Saturday 1 March 2014

Tip Utama Kulit Cantik Menawan Dan Suami Makin Sayang Dan Umur Bukan Halangan

Assalam dan good day. Kak kenari harap anda semua sihat selalu ya. Hari ni kak kenari nak bagi tip kulit cantik menawan dan kulit menawan tu sekaligus suami pandang makin sayang. Haa anda mesti nak kan? Kita ni orang perempuan wanita zaman sekarang ni memang la harus jaga kulit kan. Nak lagi bila umur kita dah bertambah, kulit kita pon sebenarnya bertambah dan mula la nak berkedut sana sini. Tengok muka kita kat cermin pon kita boleh noticed kan kulit kita masa zaman sekolah, zaman universiti, zaman anak dara, zaman baru kawin, zaman ada anak satu, anak dua, tiga seterusnya. Berbeza kan? Dulu kita masa tu umur muda lagi, kulit kita cantik menawan. Kat sekolah or kat zaman university kulit kita masih kategori cun melecum macam izara aishah lagi tak pon lisa surihani. Masa tu boyfren atau maybe dah jadi suami kita sekarang bangga dan sayang kat kita, hihi.. tapi lepas dah kahwin, umur kita dah bertambah, kulit kita yang cantik menawan dulunya dah tak secantik dulu la kan. Suami lak dah pandai dok jeling wanita cantik yang lain, tak depan kita, kat belakang kita.. aih, kak kenari geram ni.. pulak wanita dia jeling tu umur muda daripada kita of course la kan.. bergetah lagi.. memang nak kena ganyang suami kak kenari kalau jadi kat kak kenari, hehe.. mintak simpang weh.. hihi.. haa, tu la kita ni harus ingat dan penting sangat kena jaga diri dan tampil awet muda untuk suami kita. Umur tu bukan halangan lagi. Kita umur banyak mana pon, kulit kita mesti kita kena jaga, jangan kita dok biar kulit kita tu tua ikut umur kita tu. Kak kenari ni memang la geram kalau ada suami yang buat macam tu kat isteri dia, dah tak fikir panjang kan si suami tu, galak sangat nak wanita muda bergetah. Jadi kita kaum wanita apalagi kaum isteri jom tau kita jaga kulit kita sama-sama. Jangan biar kulit kita ni kedut cepat sangat. Biar kita sentiasa cantik menawan, umur just a number, bukan halangan pon untuk kita terus stay cantik menawan. Kalau suami kita tu tengok orang lain jugak, apa kita heran sangat, kita pon vogue, ramai lagi laki-laki lain dok tengok kita kot, wakakaka…  haha.. okay, kalau kita jaga diri sentiasa tampil menawan untuk suami kita, mestila suami makin tambah sayang kat kita.

Okay, jom baca tip utama nak dapat kulit cantik menawan ni yang boleh buatkan suami makin sayang kat kita ni:

1 – Minum air putih secukupnya. Air putih ni penting tau. Sebab air dalam badan kita merangkumi 70% dalam badan kita. Penting sangat kita pastikan air putih dalam badan kita ni sentiasa bersih kan. Kan ke kalau air dalam badan kita bersih, kulit kita ibaratnya sentiasa hidup dan bernafas menggunakan air bersih yang ada dalam badan kita tu. Badan kita ni kita ibaratkan macam akuarium ikan la kan. Jadi kita bayangkan, macam mana air dalam akuarium tu kalau kita tak tukar? Ikan pon dah naik rimas nak hidup dalam akuarium tu kan. Air buangan ikan tu lama-lama akan keruhkan air akuarium tu. Macam la jugak air dalam badan kita, kalau kita tak replace dengan air bersih. Tambah lagi kita dah makan macam-macam, minum air macam-macam. Dan makanan dan minuman yang kita makan dan minum tu macam-macam perisa pulak tu.. hehe.. jadi kesimpulannya, mesti kena minum banyak air putih. Dalam sehari sekurang-kurangnya kalau kita nak kulit kita dapat hidup dan bernafas dengan air bersih, kita minum 2-3 liter air sehari. Cuba la 30 hari tiap-tiap hari jangan miss, mesti dapat rasa perbandingan kulit kita masa hari pertama dan masa hari ke-30.

2 – Tadi tu minum air kan, selain kita minum air putih, tip-tip lain pon ada banyak juga. Cuci muka gunakan pencuci muka yang sesuai. Jangan biar kulit muka kita tu kotor. Bila kotor nanti boleh mengundang jerawat. Kita mesti tak mau kan. Kalau kak kenari jerawat pasir yang halus-mulus pon kak kenari rimas dah. Kak kenari akan scrub muka kak kenari.

