Tuesday 24 December 2013

Panduan memilih Set Bersalin Ketika Berpantang

Assalam and good day semua. Baiklah kak kenari harap hari ni anda semua sihat sejahtera hendakNya. Ok kali ni kak kenari nak cerita berkenaan panduan memilih set bersalin. Yelah macam mana kita nak memilih set bersalin yang terbaik dan sesuai untuk kita ketika kita berpantang nanti.

Sekarang ni memang banyak sangat set bersalin di pasaran. Ada set bersalin shaklee, set bersalin salindah, set bersalin tanamera, set bersalin HPA, set bersalin nona roguy, set bersalin mustika ratu dan banyak lagi la kan. Tu yang glamer la, yang tak glamer macam yang guna air akar kayu la pon ada jugak. Semuanya ada kelebihan dan kebaikan masing-masing.

Untuk ibu-ibu baru bagaimana anda memilih set bersalin ketika anda melalui hari berpantang? Kak kenari masa anak yang pertama dulu memang kak kenari pon blur mana satu nak pilih. Macam-macam juga yang direcommend oleh kawan-kawan. Tapi antara yang selalu kita consider bab harga la kot. Pernah masa anak kedua kak kenari ingat nak ambil set bersalin akar kayu saja. Tapi bila kak kenari baca review, rasa mcm payah pula keadaan kak kenari bila dalam pantang.

Masa kak kenari berpantang yang jaga kak kenari ialah mak kak kenari. Mak kak kenari pon dah berusia dah. Dari segi macam mandi air akar kayu ka memang kak kenari tak pernah la nak mandi pon. Kak kenari tak sampai hati nak demand dengan mak kak kenari nak suruh dia rebus air pulak. then angkat air ke, memang tak sanggup. Husband kak kenari pulak memang segalanya dia serahkan pada kak kenari dan mak kak kenari bab-bab berpantang ni. Apa pun bersyukur kan apa yang kita ada :) Agak leceh bagi kak kenari sebab dalam pantang semua aktiviti kita agak terhad. Macam kak kenari bersalin secara pembedahan memang lagi kena jaga diri kan.

Oklah, berbalik pada entry kak kenari tadi, panduan memilih set bersalin

Berikut ialah perkara-perkara yang perlu kita titik beratkan.

Pertama ialah set bersalin tu selamat ke tak untuk baby kita dan untuk kita. Bukan apa, dalam berpantang kita turut menyusukan anak kita. Jadi harusla kita pilih yang selamatkan. Lagi elok bila kita mula berpantang tu kita dah boleh makan dah. Tak perlu kita nak tunggu-tunggu. Maklumla badan kita lemah selepas saja kita melahirkan anak kita. Makanan yang kita boleh makan ketika berpantang pon sangat terhad. Macam contohkita perlu makan makanan-makanan bernutrisi kan untuk memulihkan semula sistem dalaman badan kita. Di masa yang sama kita turut menyusukan anak kita. Baby biasa pada hari-hari awal kelahiran dia ada jaundis. Untuk baby jaundis, kita mesti elakkan makan makanan yg dibuat daripada herba-herba. Sebab biasanya makanan daripada sumber herba ni panas dan membuatkan jaundis baby lambat sembuh. Tapi kalau korang memang perlu makan makanan daripada sumber herba ketika masih berpantang, pastikan ya semuanya dalam dos yang selamat untuk bayi anda.

Yang keduanya, elok juga jika set bersalin tersebut dapat membantu memulihkan luka-luka bersalin dengan cepat. Untuk panduan anda, pastikan dalam set bersalin tersebut juga terdapat produk yang kaya dengan unsur zink dan asid amino. Sebabnya zink dan asid amino ni ialah agen untuk merawat luka-luka bersalin kita. Tak kisahla sama ada kita bersalin secara pembedahan atau bersalin biasa. Biasa kalau kita bersalin, atau sapa-sapa sajala yang bersalin mesti nak makan ikan haruan kan. Ikan haruan ni memang kaya dengan sumber asid amino dan zink. Tapi kalau ikan haruan pon kita tak boleh makan tiap-tiap hari. Sebab luka yang kering tu hanya kat sebelah luar, yang luka kat dalam dia still ambil masa nak pulih. Jadi penting juga untuk kita beralih kepada suplemen yang kaya dengan asid amino dan zink untuk penyerapan dalam badan kita yang lebih berkesan. lagipon asid amino ni memang diperlukan untuk badan kita. Hanya 9 jenis saja asid amino yang boleh dihasilkan oleh badan kita, yang lain tu kita kena ambil daripada sumber makanan.

