Sunday 30 December 2012

Baby : Info jaundis a.k.a kuning


Jaundis atau kuning kerap menyerang bayi yang baru menjengah dunia. Sebenarnya terdapat beberapa kategori jaundis. Jaundis maybe common problem untuk baby tetapi tak dapat dinafikan betapa bahayanya jaundis ini kepada baby yang baru dilahirkan. Oleh itu, langkah-langkah pencegahan awal perlulah dititik beratkan. Kebanyakan kes jaundis adalah tidak merbahaya. Namun jika parasnya adalah tinggi dan dibiarkan berlanjutan tanpa rawatan boleh menyebabkan kerosakan kekal kepada sistem saraf dimana boleh menyebabkan pekak dan pertumbuhan yang lembap.

Bayi yang menghidap jaundis perlu mendapat susu yang cukup untuk mengelak menjadi kekeringan.

Tanda-tanda am baby ada jaundis:
  •  Mata baby kuning.
  • Kulit badan n muka baby warna kuning.
  •  Baby suka tidor pada waktu siang, sebab pada masa malam dia berjaga.
Pengetahuan am mengetahui jaundis  telah beransur /berkurang/turun daripada baby:
  1. Baby kerap berak… 5-7x sehari. Sila monitor bahagian buntut baby setiap kali baby poopoo..
  2. Bahagian buntut baby sekiranya kulit baby jenis sensitive akan mudah melecet. Spare kan cream siap2. Ada banyak cream, pureen, Johnson, drapolene n ch+ cream. Sapukan mana2 cream yang maybe sesuai. Kena apply dulu then br tau sesuai ke tak.
  3. Tekan sikit badan baby. Just tekan dengan 1 jari saja. Tengok masih kuning ke tak kulit dia. Kalo kuning memang kuning. Kalo tak kuning, kulit baby color kulit dia pink. Sekiranya masih kuning, cuba le ikhtiar mana2 petua. Banyak petua, kena try smp jmp petua yang betul sesuai untuk baby kita. Tapi kalo dah try macam2 but stil kuning lagi teruk, elokle pergi ke hospital untuk further check.  Maybe baby bukan kategori normal jaundis.
  4. Baby dah boleh adjust time tidor dia. Kalo paras jaundis baby tinggi, berkemungkinan baby masih suka tidor pada waktu siang n pada waktu malamnya dia masih suka berjaga. (Jenoh mak dia!).Dan baby tidak aktif.  If ini macam better bawa baby buat further check kat hospital. Maybe breastmilk jaundice atau jaundis susu ibu.
Contoh-contoh petua tradisional untuk kurangkan jaundis yang boleh dicuba seperti dibawah.  Walau bagaimanapun keberkesanan petua ini banyak bergantung kepada keserasian bayi. Anak2 kak kenari kedua-duanya normal jaundice. Petua-petua kat bawah semua kak kenari dah try. Alhamdulillah, sapa tak risau anak ada jaundis. Pulak jaundis ni katanya boleh merebak sampai ke otak. Sambil berusaha mengamal petua-petua tradisional ni, kak kenari tak putus berdoa kepada Allah mintak anak kak kenari sembuh cepat n susu badan kak kenari berkesan utk cure jaundis anak kak kenari ni.
  1. Sengkuang cina –
  2. Anggur hijau –
  3. Daun kucai –
  4. Susu kambing –
  5. Air mutiara –
  6. Susukan baby dengan lebih kerap.
Jenis-jenis jaundis dan cara rawatan dia.. kak kenari ambil kat blog ni..  Ada 3 jenis jaundis, iaitu

1.       Jaundis Normal/Physiologic
2.       Jaundis Pathologic
3.       Jaundis Susu Ibu

Detail tentang jaundis dan cara rawatan dia seperti di bawah:

1a.          Jaundis Normal/Physiologic

Biasa terjadi kepada bayi baru lahir.Kadarnya adalah lebih tinggi berlaku pada ethnik tertentu seperti Cina, Jepun, Korea (Asia). Bayi yang kurang menyusu beberapa hari selepas dilahirkan dan tidak kerap membuang air besar juga mudah mendapat jaundis. Apabila bilirubin berkumpul di dalam najis bayi dan tidak dibuang, ia akan beredar kembali ke sistemnya. Kekerapan membuang najis dapat merendahkan tahap bilirubin. Mula kelihatan selepas hari 2 - 4 selepas lahir dan biasanya hilang sendiri selepas 1 ke 2 minggu. Bagi bayi yang kurang menyusu, ibu perlu mendapatkan nasihat cara dan teknik untuk menyusu bayi dengan betul. Dengan penyusuan yang betul, jaundis akan hilang.

