Sunday 14 April 2013

Vitamin E Shaklee, Fungsi dan Kebaikan, Kita Saling Jatuh Cinta


Salam to everyone…

Ewah, tajuk entry kak kenari kali ni Vitamin E Shaklee, Fungsi dan Kebaikan, Kita Saling Jatuh Cinta. Haha.. Okla, macam ni sebenarnya kak kenari nak cerita pasal vitamin E Shaklee. Begini, vitamin E Shaklee ni hot item jugak tau. Kak kenari pon ada makan jugak vitamin e ni. Sebab utama kak kenari makan ialah sebab kak kenari ni ada alahan kulit. Antara fungsi vitamin e ni untuk kita ialah untuk kebaikan kulit. Alhamdulillah, vitamin e ni memang kena dengan kak kenari dan menjadi penawar kepada alahan kulit kak kenari. Kalau berkaitan dengan kecantikan, vitamin e ni memang terbaik la kan untuk kita. Kak kenari ni kira dah tahap jatuh cinta dah la dengan vitamin e, hehe.. Vitamin e ni high dose tau sebab tu la wanita yang mengandung tak boleh ambil vitamin e Shaklee ni. 1 kapsul ada 400 IU. Advise nak makan pon cuma 1 biji sahaja sehari. Macam kak kenari ni, kak kenari tak mengandung pon. Hajat di hati bila dengar member2 mengandung, bukan tak teringin nak mengandung lagi, teringin jugak Tapi takpala, sekarang ni elok kak kenari urus anak kak kenari yang 2 orang tu dengan lebih baik lagi.. ;D nak membesarkan anak2 jadi anak soleh dan solehah bukannya perkara mudah buat kita. Suami dan isteri mesti saling bantu membantu, dan banyak aspek lain lagi la yang perlu kita titik beratkan.

Okay, ni sambung cerita vitamin e Shaklee ni.. tadi kak kenari ada kata kan, vitamin e ni tak sesuai untuk wanita hamil. Sebab tak sesuai ialah vitamin e ni mengandungi dos yang tinggi. Wanita hamil sebenarnya perlukan juga vitamin e ni. Tapi kalo vitamin e Shaklee ni, kita as distributor Shaklee memang tak recommend la sebab vitamin e ni ada high dose. Kak kenari ulang lagi ok, 1 kapsul ada 400 IU. Wanita hamil perlukan vitamin e ni hanya dalam dos yang rendah iaitu dalam 20-30 IU sahaja untuk 1 hari. Kekurangan vitamin e juga boleh menyebabkan bayi kita berpotensi untuk dapat asthma (lelah). Jadi, sememangnya, wanita yang hamil perlukan pelbagai nutrisi untuk bayi yang sedang dikandung dan jugak dirinya sendiri. Tapi pastikan ya, setiap nutrisi dan setiap suplemen apa pon yang kita ambil ketika kita sedang hamil, jangan pulak terlebih dos.

Contoh macam vitamin e Shaklee ni, tak boleh di ambil oleh wanita hamil sebab dos yang tinggi dalam vitamin e ini sangat berisiko untuk bayi yang sedang kita kandung. Untuk kita memang la elok kan, tapi untuk baby kita dah memudaratkan dia pulak. Kita pasti tak mahu ambil risiko kan. Contoh yang akan dialami oleh bayi jika ibunya ambil vitamin e yang high dose ialah baby akan berisiko ada masalah kecacatan jantung apabila dia dilahirkan. Lain-lain sebab mengapa tak boleh, vitamin e yang high dose boleh sebabkan kematian pada baby dan juga boleh meningkatkan risiko pendarahan bagi wanita mengandung.

Orait, jika kita memang tak mengandung, vitamin e Shaklee memang sangat sesuai untuk kita yang mahu kekal sihat dan cantik sentiasa. Cantik dan awet muda dah tentu la kan. Tapi jangan le pulak berharapan macam tak logic sangat. Pengamalan mengambil vitamin e secara konsisten pastinya akan menampakkan hasil. Nak diri kita nampak young forever ni, kita kenalah konsisten kan. Hihi.

