Wednesday 1 January 2014

Tanda-tanda Awal Kehamilan Jika Baru Berkahwin

Assalam and goodday semua. Apa kabar? Kak kenari harap korang sihat selalu ya. Kali ni kak kenari nak cerita tentang tanda-tanda awal kehamilan bagi seorang wanita jika baru berkahwin. Baru? hihi, maksudnya inai di jari pon masih merah dan fresh lagi. Yela baru sebulan berkahwin. Adakah benar telah hamil walaupun baru berkahwin sebulan? Kak kenari pun sampai sekarang nak kata betul-betul pasti kak kenari mengandung pun kak kenari tak boleh nak pastikan. Tapi terdapat banyak tanda-tanda awal kehamilan yang merupakan tanda-tanda kita telah pun mengandung atau sudah berbadan dua. Ok, jom kita tengok tanda-tanda awal kehamilan untuk seorang wanita sama ada sudah lama berkahwin atau yang baru berkahwin seperti berikut:

Sesak nafas 

Sesak nafas ni lebih kurang macam kita rasa nafas kita macam pendek. Kita rasa kita bernafas cepat dan pantas daripada yang biasa kita bernafas. Perkara ini terjadi sebab pada masa ini kita telah pun berkongsi oksigen dengan bayi dalam kandungan kita. Yelah, walaupun pada ketika ini bayi dalam kandungan kita belum status baby lagi kan, mungkin status baby kita tu zigot atau fetus tapi pada masa awal kehamilan kita, kita sebenarnya sudah pun mula berkongsi hidup dengan anak dalam kandungan kita tu. Apalagi, kalau bayi kita semakin membesar, bayi juga mula akan memberikan tekanan ke atas paru-paru dan diafragma kita sebagai ibunya. Namun, kita tak perlu panik pon sebab keadaan ini memang biasa bagi kita sebagai ibu mengandung. Jadi rasa sesak nafas atau nafas pendek tu memang normal bila kita hamil berbadan dua :)

Sakit pada bahagian buah dada atau payudara

Keadaan payudara atau breast kita mula rasa tak selesa. Ini kerana terdapat perubahan saiz pada bahagian payudara. Kita akan rasa buah dada atau breast kita seperti besar saiznya daripada yang biasa, bahagian aerolas makin gelap dan urat-urat pada breast kita makin jelas kelihatan seperti urat yang menegang. Pada waktu ini, sepatutnya kita mula menukar saiz bra kita untuk memberi lebih keselesaan pada payudara kita.

Keletihan atau berasa letih

Kita cepat berasa letih apabila membuat sesuatu aktiviti. Ini kerana tindakbalas kepada hormon yang semakin meningkat dalam badan kita. Bagi kebanyakan wanita, keletihan biasanya hanya ketika melalui trisemester pertama kehamilan, tetapi apabila telah masuk trisemester kedua, wanita mula dapat menyesuaikan diri dengan keadaan diri mereka yang hamil. 

Loya atau mual

Kebanyakan wanita hamil mula mengalami loya apabila kehamilan mencecah usia 6 minggu. Biasanya rasa loya dan muntah ini akan reda apabila masuk fasa trisemester kedua kehamilan. Dalam masa trisemester pertama, sebgai ibu hamil kita hendaklah cuba untuk makan makanan yang memenuhi keperluan tubuh kita. Jangan biarkan perut kosong terlalu lama kerana perut kita pada ketika kehamilan trisemester pertama ini mudah masuk angin.

Kencing yang kerap

Sekiranya kita mula rasa seperti kencing tidak puas dan mula kerap ke toilet juga menunjukkan tanda-tanda kita hamil. Semasa mengandung, badan kita akan menghasilkan cecair tambahan yang mana kita akan kerap ke toilet untuk membuang air kecil akibat penghasilan cecair tambahan tersebut. Pada ketika ini kita sepatutnya peru banyak berehat.

Sakit kepala atau pening kepala

Sakit kepala atau pening kepala adalah merupakan tanda awal kehamilan. Sakit kepala terjadi kerana terdapat perubahan hormon. Sekiranya kita sakit kepala, sebelum kita mengambil apa-apa ubat untuk meredakan sakit kepala tersebut seharusnya kita mendapatkan nasihat doktor terlebih dahulu bagi memastikan ubat yang diambil oleh kita adalah dos yang selamat untuk ibu hamil.

Sakit belakang

Ibu hamil mula berasa sakit belakang. Keadaan ini berlaku kerana berat badan kita mula bertambah.

Cram atau berasa kejang/kekejangan

Ibu hamil mungkin berasa seperti kejang. Ini disebabkan rahim mula menegang untuk menyediakan ruang bagi bayi membesar

Mengidam atau boleh jadi alahan makanan tertentu

Wanita yang hamil adakalanya mengidam untuk makan atau inginkan sesuatu dimana menurut orang-orang tua seharusnya keinginan itu dipenuhi oleh sang suami kerana mengelakkan bayi dalam kandungan kempunan. Atau selain itu, ibu hamil mengalami alahan pada makanan-makanan tertentu semasa proses awal kehamilan.

Sembelit atau kembung

Keadaan ini disebabkan hormon progesteron meningkat apabila kita hamil. Sistem pencernaan kita juga berlaku perlahan oleh peningkatan hormon ini. Berat badan kita jiga akan bertambah.

