Sunday, 9 December 2012

Barang-barang keperluan Ibu yang dalam berpantang

Dalam pantang sebenarnya kita dinasihatkan untuk tidak kemana-mana dan duduk sahaja di rumah selama 44 hari.. Bagi kak, kak memang berkuarantin sahaja di rumah. Pernah kak keluar ubah kereta kak, tok kak nampak, terus dia sound kak. Hehe.. dia siap ceramah kat kak, kata dia, jaga diri elok2, laki ni dia leh cari lain, esok kita kesihatan dah xelok, laki pon dah xmau... hih, berbisa gak tu..

okle, jom tengok barang-barang keperluan ibu berpantang:
  1. Pam susu. Kalo ada budget, beli terus yang double pumping tu, yang letrik punya. Tak rugi punya. Kak punya masa anak kedua ni kak beli pam spectra double pumping. Memang berjasa sungguh pam tu masa berpantang dulu. Kak ingat lagi kak beli set. Oleh sebab kak kekangan bajet, so kak main kutu online. Bayar sebulan rm100. One set kak beli skali dgn postage dalam rm615. masa tu thn 2010.Sekarang ni maybe kos dia lebih kurang jugak. Nak murah, kita kena beli masa ada offer la, tapi yang tu cash. Kutu-kutu ni takder yer kak rasa la. Maybe ada? sila google.
  2. Baju tshirt. Kak masa pantang banyak rembat husband kak punya tshirt. Senang pakai tshirt nak selak2 kan nak bg susu badan. Angin pon masuk banyak
  3. Nursing bra. Kak ada 3 jer kot. Lain semuanya bra biasa... haha... kak taram jer. tapi nursing bra lagi elok, pasal xdek ler rosak bra yg biasa tu. hehe... Sila beli bra yang size besar yer, agak2 le kan breast kita nanti akan mengembang besar mana dgn badan kita nih, haha... breast kita akan mengembang sebab breast aktif memproduce susu buat si comel kita kan... 
  4. Susu tepung. Kita kena minum jugak susu ni.. if tak mahu minum, boleh jer... banyak pilihan yang lain untuk banyakkan susu badan kita. Contohnya ESP shaklee le. Tu pon kalau nak sedap minum ESP tu, boleh minum dengan susu n milo ok. Susu dah sure2 akan pekat ok, n si kecil pon kenyang lama lagi.. jadi leh le dia tdor lebih nyenyak lagi. Masa anak kak yang pertama kak just minum susu anmum, anak kedua pulak kak minum susu kambing hi-goat.
  5. Kain batik. Kak bersalin ceasarian so pilihan kak memang kain batik jer masa dalam pantang sampai le kak rasa yakin tempat ceasar kak tu ok then baru kak pakai seluar. Kak suka pakai seluar yang longgar2.. tak berapa minat nak pakai kain batik.
  6. Pad.. sediakan pad macam kita datng period tip2 bulan tu. sediakan le banyak pon takpa. kak beli 2 bungkus or 3 bungkus kot. Kak bersalin ceasarian, so darah nifas lepas bersalin tu dalam 30-35 hari dah habes kot. kak dah tak ingat. Pulak kak rajin breastfeed anak kak, so memang lagi cepat kering le kan... Kes ni ikot orang jugak, sebab masa anak pertama kak, rasa kak lagi lama kak cuti sembahyang... so setiap orang tak sama, ada yang sampai 2 bulan pon ada baru leh sembahyang.
  7. Pati ikan haruan... kak minum dalam 7 botol semasa kak berpantang.. brand polleney. brand lain pon ada jugak. boleh pilih jer. polleney ada iklan kat tv dulu, adik qaleesya n mak dia, pelakon wan nor azlin tu. 1 hari 1 botol. kak minum masa malam, masa isyak kot. lepas tu kak makan utk malam. Alhamdulillah luka ceasar kak pon semboh dgn izinNya... so kak pon lepas tu boleh le pakai seluar n tak berkain batik lagi dah. seluar kak yang longgar, seluar siam tu..haha... masa pantang tak keuar pi mana, kebetulan kakak siam yang selalu datang meniaga kat kpg kak datang pomot brg2 dia, so kak soping dgn dia je ler... hihi
  8. Set berpantang... ada banyak brand pilihan utk set berpantang ni.. mustika ratu, amway, shaklee, nona  roguy, tanamera n macam2 lagi... Sekarang kak jual shaklee, banyak membe kak, kak rekemen shaklee jer, esp n alfafa dulu masa berpantang ni.. Masa kak berpantang anak pertama kak beli set berpantang amway, malangnyer kak tak guna pon. membazir jer.. rm250 kak dapat member price, dgn member kak yang prihain n baik hati tu. So berpantang anak yang kedua kak tak beli pon set berpantang, malas kak nak labor duit kak lagi nak beli amway lagi, haha... sebab kak dah labor beli double pumping spectra n jgk bayar upah orang yang datang mandikan baby kak, hihi...
  9. Orang urut... jangan lupa yer cari siap2 makcik yang nak mai urut kita masa dalam pantang nanti.. kak urut pada hari yang ke-21 sebab kak bersalin ceasarian. seronok lepas urut. rasa ringan sikit badan ni. yela dalam pantang ni letih, nak tengok anak yang dah ada, nak tengok baby.... kak berurut 3 hari berturut-turut dengan makcik urut kesayangan kak, hihi
  10. Mandian herba... kalo ada dijual leh le beli. kak beli jugak masa anak pertama. ada dalam set bersalin amway tu. sekarng ni memang ada jual online mandia herba tu. anak kedua kak, kak takdak mandi ler dengan mandian herba ni, tetapi setiap hari pagi petang memang kak mandi dgn air panas water heater jer.. yang tu kak memang dah dah pasang siap2 kat rumah mak kak dari kak bujang2 lagi.. kat kpg kak air sejuk weh... tengah hari kalo kak mandi pon on heater... hehe
  11. Stokin.. masa pantang kena pakai stokin, sebab kalo tak pakai nanti badan senang masuk angin.. kak, kalo malam kak pakai, siang jarang2 pakai.. hihi.. tapi adik-adikku pakai yer.. lagi bagus pakai stokin daripada tak pakai..
  12. Getah rambut.. yang ni pon ada.. hehe.. rambut pon kena ikat cekang2.. ikat kuat2.. baru angin tak masuk dalam kepala tu.. baru bebas or kurang sikit sakit kepala tu..
Ok cukup kot, rasanya yang tu je le, yang penting2 yang kak ingat memang kena ada. 

