. nanti membe2 pon nek heran kan.. hahaha.. mulut membe2 ni tau saja la kan, kadang2 ada orang boleh wat donno.. macam kak kenari kak kenari tak suka ambik hati sangat apa membe2 lain kata, kak kenari jenis sempoi2 jer.. hehe.. Kalo yang membina jiwa, membina diri kak kenari pon suka mendengarnya, kalo cakap pon macam dia besh sangat, hihihi.. kak kenari masih boleh bertahan.. haha.. dalam hati kak kenari  dok mengata dia la.. poyos tak sudah! Haha.. macam lagu Jay-Jay lak ye berangan tak sudah! Haha..

Ok, ending sudah banyak dah ni dah macam e-book dah, haha.. layan gambar botol2 ni.. dan hubungi kak kenari untuk pertanyaan produk dan permasalahan saya mahu kurus, saya mahu kempis perut, atau saya nak jadi model macam amisha patel, rani mukherji, kajol, kareena kapoor hehehe :D



Dah baca entry ini, :) , LIKE fanpage kami KenariPutih kat sebelah ni ya! dan Menangi voucher RM60! Maklumat lanjut tentang voucher sila klik kat sini

Saturday 23 February 2013

Shaklee Lecithin: Produk Kurus. Lepastu Semua Baju Boleh Pakai

Salam to everyone...

Apa kabar semua? Kak kenari harap semua kita sihat-sihat hendakNya. Kak kenari nak cerita pasal Lecithin Shaklee. Fungsi lecithin ni ialah memecahkan lemak yang terdapat dalam badan kita.. haa gitula diibaratkan fungsinya... dalam badan kita ni mungkin ada lemak jahat, lemak degil... lemak ni bukan senang dia nak keluar.. yela.. degil... Ok, bila kita makan lecithin ni, lecithin ni la yang akan pecahkan kepoweran lemak degil ni.. haha.. Dan pastinya, lemak ni bila dah terpecah lagi senang nak dinyah keluar daripada tubuh badan kita kan.. Jadinya, lecithin merupakan salah satu produk kurus yang kita semua wajib kena tahu! Sangat banyak bukan produk kurus kat pasaran sekarang. Herbalife, Shaklee, Alpha Lipid, Fellina.. hahaha... Lecithin ni produk Shaklee punya. Jangan tesilap ingat produk lain sudah la, hehe...

Kak kenari dah memang selim... hihi.. lemak degil kak kenari pon kak kenari dah nyah keluar, cuma mesti ada la kak kenari masih menyimpannyer... haha.. iyela.. kalo lemak kak kenari ni dah habes kak kenari buang, pasti jeans kak kenari yang dolu2 kak kenari boleh pakai dah. Ada 1 jeans kak kenari memang kak kenari sayang sebab coraknya yang cantik. Walaupon bukan jeans jenama levi's kak kenari sayang tersangat dan sehingga sekarang bila kak kenari tengok saja jeans tu meti kak kenari cuba pakai.. so far, masih le belum boleh di sarung secara selesa lagi.. haha... Korang ada jeans? or baju? maksud kak kenari baju or jeans yang korang sayang dan korang masih belum boleh pakai lagi sebab korang belum kurus atau belum dapat berat ideal. hihi..

Okla, kita jangan takut bab-bab nak makan ni.. kalo sedap kita makan, pulak memang foods tu favourite kita. Hihi.. kak kenari kalau bab-bab seafoods kak kenari memang suka, mana la kak kenari boleh tahan lama2.. paling dasat pon seminggu tu pon bila kak kenari kena alahan kulit yang teruk. Lepas seminggu or kadang belum sampai seminggu,kak kenari dah tak tahan! haha.. takpa, apa pon yang kita makan yang penting kita kena pandai kira kalori intake makanan yang kita makan tu. InsyaAllah kalau kita alert calori intake kita ambil, kita mesti boleh control peratusan lemak jahat yang kita nak masukkan dalam badan kita tu. Dan pastinya produk kurus macam lecithin shaklee, memang membantu. Yela tekak kita ni suka, badan kita dia tak perlu kan lemak degil ni. Badan nak buat apa kan, jadi bila kita masuk lemak degil dalam badan kita, badan kita simpan ajela sebab badan kita pon tak tau nak buat apa lemak degil ni. hihi.. Jadi, kak kenari suggest kita boleh ambil lecithin shaklee untuk buang lemak degil tu daripada badan kita. Senang saja nak makan lecithin shaklee ni.. Walaupun lecithin shaklee ni ialah salah satu produk kurus, tapi lecithin ni pon bagus jugak untuk otak tau! Haa memang bonus ni.. kita dah tentu nak otak kita aktif kan. Kita nak otak kita sentiasa fresh walaupon umor kita makin lama makin tua, otak kita pon mestila kita takot jadi nyanyuks sebelum waktu yang sepatutnya kan. Jadi, sekarang kita tak perlu takut lagi. Lecithin Shaklee ni pon boleh jadi ibarat nutrisi selular.. haha.. Jom kak kenari nak review produk lecithin ni. Lepas ni jeans dan baju dulu boleh la pakai semula selepas misi dah berjaya dengan pengamalan produk kurus lecithin shaklee ni.. haha