Yang ketiganya, yang kita harus pertimbangkan untuk memilih set bersalin ni ialah set bersalin yang dapat membanyakkan air  susu badan kita. Dan bonus lagi kalau kita memilih set bersalin yang boleh memekatkan susu badan kita. Yela dalam pantang ni kita memerlukan rehat yang cukup, kalau baby kita asyik tak puas minum susu kita dan asyik meragam tentulah kita letih dan mula nak naik angin kan. Untuk pekatkan air susu kita tu konsep asas dalam menyusu mesti kita kena ikut dulu. Konsep asas menyusu air mesti cukup kan dalam 3 liter sehari. Macam mula-mula kita ketika berpantang susu kita bukan terus keluar, konsep demand n supply kita kena ikut dulu. Maksudnya kita kena kerap menyusu anak kita secara terus. Bukannya kita guna botol susu kan. Macam kak kenari dulumasa anak kedua memang susu lambat keluar. Kak kenari pulak masa tu memang langsung favorite sangat dengan kopi, walaupun kak kenari minum cukup air tapi susu kak kenari tu masih tak meriah. So-so saja kan. Bila kak kenari berhenti minum kopi dan rajin mengepam susu mula meriah dan boleh buat stok. Ok balik pada cerita tadi tu untuk pekatkan susu, kita mesti ambil makanan yang tinggi protein dan karbohidrat. Protein kalau boleh kita ambil maksima intake. Biar susu kita tu pekat dan baby kita tu kenyang. Makan nasi dengan ikan pon bagus sebab ikan tinggibprotein, nasi pula tinggibkarbohidrat. Jadi lepas makan nasi n ikan dah tentu susu kita tu pekat dan anak kita pon kekenyangan jadi lama la dia akan tidur sebab perut dia kenyang. Untuk set bersalin yang kita pilih tu lagi elok kalau ada juga produk yang boleh membekalkan protein untuk tubuh kita. Kalau boleh pilih protein yang kaya dengan asid amino untuk keperluan tubuh kita. Protein yang kaya dengan asid amino juga banyak fungsinya untuk tubuh badan kita. Ianya turut membantu memulihkan serta membina sel-sel dan tisu-tisu baru untuk tubuh badan kita. Jadi sangat bagus untuk kita juga yang sedang dalam pantang kan. Ketika berpantang banyak sel-sel dan tisu-tisu badan kita yang harus dipulihkan segera agar kita kembali bertenag, sihat dan cergas seperti seorang wanita yang aktif dan menghargai setiap saat hidupnya.

Yang keempat yang harus dijadikan panduan, set bersalin yang boleh membekalkan nutrisi kepada badan kita. Sebabnya makanan kita dalam pantang sangat terhad. Jadi kita memerlukan nutrisi yang cukup untuk kita dapatkan tenaga seharian dan memulihlan sistem badan kita yang telah melalui proses yang penuh kritikal semasa kita berusaha keras melahirkan baby kita ke dunia. Darah kita tentulah banyak yang telah hilang. Untuk mengelakkan muka kita menjadi pucat akibat kekurangan oksigen dalam darah kita, kita perlukan iron atau zat besi yang cukup. Antara makanan yang kaya dengan zat besi ialah sayur bayam merah. Tapi ketika dalam berpantang, bayam merah dikelaskan sebagai tumbihan yang sejuk dan tak semua kita badannya sesuai nak makan bayam merah. Makan makanan yang bersifat sejuk boleh mengakibatkan kita berpotensi untuk mendapat kancing gigi. Kancing gigi patut kita elakkan kerana boleh membawa kepada kematian. Lagi bagus kalau set bersalin yang kita pilih tu lengkap keperluan nutrisinya  untuk kita. Dan secara tak langsung bayi yang kita susukan juga akan mendapat khasiat dan nutrisi apabila menyusu dengan kita. Antara yang kak kenari sarankan, pilih set bersalin yang ada vitamin B, vitamin c, protein, iron atau zat besi, kalsium dan zink. (Klik disini untuk mengetahui fungsi vitamin-vitamin ini)

Yang kelima, kita kenalpasti juga keadaan kita ketika dalam berpantang. Maksud kak kenari tu sapa yang jaga kita. Mak kita ke, mak mertua ke, husband ke atau sapa-sapa la kan yang kita pilih nak jaga kita. Macam kak kenari anak pertama dulu memang rasa dok ingat husband boleh jaga, dan mak kak kenari ketika masa tu tu masih lagi bekerja. Tapi, nasibla bukan husband yang jaga. Alhamdulillah husband kak kenari hantar kak kenari balik rumah mak kak kenari. Yela first time kan, pulak kak kenari bersalin ceasarian, adoi rasa sakit tau kat tempat ceasarian tu. Dalam pantang anak pertama banyak yang kita nak kena sesuaikan diri sebab sebelum ni hidup kita tu dengan husband kita saja. Belum ada baby. Bila baby dah keluar ni, pengurusan masa kita mula-mula tu macam tak terurus sikit sebab baby ni dia pon baru saja kenal dunia. Sebelum ni dia dok dalam rahim kita. Baby pon ambil masa nak sesuaikan diri dia. Minggu pertama dan kedua tu memang macam zombie, hehe.. Pulak baby kena jaundis kan, memang dia suka berjaga malam dan siangnya dia tidur sebab keletihan berjaga malam. Jadi kita sebagai ibuya pon memang tak cukup tidur tau. 