Vitamin e ni adalah antioksidan yang melindungi tisu badan kita daripada kerosakan yang disebabkan oleh bahan-bahan yang dikenali sebagai radikal bebas. Radikal bebas ni boleh merosakkan sel-sel tisu dan organ-organ kita. Radikal bebas ni la yang buatkan kulit kita jadi kusam, tak bermaya, berkedut awal. Oh.. kita walaupun umur dah banyak, tapi tentu kita tak mahu kertu awal sangat kan, haha..

Selain vitamin e ni untuk kulit kita yang cantik dan lembap, pastinya vitamin e ni pon untuk kita jadi sihat jugak dan bukanlah hanya nak bagi kita transform jadi cantik semata-mata.

Badan kita pon memerlukan vitamin e sebab dengan kehadiran vitamin e, system imun badan kita jadi kuat dan mampu melindungi kita daripada serangan virus dan bakteria.

Vitamin e juga penting dalam pembentukan sel darah merah. Sel-sel kita menggunakan vitamin e untuk berinteraksi antara satu sama lain dan menjalankan banyak fungsi penting yang lain.

Sesetengah orang menggunakan vitamin E untuk merawat dan mencegah penyakit jantung dan yang ada masalah saluran darah seperti pengerasan arteri, serangan jantung, sakit dada, sakit kaki kerana arteri disekat dan juga tekanan darah tinggi.

Sejauh mana kebenaran vitamin E bantu mencegah kanser, penyakit jantung, dimensia, penyakit hati dan strok adalah masih lagi tidak dapat dipastikan.

Pada pandangan kak kenari, suplemen seperti vitamin E ini haruslah diamalkan dengan ilmu. Jika untuk kecantikan:

***nak mencegah penuaan,
***nak hilangkan parut jerawat,
***nak kurangkan jerawat,
***nak bagi hilang eyebag (lebam bawah mata tu), 
***untuk alahan kulit,
***untuk baik pulih luka dalaman (contoh luka beranak operation/pembedahan)
***salah satu ikhtiar untuk kesuburan lelaki

sememangnya suplemen vitamin e ni memang adalah disyorkan. ;D

Oklah, jika berminat dengan suplemen vitamin E Shaklee ini, hubungi kak kenari ya. 

1 botol vitamin E shaklee ni ada 120 biji. Retail price ialah RM149 untuk Semenanjung Malaysia ya. Dah ada 120 biji, maksudnya, tahan selama 4 bulan tau ;D

Antara set-set yang mengandungi vitamin E ini ialah:

***Set Kecantikan
***Set Kesuburan
***Set Kesihatan

Untuk maklumat lanjut, hubungi kak kenari ya ;D dan pastinya consultation dan guides nak makan vitamin semuanya ada dalam pakej kak kenari ni.

Dan layan jugak gambar tu ya ;D

Your Shaklee Independent Distributor; 
♥ Jannah (ID 910562)
♥ Tel/SMS/WhatsApp : 017-4556648
♥ FB Fanpage & Blog : KenariPutih
♥ URL Blog: http://kenariputih9727.blogspot.com/
♥ URL FB Fanpage: http://www.facebook.com/KenariPutih9727
♥ Email: kenariputih9727@gmail.com



4 comments:

  1. Kalau ibu menyuskan anak bley makan x? Ada effect ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi anonymous, boleh.. Ye ada efeknya pada air susu nanti, hubungi kak kenari ya utk further iinfos. ;)

      Delete
  2. salam... boleh ke kalau makan vitamin e sahaja?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm nurul atikah. Ya boleh. Ikut pada keperluan kita ya. Hubungi kak kenari di 0174556648 utk infos yg lebih lanjut

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...