  • 1 kapsul gel lembut mengandungi 530 mg
  • Dalam lecithin terdapat kolina yang merupakan sau komponen asetikolina neurotransmiter yang terlibat dalam penghantaran mesej ke otak dan sistem saraf.
  • Soya lecithin merupakan sumber utama kolina.
  • Lecithin Shaklee diperolehi secara semulajadi daripada kacang soya. 
  • Tiada perasa tiruan,pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan.
Itu le diatas ciri-ciri lecithin Shaklee ataupun korang nak panggil set slimming or produk kurus pon boleh jugak :D. Lecithin ni jugak sesuai untuk breasrfeeding mommy ya. Kalo breastfeeding mommies yang nak turun berat badan dan nak sentiasa kurus dan slim, lecithin shaklee memang selamat dan tak ada kesan yang buruk utuk baby. Kesan yang baik memang banyak kan. Ibunya pon boleh pakai balik semua baju yang masa mengandung dulu tak boleh pakai, ibu extra bijak, anak yang menyusu berganda2 bijaknya. :D

Ok, layan ok, gambar lecithin ni. Jangan lupa amalkan lecithin ye. Berminat or nak tanya apa, contact kak kenari ye. Lecithin ni produk yang mampu milik tau. 1 botol ada 180 biji. Boleh tahan sampai 3-4-5 bulan tau. PM kak kenari 0174556648. Consultation semua dalam pakej tau! :D


Dah baca entry ini, :) , LIKE fanpage kami KenariPutih kat sebelah ni ya! dan Menangi voucher RM60! Maklumat lanjut tentang voucher sila klik kat sini



Friday 8 February 2013

Shaklee MLM : Robert Kiyosaki dan Cerita Dia

Salam to everyone..

Ok semua memang ramai dah tahu Shaklee memang syarikat MLM. Or ada yang baru tahu? hihi.. Kak kenari sebenarnya tak ada la anti gilaa dengan MLM ni. Kak kenari banyak dah dengar pasal MLM. Macam-macam la cerita pasal MLM. Shaklee ni lama dah kak kenari dengar, sejak kak kenari zaman sekolah-sekolah lagi. Masa zaman sekolah dulu, memang tak tau langsung la cerita yang Shaklee ni syarikat MLM. Tapi masa kak kenari study kat universiti dulu, kak kenari dah mula dengar pasal Shaklee balik dan cerita orang yang dapat kereta, dapat bonus dengan Shaklee dan dapat melancong dengan Shaklee. Sebab Shaklee syarikat MLM dan kak kenari pon tak pernah ambil tahu kak kenari pon tak berupdate2 pasal Shaklee. Kak kenari mula interested bila kak kenari dengar suplemen2 Shaklee, walaupon dia syarikat MLM, suplemen Shaklee bagi banyak susu badan. Masa tu mengandung anak nombor 2, memang dok cari petua dan menambah ilmu nak bagi susu badan kak kenari sentiasa meriah untuk si manja yang bakal ku lahirkan nanti. Macam-macam la cerita yang jumpa. Yang pasti memang jumpa BAnyak yang cerita Suplemen Shaklee memang menambah susu badan. Ok2, suplemen2 Shaklee memang dah terbukti bagus! 

Ni pulak pasal Robert Kiyosaki. Sebab kak kenari ni bukan tergolong yang anti sangat dengan MLM, kak kenari boleh la if ada member2 call ajak pi dengar syarikat MLM. Rata-rata MLM yang hebat2, memang cerita sikit pasal Robert Kiyosaki ni. Dulu kak kenari tak kenal pon Robert Kiyosaki ni, mula-mula kak kenari kenal dia member kak kenari perkenalkan nama dia kat kak kenari masa dia briefing pasal syarikat MLM yang dia join dan dia sebut nama Robert Kiyosaki ni. Kak kenari tak join pon. Lepastu, kak kenari guna set produk ni, mula2 tak tahu produk tu produk MLM, tapi walaupon lepas tu dah tahu, kak kenari tak kisah sebab produk tu memang bagus. Yang kak kenari noticed syarikat MLM ni pon sebot jugak nama Robert Kiyosaki ni. Wah, lepastu pulak husband kak kenari bawak balik buku apatah le lepas pi ikot geng-geng dia dengar briefing lagi cerita syarikat MLM, diorang pon sama jugak sebot nama Robert Kiyosaki ni.. 