Ok, pasal tadi kenal pasti keadaan kita semasa bersalin. Bukan sebab apa, kalau macam mak kak kenari since dia yang jaga kak kenari ketika dalam pantang, kak kenari tak mahu mak kak kenari ni rasa macam kak kenari ni satu bebanan untuk dia. Dia sudi masak dan urus pasal hal-hal rumah macam mengemas semua pon dah rasa bersyukur sangat dah. Masa anak pertama, kak kenari tak ada upah orang datang rumah bagi mandi baby, memang mak kak kenari yang mandikan. Pulak masa dalam pantang orang pulak rajin datang tengok baby dan kak kenari. Macam tak sangka pulak, hehe.. yela anak pertama kan. Jadi situasi jadi macam kalut. Anak kedua kak kenari upah orang datang bagi mandi. Tapi dari segi bab-bab nak mandi air daun or bertungku memang tak ada. Kalau korang nak mandi air daun semua, dan nak mudah tak perlu rasa nak kena bebankan orang lain, korang boleh pilih set bersalin yang mudah untuk dari segi kita nak makan dan nak uruskan. Boleh sediakan dari awal-awal sebelum kita nak bersalin. Contoh macam korang nak set bersalin yang ada set mandian, cari siap-siap. Online pon ada dah orang yang hanya jual daun saja untuk buat mandian masa kita bersalin. Kalau dari segi nutrisi apa korang nak makan, korang pilih set bersalin dengan distributor yang betul-betul yang boleh guide korang do and donts cara korang nak makan suplemen atau vitamin. Macam kak kenari dulu anak pertama, main taram saja beli sebab dok ingat asalkan ada saja, last-last dah dealer atas dealer tak contact direct dengan orang yang jual tu, yang jual tu pon guide lebih kurang tak ada pon nak nak tanya kita ke apa, dan kak kenari pulak masa tu jenis takut nak makan suplemen, takut anak panas la, takut anak demam la, ending dia langsung kak kenari tak guna apa yang kak kenari dah beli tu. Ada bengkung pon ada set tu. End up bengkung apa semua tak ada gunanya. 

Yang keenam, dari segi penyimpanan dan penggunaan pon sebenarnya perlu dititikberatkan juga. Macam kalau kita pilih set bersalin yang berbentuk suplemen dan vitamin dalam bentuk tablet macam mana packaging dan labelling dia. Ok ke tak ok. Ke macam cincai saja. Pulak distributor claim tahan 4-5 bulan, kita kena find out jugak once bila kita dah buka botol tu potensi dia nak masuk angin tu berapa percent kan. Kalau produk Shaklee yang vitami-vitamin dia memang kak kenari jamin. :)

Yang ketujuh, dapatkan juga testimoni dan survey juga testimoni set bersalin ni. Tengok apa kata para pelanggan yang dah guna. Dari segi kepuasan macam mana, diorang puashati ke tak. Apa respon diorang, 

***susu diorang banyak tak, 
***badan diorang cergas tak, 
***luka bersalin cepat sembuh tak, 
***baby diorang ada cirit birit tak 
***jaundis baby cepat baik tak dan macam-macam lagi la. 

Yang kak kenari sebutkan diatas adalah ciri-ciri utama yang patut kita titik beratkan. 

Baiklah, itu sahaja sebanyak 7 tip panduan memeilih set bersalin ketika korang dalam pantang nanti. Jika korang berminat mahu mendapatkan set bersalin shaklee ini hubungi kak kenari sekarang ya :).

Dijamin harga yang terbaik untuk anda dan konsultansi semuanya dalam pakej kak kenari. 

Your Shaklee Independent Distributor; 

 Jannah (ID: 910562) 

 Tel/SMS/WhatsApp : 017-4556648

 FB Fanpage & Blog : KenariPutih

 URL Blog: http://kenariputih9727.blogspot.com/

 URL FB Fanpage: http://www.facebook.com/KenariPutih9727

 Email: kenariputih9727@gmail.com









Sunday 15 December 2013

Apa Yang Best Sangat Bila Kita Ingin Jadi Ahli Shaklee Berdaftar

Salam semua, apa kabar? Kak kenari harap anda semua sihat. Moga kita sentiasa dalam rahmat Tuhan. Untuk kali ni kak kenari nak cerita kat anda semua tentang apa yang best sangat jadi ahli Shaklee atau biasa kita kata dealer Shaklee, distributor Shaklee, pengedar Shaklee.

Anda bagaimana? Anda mahu dan ingin tak jadi ahli Shaklee? Anda ingin yang mana satu untuk dapatkan keahlian Shaklee?

Nak yang biasa-biasa best atau nak terlampau best?

Ada 2 cara nak jadi ahli ni. Yang biasa best tu ialah yang hanya bayar RM65. Atau yang terlampau best tu yang free membership dengan belian sebanyak 200 UV atau bersamaan lebih kurang RM660. 

Haa, anda nak yang mana satu?

Kak kenari dulu pon kak kenari pilih yang bayar RM65. Dijumlahkan dengan kos postage  RM10, jadi semuanya hanya bayar RM75 sahaja. Mudahnya join jadi ahli. :-)

Dah jadi ahli Shaklee yang berdaftar tentulah banyak yang best kan. Banyak pulak faedah dan manfaatnya. Membership means more, more and more... :-)

Yang ternyata paling best dapat bershopping produk Shaklee dengan harga ahli dan bukan harga pasaran atau harga runcit lagi. Haa best kan. Anda akan dapat guideline, cara makan eksklusif dan free consultation bila anda join jadi ahli Shaklee yang berdaftar dengan famili kak kenari. 