Harap bolehlah dijadikan panduan ye.


Dah baca entry ini, :) , LIKE fanpage kami KenariPutih kat sebelah ni ya! dan Menangi voucher RM60! Maklumat lanjut tentang voucher sila klik kat sini




Lagi entry berkaitan ibu hamil:

Link 1 - Lagi berkaitan ibu hamil

Link 2 - Lagi berkaitan ibu hamil

Link 3 - Lagi berkaitan ibu hamil





Tuesday, 4 December 2012

Vitamin Terbaik untuk Kulit (testimoni)

Inilah dia Vitamin terbaik untuk Kulit kita.

Kenari Putih ada Set Kecantikan tu atau biasa panggil Set D

Set ini merangkumi :

Vitamin C (180 biji)   -------------   klik utk more infos Vit C
Vitamin E (120 biji)   -------------   klik utk more infos Vit E
Vitamin B Complex (120 biji) ----   klik utk more infos B-Comp

Sini akak nak share testimoni seorang adik ni. Beliau baru berusia 21 tahun. Beliau telah mencuba Set D ini selama hampir sebulan. Kak kenari putih ambil testimoni ni kat blog ni.
Eh, sebelum tu adik ni dia add on Omega guard ok.
Jom tgk picture dia. Bagi kak adik ni lawa tu lawa dah, tapi lepas dah ambik shaklee, fuhh lagi beautiful.. Glowing n flawless lah kan.. Haah, start tgk testimoni adik ni kak kenari putih pon berazam nak jadi glowing macam adik ni, akak pon teruja menggunakan produk skincare set shaklee kerana berangan mau jadi cantik macam adik ini.
Alhamdulillah, memang berkesan kat akak lepas kak dah guna sebulan. Testimoni kak kat sini. Now, kita layan testimoni adik ni dulu..