Wah, nampaknya memang dia besh! If tak besh dia takkan famous n orang pon tak buat cerita! Hihi.. 

Robert Kiyosaki ni ada publish buku dia tau.. Rich Dad, Poor Dad.. dulu pon kak kenari pernah tengok iklan buku Robert Kiyosaki ni Rich Dad, Poor Dad... iklan tu ada kat FB ads, sebab tajuk dia best, Bapak Kaya Bapak Miskin kak kenari pon klik la.. just untuk nak tengok apa benda iklan tu.. bukanle kak kenari nak beli pon.. cerita kak kenari klik iklan fb ads tu cerita tahun sudah..haha

Okle, if nak tau cerita buku Robert Kiyosaki Rich Dad dan Poor Dad boleh le beli buku tu nanti. Kedai buku MPH mesti ada, tak pon BORDERS.. haha..

Kak kenari sekarang distributor Shaklee walaupun dia MLM. Banyak sebab yang buat kak kenari registered jadi member. Bukan le sebab utama kak kenari nak jadi jutawan mendadak! Mana ada orang jadi jutawan mendadak. Cerita-cerita MLM yang jadi jutawan segera tu toksah la dok percaya tanpa kita buat review dulu. Ni termasuk juga dengan pelaburan-pelaburan duit ka emas ke yang tak berdaftar dengan kerajaan malaysia. Tu cerita semua sama saja dengan saham Pak Man Telo. Haha.. Bila tak berdaftar faham-faham sajala ada le nak kena bungkus ka or tiba2 duit kita dah tak boleh dapat balik. Pandangan kak kenari, walaupun syarikat MLM ka syarikat apa ka, carilah yang betul2 sesuai dengan kita. Kalau kita tak mau cari side income pon atleast kita boleh guna produk2 MLM tu  untuk improve kesihatan kita. Kekalkan kesihatan kita. Jangan esok bila kita dapat penyakit2 kronik kita dok bersedih dan rasa frustrated. Dari masa sekarang kita sihat pon kita dah kena jaga kesihatan. Apalagi bila kita sakit. Pepatah omputih Prevention is better than cure memang terpakai untuk macam-macam situasi. 



Ok, selamat bergembira pada hari Sabtu daripada kak kenari. 

Nak cari suplemen untuk diri anda atau keluarga anda cari kak kenari pon boleh! :D or nak tanya-tanya dulu dulu mana yang sesuai.. yang ada kekangan kewangan pon boleh, tapi kak kenari bukan wakil personal loan bank ya! haha.. kak kenari wakil pengedar Shaklee, PM kat kak kenari: 

Tel/SMS/Whatsapp: 0174556648
Emel : kenariputih9727@gmail.com
Blog n Fb Fanpage: Kenari Putih








Friday 1 February 2013

Omega Guard Shaklee: Kebaikan dan Kelebihan! Cergas + Cerdas!

Salam to everyone...

Kak kenari nak sambung cerita pasal omegaguard shaklee lagi. Memang kebaikan dan kelebihan omega-3 ni  telah di akui sejak dolu2 lagi. Dulu kak kenari tau kalo sebut omega yang memula dok bermain di fikiran kak kenari jam tangan omega. haha.. mula le teringat kat model2 jam tangan omega..hihi.. antara selebriti yang kak kenari ingat sebab kak kenari minat sama kan..amy mastura n amber chia.. hih betul ke tu spelling amber chia.. haha.. maaflah yer kalo salah... berbalik cerita omegaguard shaklee ni.. kelebihan dan kebaikan dia memang bebaloi dengan harga dan kualiti. Macam omega guard shaklee ni 1 botol ada 90 biji. Kalau 1 hari kita makan 1 biji =3 bulan kan.. Sebenarnya kita makan 3 biji pon kita dah boleh rasa kesan dia, tapi kena konsisten la tau! Jangan skip-skip.. Yang pasti otak kita rasa cerdas, badn kita rasa cergas!