Nak jadi member Shaklee pon senang saja. Bukan mahal sangat pon kena bayar jika dibandingkan dengan nak jadi member untuk produk-produk yang lain kan. Dulu kak kenari masa mengandung anak kak kenari memang suka sangat minum susu kambing, sebab kak kenari rasa susu kambing tu pada harga pasaran agak best jadi kak kenari pon register jadi ahli supaya dapat harga ahli yang lwgi super best :-). Orang tu pon kak kenari tak kenal. Kak kenari just call dan sms dengan dia, dia layan kak kenari baik-baik terus kak kenari join jadi ahli dengan dia. Sama la jugak masa kak kenari daftar jadi ahli Shaklee ni dengan orang yang kak kenari tak kenal jugak. Tapi walaupun tak kenal pada mulanya, sekarang hubungan kami ibarat seorang ibu dan anak. 

Ok jom kak kenari terangkan bagaimana nak jadi ahli atau member Shaklee ni. Atau lebih tepat lagi nak dapat harga best bila sign up daftar jadi ahli Shaklee. 

Kak kenari listing dalam bentuk point-point dan sedikit penerangan ya untuk anda supaya lebih jelas. Tak kisahlah sama ada kita nak makan sendiri atau nak bisnes Shaklee. 

Soalan 1:

Bagaimana nak membuat pendaftaran sebagai pengedar Shaklee?

Jawapan soalan 1:

Pendaftaran terdapat 2 cara. 

Cara yang pertama yang kena bayar sekali RM65 untuk seumur hidup
atau 

Cara kedua dapat FREE MEMERBERSHIP. 

Kak kenari cerita cara pertama dulu ya. Sebab cara pertama pon best. 

Untuk yang walk-in sendiri ke branch Shaklee, kita perlukan sponsor iaitu ahli yang berdaftar dengan Shaklee. Sila gunakan ID kak kenari ya (atau kak jannah) iaitu ID 910562 sebagai sponsor dan buat bayaran di kaunter branch Shaklee. Kak kenari ulang ya sila gunakan ID 910562 sekiranya anda berhasrat untuk bersama-sama dengan kak kenari (suatu hari nanti ke) dalam bisnes Shaklee online. Lepastu bila staf kat kaunter Shaklee ni dah selesai registerkan kita, kita dah jadi ahli Shaklee berdaftar yang sah. Dan pasti yang best kita dapat beli dan shopping produk Shaklee menggunakan ID kita sendiri. Best kan bila dah ada ID sendiri :-)

Atau

Jika tak mahu buang masa pergi ke branch Shaklee tapi anda memang ingin dan nak jadi ahli Shaklee yang sah dan berdaftar, anda just hubungi kak kenari ya untuk urusan pendaftaran jadi dealer atau pengedar Shaklee. Kak kenari akan uruskan semuanya untuk anda. Yuran pendaftaran pon masih serupa jumlahnya masih RM65 untuk seumur hidup. (untuk postage member kit bag, tambahan RM10 untuk semenanjung dan RM20 untuk Sabah dan Sarawak).

Senang, mudah dan best kan.

Cara kedua ialah FREE MEMBERSHIP atau keahlian Shaklee dengan percuma.

Macam mana tu?

Nak dapat keahlian secara percuma yang terlampau best ni ialah dengan membuat belian produk-produk Shaklee yang bernilai 200 UV atau lebih kurang bersamaan dengan RM660. Banyak sangat penjimatannya. Dapat jimat RM65 dan bulan depan tu dapat lagi bonus Shaklee atau cash back dalam bentuk wang tunai daripada Shaklee ke dalam akaun bank anda atau dalam bentuk cek. Oh sangat heaven dan best sangat :-)

Dan seterusnya soalan ini agak selalu juga ditanyakan oleh ramai orang yang masih keliru.

Soalan:

Saya nak jadi ahli, tapi perlu ke saya buat belian setiap bulan? Atau perlu tak saya maintain point? Nanti kalau saya tak ada beli produk shaklee dalam tempoh masa sebulan, adakah keahlian Shaklee saya tu akan dilupuskan atau dah expired?

Jawapan:

Jawapannya ialah TIDAK PERLU. Dan juga tak perlu risau pasal nak maintain point. Atau nak kena beli sampai tiap-tiap bulan atau nak kena beli sampai minimum purchase setiap bulan. Tiada paksaan untuk kita sebab tak semestinya kita wajib beli produk setiap bulan. Dan keahlian atau membership anda masih lagi aktif walaupun anda tak beli tiap-tiap bulan.

Sekiranya kita cuma makan sendiri, share dengan saudara mara, memang kita tak perlu risau dan bimbang pasal nak maintain point-point ni. Bila kita beli ada la point, tak beli tak ada la point, hehe. Once dah jadi ahli, memang terus aktif keahlian Shaklee kita tu. Tak perlu risau sebab RM65 yang kita bayar untuk jadi ahli tu untuk seumur hidup.

