Friday 21 December 2012

Makanan-makanan yang terbaik untuk ibu hamil

Makanan yang baik dan berkualiti menyumbang kepada pembentukan bayi/janin yang sempurna. Ini kerana, makanan yang mempunyai khasiat-khasiat tertentu akan membantu kepada proses perkembangan janin yang masih di dalam kandungan ibu. Secara mudahnya, bayi mendapat makanan melalui apa yang ibunya makan setiap hari. Oleh itu, penting bagi ibu mendapat khasiat makanan secukupnya agar bayi boleh memperoleh khasiat-khasiat makanan yang berkualiti untuk proses pembesarannya. Anggapla entry kak dibwah ni macam makanan-makanan tambahan la utk support perkembangan bayi.

Makanan-makanan terbaik untuk ibu mengandung:

  1. Buah delima --- Ringkasnya, buah delima baik untuk perkembangan otak bayi dan melindungi bayi daripada kecederaan otak. Nak baby kita nanti bijak, cari buah delima ni n makan. Kak masa anak no.2 memang teringin nak makan, kak p cari kat pasar malam. Dah jumpa, kat tempat kak rm4 sebijik. Boleh tahan le kan, tapi kak ingat utk anak kak, kak nak anak bijak. Tapi kak tak beli sebab kak dahle tengah perot meboyot masa u, pulak beratur org punya ramai dok kerumun makcik n abg yg juai buah delima tu. Kak tak larat tunggu, so kak dah beli benda lain, n kak pon balik rumah. Selain itu, untuk si ibu pula buah delima boleh membantu mengekalkan paras hb yang baik bagi si ibu. Hb ok, so nurse klinik pon takdakle nak ceramah banyak2 kan.. nurse yang selalu ceramah ni kak perasan nurse bujang.. hih, takpala, dia concern tu :)
  2. khasiat buah delima

  3. Walnut  --- ni pon bagus untuk perkembangan otak bayi. Nak baby bijak jugak ni. InsyaAllah. Rupa walnut ni seperti dalam gambar. Rupanya seperti otak manusia. Walnut ialah sejenis kacang, kira sejenis tumbuhan le. Kandungan protein jugak tinggi dalam wallnut ni walaupun tak dinafikan dalam wallnut turut juga mengandungi lemak. Takpa, ni lemak baik, bukan lemak tak baik. Jangan takut gemok, badan kita memang perlukan lemak jugak, tapi lemak2 baik. :). Lagipon walnut ini ialah sejenis tumbh-tumbuhan bukan sejenis haiwan. So, kita dah boleh agak, memang lemak daripada tumbuhan is better than lemak daripada haiwan kan?. hihi. Kak suka jugak walnut ni, tapi rasa dia ada  rasa pahit-pahit sikit. Walnut ni kalo kita makan 2-3 biji sehari pon dah cukup dah untuk kita n baby. Bagi kak le, walnut ni xsedap, tapi untuk baby n untuk kita, kita makan le. Takmo makan hari2, sekali sekala pon boleh. Walnut boleh letak dalam jus buah. Letak dalam jus buah, pastila..sheeedaap! :)  ... Lain-lain choice selain walnut ialah cotohnya kacang almond (badam), pistachio (kcang cerdik), hazelnut. Kalo perasan semua kacang ni berwajah seperti otak manusia. Kat sini pon dah tersirat rahsia kebesaran Allah swt kalo kita fikir diluar kotak kan. Layan gambar, kak dah google.. 

  4. Kurma Ajwa --- Kurma ajwa ialah kurma kegemaran Rasullullah. Kurma Ajwa ni pon la ni banyak juai kat malaysia. Boleh google. Masa kak mengandung anak kak no.2 kak mengidam nak makn kurma ni. So kak pon google la. Standard price kat malaysia ni dijual dengan harga rm150 per 1 kg. Kak dah pernah rasa kurma ni, sedap, memang rasa dia tak sama macam kurma-kurma lain. Kak makan kurma ni masa membe kak balik umrah, dia bagi kami semua sorang 3 bijik macam tu, sebab kak bestfren dengan membe kak yang pi umrah tu, so kak dapatla lebih. hehe... kak kata kat membe kak "sedap no. kalo aku tau sedap cam ni aku leh le kirim kat hang no"  Membe kak pon kata "haa, sedap. Kat sana rm70 sekilo." Kat Malaysia ni, ada gak orang juai rm90 sekilo, kak pon pernah message orang tu. Dia kata sold out! Takdan kak nak beli. Lepastu, kak dapat dengan sorang ni. Kurma Mehr kot. Dia bagi kak rm120 per 1 kg, dia kata promotion n free postage. Lagipon dia kata kak peggy, kak habaq kat dia kak teringin, dia pon letgo le kat kak. Tak sampai sebulan habeh kurma tu kak makan.  Kurma sedap kan. Kak perasan anak kak no.2 tu masa dalam pantang memang dia baikla, tak banyak karenah. Senang le kak jaga dia. Tapi la ni hehe.. manja kan main. Tahle ek, orang tua2 kata baby2 ni jangan puji sangat, satgi.. hehe..Umor dia la ni dah nak masuk 2 tahun, dia dah makin cerdik, pulak dia tau dia memang tak da adik pon, tu kot manja telebih tu. Tapi dia rajin sikit simpan mainan daripada abang dia. hehe.                                    .

