Sunday 3 November 2013

Seronoknya bisnes shaklee online bantu tambah side income setiap bulan

Salam semua pembaca yang kak kenari kasihi..korang apa kabar? Kak kenari harap semua korang sihat-sihat belaka ye. Kak kenari sekeluarga sihat. Entry kali ni kak kenari nak celoteh pasal bisnes shaklee online kak kenari. Dah masuk setahun dah kak kenari buat bisnes shaklee online ni. So far, seronoknya tentulah kan. Setiap bulan side income daripada hasil bisnes shaklee online kak kenari dapatla kak kenari buat belanja kan. Kak kenari ni gaji hakiki tu nak kata selesa, alhamdulillah la kan. Tapi bila lepas tolak personal loan kak kenari sebanyak rm1000++ dan loan kereta kak kenari sudah tinggal baki wang dah tak banyak dah. Tolak belanja sana sini, kalau tak urus duit betul-betul memang negatif. Jadi kak kenari sentiasa berwaspada menggunakan income setiap bulan. Sekarang ni alhamdulillah, side income shaklee kak kenari walaupun tidak tetap, tapi setiap bulan kak kenari terima bonus daripada shaklee hasil daripada penjualan produk shaklee yang kak kenari dapat jual. Shaklee ni sekarang walaupun dah jadi fenomena, sebab produk shaklee ni sentiasa berkesan, selamat dan semulajadi, dan ramai orang cari, kak kenari percaya walau ramai mana pon orang yang menjual shaklee, rezeki kita masing-masing dah  Tuhan tentukan. Cuma kita perlu disiplinkan diri kita berusaha menjemput rezeki-rezeki yang Tuhan memang nak berikan untuk kita. Kalau kita malas dan tak mahu berkorban untuk dapatkan sales bagi menjemput rezeki bisnes shaklee kita, itu kelemahan kita yang kita kena betulkan.

Masa awal-awal kak kenari buat bisnes online shaklee, kak kenari memang banyak berkorban. Tidur lambat tu biasala. Mana ada kak kenari tidur awal. Bila kita baru bermula buat bisnes, banyak yang kita kena belajar. Kak kenari ni seorang isteri, ibu dan seorang pekerja makan gaji. Siang hari di pejabat, balik rumah anak melalak nak perhatian, hehe.. kerja-kerja surirumah biasala kan.. Mana yang sempat buat, tak sempat buat dek je la kan.. Hehe.. Kena marah dengan husband biasala rumah semak, hehe... Maklumla kadang-kadang tak terkemas rumah bila anak-anak buat sepah, hehe.. Masa kita dok tengah masak, anak-anak seronoknya decorate rumah, hihi... dinding rumah kak kenari pon memang some part ada handwriting anak-anak, hehe... tapi so far masih terkawal lagi sebab kak kenari n husband agak garang juga dengan anak-anak kami, hehe.. tapi kitorang tak pernah le denda anak-anak apa lagi, paling pon selalu diorang 2 anak kak kenari ni kena marah je la.. Hehe.. dan kena berleter dengan kak kenari, hihihi.. Kak kenari kat husband memang tak pernah berleter kat dia, sebab husband kak kenari memang orangnya tak sesuai untuk kak kenari membebel, hihi... Selalu berleter dekat anak-anak la.. Hihi..

Ok, bisnes shaklee ni sebenarnya tak susah sangat la, kak kenari offline customer pon ada, online customer pon ada. Customer online mestila lebih ramai daripada customer offline. Untuk semua customer kak kenari semua online dan offline kak kenari sangat berterima kasih kerana korang semua selalu support kak kenari. Kak kenari sayang kat korang tau sebab korang selalu support kak kenari. ;) Customer kak kenari pon daripada pelbagai golongan. Dari kanak-kanak sampai orang veteran semuanya ada. Yela, produk shaklee ni ada banyak jenis kan, untuk kanak-kanak sehinggalah orang-orang veteran yang dah berusia. Semuanya ramai yang respon lepas ambil shaklee rasa lebih sihat. Yela produk shaklee ni ada banyak set yang boleh di jual dan target customer pon ramai. Nak tau set-set tersebut dan mana yang sangat laris, boleh PM kak kenari kalau korang minat nak buat bisnes side income macam kak kenari. Kak kenari akan cerita lebih lanjut ya. 