Tetapi jika satu hari nanti anda berhasrat untuk memulakan bisnes shaklee dengan berniaga produk-produk Shaklee, anda perlu dapatkan points tertentu. Anda boleh berniaga secara online dan offline untuk dapatkan points tersebut ya. Bisnes online Shaklee sememangnya membawa keuntungan yang tak terjangka. :-)

Dan soalan ini pula anda perlu tahu jika anda berhasrat mahu memulakan bisnes Shaklee  online seperti kak kenari.

Soalan:

Apa nak buat jika anda dah daftar dengan orang lain tetapi tidak mendapat guideline untuk bisnes shaklee.

Jawapan:

Anda boleh tukar upline dengan register semula. Anda perlu membuat pembayaran untuk menjadi ahli seperti mula-mula mendaftar. Tetapi pada kali ini anda menggunakan ID kak kenari iaitu ID 910562 sebagai sponsor anda :-)

Kak kenari akan membimbing anda sehingga berjaya. Dengan menjadi ahli di bawah kak kenari (menggunakan ID kak kenari sebagai sponsor) anda boleh memulakan bisnes online Shaklee di bawah bimbingan support team kak kenari.

Kak kenari akan menjemput anda masuk dalam secret grup atau kumpulan rahsia yang mana banyak sangat infos yang anda boleh find out. Dan kami juga ada seminar online tau yang mana just boleh join dengan hanya melalui telefon pintar atau smart phone dimana saja anda berada (pastikan ada talian internet jugak di smart phone anda tu :-) )

Kelebihan Group Kak Kenari

Coaching 90% secara online dan sangat sesuai jika anda tak ada masa untuk keluar buat marketing offline. Kami guide anda buat marketing secara online.

Coaching offline pon ada jugak :-)

Yang paling penting anda mestilah PROAKTIF jika anda ingin berjaya. Walaupun terdapat banyak infos dalam grup kami, tetapi kalau anda banyak alasan itu ini bila kami dah tunjukkan jalan, guide anda, you should not blame anyone ya.

Bisnes online Shaklee ni bukan untuk orang-orang yang suka goyang kaki ya. Duduk diam lepastu dapat duit. Kami cuma membantu 10% sahaja, 90% lagi semunya terletak di tangan anda dan juga keazaman anda!

Anda hendaklah rajin berusaha! Remember the beginning always be the hardest part!

Dan soalan terakhir yang mungkin anda suka ambil mudah.

Soalan:

Rugi ke kalau makan Shaklee tanpa jadi ahli Shaklee. Alah.. aku bukan nak bisnes Shaklee pon.

Jawapan:

RUGI. Sebenarnya jika kita suka makan Shaklee dan asyik repeat order beli Shaklee memang kita rugi. Bila kita beli Shaklee, sekiranya kita memang ahli Shaklee, kita dapat point bila kita beli. Tapi kalau kita bukan ahli, bila kita beli Shaklee, point untuk produk Shaklee yang kita beli tu dapat kat orang yang jual Shaklee kat kita tu. Lagi rugi kalau kita buat belian produk Shaklee sampai melayakkan kita dapat cash back (bonus) Shaklee tapi kita bukan ahli Shaklee. Nak dapat bonus Shaklee kita just kena ada minima 150 UV sahaja untuk bulan yang sama. 150 UV bersamaan dengan RM450. Kalau ada 150.UV minima dah layak dah dapat bonus untuk bulan tersebut. Dalam grup kak kenari pon dah banyak ahli shaklee yang berjaya score bonus cash shaklee beratus-ratus ringgit walaupun hanya makan sendiri sahaja dan bukan untuk nak bisnes pon. Indahnya jadi ahli shaklee :-D

Jadi kalau anda memang tau Shaklee ni memang bagus untuk anda dan satu famili memang berbaloi-baloi kalau sign up jadi ahli Shaklee sekarang. Dan tentunya guidelines yang betul dan teliti jika anda daftar jadi ahli Shaklee dengan kak kenari :-) Consultation free tentunya semua ada dalam pakej kak kenari.

Baiklah, semuanya dah kak kenari ceritakan bagaimana nak jadi ahli Shaklee. Jika anda mahu daftar jadi ahli Shaklee, cepat-cepat ya hubungi kak kenari.

Your Shaklee Independent Distributor;

♥ Jannah (ID: 910562)
♥ Tel/SMS/WhatsApp : 017-4556648
♥ FB Fanpage & Blog : KenariPutih
♥ URL Blog: http://kenariputih9727.blogspot.com/
♥ URL FB Fanpage: http://www.facebook.com/KenariPutih9727
♥ Email: kenariputih9727@gmail.com





Thursday 5 December 2013

Set Bersalin Shaklee Cergas Sihat dan Bertenaga Berpantang 44 Hari

Salam everyone, apa khabar semua? Harap semuanya sihat dan cergas hari ni. Entry kali ni kak kenari nak cerita pasal set bersalin Shaklee. Korang dah berapa kali dah bersalin? Apa macam? Set bersalin apa yang menjadi pilihan? Set bersalin ada banyak kan? Set bersalin macam mana yang korang suka? Kalau kak kenari jujurnya kak kenari suka set bersalin yang bagi kak kenari cergas dan sihat dan bertenga semasa berpantang 44 hari, set bersalin yang tak panas maksud kak kenari yang selamat untuk baby juga sebab kita nak menyusu badan kan, mestila kita nak yang selamat untuk baby, bagi baby kita sihat, baby cepat baik daripada jaundis atau kuning, dan untuk kita bagi luka bersalin kita cepat sembuh dan bagi air susu badan kita meriah. Lagi satu yang maybe bonus bagi kita slim melim macam before kita mengandung dulu hehe.. Yang kak kenari sebut ni antaranyala yang sangat kak kenari titik beratkan. Sebab kak kenari bukan boleh berpantang macam tuan permaisuri. 