3 – Scrub le badan kita tu seminggu sekali ke. Scrub ni bukan scrub dengan getah scrub. Hahaha.. Scrub la atau beli la kat kedai lulur mandi. Kak kenari suka jugak buat. Lepas scrub rasa badan tu wangi je. Scrub ni lain tau dengan kita sabun. Even sabun pon kak kenari rasa syok lagi la scrub dengan lulur mandi. Hihihi. Korang kalau yang tak pernah buat tu buat la. Kita ni badan kena wangi-wangi kan untuk suami. Maklumla kadang-kadang kita ni siang masam cam hapa sebab kalut kat rumah kan. Macam kak kenari kalau hari cuti tu, bila bermood la, pergi market, balik market masak, layan anak makan, mandi, buat kerja rumah mana yang sempat sidai baju angkat baju memang masam la macam apam.. hahaha… Jadi kadang petang tu kak kenari akan mandi lama dengan lulur mandi.. haa malam tu nak berehat la kejap.. sambil sembang2 dengan anak-anak dengan suami, hihihi…

4 – Tu tadi tu aktiviti mandi manda kan, lagi tip nak dapat kulit cantik menawan kan, banyakkan makan buah, sayur-sayuran dan ulam-ulaman. Sebab apa tau, dalam buah-buahan dan sayur-sayuran ni banyak vitamin dan mineral. Jadi bagus untuk nutrisi dan zat bagi tubuh badan kita. Macam ulam-ulaman pulak dia banyak antioksidan tau. Lagi pahit tu lagi bagus untuk kesihatan kita. Tubuh badan kita ni hari-hari diserang oleh radikal bebas. Jadi kalau kita biar je radikal bebas dok attack badan kita tu tak bagi protection atau perlindungan pada badan kita tu, nanti kulit kita pon cepatla nak menjadi kusam kan. Nak beseri lagu mana kulit tu dah kita dok biar saja kan. Zat dan nutrisi hari-hari akan hilang daripada badan kita melalui proses perkumuhan tubuh kita tiap-tiap hari. Jadi harusla kan kita topup balik. Selalu la kita seimbangkan pengambilan makanan kita hari-hari. Ada nasik, ada sikit ikan dan ada banyak buah, sayur-sayuran dan ulam-ulaman. Antara buah-buahan yang bagus untuk kulit sentiasa menawan, buah yang ada nama berry.. contoh strawberry, blueberry, acai berry.. pernah dengar kan nama buah tu semua.

5 – Ambil la suplemen tambahan. Ambil vitamin asas untuk tubuh kita. Vitamin asas tubuh kita vitamin C, vitamin B dan juga protein. Nak ambil jenama apa? Sebab ada banyak brand di pasaran kan. Kalau kak kenari, kak kenari akan pilih trusted brand, brand yang dah stabil di pasaran dan of course la dengan harga yang sangat berpatutan. Salah  satu jenama yang sangat stabil di pasaran ialah jenama Shaklee. Klik sini ok untuk set asas kulit cantik Shaklee.

6 – Mengurut badan. Aktiviti mengurut ni memang kena tau. Sebab dalam badan kita ni banyak angin. Jadi bila kita berurut, urat-urat kita yang bersimpul tu atau yang terlebih ketegaq/degil bolehla kita elokkan semula. Lepas mengurut kita akan rasa badan kita ni ringan sikit. Bahagian kepala pon rasa ringan je. Sebab angin-angin tak betul tadi semua dah keluar dah. Kalau kita tak buang angin tu, kita mudah terjebak dengan gaya kehidupan yang tidak sihat. Contohnya ada problem sikit, kita mudah dapat stres. Wahal, bukan berat sangat  pon yang kita nak hangin atau sensitif terlebih.  Lain la masalah suami kita dah kawin lain, kah2,.. mintak simpang weh… Penting mengurut ni sebenarnya. Kalau kak kenari adakalanya upah makcik urut tolong urut badan kak kenari ni. Kadang-kadang minta suami tolong urut. Tapi kalau suami urut bak kata kawan kak kenari, jadi kot lain pulak, hahaha…

7 – Elakkan stres. Haa, hidup kita ni kalau nak cantik menawan, tak mau kulit kita tu tegang terlebih sebab stress, elakkan stress. Stres dengan bos tempat kerja, jangan dok fikir sangat. Anggap tu benda biasa saja. Bos kita tu bukan apa, kalau dia suka berleter or suka remind kita, maybe bos kita tu dah tahap kategori tua kerepot (kalau dia tu tua dah la, kategori nak pencen, hahaha). Tapi kalau dia muda, mungkin dia terikut-ikut bos atasan dari dia yang dah tua kerepot tu. Kah kah..