Sepanjang kak kenari buat bisnes shaklee ni, mestila banyak juga dugaan yang perlu kak kenari tempuhi. Kak kenari just lalui semua dugaan tersebut dengan penuh sabar. Kak kenari tak mudah putus asa. Sampai husband kak kenari pon terkejut dengan pencapaian kak kenari sekarang. Kak kenari masa awal-awal bisnes shaklee dulu, memang freshie habis la. Ada member kak kenari walaupun ada yang tanya kat kak kenari macam-macam pasal shaklee tapi bila join jadi ahli shaklee, join buat shaklee dengan orang lain tapi tak pernah kak kenari rasa menyampah kat member kak kenari tu. Cuma yang kak kenari tak boleh belah tu boleh kata nak belajar dengan kak kenari nak dapatkan customer online... hehe... yang tu dia siap kena respon kilat daripada kak kenari ye... hehe... Masa dia nak join shaklee tu patut fikir habis-habisla nak join shaklee dengan sapa. Kak kenari ni bukanla kedekut ilmu tahap melampau, sharing is caring. Tapi secret-secret mengenai ilmu bisnes ni kak kenari hanya nak cerita pada anak-anak bisnes kak kenari saja. Bukan pada orang yang dah join shaklee dengan orang lain tapi tanya kat kak kenari pulak ye macam mana nak bisnes online shaklee. Kak kenari bukan jenis kedekut ilmu, apa yang kak kenari tahu memang kak kenari nak berkongsi dengan orang lain, tapi agak-agakla kan nak tanya tu, soalan formal-formal bolehla nak layan, kalo tanya bab2 detail tu tak bolehla kan. Kak kenari kadang-kadang pon bengkek gak dengan orang macam ni, hehe... tapi just take it as "dugaan" dan play safe la kan. Jadi kak kenari nak bagitau korang sekiranya korang berminat nak bisnes shaklee online, pilih orang-orang yang betul-betul boleh guide korang, pilih support group yang betul. Jangan la dah join dengan orang lain yang korang kata selesa sangat tu sebab dah kenal lama, tapi tanya kat orang lain yang korang kata kurang selesa tu, hihihi. Itu satu yang tak sepatutnya berlaku la kan. Macam kak kenari join shaklee ni dengan orang yang kak kenari tak kenal juga. Dia la mentor kak kenari. Langsung kak kenari tak pernah jumpa mentor kak kenari ni. Kak kenari kat Penang, mentor kak kenari tu kat KL. Coaching semua online. Jarak bukan penghalang dengan adanya teknologi internet ni. Support group kak kenari memang best la. Dalam group kak kenari yang dok oversea pon ada tapi run bisnes shaklee online kat malaysia ni. Kak kenari sepanjang one year buat bisnes shaklee ni memang tak pernah la kak kenari keluar rumah pon, semuanya hujung jari saja. Seminar online pon ada group kak kenari ni. Setiap kali seminar memang ramai yang ambil bahagian, jadi bab-bab keluar rumah tinggal anak-anak dan suami ke memang tak ada pon. Bisnes shaklee online ni memang sesuai sangat dengan kak kenari yang tak punya banyak masa nak attend meeting kat luar rumah. Semuanya betul-betul beroperasi di hujung jari. Tapi korang janganla ingat kak kenari ni dok diam tapi dapat duit. Tu memang tak ada istilah goyang kaki atau goyang telur tu.. Hahaha... Kalau korang biasa guna mesin jahit yang lama tu, yang tu ye goyang kaki dapat duit, hahaha..

Okla, sekiranya korang mahu menjana pendapatan sehingga 6-7 angka, korang jangan lupa hubungi kak kenari ya. Korang boleh jadi shaklee independant distributor yang berjaya menjana income 2-3-4-5-6-7 angka jugak. Dalam grup kak kenari dah ramai yang telah mencapai bonus shaklee sehingga bonus shaklee melebihi gaji kerja makan gaji. Kak kenari ialah salah seorang daripadanya. Tapi kak kenari masih kerja makan gaji, belum lagi la ada plan nak jadi WAHM (work at home mother). Memang seronoknya ada 2 income, hujung bulan kak kenari dapat income kerja makan gaji, tengah bulan masuk side income dapat bonus shaklee pulak. Best kan? Jadi tak le rasa macam terseksa sangat nak tunggu gaji... sebab dah ada 2 sumber income kan, dah dapat 2 kali gaji kan dalam sebulan... hehe... Kak kenari enjoy dengan bonus shaklee dan gaji kerja makan gaji ni. Bonus shaklee ni unlimited, tak macam kerja makan gaji, kerja bertahun-tahun pon belum tentu gaji kita sama dengan bos kita, hehe. 

Okla cukup sudah entry kali ni pasal bisnes online shaklee ni. Jika korang mahu buat side income bisnes shaklee online, dan mahu bersama-sama group kak kenari hubungi kak kenari sekarang ;).

Your Shaklee Independent Distributor; 

 Jannah (ID: 910562) 

 Tel/SMS/WhatsApp : 017-4556648

 FB Fanpage & Blog : KenariPutih

 URL Blog: http://kenariputih9727.blogspot.com/

 URL FB Fanpage: http://www.facebook.com/KenariPutih9727

 Email: kenariputih9727@gmail.com







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...