Salam semua :)


Saya nak share feedback saya lepas hampir sebulan guna Shaklee trial pack vit b complex, vit c dan vit E + omega guard. Mungkin ada yang ckp saya baru 21, so tak perlu makan suplemen tu, ini. Tapi saya sangat concern mengenai kesihatan sebab prevention is better than cure, isn't? :)



Muka saya jenis combination dan acne prone skin terutamanya kat area dahi. Masa PMS memang stress sebab acne banyak kat area dahi. :( tumbuh bukan main subur, nak hilang memang lama pastu ada tinggal parut. Area pipi pulak kering dan bila saya apply medium coverage foundation, jadi tak rata dan lepas 2 3 jam muka jadi tak best dah.

Alhamdulillah dengan izin Allah, tak sangka nampak kesan dalam masa 2 minggu lepas amalkan Shaklee. PMS bulan ni tak keluar jerawat banyak macam sebelom2 ni, setakat 1-2 tu biasalah kan, yeay! kakak2 pun tegur bila saya lepas pakai foundation, muka nampak glowing dan flawless. :) Padahal pakai medium coverage type foundation je.hihi. Tapi akhir2 ni keluar rumah cuma pakai sunblock dan jarang dah pakai foundation kecuali ada special event je. Less is more :)

gambar kiri masa bulan Feb 2012 dan kanan masa Jun 2012. Mungkin tak banyak changes tapi I’m just sharing :) I’m very happy with my skin now and looking forward to try another Shaklee’s supplements. Thanks to Nadiah Suhaidi for the guidances and advices. :)




Itulah dia testimoni adik ni. Cantik dari dalaman pasti akan terpancar sehingga luaran kan. Apa yang kita makan itulah yang terpamer pada zahiriah kita.

Jadi, mommies, adik2 manis, jom le kita kekal sihat dan cantik selalu. Selain daripada kecantikan sebenarnya, setiap vitamin2 ni ada khasiatnya yang tersendiri yang mampu 'menutupi' kekurangan zat2 yang diperlukan oleh tubuh badan kita. Yela kita suka makan yang sedap2 sebab manis di mulut kita tapi badan kita ni lain pulak, badan memerlukan nutrisinya yang tersendiri jugak! Lepastu baru la badan boleh produce kulit yang kekal anjal, yang montok, yang mantap, yang bertenaga, yang apa lagi? yang abang sayang... hihi...

PM le akak kalo mahu tahu lagi lanjut tentang skincare set ini. Shaklee ada banyak vitamin-vitamin untuk kulit dan dijamin vitamin terbaik untuk wanita. Sekiranya ada kekangan kewangan, akak ada solusinya yer. Boleh PM akak, akak sedia membantu. 

SMS/WhatsApp : 0174556648
Email: kenariputih9727@gmail.com
PM Fb Fanpage: KenariPutih
PM Fb Personl: Annaserra Jane






Tips berkesan dan natural untuk kulit kekal awet muda

Menjadi awet muda ialah impian ramai orang, lebih-lebih lagi kita kaum wanita.

Tidak dinafikan memang ada yang kekal muda walaupon tanpa mengambil apa-apa supplemen.

Pengambilan supplemen pastinya membantu jika diambil secara konsisten. Yela, bukan hari ni ambil, esok terus muda. Tak betul tu!

