Salam to
everyone…
Ewah, tajuk
entry kak kenari kali ni Vitamin E Shaklee, Fungsi dan Kebaikan, Kita Saling
Jatuh Cinta. Haha.. Okla, macam ni sebenarnya kak kenari nak cerita pasal
vitamin E Shaklee. Begini, vitamin E Shaklee ni hot item jugak tau. Kak kenari
pon ada makan jugak vitamin e ni. Sebab utama kak kenari makan ialah sebab kak
kenari ni ada alahan kulit. Antara fungsi vitamin e ni untuk kita ialah untuk
kebaikan kulit. Alhamdulillah, vitamin e ni memang kena dengan kak kenari dan
menjadi penawar kepada alahan kulit kak kenari. Kalau berkaitan dengan kecantikan,
vitamin e ni memang terbaik la kan untuk kita. Kak kenari ni kira dah tahap
jatuh cinta dah la dengan vitamin e, hehe.. Vitamin e ni high dose tau sebab tu
la wanita yang mengandung tak boleh ambil vitamin e Shaklee ni. 1 kapsul ada
400 IU. Advise nak makan pon cuma 1 biji sahaja sehari. Macam kak kenari ni,
kak kenari tak mengandung pon. Hajat di hati bila dengar member2 mengandung,
bukan tak teringin nak mengandung lagi, teringin jugak Tapi takpala, sekarang
ni elok kak kenari urus anak kak kenari yang 2 orang tu dengan lebih baik
lagi.. ;D nak membesarkan anak2 jadi anak soleh dan solehah bukannya perkara
mudah buat kita. Suami dan isteri mesti saling bantu membantu, dan banyak aspek
lain lagi la yang perlu kita titik beratkan.
Okay, ni
sambung cerita vitamin e Shaklee ni.. tadi kak kenari ada kata kan, vitamin e
ni tak sesuai untuk wanita hamil. Sebab tak sesuai ialah vitamin e ni
mengandungi dos yang tinggi. Wanita hamil sebenarnya perlukan juga vitamin e
ni. Tapi kalo vitamin e Shaklee ni, kita as distributor Shaklee memang tak
recommend la sebab vitamin e ni ada high dose. Kak kenari ulang lagi ok, 1
kapsul ada 400 IU. Wanita hamil perlukan vitamin e ni hanya dalam dos yang
rendah iaitu dalam 20-30 IU sahaja untuk 1 hari. Kekurangan vitamin e juga
boleh menyebabkan bayi kita berpotensi untuk dapat asthma (lelah). Jadi,
sememangnya, wanita yang hamil perlukan pelbagai nutrisi untuk bayi yang sedang
dikandung dan jugak dirinya sendiri. Tapi pastikan ya, setiap nutrisi dan
setiap suplemen apa pon yang kita ambil ketika kita sedang hamil, jangan pulak terlebih
dos.
Contoh macam
vitamin e Shaklee ni, tak boleh di ambil oleh wanita hamil sebab dos yang tinggi
dalam vitamin e ini sangat berisiko untuk bayi yang sedang kita kandung. Untuk
kita memang la elok kan, tapi untuk baby kita dah memudaratkan dia pulak. Kita
pasti tak mahu ambil risiko kan. Contoh yang akan dialami oleh bayi jika ibunya
ambil vitamin e yang high dose ialah baby akan berisiko ada masalah kecacatan
jantung apabila dia dilahirkan. Lain-lain sebab mengapa tak boleh, vitamin e
yang high dose boleh sebabkan kematian pada baby dan juga boleh meningkatkan
risiko pendarahan bagi wanita mengandung.
Orait, jika
kita memang tak mengandung, vitamin e Shaklee memang sangat sesuai untuk kita
yang mahu kekal sihat dan cantik sentiasa. Cantik dan awet muda dah tentu la
kan. Tapi jangan le pulak berharapan macam tak logic sangat. Pengamalan
mengambil vitamin e secara konsisten pastinya akan menampakkan hasil. Nak diri
kita nampak young forever ni, kita kenalah konsisten kan. Hihi.