  5. Susu kambing -- Susu kambing pon antara makanan sunnah Rasullullah. If kak tak silap, Rasullullah minum susu kambing maybe dalam 1-3 kali seminggu. Fresh2 punya. Susu kambing memang lebih baik daripada susu lembu. Sebab tu la susu kambing ni lagi mahal daripada susu lembu. Kalo nak tahu lebih banyak lagi pasal susu kambing, boleh google. Kak dah google dah, memang! Masa kak mengandung anak kak, ada kak beli la 1 box susu kambing, brand hi-goat dengan membe kak. Dia dealer, so dapat la harga membe kak tu, rm32 macam tu, drpd retail price dia rm39. okla tu. Dalam box tu ada 15 sachet jer. Kak pon tadakle minum selalu. Kira just habes 1 box tu sampai kak bersalin. Sebelum kak bersalin, kak ingat kak nak minum dalam pantang nanti, kak beli lagi 7 box sebab kak nak dapat harga murah. kak dah tak ingat, maybe 1 box tu jatuh dalam rm27 kot. Macam shaklee la, ada promo bulan2, buy 6 free 1. hehe. Untuk anak kak yang no.2 ni masa mengandung tadakla rajin minum susu sangat, sebab kak suka sangat minum kopi. Kopi tu brand Che Nah. Sebenarnya takot gak kot anak kak keluaq nant hitam, cam ayaq kopi.. hehe.. tapi takdekler, dia putih, malah putih lagi drpd abang dia. Lagipon yang kak berani minum kopi hari2, sebab kak ingat husband kak kulit cerah, kak pon kulit cerah, mana mai lak anak kak kulit gelap. Kalo gelap pon maybe tak gelap sangat.. haha.. Yer2, lepas dia keluaq kedunia, dia hitam, baby... so kak tau, dia memang kulit cerah!

  6. Madu --- Madu asli kalo boleh. Cara macam mana kita nak tau madu tu asli ke tak, madu asli tidak akan dikerumuni semut. Kak ada penah beli kat tok kak, madu asli ni, sebab tok kak tu dia diabetes n baru ni doc suspect tok kak tu buah pinggang maybe problem jugak. Kak pon takot jugak kalo tok kak dia kena dialisis, kak dah tengok membe kak dia dialisis, dia selalu tak larat, maybe sebab faktor umur kot. So, kak ingat kalo tok kak dialisis, lagi la dia tak larat kan sebab umor dia dah 70+ dah. Membe kak ada bagitau, buah pinggang tu boleh try alternatif dengan sarang burung asli, madu asli n safron. So, kak pon mintak tolong membe kak belikan 3 benda tu untuk tok kak. Tok kak dok kl la ni, kak dok penang so lama la kak simpan kat kak sebab tok kak kata tak payah pos nanti dia nak balik kampung dengan paksu kak. Kak simpan madu tu dalam almari dalam bilik, memang terbukti madu tu madu asli sebab semut tak mai hurung! Madu ni 1 hari kena ambil dalam 1 sudu KFC tu jer. Bukan ambek banyak2... Kalo ambek banyak haa... panas le kan! Membe kak pon ada makan madu asli n safron masa dia mengandung sebab dia alah terok sangat, so dia pi la jumpa tokwan ni. pakar perubatan alternatif. Kak pon pernah pi teman membe kak. hehe.. Alhamdulillah membe kak tu pon respon ok, dah makin kurang dah alahan terok dia tu. Dia kata anak dia pon ok. Dia kata anak dia pon masa pantang ok, kuat sistem imun anak dia, tak sesema n tak demam below umor 6 bulan.

  7. Air kelapa --- Menggebukan baby. Bagi kulit baby cantik. Kak pon ada entry jugak pasal ayaq nyoq ni. Kat sini kalo nak tengok. 

  8. Minyak kelapa --- Minyak kelapa atau minyak tanak. Ni orang masa 70s n 80s rajin buat minyak tanak ni makan bagi senang bersalin. Kak pon ada beli jugak VCO (minyak kelapa dara). Kak makan jugak tapi kak selalu skip.. berapa kali jer kak makan. Membe2 kak yang peggy ada makan konsisten macam advise intake biasa utk vco tu. Dia kata dia senang bersalin anak dia. Dia pon dok ingat maybe minyak vco tu antara penyumbang senangnya dia bersalin anak dia. Membe kak lagi sorang ni, lagi le dia makan minyak tanak teros, husband dia buat.. wow! best2! husband buat lagi.. Dia pon kata dia bersalin sakit tu tak lama sangat walaupon anak sulung. VCO ni macam2 khasiat dia. Boleh google kalo nak tahu lebih banyak info.  

Okle, rasanya cukup 7 tu. Banyak2 pon tak larat baca...hehe

Dah baca entry ini, :) , LIKE fanpage kami KenariPutih kat sebelah ni ya! dan Menangi voucher RM60! Maklumat lanjut tentang voucher sila klik kat sini













9 comments:

  1. Thank you.. kacang walnut dan buah kurma nak cri kat ne eh.. ade jual kat ne..

    ReplyDelete
  2. Makasih ya infonya. Oh ya, kalau mau lihat tips kehamilan lainnya, cek disini ya: http://bit.ly/1bBDYrc :)

    ReplyDelete
  3. Saya ada jual susu kambing sesuai bagi wanita hamil untuk mengelakkan bayi yang dilahirkan kuning dan banyak khasiat sesuai untuk semua golongan, termasuk wanita hamil dan bayi berusia setahun dan ke atas..ingin lebih lanjut boleh link seperti https://www.facebook.com/pages/Susu-Kambing-Wildan/1389780737952208

    ReplyDelete
  4. Info yang bagus dan bermnafaat :)
    Semoga makin banyak lagi info2 yang bermanfaat :)

    ReplyDelete
  5. Makanan yang dianjurkan RasulAllah SAW pasti banyak sekali manfaatnya.
    Jika berkenan kunjungi blog kami juga ya.. semoga dapat saling melengkapi>> Manfaat Susu Kambing.

    ReplyDelete
  6. Kacanv pistachio blh makan ke?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...