(Hem, senang jaundis ni.. tak merbahaya. Biasa banyak yang jadi kat baby yang baru keluar jengah dunia, memang kebanyakan Normal Jaundice/Pysiologic.)

1b.          Rawatan untuk Jaundis Normal/Physiologic:

Kebanyakan kes jaundis ini tidak memerlukan rawatan phototerapi. Berikut disenaraikan langkah yang boleh dibuat untuk mengelak atau merawatnya.
  • Menyusukan bayi dari awal dan dengan kerapnya. Kolostrum akan bertindak sebagai laxative dan kekerapan membuang najis akan merendahkan tahap bilirubin. Perhatikan pengeluaran air kencing dan najis.
  • Elakan mengambil air tambahan. Hanya 2% bilirubin keluar melalui air kencing dan 98% keluar melalui najis. Kolostrum dan susu yang mengandungi lemak akan menstimulasikan pergerakan membuang air besar. Jika bayi kita kenyang dengan air dia akan kurang menyusu.
  • Galakan bayi kita berjaga dan menyusu setiap 2 jam. Jaundis menyebabkan bayi kita mengantuk.
  • Jika bayi kita tertidur ketika menyusu badan dan membuang air besar kurang dari 3 kali sehari, cuba perah susu kita menggunakan tangan atau pam. Dan berikan menggunakan cawan, sudu atau syringe. Jangan menggunakan botol kerana bayi kita akan keliru dengan puting getah ketika peringkat ini.
  • Dedahkan kepada cahaya secara tidak terus. Buka pakaian dan diaper dan letak di dalam bilik yang terdapat banyak cahaya. Kulit baby adalah sensitif dan jangan diletakan secara terus kepada cahaya.
  •  Elakan ubatan seperti aspirin dan dadah sulfa. Pastikan doktor kita tahu dadah yang kita ambil, jadi kita boleh hentikan atau mencari penganti yang lain jika ubat adalah penyebabnya.

2a.          Jaundis Pathologic

Terjadi akibat keadaan perubatan seperti berlainan jenis darah (kerap berlaku), kelahiran pra matang, pembedahan caesarean, infeksi, kerosakan hati akibat rubella, siplis atau toxoplasmosis. Bagi bayi dan ibu dari jenis darah berlainan kerap berlaku bagi ibu berdarah jenis O atau Rh negatif. Ianya mula dikesan dari hari pertama kelahiran dan meningkat dengan mendadak. Masalah Rh juga pernah menyebabkan demam kuning yang teruk. Kini ia dapat dielakkan dengan suntikan imunisasi Rh pada ibu dalam tempoh 72 jam selepas kelahiran.

2b.          Rawatan untuk Jaundis Pathologic:

Bayi perlu mendapat rawatan segera. Penyusuan badan perlu diteruskan. Kolostrum dan susu yang diterima akan membantu pembuangan najis dan mempercepatkan pengeluaran bilirubin. Bayi yang sakit memerlukan lebih susu badan berbanding bayi yang sihat. Dalam kes tertentu bayi akan perlu menjalani penukaran darah.  Ini adalah langkah paling cepat dan perlu jika bayi mencapai tahap tertentu melebihi 26mg/ld. Namun kurang dilakukan kerana proses phototerapi biasanya mujarab. Bayi akan mengantuk dan lemah untuk menyusu. Anda mungkin memerlukan pam untuk memastikan bekalan susu mencukupi untuk bayi anda.

3a.          Jaundis Susu Ibu/Breastmilk jaundice

Ini berkemungkinan dari susu ibu yang terhasil menyebabkan kelewatan atau memanjangkan tempoh membuangan lebihan bilirubin melalui usus. Ia bermula dari hari ke minggu ke 2 dan hilang selepas 3 hingga beberapa minggu atau beberapa bulan kemudian. Walaupun mendapat susu yang mencukupi bayi masih mendapat jaundis. Jika kadar bilirubin meningkat, doktor anda mungkin menasihatkan untuk memberhentikan penyusuan badan selama 2 ke 3 hari. Dalam masa itu, anda bolehlah memerah susu bagi mengekalkan bekalan susu dan boleh meneruskan penyusuan apabila tahap bilirubin menurun.

2b.          Rawatan untuk Jaundis Susu Ibu:

Penyebabnya kurang dapat dipastikan. Bayi boleh diberi susu formula buat seketika. Biasanya tahapnya akan turun dan meningkat semula apabila menyusu badan. Namun kita tidak patut memberhentikan penyusuan badan kerana susu badan adalah susu yang terbaik.

Dah baca entry ini, :) , LIKE fanpage kami KenariPutih kat sebelah ni ya! dan Menangi voucher RM60! Maklumat lanjut tentang voucher sila klik kat sini

Lain-lain yang berkaitan:

Persediaan untuk newborn





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...