Dalam pantang nak menyusu baby pon kena sepenuh hati, berusaha menyusu baby sekerap yang boleh bila dia lapar, then baru la susu kita tu boleh terangsang dengan cepat, boleh keluar dengan cepat. Dari segi pemakanan pon kita perlu juga tengok apa kita makan, susu kita pekat ke tak, susu elok la kalau pekat baru baby tu cepat kenyang. Macam antara kita makan nasi dan makanan merapu, mestila makan nasi lebih kenyang. Hihi.. Antara usaha nak pekatkan air susu, kita perlu makan makanan yang tinggi protein dan karbohidrat

Ok, korang macam mana? Dah habis survey persediaan untuk korang berpantang lepas dah bersalin nanti? Pastikan ya set bersalin yang korang pilih tu mesti juga membantu korang cergas, aktif dan bertenaga sepanjang 44 hari berpantang. Jika korang sudah kesuntukan masa nak survey, tak perlu risau, set bersalin Shaklee sememangnya khas untuk ibu-ibu bersalin dan berpantang yang mahu kekal cergas, aktif dan bertenaga sepanjang 44 hari berpantang.

Kelebihannya? Banyak kelebihannya. Bukan sahaja korang jadi cergas, aktif dan bertenaga, bonus tu air susu badan jadi pekat tau. Jadi baby korang pon tentulah tak banyak meragam sebab kenyang minum susu korang kan. Tapi korang jangan lupa pulak ye pasal konsep menyusu yang sebebnar. Demand and Supply.

Kak kenari nak cerita pasal kebagusan set bersalin Shaklee ni. Ramai pon customer kak kenari yang telah berpuashati, sama ada bersalin secara ceasarian atau pembedahan mahupun yang bersalin secara normal. Untuk yang bersalin anak kedua, ketiga atau keempat contohnya dan sebelum ini semasa berpantang mereka tidak ambil set bersalin yang lain, tetapi untuk kelahiran anak mereka pada kali ini dan kali pertama untuk mereka mencuba set bersalin Shaklee, mereka rata-ratanya memberikan respon positif dan berpuashati dengan set bersalin Shaklee.

Sebelum kita tengok respon-respon daripada customer kak kenari yang ambil set bersalin Shaklee ni, kita  tengok dulu tentang fungsi-fungsi produk dalam set bersalin Shaklee ni.

Set Asas

Vitamin B-complex with acid folic (harga pasaran rm53, 1 botol ada 120 biji, tahan selama 4 bulan)

Fungsinya bertindak sebgai anti stress untuk ibu. Selain member nutrisi lengkap untuk semua jenis vitamin B, ia juga dilengkapi dengan folic acid yang sangat penting untuk membentuk saraf tunjang bayi yang lebih sempurna. Folic acid ni salah satu jenis yang ada dalam vitamin B jugak. Atau nama lain bagi folic acid ni ialah B9. Ibu mengandung dan ibu menyusu memerlukan maksima dalam 500-600 mg folic acid sehari.

Ibu mengandung dan ibu yang berpantang sangat digalakkan mengambil suplemen acid folic bagi membantu mencegah spina bifida dan masalah-masalah lain berkaitan dengan bayi.

(**spina bifida ialah tulang belakang yang tidak sempurna seperti kanak-kanak normal yang lain. Jika terjadinya spina bifida kepada bayi boleh juga menyebabkan kecatatan berkaitan dengan otak mereka selain fungsi tulang belakang. Sebagai ibu, kak kenari yakin kita mestilah tidak mahu perkara seperti ini berlaku pada bayi kita. Seperti kata peribahasa mencegah lebih baik daripada merawat kan.)

Antara kepentingan folic acid ni ialah untuk mencegah anemia dan meningkatkan keupayan usus untuk menyerap nutrient dengan betul.
Vitamin B6 dan vitamin B12 penting untuk pembentukan sel darah merah bagi mencegah anemia.

B-complex Shaklee ni terdiri daripada 8 kumpulan lengkap dalam vitamin B iaitu B1 (thiamin), B2 (riboflavin), B3 (niacin), B5 (panthothenic acid), B6 (pyridoxine), B7 (biotin), B9 (folic acid), dan B12 (cobalamin).
Vitalea (multivitamin with iron) (harga pasaran rm88, 1 botol ada 120 biji, tahan selama 4 bulan)

Semasa kita bersalin, kita kehilangan jumlah darah yang agak banyak. Maka iron atau zat besi sngat penting untuk membantu mencegah anemia akibat daripada ibu bersalin mengalami kehilangan jumlah darah yang agak banyak.
Seperti yang kak kenari maklumkan tadi, the best combination untuk menghalang anemia daripada berlaku ialah dengan pengambilan vitalea + b-complex + vitamin C. Sebab vitamin B6 dan vitamin B12 penting dalam pembentukan sel darah merah. Vitalea pula ialah iron. Vitamin C pula boleh meningkatkan penyerapan iron. Jadi ketiga-tiga kombinasi ini, vitalea, b-complex dan vitamin C sangat penting untuk mencegah low HB dan penyakit anemia.