Ok, ni pasal omega guard shaklee ni, macammana dia bekerja bila dah masuk dalam badan kita. Kena tau jugak le kan serba sedikit tentang omega guard shaklee ni. Kelebihan dan kebaikan dah tau dah memang banyak. Badan cergas, otak cerdas sememangnya merangkap point dan bonus utama untuk kita :)

Omega guard shaklee adalah mengandungi asid lemak omega-3. Asid lemak omega-3 ni ialah asid lemak penting yang tak dapat dihasilkan oleh badan kita. Oleh itu, amat perlu untuk kita dapatkan asid lemak omega-3 ini daripada sumber makanan. Banyak makanan yang memang ada asid lemak omega-3 ni. Antaranya telur, ikan salmon, walnut, flaxseed, kacang soya, ikan sardin dan minyak canola.

Bawah ni kak kenari list sikit, contoh2 sumber omega asid lemak ni. Ada 3 jenis asid lemak tak tepu ni iaitu ALA (boleh ditemui dalam sumber tumbuh-tumbuahan), DHA & EPA (boleh ditemui dalam ikan dan kerang). Seperti yang kita tahu, omega guard shaklee ni merupakan minyak ikan tulen di dunia yang megandungi spektrum penuh 7 jenis asid lemak omega-3 semulajadi termasuk EPA, DHA, ALA dan banyak lagi. Kat bawah ni kita tengok contoh makanan dan contoh asid lemak omega yang akan kita dapat kalau kita makan makanan-makanan yang kat bawah ni:

1. Flaxseed - sumber ALA
2. Ikan Salmon - sumber DHA & EPA
3. Telur - sumber DHA
4. Walnut - sumber ALA
5. Kacang soya - sumber ALA
6. Ikan sardin - DHA & EPA
7. Minyak canola - ALA

Ok tu serba sedikit pasal sumber-sumber dan contoh omega asid lemak yang akan kita dapat. Lagi satu yang kita kena ingat omega asid lemak daripada asas tumbuhan iaitu ALA tidak boleh ditukarkan kepada EPA dan DHA dengan berkesan oleh badan kita. Bukan maksud kak kenari kata sumber tumbuh-tumbuhan tak bagus. Just ini guides sahaja la. Omega asid lemak kan ada omega-3, omega-6 dan omega-9. Yang shaklee omegaguard ni omega-3 asid lemak. Shaklee pilih nak create omega dia daripada sumber ikan laut air sejuk. Ikan laut air sejuk ni kaya dengan sumber DHA & EPA tau. Senang, bila kita makan suplemen omega guard shaklee ni badan kita teros dah dapat kebaikan dan kelebihan DHA & EPA. Tapi kalau kita ambek omega asid lemak daripada sumber ALA badan kita kena pindahkan ALA tu kepada DHA & EPA dulu. Tak semua sumber ALA dapat badan kita pindahkan dengan berkesan ke bentuk DHA & EPA. Oleh sebab tu omega-3 yang shaklee punya ni dipilih daripada sumber ikan laut air dalam yang dah memang kaya dengan DHA & EPA.

Nanti kak kenari cerita detail lagi pasal 7 sumber diatas tu. Ok sampai sini dulu.

Dibawah, jom layan lagi gambarajah pasal omega asid lemak ni..


Bertemu nanti di next entry pasal omega asid lemak ni. 

Dan jika berminat nak dapatkan omega guard shaklee ni, hubungi kak kenari ye. 0174556648 (KenariPutih). Emel: kenariputih9727@gmail.com.

Dah baca entry ini, :) , LIKE fanpage kami KenariPutih kat sebelah ni ya! dan Menangi voucher RM60! Maklumat lanjut tentang voucher sila klik kat sini


Lagi entry menarek tentang OMEGA:



Omega Shaklee: Otak cerdas! Tenaga Hebat! Hilangkan Keletihan Kita!









Omega Guard Shaklee: Boombastic Habis! Sihat + Otak Pintar!

Salam to everyone...

Apa khabar semuanya? Kak kenari harap semuanya sihatlah ye. Kak kenari Alhamdulillah sihat jugak. Thank you Allah. Kali ni kak kenari nak cerita lagi pasal omega guard shaklee. Seperti entry sebelum ni, kak kenari ada cerita jugak. Tapi kali ni kak kenari nak cerita lagi sebab bagi kak kenari omega guard shaklee ni boombastic habis! Maklumla, omega guard shaklee ni tak sama macam omega-omega lain yang terdapat di pasaran tau. Omega guard shaklee ni seperti yang kita dah tahu, or maybe ada yang belum tahu lagi.. omega guard shaklee ni dihasilkan melalui suatu proses penyulingan proprietari tiga molekul untuk mengekstrak asid lemak omega-3 yang paling tulen dan paling semulajadi untuk menyingkirkan bahan-bahan berbahaya yang terdapat dalam sumber omega-3 ini iaitu seperti plumbum, merkuri, arsenik, kadmium, dioksin, dan PCB (polychlorinated biphenyl - merupakan bahan kimia industri yang sangat toksik). Haa, itulah kak kenari kata boombastic habis tu! Yela, sumber omega-3 jenama shaklee ni kan ialah ikan laut air sejuk, air laut dalam kan.. mestila kat sana tu lautnya pon ialah tempat kapal-kapal besar kan.. korang boleh imagine sendirile yang ni.. kapal2 besar ni kan turut melepaskan sisa2 nyer juga ke laut.. hihihi... teringat pulak cerita kapal titanic, hehe.. jack n rose... u jump i jump.. masa tu kak kenari baru form 4 kot..heeh..

