Tuesday 18 June 2013

Ibu risau cari suplemen sebab anak sakit n demam n perlu nutrisi

Salam n Good day to everyone

Sebelum kak kenari stori mori n celoteh tentang tajuk entry ni, kena briefing sikit short form.. Ibu risau cari suplemen sebab anak sakit n demam n perlu nutrisi. n tu maksudnya and atau bahasa melayunya dan.. nanti kak kenari tulis n tu itulah maksudnya.. ;D

So korang semua apa kabar? Kak kenari sekeluarga sihat. Anak kak kenari yang 2 orang tu pon sihat.

Anak kak kenari yang si abang tu masa kecik2 dulu memang la dia selalu jugak demam.. masa umur dia below 2 years.. memang kerap sangat demam.. 3 bulan sekali tau dia demam.. kak kenari ni sebagai seorang ibu mestilah risau.. kak kenari memang ada jugak cuba rawatan alternatif bila dia demam selain daripada bagi dia ubat klinik. Masa tu suplemen ada jugak kak kenari beli kat farmasi nak bagi kat anak kak kenari ni, nak la anak kita dibekalkan dengan nutrisi. Tapi anak kak kenari ni dia tak nak makan la sampai expired la suplemen tu. Suplemen kat farmasi banyak brand. Antara yang famous ialah Seven Sea, Scott Emulsion. Berbalik cerita anak kak kenari yang selalu demam n sakit tu, biasa budak2 bagi air kelapa la.. tapi dia demam virus.. kak kenari tak susah nak cari air kelapa ni.. member sekolah kak kenari pulak kebetulan masa tu memang berniaga air kelapa.. jadi kak kenari sms je la kata kak kenari nak buah kelapa 1 or 2 biji. Pastila dia simpan untuk kak kenari. Lepas bila umur anak kak kenari masuk umur 2 tahun dia dah ok dah.. dah jarang sakit n jarang dah dia demam.

Tapi anak kak kenari yang nombor 2 si adik ni, memang keluar masuk hospital la. Bayangkan masa umur dia 2 bulan setengah dia dah kena chicken pox tau.. oh sedih sangat masa tu.. warded la kat specialist hospital kat sungai ara Hope Specialist Children Hospital sebab demam dia tinggi sangat. Lepas tu kena alahan kulit lak.. kak kenari ni sampai blur tau nak cuba apa, yang tu tak kena yang ni tak kena.. last2 anak kak kenari tu lepas masuk keluar hospital rupanya sesuai dengan cream fucicort. Sekarang ni anak kak kenari dah 2 tahun setengah dah. Alahan kulit dia pun banyak dah kurang. Cuma anak kak kenari memang tak tahan panas la. Nanti mula la dia naik ruam. Yang si abang ok. Tapi sebangai langkah berjaga-jaga, kak kenari n husband kami pasang air-cond kat rumah sejak anak kak kenari tu yang nombor 2 tu baby lagi. Anak-anak kak kenari ni memang sendiri pandai la tutup n bukak air-cond.. hihi