(**Anemia terjadi apabila sel darah merah atau paras kepekatan heoblobin berada pada paras/level yang rendah ataupon low-level. Kurangnya kepekatan sel darah merah ini menyebabkan proses pengangkutan pengangkutan oksigen oleh sel darah merah tidak dapat disalurkan kepada seluruh bahagian badan dengan sempurna. Dan sehingga boleh terjadinya penyakit seperti anemia.)
Selain daripada itu, vitalea mengandungi multivitamin yang tediri daripada 28 jenis vitamin dan mineral yang sangat diperlukan oleh badan lebih-lebih lagi pemakanan kita di dalam waktu berpantang adalah agak terhad. Vitalea boleh membantu badan kita dapatkan sumber vitamin dan mineral yang tidak dapat diperolehi melalui pemakanan yang seimbang sewaktu berpantang.

Vitamin C (harga pasaran rm93, 1 botol ada 180 biji, tahan selama 6 bulan)

Fungsi vitamin C membantu dalam menyembuhkan luka-luka selepas bersalin, membantu dalam pembentukan kolagen dan membantu penyembuhan tisu-tisu sel akibat bersalin. Bonus lagi ialah vitamin C dapat mencantikkan kulit .
Korang jugak perlu tahu pengambilan vitamin C dapat meningkatkan penyerapan iron atau zat besi. Iron sangat penting untuk membantu dalam menaikkan Hb ataupun haemoglobin bagi mencegah anemia.

(**Hemoglobin adalah molekul protein dalam sel-sel darah merah yang membawa oksigen ke seluruh badan, iaitu dari paru-paru ke tisu-tisu badan dan mengembalikan karbon dioksida daripada tisu-tisu kembali ke paru-paru.)

Zinc complex (harga pasaran rm34, 1 botol ada 120 biji, tahan selama 4 bulan)

Zinc sangat-sangat membantu dalam mempercepatkan penyembuhan luka-luka bersalin sama ada bersalin secara pembedahan mahupun bersalin secara normal. Zinc adalah antara vitamin yang sangat bagus untuk merawat luka-luka kita supaya cepat baik. Kekurangan zinc menyebabkan luka bersalin lambat sembuh. Jadi penting ibu yang lepas bersalin amalkan ambil zinc complex sepanjang tempoh berpantang. Produk seperti pati ikan haruan dan gamat gamogen pon mengandungi zinc. Jadi zinc complex ni juga boleh juga sebagai alternatif kepada ikan haruan, pil ikan haruan, gamat gamogen. Jadi korang jangan risau la kalau masa pantang tak dapat makan sup ikan haruan. Hehe.. Just makan zinc complex pon dah sangat2 membantu dah.

Bonus juga sebab zinc juga bantu elakkan keguguran rambut dan mencantikkan kuku. Biasanya memang fasa ini stat kita habis berpantang jika jumlah zinc dalam badan kita semakin menyusut rambut kita akan semakin banyak gugur. Tapi kita tak perlu panik sebab masalah gugur rambut ni memang biasa untuk ibu yang lepas bersalin. Just kita make sure kita amalkan diet yang sihat setiap hari dan pastinya pengambilan suplemen seperti zinc complex sangatlah membantu.

Okay yang tu ialah set-set asas set bersalin Shaklee. Untuk set eksklusif set bersalin Shaklee mestilah kena add on ESP Shaklee dan Ostematrix.

ESP Shaklee (protein) (harga pasaran rm150, 1 canister ada 850 g,  tahan selama 1 bulan)

ESP ialah sejenis protein. Seperti yang kita tahu protein ni penting untuk tubuh kita. Protein ni membantu tubuh kita membina dan memperbaiki tisu-tisu dan sel-sel baru dalam badan. Jadi sesuai sangatlah untuk ibu berpantang sebab ESP boleh mengenyangkan dan juga boleh bantu ibu bersalin mendapatkan tenaga segera, boleh memekatkan air susu badan dan turut juga berfungsi untuk memulihkan luka-luka akibat bersalin. ESP ialah sebagai replacement meal atau makanan yang mudah untuk kita sediakan. Buat ibu berpantang, ESP merupakan hidangan yang serba lengkap kerana mengandungi sumber protein dan lain-lain khasiat utama yang ideal seperti yang diperlukan oleh tubuh badan kita. Selain itu, indeks glisemik (G.I) yang rendah membantu mengekalkan paras gula dalam darah yang optimum dan turut menjadikan ESP sesuai untuk penghidap kencing manis. Tapi sekiranya korang ada fibroid atau juga ada cyst (ketumbuhan), korang tak bolehla minum ESP ni sebab yang ada fibroid dan cyst tak boleh ambil makanan yang berunsurkan soya.