Semuanya bergantung kepada keadaan tubuh badan kita untuk menyerap semua supplemen2 yang kita ambil. Dan juga masa ketika kita mengambil supplemen juga merupakan faktor penting ye. Masa yang betul akan membantu badan kita menyerap supplemen2 tersebut pada tahap yang optimum. Dan lagi kena kita ingat, badan kita juga perlu membuang dulu toksin2 yang ada dalam badan. Sebab tu kita kena gap masa before n after meal supaya badan kita mampu bertugas dengan lebih cemerlang lagi.

Ok, cukuple tu, jadi untuk kelihatan awet muda, kulit mestilah kekal lawa, cantik, halus mulus macam kulit babies yang banyak collagen tu...

Benda first sekali yang kita kena buat ialah minum air masak banyak2.. air masak ni ikot keperluan badan kita lah yer. Minumlah 2-3 liter sehari. Dan bersedialah untuk ke toilet. Badan kita akan buang segala yang tak baik dalam badan kita melalui air kencing. Mula2 air kencing kita memang kalenyer tak jernih, lama2 jernih le. Menurut pakar2 makanan, kalo berat badan kita 25kg, sama jugak kita kena minum dalam 1 liter air. Maksudya lagi berat lagi banyak air le kan? Tip ni sesuai sangat untuk sapa2 yang nak menurunkan berat badan kan. Detoks segala lemak n toksin yang tak baik daripada tubuh badan melalui pembuangan air kencing. Senaman pon boleh jugak, ia akan keluar melalui peluh. Ikot le yer, mana yang sesuai.

Lagi banyakkan makan buah-buahan. Buah betik, buah strawberry, yang berry2 tu memang bagus le. Buah jambu batu, buah delima. Itu le contoh2 buah. Nak menajamkan minda buah yang terbaik ialah buah delima. Memang bagus sangat untuk otak sebab tu le wajah buah delima tu pon macam rupa otak kita.

Okle, sekian sahaja le tip dari kak kenari putih ni.

Untuk lihat vitamin manakah terbaik untuk kulit kita semua. Jawapannya ialah KLIK SINI. Kita story entry lain le...






Sunday, 2 December 2012

Doa keluarga bahagia



Kesan kekurangan kolagen dalam badan


Penghasilan kolagen berkurangan dengan kadar 1.5% pada setiap tahun selepas usia 25 tahun.Kesan pengurangannya mula dirasai lebih kurang 10 tahun kemudian. Selepas usia 45-50 tahun, badan kita akan kehilangan hampir separuh daripada kolagen yang ada. Jadi, semakin tua, semakin berkurangan kolagen dalam badan.

Oleh itu kolagen diambil sebagai makanan kesihatan untuk pelbagai penyakit seperti osteoarthritis(sakit sendi), osteoporosis, arteriosclerosis selain untuk kegunaan kosmetik dan pelembab kulit.

Tanda-tanda Penuaan:

kulit kusam
tak bermaya
tiada seri
kulit kedut 
mula kendur pigmentasi kulit
cepat letih dan lesu 
sakit badan dan sendi
mudah lupa
kurang penglihatan

Apa itu kolagen?

Kolagen adalah protein utama bagi tisu sokongan dalam badan manusia. Kewujudannya merangkumi 30% daripada keseluruhan protin di dalam badan.. Ia menyokong sebahagian besar sel-sel yang memberikan struktur, kekuatan dan kekenyalan kulit dan tisu badan.. Kolagen disusun tiga rantai polipetida (monomer protein) yang terpilih membentuk rangkaian triple helix (pilihan ganda tiga). Segmen kecil dari tiap rantai mempunyai panjang asid amino sebanyak 1.000-an dan ini merupakan penemuan terpenting abad ini.

Kolagen terdapat pada,kornea, kanta mata. kulit, salur darah, keratin (rambut, kuku), tulang, tendon ,rawan sendi, dan gigi,hati,tulang sum-sum dan tisu dan organ seperti buahpinggang,jantung serta sistem limfatik.