Kak kenari sebenarnya memang nak sangat anak kak kenari ni jadi anak yang bijaksana, cerdik dan jadi insan yang hebat macam Ustaz Kazim Elias hehe.. Dan pasti jugak kak kenari anak kak kenari ni selalu demam n jatuh sakit. Jadi antara yang kak kenari bagi anak kak kenari ialah suplemen set anak pintar. Kak kenari ni seorang distributor Shaklee jadi tak susah pon nak cari set anak pintar ni. Bukanle kak kenari bagi hari-hari. Bagi ikut keperluan la. Ada member ofis kak kenari cakapkat  kak kenari, kata dia kak kenari ni banyak sangat makan suplemen, tak takut ke? Tah2 dah terlebih dos jadi toksin dalam badan.. hehe.. kak kenari rilek jer.. kak kenari bukan ambil lebih dos pon..  tapi kak kenari respon gak sikit.. kak kenari ni nak lawa n nak kulit cantik, suplemen yang kak kenari ambil semua antioksidan. Kak kenari pon just ambil seperti yang disarankan oleh nutritionist n researcher yang dah pon buat kajian ke atas vitamin-vitamin kak kenari ambil. Contoh macam vitamin E, 1 hari 1 biji je. Lagipun kak kenari selalu letih maksudnya badan kak kenari ni banyak asid. Badan yang sihat mestilah lebih beralkali. Kalau kita selalu letih kena la kita ambil suplemen antioksidan untuk melawan radikal bebas yang nak cuba bermaharajalela dalam badan kita. 
Lagipon kak kenari tak mau kertu awal.. Kejelitaan, keremajaan dan kecantikan itu salah satu aset tu.  Biar kita umur 40 pon orang ingat 14 tahun.. haha.. Jangan la ingat umur 40 tahun tapi kita masih nak tangguh-tangguh lagi mengamalkan suplemen. Makanan seimbang pon memang bagus, tapi topup la dengan praktis amalkan suplemen. Kombinasi diet seimbang dan amalkan suplemen pasti lebih berkesan untuk kesihatan kita jangka panjang. Lepastu member kak kenari ni pun tak terkata apa la. Hehe.. Dia angguk je.. Hehe.. Sebab dia angguk kak kenari tambah lagi, biar member kak kenari tu lebih didedahkan dia sebenarnya kurang tahu pasal Shaklee haha.. kak kenari kata kak kenari dah banyak dah jumpa orang macam ni yang kata makan banyak suplemen ni boleh terlebih dos.. hehe.. suplemen ni takkan jadi toksin dalam badan kita kalo kita tak ambil terlebih dos.. kalo terlebih dos, memang la jadi toksin. Penting kita tahu berapa sukatan daily yang kita perlu ambil untuk setiap vitamin. Lagipun Shaklee dah 50+ dah kat international market n kat Malaysia 20+ dah pon, apa nak takut dan ragu-ragu lagi tentang Shaklee. Yang penting dapatkan consultation yang betul  untuk makan vitamin. Kalau dengan agen Shaklee seperti kak kenari memang bagi consultation after purchase tau. Kalau dulu kak kenari beli set bersalin amway, sebab tak ada consultation, tak ada follow up n ada lagi la produk set kecantikan apa tah namanya kak kenari beli.. semuanya very low services after purchase, .. semua suplemen berkubur sampai expired… haha.. Kak kenari tak mau expired macam suplemen2 yang kak kenari beli dolu2 tu. Suplemen Shaklee belum ada lagi yang expired, semua yang kak kenari dah beli semuanya masuk dalam badan bawak manfaat. n Last tu member kak kenari ni pon cuak agaknya.. dia angguk je la… hahaha…

Sebab dia dah belum lagi jadi tahap seperti kak kenari, jatuh cinta dengan vitamin-vitamin Shaklee, so tak jadilah kak kenari nak recommend kat member kak kenari tu set anak pintar. Kak kenari recommend kat orang lain sajalah. Memang ramai lagi ibu yang masih dok cari suplemen untuk anak yang selalu sakit n demam ni. Ibu mana la yang tak susah hati n risau bila anak kerap dok demam n sakit. Anak yang selalu demam n sakit ni sebenarnya kurang nutrisi dalam badan. Jadi antibodi anak-anak yang kerap sakit n demam ni sebenarnya lemah. Tubuh mereka tak dapat nak melawan virus. Biasa kalau budak-budak ramai orang kata memang macam tu la sementara nak besar. Tapi sebagai seorang ibu, kak kenari mesti tak mau punya anak kak kenari ni kerap sakit n demam. Even sebenarnya 2-2 anak kak kenari ni ada insuran dah tau. Hehe.. Apa-apa pon langkah pencegahan awal mesti ada. Walaupun kak kenari si ibu ini yang tiap2 hari amalkan set anak pintar, kak kenari pasti mahu anak kak kenari pon turut berkongsi dan merasai keenakan set anak pintar Shaklee ni. Memang diorang tak minat sangat nak makan. Tapi kak kenari saja melayoq depan anak-anak kak kenari bila saja kak kenari minum mealshake n nak telan omega. Yang si adik pon sibok la nak merasa minum mealshake n nak telan omega. Haha..Oklah tu n si abang jangan harap.. hahaha.. itu nanti dia besar n menginjak dewasa pasti punya la mau minum set anak pintar ni.. nak dapat A+ semua subjek kan dia tu.. ;D

Oklah, layan yer set anak pintar ni.. sekian celoteh kak kenari. Layan gambar set anak pintar ni ye..

Your Shaklee Independent Distributor; 

 Jannah (ID: 910562) 
 Tel/SMS/WhatsApp : 017-4556648
 FB Fanpage & Blog : KenariPutih
 URL Blog: http://kenariputih9727.blogspot.com/
URL FB Fanpage: http://www.facebook.com/KenariPutih9727
Email: kenariputih9727@gmail.com

Lagi entry menarik:

Mealshake Shaklee French Vanilla untukdewasa dan kanak2 Sedap Tu..!







4 comments:

  1. hehe.. kan boni kacak kan.. terbaik dr ladang..haha

    ReplyDelete
  2. betul tu kak kenari..kebanyakannya budak2 yang selalu sakit ni sebab kurang nutrisi..macam ibu2 dalam video saya ni..lega diorang lepas masalah dah selesai..

    http://rahsiavitaminibu.com/anak-kurus-kering-selalu-demam-ibu-lega-masalah-selesai/

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...