Satu hidangan ESP bersamaan dengan 2x ganda daging, 4x ganda telur, 12x ganda susu, rendah lemak, tiada kolesterol, tiada uric acid dan sangat mudah diserap oleh tubuh badan. Bonus juga kerana ESP ini juga dapat mengatasi sembelit.

Osteomatrix (with calcium, magnesium and vitamin D) (harga pasaran rm61, 1 botol ada 120 biji, tahan selama 1 bulan)

Fungsinya membekalkan nutrient-nutrien harian termasuklah kalsium yang dapat membantu dalam pembentukan dan penjagaan tulang dan gigi. Semasa berpantang kita turut menyusukan anak kita, jadi sebgai ibu menyusu kita memerlukan kalsium tambahan melebihi wanita biasa. Selain itu, osteomatrix Shaklee ini dilengkapi dengan magnesium dan vitamin D. Magnesium bertanggungjawab menggabungkan kalsium ke dalam tulang dan vitamin D pula membantu dalam penyerapan kalsium dengan optimum. Osteomarix juga membantu tidur ibu lebih lena dan bangun dengan segar keesokan harinya. Selain itu, yang best osteomatrix membantu elakkan masalah sembelit yang kerap berlaku kepada ibu ketika dalam pantang. Namun dari segi pemakanan dan minuman juga haruslah dijaga setiap hari semasa berpantang untuk elakkan sembelit seperti elakkan minum banyak milo dan kopi dan juga jangan terlalu banyak makan makanan yang pedas.

Okaylah, itulah dia ringkasan tentang produk set bersalin Shaklee ni ya.
Antara respon daripada pelanggan kak kenari quotekan betapa gembiranya mereka seperti kata-kata di bawah:

“saya rasa cergas walaupun saya baru hari pertama berpantang”

“luka jahitan saya cepat baik, seawal 2 minggu saya rasa macam dah habis pantang. Rasa merdeka dan mahu pergi shopping lebih banyak baju untuk baby saya”

“baby saya yang kedua ni memang mudah sekali menjaganya sejak hari pertama saya berpantang kerana dia tak banyak meragam seperti anak saya yang pertama dulu. Anak saya yang pertama dulu agak suka meragam walaupun menyusu badan sepenuhnya. Maybe masa itu air susu saya cair dan tidak pekat buatkan anak saya berasa tidak kenyang dan selalu mengais lapar untuk menyusu lagi. Waktu itu saya tidak ambil set bersalin Shaklee. Baby kedua saya lebih mudah diuruskan selepas menyusu dengan saya. Hari-hari berpantang selama 44 hari yang saya lalui sungguh bertuah dan sangat baik buat saya walaupun saya tidaklah berpantang seperti permaisuri =)”

Haa, itulah dia penangan set bersalin Shaklee ni. Kalau korang nak kurus semula dan dapatkan berat badan yang ideal pon boleh. Antara yang korang boleh add on untuk projek turunkan berat badan untuk kawal berat badan korang tu boleh ambil mana-mana produk yang ada dalam set slimming Shaklee. Antaranya alfalfa, Omegaguard, Lecitin ataupun boleh juga add on cinch shake Shaklee.
(**alfalfa ni bukan takat boleh kurus saja tau, alfafa juga adalah vitamin yang boleh membanyakkan susu badan. Tapi bab makan kalori intake semua haruslah dijaga, kalau tidak macam mana nak kurus :-D)

Jadi usahlah korang ragu-ragu lagi nak pilih set bersalin shaklee ni. Sememangnya set bersalin shaklee ni memang yang terbaik untuk korang. Set bersalin shaklee sememangnya llengkap untuk memenuhi keperluan korang sebagai seorang ibu berpantang yang ingin cergas, aktif dan bertenaga terutamanya sepanjang tempoh 44 hari berpantang. Oh, lagi satu korang kena jugak tahu set bersalin shaklee ni bukan saja boleh guna untuk 44 hari tapi berbulan-bulan haa, harganya pon amat berpatutan. :-D

Ok, cukup dulu entry kak kenari kali ni. Kalau korang mahu dapatkan set bersalin Shaklee ini dan mahukan harga yang berbaloi korang buatlah pilihan bijak ya iaitu terus jadi ahli Shaklee yang berdaftar dengan team kak kenari. Sebab jadi ahli shaklee lagi best. Kak kenari akan berikan consultation dan guides makan eksklusif untuk korang semua tau. Dari segi harga memang kak kenari jamin harga memang sangat berpatutan dan berbaloi-baloi.

Hubungi kak kenari sekarang ya :-D. Dijamin harga sangat berpatutan dan pastinya konsultansi n guides makan sekali semua dalam pakej :D

Your Shaklee Independent Distributor; 

 Jannah (ID: 910562) 

 Tel/SMS/WhatsApp : 017-4556648

 FB Fanpage & Blog : KenariPutih

 URL Blog: http://kenariputih9727.blogspot.com/

 URL FB Fanpage: http://www.facebook.com/KenariPutih9727

 Email: kenariputih9727@gmail.com









Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...