Terdapat 29 jenis kolagen namun 90% adalah dari jenis kolagen I, II, III dan 1V.

Kolagen I : 
Terdapat pada kulit, tendon, pembuluh darah, ligatur, organ, tulang (komponen utama tulang) dan gigi

Kolagen II:
Tulang rawan (komponen utama tulang rawan) ,mata

Kolagen III: 
Reticulate (komponen utama retikuler serat). Rangkaian ini bertindak sebagai penyokong dalam tissue lembut seperti hati,jantung, tulang sumsum,arteri,kulit,usus,rahim

Kolagen IV: 
Membentuk asas kepada sel membran dasar(serat yang melapisi permukaan rongga dan organ seperti buah pinggang ) kanta mata, atau endothelium yang melapisi permukaan interior pembuluh darah.

Kolagen V: 
Permukaan sel, rambut dan uri. Kolagen terdapat pada,kornea, kanta mata. kulit, salurdarah, keratin (rambut, kuku), tulang, tendon ,rawan sendi, dan gigi,hati,tulang sum-sum dan tisu dan organ seperti buahpinggang,jantung serta sistem limfatik.

Itu le dia tentang kolagen yang memang tak jemu-jemu diperbualkan sepanjang tahun sehingga ke saat ini.

credit 


Bulan ni promo collagen powder shaklee, save up to rm720 beb! buy 6 free 1, sapa yang memang bersungguh2 nak kulit sihat n cantik tu boleh PM kak kenari putih untuk lanjut ok!

SMS/WhatSapp: 0174556648
Emel: kenariputih9727@gmail.com


Lagi entry collagen powder shaklee:
Entry 1
Entry 2
Entry 3



Testimoni-testimoni collagen powder shaklee

Dibawah ini ialah testimoni-testmoni collagen powder shaklee. Kak kenari putih nak sharing dengan dear-dear semua. Maklumla promo meletup bulan disember ni. Hebat dan berbaloi-baloi! Kak kenari putih pon ingat nak cuba jugak. Tapi kena check jugak budget ada ke tak. Untuk baca testimoni ni, klik ok utk larger image. Kak kenari kagum dengan testimoni yg last sekali tu sebab dia kata tangan dia dah lembut lembai. Seronoknya tangan halus mulus ni kan. Tak payah berlosyen bagai.





 




credit

Semua testimoni-testimoni ni kak kenari putih ambil kat blog yang kak bg credit tu.
Seronok pulak melepak blog dia tengok testimoni-testimoni collagen powder ni.
Bulan ni promo, sapa yang memang bersungguh2 nak kulit sihat n cantik tu boleh PM kak kenari putih untuk lanjut ok!

SMS/WhatSapp: 0174556648
Emel: kenariputih9727@gmail.com



Lagi entry collagen powder shaklee:
Entry 1
Entry 2
Entry 3





Saturday, 1 December 2012

10 sumber makanan yang terbaik untuk lelaki


Pada hari ini kita boleh tengok pelbagai produk kesihatan seks untuk lelaki berada dipasaran. Namun, adakah kesemua dari produk kesihatan itu mendapat pengesahan dari doktor yang bertauliah? Mungkin juga akan ada kesan sampingan yang tidak kita ketahui pada masa hadapan.
Naluri seks atau Libido semestinya amat penting kepada golongan lelaki begitu juga kepada wanita. Kunci untuk lelaki yang bertenaga adalah peredaran darah yang lancar. Jadi, untuk mendapatkan peredaran darah yang lancar lelaki perlulah mengamalkan pemakanan yang kaya dengan asid lemak seperti ikan. Paling disyorkan adalah ikan Salmon dan ikan Tuna.

Dalam pemakanan harian juga perlu ada multivitamin dan mineral dimana kedua-dua ini baik untuk fungsi saraf kemudiannya membantu untuk peredaran darah yang lancar.