Vitamin e ni
adalah antioksidan yang melindungi tisu badan kita daripada kerosakan yang
disebabkan oleh bahan-bahan yang dikenali sebagai radikal bebas. Radikal bebas
ni boleh merosakkan sel-sel tisu dan organ-organ kita. Radikal bebas ni la yang
buatkan kulit kita jadi kusam, tak bermaya, berkedut awal. Oh.. kita walaupun
umur dah banyak, tapi tentu kita tak mahu kertu awal sangat kan, haha..
Selain vitamin
e ni untuk kulit kita yang cantik dan lembap, pastinya vitamin e ni pon untuk
kita jadi sihat jugak dan bukanlah hanya nak bagi kita transform jadi cantik
semata-mata.
Badan kita pon
memerlukan vitamin e sebab dengan kehadiran vitamin e, system imun badan kita
jadi kuat dan mampu melindungi kita daripada serangan virus dan bakteria.
Vitamin e
juga penting dalam pembentukan sel darah merah. Sel-sel kita menggunakan
vitamin e untuk berinteraksi antara satu sama lain dan menjalankan banyak
fungsi penting yang lain.
Sesetengah
orang menggunakan vitamin E untuk merawat dan mencegah penyakit jantung dan yang
ada masalah saluran darah seperti pengerasan arteri, serangan jantung, sakit
dada, sakit kaki kerana arteri disekat dan juga tekanan darah tinggi.
Sejauh mana
kebenaran vitamin E bantu mencegah kanser, penyakit jantung, dimensia, penyakit
hati dan strok adalah masih lagi tidak dapat dipastikan.
Pada
pandangan kak kenari, suplemen seperti vitamin E ini haruslah diamalkan dengan
ilmu. Jika untuk kecantikan:
***nak
mencegah penuaan,
***nak hilangkan
parut jerawat,
***nak
kurangkan jerawat,
***nak bagi
hilang eyebag (lebam bawah mata tu),
***untuk alahan kulit,
***untuk baik pulih luka dalaman (contoh luka beranak operation/pembedahan)
***salah
satu ikhtiar untuk kesuburan lelaki
sememangnya suplemen
vitamin e ni memang adalah disyorkan. ;D
Oklah, jika
berminat dengan suplemen vitamin E Shaklee ini, hubungi kak kenari ya.
1 botol vitamin E shaklee ni ada 120 biji. Retail price ialah RM149 untuk Semenanjung Malaysia ya. Dah ada 120 biji, maksudnya, tahan selama 4 bulan tau ;D
1 botol vitamin E shaklee ni ada 120 biji. Retail price ialah RM149 untuk Semenanjung Malaysia ya. Dah ada 120 biji, maksudnya, tahan selama 4 bulan tau ;D
Antara
set-set yang mengandungi vitamin E ini ialah:
***Set
Kecantikan
***Set
Kesuburan
***Set
Kesihatan
Untuk maklumat
lanjut, hubungi kak kenari ya ;D dan pastinya consultation dan guides nak makan vitamin semuanya ada dalam pakej kak kenari ni.
Dan layan
jugak gambar tu ya ;D
Your Shaklee Independent Distributor;
♥ Jannah (ID 910562)
♥ Tel/SMS/WhatsApp : 017-4556648
♥ FB Fanpage & Blog : KenariPutih
♥ URL Blog: http://kenariputih9727.blogspot.com/
♥ URL FB Fanpage: http://www.facebook.com/KenariPutih9727
♥ Email: kenariputih9727@gmail.com
♥ Jannah (ID 910562)
♥ Tel/SMS/WhatsApp : 017-4556648
♥ FB Fanpage & Blog : KenariPutih
♥ URL Blog: http://kenariputih9727.blogspot.com/
♥ URL FB Fanpage: http://www.facebook.com/KenariPutih9727
♥ Email: kenariputih9727@gmail.com
Kalau ibu menyuskan anak bley makan x? Ada effect ke?
ReplyDeleteHi anonymous, boleh.. Ye ada efeknya pada air susu nanti, hubungi kak kenari ya utk further iinfos. ;)
Deletesalam... boleh ke kalau makan vitamin e sahaja?
ReplyDeleteWslm nurul atikah. Ya boleh. Ikut pada keperluan kita ya. Hubungi kak kenari di 0174556648 utk infos yg lebih lanjut
Delete