8 - Amalkan minum kolagen. Sebab kolagen dalam badan kita ni dia akan mula susut bila kita masuk umur 25 tahun. Haa, jangan ingat kolagen ni stay ja dalam badan kita sampai bila-bila. Mana ada weh. Kalau lemak degil ya la dia stay dalam badan kita sampai bila-bila. Tu pon kalau kita tak keluarkan dia, dia akan jadi kategori toksin pulak sebab boleh mengundang macam-macam penyakit dalam badan kita. Salah satunya kolesterol dan darah tinggi. Ok, klik sini untuk infos tentang kolagen Shaklee.

Oklah, sini dulu ya tip utama kulit cantik kak kenari. Jika korang berminat untuk bertanya lebih lanjut tentang set kulit cantik menawan jenama Shaklee ni hubungi kak kenari tau. Lagipon bulan ni ada promosi baik punya untuk ESP Shaklee yang memang bagus sangat kesan dia untuk kulit kita ni.

Bagi yang belum tau ESP ni apa, ESP ni ialah produk soya based tapi soya jenama Shaklee ni tak sama tau dengan soya jenama yang lain. Sebab soya brand Shaklee ni soya yang non-gmo. Tak tau non-gmo ni apa? Haa non-gmo ni yang organik tau, ditanam secara organic, tak ada suntik botox sana sini. Hahaha.. agak-agakla kan kak kenari ni, soya nak botox-botox, hahaha… Soya Shaklee ni diproses hanya menggunakan air saja tau dan tak ada libatkan bahan kimia. Kesuciannya terpelihara gitu. Soya ialah salah satu protein yang diperlukan oleh tubuh kita. Sebab protein penting untuk pembaik pulih kulit kita ni dan bagi membina semula tisu-tisu baru bagi badan kita. Lagipon tak semua jenis protein dalam badan kita dapat tubuh kita hasilkan. Jadi memang kita perlu dapatkan protein daripada sumber makanan juga. Contohnya protein ESP Shaklee ni la. Klik sini untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang produk ini.

Lagipon dalam setahun lebih 98% molekul badan akan digantikan. Sebab tu la kita makin dok nampak tua tu. Proses biasa seorang manusia. Cuma kita ada pilihan la nak melambatkan proses penuaan tu. Kak kenari pilih tua dan kedut lambat sikit. Haa, anda semua pon mesti macam kak kenari jugak kan. Nak cantik menawan, nak suami makin sayang, tak mau kedut awal, nak kulit gebu gebas. 

Okay, jika korang berminat untuk bertanya lebih lanjut tentang set kulit cantik menawan jenama Shaklee ni hubungi kak kenari tau. Dijamin harga terbaik dan konsultasi percuma pastinya dalam pakej. Semuanya khas untuk customer yang buat belian dengan kak kenari.


Your Shaklee Independent Distributor;



Jannah (ID: 910562)

Tel/SMS/WhatsApp : 017-4556648

FB Fanpage & Blog : KenariPutih



Email: kenariputih9727@gmail.com










7 comments:

  1. petua yg pertama tu pun dah payah nak buat... susah betul nak minum air... 500 ml sehari pun belum tentu.

    ReplyDelete
  2. Yang paling penting untuk tampil cantik adalah memastikan kosmetik yang dipakai merupakan kosmetik alami dan tidak mengandung bahan berbahaya

    ReplyDelete
  3. info yang penulis kongsikan memang menarik, sememangnya untuk mendapatkan kulit yang cantik bukanlah hanya dengan 1 perkara sahaja.. ia perlulah bermula dengan penjagaan, pemakanan, perawatan, pencegahan, serta amalan-amalan yang konsistan. Sekiranya anda begitu disiplin dalam melakukan amalan-amalan tersebut, pastinya sedikit sebanyak ianya sangat membantu anda dalam menjadikan anda YOU R BEAUTIFUL. dan pastilah keserian yang terhasil itu, menjadi igauan 'cik abang'..

    ReplyDelete
  4. entry yang bermanfaat..

    http://azalea-beauty.blogspot.com/2015/07/minuman-penghidratan-tulen-memuaskan.html

    ReplyDelete
  5. Mudahnya nak cantik kn..tapi kne rajin..ita kalau malas..haaa..naiklah minyak kt muka.,huhu

    ReplyDelete
  6. Cntik melalui penjagaan dalaman lebih long lasting.

    ReplyDelete
  7. Cntik melalui penjagaan dalaman lebih long lasting.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...