Tuesday 25 December 2012

Budu rahsia cantik jelita! Klik sini baca tip nak cantik menawan!

Salam everybody

Itu dia tajuk kak kenari. Budu rahsia cantik jelita! Klik sini baca tip nak cantik menawan! Kita orang pompuan ni, kalo boleh wajah nak sentiasa kekal muda macam teenagers. Tapi orang kata sedar diri la jugak. Bila hari baru menjelma usia kita pon bertambah le tanpa dapat kita menahannya. Cerita pasal budu kat bawah ni kak kenari ambil kat blog ni Sebenarnya, kak kenari suka jugak makan budu ni. Sedap jugak. Tapi husband kak kenari dia tak suka. Kak kenari bukan apa, kak kenari rasa budu ni kadang2 macam sambal belacan. Budu memang makanan wajib untuk famili yang berasal daripada Kelantan. Ada ke orang Kelantan yang tak make budu ni? Kak kenari tak berapa tahu sangat. So far yang kak kenari jumpa betul2 orang Kelantan memang tak tinnggal budu ni.

Kat Penang ni, kalo kak kenari teringin nak makan budu, kak kenari ajak husband kak kenari pi 1 kedai kat Bayan Baru. Nama kedai tu Nasi Ayam Budu. Hihi.. Budu dia ok, sedap. Ramai jugak le orang yang pi makan kat kedai Nasi Ayam Budu ni. Menu Nasi Ayam Budu n simple saja. Nasi putih, ayam goreng n budu! Ayam goreng dia kak kenari tak sure dia perap dengan apa, tapi bagi kak kenari sedap le kan. If tak, takkan kedai tu penuh selalu. Pengasuh anak kak kenari pon tau kedai tu. Famous le katakan kat Penang ni.

Ok, jom layan, khasiat budu ni. Budu rupanya adalah penyumbang kepada awet muda! Wow! Kak kenari pernah jugak baca kat 1 majalah. Majalah tu pon kata budu ni makanan untuk awet muda. Lagipon, kak kenari tengok gewe gewe Kelate memang comei2 bako... hihi.. Penangan makan budu! :D

Keistimewaan dan Khasiat Budu Kelantan



BUDU merupakan makanan tradisional masyarakat pantai timur khsusnya masyarakat Kelantan. Boleh dikatakan setiap keluarga di negeri Kelantan mempunyai sekurang-kurangnya sebotol budu di dapur mereka. Budu dihidangkan bersama ikan tawar, bawang, cili dan perah limau nipis, lebih ummmp lagi campur dengan tempoyak durian. Kemudian cicah dengan ulam-ulaman seperti petai, jering dan lain-lain. Pasti menyelerakan…
Kalau dahulu kita dapati budu hanya terdapat di negeri pantai timur sahaja. Tetapi sekarang budu sudah dikenali seluruh Malaysia, malah di luar negara. Di mana-mana kita boleh dapatkan budu. Di Sarawak sekarang ni pun dah ada budu.
Terdapat banyak keistimewaan dan khasiat budu khususnya dari segi kesihatan. Mungkin tidak ramai yang mengetahuinya. Budu dikatakan menyumbang kepada kecantikan dan awet muda. Menurut Penyelidik Kanan Alam Sekitar dan Bioproses, Pusat Teknologi Sirim, Hamidah Sidek, dalam kajian yang dilakukannya selama dua tahun bersama 10 penyelidik Sirim yang lain, makanan tradisional itu mampu mengekalkan wajah muda seseorang.
“Proses penapaian budu menguraikan bahan organik kepada peptida dan asid amino yang menyumbang kepada rasa dan aroma lazat serta mempunyai nilai kosmetik.

Ia berkesan sebagai agen mencerahkan kulit dan antipenuaan. Semua ini berlaku kerana ekstrak marin daripada budu berupaya melawan radikal bebas, merangsang pertambahan sel kulit dan menggalakkan penghasilan kolagen.
“Ia juga mampu melindungi kulit daripada sinaran matahari,” terang beliau yang telah melakukan kajian makmal dan ujian ke atas 25 individu. Sebahagian besar individu yang diuji mendapati wajah mereka semakin cerah, bintik jerawat berkurangan dan menyelesaikan masalah kulit berminyak.
Kemudian menurut satu kajian yang dilakukan di luar negara, budu sangat bagus untuk di makan kerana ia :
  • Kajian pemakanan Jepun, Amerika Syarikat, Australia, New Zealand dan Jerman mendapati budu memiliki gluthaione iaitu bahan antioksidan yang mampu memerangi pelbagai penyakit termasuk kanser.
  • Pengkaji Universitu Carolina, AS mengatakan unsur genestin dan phytoestrogen dalam budu boleh melambatkan penuaan dan mencegah barah payu dara.
  • Satu uji kaji rambang mendapati pengambilan budu sebayak 150 gram sehari selama dua minggu dapat menurunkan kadar kolesterol ke tahap luar jangkaan.
  • Budu berpotensi mencegah cirit birit dan penurunan kolesterol darah, begitu juga penyakit jantung dan hipertensi.
  • Didakwa budu juga boleh menjadikan seseorang lebih pintar kerana ia merangsang sel otak. Ia juga membantukkan pertumbuhan bakteria yang menyebabkan kembung perut.

Dah baca entry ini, :) , LIKE fanpage kami KenariPutih kat sebelah ni ya! dan Menangi voucher RM60! Maklumat lanjut tentang voucher sila klik kat sini

Lagi tentang nak cantik menawan:







3 comments:

  1. I like budu,,memang sedap..hehe

    ReplyDelete
  2. yang berkhasiat bukan budu. budu makan bersama ulam ulaman tu yank buatkn cantik jelita. apaaa ddaaaa...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...