okla, sambung semula cerita omega guard shaklee ni. Shaklee menggunakan kaedah ultratulen bergred farmaseutikal teknologi terkini untuk menghasilkan omega guard ini. Banyak sangat manfaatnya bila kita mengambil suplemen omega guard shaklee ini. Badan kekal sihat dan otak kekal pintar or semakin pintar dan cerdas memang dijaminlah! Dan selain daripada badan jadi makin sihat dan otak pintar ni, bonus kita amalkan suplemen omega guard shaklee ni yang paling utama ialah kita sebenarnya dah say no tu penyakit yang berkaitan dengan jantung, darah tinggi, kolestrol tinggi dan diabetes.

Selain daripada penyakit2 yang kak kenari sebut kat atas, apalagi yang boombastic habis sangat pasal omega ialah  tentunya omega guard shaklee ni membakar lemak kita! Memang ni bonus untuk kita tau! Lagi-lagi kita kaum wanita ni mesti la kita tak mau diri kita ni bila naik penimbang, penimbang kata body fat kita banyak, visceral fat pon banyak, air pulak kurang, physical rating pon tak strong, energy kita tak capai target, dan otot kita tak mantop! oh..... pastila kita perlu improve diri kita ye tak... apa2 pon yang paling utama buang lemak dulu! Jadinya, omega guard shaklee le jawapannya tau!

Omega uard shaklee akan tolong bakar lemak kita ni. Specially lemak-lemak degil atau lemak visceral ni. Body fat kita pon kita kena kasi keluar le kalau kita nak sihat. Nak perut kempis, mesti jugak kita minum air banyak! Ingat kak kenari pernah bagitahu 25 kg = 1 liter air. Berapa berat kita, kita boleh kira sendiri banyak tu le air yang kita nak kena minum kan.

Untuk anak-anak kita dan untuk diri kita sendiri, omega guard shaklee boleh merangsang perkembangan aktviti otak kita. Sebab tu le bila kita ambil pagi-pagi omega, kita rasa otak kita aktif dan pintar. Idea pon banyak le yang datang. Itu kita rasa, anak kita pulak, di sekolah senang faham apa yang dia belajar kat sekolah. Boleh le dia tolong ajar kat kawan-kawan dia pulak ye, :)

Ok2, ni kak kenari nak cerita pasal omega-3 dan omega-6. Kak kenari cerita dalam gambarajah je yer.. hihihi... layan gambarajah ni...


EPA dan DHA ni banyak manfaatnya. Antaranya:
  • merendahkan lemah dalam darah
  • menurunkan pengumpulan platlet darah
  • melambatkan pembentukan trombus
  • merawat penyakit lelah
  • merawat alahan kulit
Kak kenari ni memang ada alahan kulit. Sekarang memang selalu ambek omega-3 ni sebab nak kurangkan alahan kulit kak kenari ni. Kak kenari perasan, kalo kak kenari skip makan omega guard shaklee ni kulit kak kenari senang di attack. Kak kenari ni alah dengan serbuk or cecair pencuci. Kalo tak skip omega, alhamdulillah alahan kulit kak kenari mendapat protection daripada omega guard ni. hihi.

Okle, sampai sini dulu ok. Nanti kita jumpa lagi dengan cerita lanjut pasal omega yang boombastic habis ni. Kita sihat + otak pintar memang dijamin!

Untuk yang nak order omega guard shaklee dengan kak kenari, nak order set slimming, set kulit cantik, boleh PM kak kenari sekarang. 

Tel/SMS/Whatsapp: 0174556648 (KenariPutih)
Emel: kenariputih9727@gmail.com

Dah baca entry ini, :) , LIKE fanpage kami KenariPutih kat sebelah ni ya! dan Menangi voucher RM60! Maklumat lanjut tentang voucher sila klik kat sini





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...