Saturday 22 December 2012

Oat macam span bila berfungsi dalam badan? Makan oat boleh buang lemak dalam badan! Kita boleh Slim!


Pengambilan oat akan bertindak seperti span yang akan menyerap kolestrol sepanjang sistem penghadaman. Dah macam span, lap habuk, habuk melekat dekat span, jadi bersihla tempat yang kita lap tu! Haa macam ni la lebih kurang oat berfungsi dalam badan!

Oat macam span bila berfungsi dalam badan.  Makan oat boleh buang lemak dalam badan! Kita boleh Slim!

Oat macam span beb! Kalo nak diet2 ni, kak kenari suggest kalo nak good result, makanan seperti oat ni memang membantu kita untuk lose weight. Dan lagi satu yang paling penting minum air mesti cukup. Ingat 25 kg = 1 liter air. Kalo berat 50 kg, badan kita perlukan 2 liter air sehari! 

Memang lepas tu kita akan kerap pi toilet, tapi its normal! Lagi kerap kita pi toilet buang ‘hajat’ lagi bagus, sebab badan kita sedang membuat toksin yang badan kita tak perlukan. Toksin ni termasuklah lemak2 yang tak baik. Lemak2 tak baik dalam badan kita patot kita buang, badan kita hanya perlukan lemak2 yang baik. Badan kita memang perlukan lemak juga sebab  lemak boleh berfungsi melindungi badan kita daripada cuaca yang sejuk. Sebab tu orang yang takdak lemak dia tak tahan sejuk  :)

Amboi, dah macam nutritionist pulak kak kenari ni :D

Pengambilan bijirin membantu melangsingkan tubuh badan. Bijirin juga ialah sumber kalsium untuk menguatkan tulang dan gigi. Seperti diketahui empeng bijirin mengandungi kandungan fiber yang tinggi,  antioksida dan vitamin yang diperlukan oleh badan.

Tabiat makan sebenarnya berkait rapat dengan pengurusan kelangsingan badan dan tabiat pemakanan diet yang sihat. Kak kenari pon dah 3 series dah, mestila kak kenari nak kekal sihat dan hebat macam kunun akak in teenagers lagi, haha.. hih takdekla… maybe badan nak macam teenagers, tapi pemikiran dan cara pembawakan diri mestila kak nak macam kak ni dah 3-series. Satgi orang kata hapala rentua ni tak sedaq diri kubor panggil mari, dunia kata pergi.. Astaghfirullah!

Setiap orang pengambilan kalori tidak sama kerana pengambilan kalori bergantung pada faktor  jantina, faktor umur dan berat badan. Lagi berat badan tu lagi banyak le dia perlukan air dalam badan dia untuk proses cleaning. Ingat kan tadi kak kenari ada bagitau, 25 kg = 1 liter air. Lelaki kadar pengambilan kalori lebih tinggi daripada wanita. Orang muda pon pengambilan kalori lebih tinggi daripada orang tua dari secara teorinya. Tapi kalo umur dah tua n masih lagi bekerja membanting tulang, jadi kenalah kita pastikan kadar kalori mencukupi untuk badan menukarkan kalori tersebut ke bentuk tenaga supaya kita pantas dan cekap bekerja dengan dedikasinya :) walaupon dah usia emas :) ! Haha.. 

Okla sekian daripada kak kenari. Layan gambar oat jugak! Kak kenari google saja. :)

  


Dah baca entry ini, :) , LIKE fanpage kami KenariPutih kat sebelah ni ya! dan Menangi voucher RM60! Maklumat lanjut tentang voucher sila klik kat sini



Anda mungkin meminati:

Link 1



1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...