10 Makanan  Untuk Menjadi Lelaki “Gagah Perkasa”

1. Ikan
Ikan kaya dengan Omega-3 iaitu sejenis asid lemak. Selain itu, ikan juga membantu dalam fungsi otak,merendahkan kolestrol dan membantu peredaran darah dalam badan. Ikan juga merupakan sumber Vitamin B yang baik untuk kesihatan.
2. Biji Bunga Matahari
Biji bunga matahari mengandungi vitamin B1 yang tinggi. Vitamin B1 ini membantu untuk meningkatkan stamina lelaki untuk beraksi.
Kuaci adalah biji bunga matahari tetapi tidak berani nak katakan ianya bagus kerana dalam kuaci mungkin ada bahan pengawet.
3. Kekacang
Kekacang yang disyorkan adalah badam kerana mempunyai asid lemak yang penting. Selain kaya dengan vitamin pemberi tenaga (B3) ia juga menggalakan pengeluaran hormon lelaki yang penting dalam mengawal nafsu seks.
4. Buah Oren
Kebanyakan kita tahu, buah oren mempunyai vitamin C yang tinggi dimana baik untuk sistem imunisasi badan. Seterusnya membantu melancarkan peredaran darah untuk memberi kepada lelaki ereksi yang lebih lama.
5. Daun Saderi
Kalau anda ke wikipedia boleh baca banyak sebenarnya khasiat daun saderi ini tetapi dalam topik untuk “Lelaki Gagah Perkasa” ini daun saderi baik untuk stimulasi seksual kerana ia mengandungi hormon ‘androsterone’. Hormon inilah yang dikeluarkan oleh lelaki ketika berpeluh yang dikatakan mampu merangsang naluri seksual wanita.
Jadi, tidak hairan la kenapa ramai isteri yang suka tido celah ketiak suami. Orang lain kata busuk, isteri kata sedap….
6. Biji Labu
Biji labu mengandungi elemen zink dimana penting dalam pengeluarkan hormon testosteron untuk lelaki. Juga baik untuk wanita untuk mengekalkan ghairah seksual. Biji labu juga kaya dengan Omega-3 yang memainkan peranan seperti menambah kekuatan,keinginan dan kesuburan.
7. Jeruk Kubis
Secara jujurnya saya sendiri tidak pernah makan jeruk kubis, jeruk bawang putih biasa la. Apa pun dikatakan kajian menunjuk 90% lelaki menjadi lebih aktif secara seksual selepas makan jeruk kubis. Jeruk kubis ini akan meningkatkan libido (naluri seks) ke tahap yang lebih tinggi.
Jadi para isteri jangan bagi makan pada suami sesuka hati jeruk kubis ini.
8. Pisang
Pisang adalah makanan pemberi tenaga. Sebab itu kalau anda tengok selalunya pemain bola atau ragbi akan dibekalkan dengan pisang. Pisang mengandungi enzim bromelain yang meningkatkan libido lelaki. Juga kaya dengan Vitamin B (riboflavin dan potasium) yang penting untuk pengeluaran hormon testosteron dan tambah tenaga.
9. Avokado
Avokado mengandungi tahap asid folik yang tinggi dimana membantu memproses protein secara metabolisme kemudiannya menjadikan anda lebih bertenaga. Avokado juga mengandungi vitamin B6 dan potasium yang dapat meningkatkan pengeluaran hormon lelaki.
Juga baik untuk wanita kerana mampu meningkatkan libido wanita.
10. Asparagus
Mengandungi vitamin E yang tinggi.Ia dipercayai sebagai vitamin yang khusus untuk seks. Dikatakan juga boleh melihat kesannya jika makan asparagus selama tiga hari berturut-turut.
Akhir kata, saya bukan seorang doktor malah jauh sekali seorang pakar seksual. Jadi, saya hanya olah sahaja.

Sumber : Mingguan Wanita Bil;1414, 24-30 Dis 2010,Klinik Lelaki,m/s ; 106

Kalau ada info tambahan yang berkaitan jangan kedekut untuk berkongsi yea….


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...