Mood swing atau moody

Banyak moody? Hihi.. Keadaan moody-moody ni juga menandakan anda sedang hamil. Jika anda terlebih emosi atau terlampau emosional, ini mungkin kerana badan anda sedang cuba menyesuaikan diri dengan baik dengan hormon-hormon yang baru apabila anda sedang hamil.

Suhu badan yang tinggi

Biasanya bagi wanita yang hamil, suhu badan meningkat. Jika kita sebenarnya sedang berusaha untuk hamil, salah satu infos yang harus kita ketahui ialah memahami suhu badan kita bagi menentukan ovulasi berlaku. Secara umumnya, semasa ovulasi suhu badan kita meningkat sehingga kita mengalami period atau haid 2 minggu berikutnya jika telur kita tidak disenyawakan. Tetapi jika suhu kekal tinggi selepas 2 minggu, mungkin itu menunjukkan usaha kita dan suami untuk hamil telah berjaya. 

Alahan kepada bau-bauan tertentu

Deria sensitiviti kita meningkat sehingga kita amat sensitif kepada bau-bau tertentu. Comtohnya bau badan orang lain atau bau badan suami sendiri yang sebelum ini kita tak kisah pon dan kita suka tetapi tidak ketika kita hamil. Bau suami menyebabkan kita terus muntah. 

Pening atau pengsan

Keadaan ini berlaku kerana kandungan gula dalam darah rendah atau low blood pressure (tekanan darah rendah). Namun ia boleh diatasi dengan pengambilan makanan yang seimbang dan cukup untuk keperluan tubuh seharian dan ianya cepat terhidrasi diakibatkan oleh serangan radikal bebas. 

Sedikit pendarahan 

Kemungkinan terjadi sedikit pendarahan atau bleeding sekiranya kita alami stress atau melakukan aktiviti yang tidak sepatutnya kita lakukan sebagai seorang ibu hamil. Penyebab jadinya keadaan ini disebabkan telur disenyawakan melekat pada
dinding rahim dan menyebabkan pertumpahan darah sedikit. Atau biasa kuta cakap bleeding but just a little atau hanya sedikit.

Lewat haid atau period lewat

Jika kitaran haid kita tetap dan period kita sudah lewat, kita boleh pergin ke farmasi untuk beli pregnancy test ;)

Positive pregnancy test atau ujian kehamilan yang positif

Jika kita sudah pon membuat ujian kehamilan dan mendapati kesan negatif, ia hanya mungkin terlalu awal untuk ujian mengesan. Kita boleh cuba lagi dan dimohon bersabar dan boleh tunggu beberapa hari lagi. Mungkin boleh cuba lagi pada minggu berikutnya untuk buat pregnancy test lagi. Jika kali ini postitif, tahniah! Ni ada 2 gambar yang mana double line menunjukkan ujian kehamilan yang positif dan single line menunjukkan ujian kehamilan yang negatif. Anda yang mana 1?




Okay itulah antara tanda-tanda awal kehamilan bagi seorang wanita. Bagaimana dengan anda? Ada tak anda alami ciri-ciri yang dah kak kenari senaraikan? Jika ada, kak kenari nasihatkan anda supaya menjaga kesihatan. Maklumla anda kini telah berbadan dua dan bakal melahirkan cahaya mata sesudah 9 bulan 10 hari kan. Kandungan anda haruslah juga mendapat zat dan nutrisi yamg secukupnya juga. 

Sekiranya anda mahukan serba sedikit infos mengenai set kehamilan shaklee yang kak kenari tawarkan boleh klik sini ya.

Dijamin harga yang terbaik untuk anda dan konsultansi semuanya dalam pakej kak kenari. Hubungi kak kenari sekarang ;)

Your Shaklee Independent Distributor; 

 Jannah (ID: 910562) 

 Tel/SMS/WhatsApp : 017-4556648

 FB Fanpage & Blog : KenariPutih

 URL Blog: http://kenariputih9727.blogspot.com/

 URL FB Fanpage: http://www.facebook.com/KenariPutih9727

 Email: kenariputih9727@gmail.com





16 comments:

  1. salam
    singgah pagi
    sory x sempat nak komen banyak bz day

    ReplyDelete
  2. terima kasih ilmunya ^_^ ..baru tahu

    ReplyDelete
  3. Hello....nak tnye ne...law rasa kejang,bhgian mna yer?

    ReplyDelete
  4. sis. Kalau time kencing ade klua darah,tu sebab ape ye? Nk ckp priod x pun. sy xpnh lalui mnde nie. tq 😊

    ReplyDelete
  5. Kak..nak Tanya..sya bru sbln kawen..p period sya Dan lmbt smggu..aadkah kmgkinan bsr sya hamil..

    ReplyDelete
  6. salam sis ..sy br je berkhwin n sptut period sy tetap tiap bulan ..tp aritu period lewat n sy ada termakan nenas sedikit n next day ada sdikit bleeding ..n lepas tu da xde ..after 2 weeks ada sedikit bleeding lagi ..n then trus xde smpi hari ni ..lepas 2nd bleeding try buat pregnt test , tp xde result pon .

    ReplyDelete
  7. salam sis ..sy br je berkhwin n sptut period sy tetap tiap bulan ..tp aritu period lewat n sy ada termakan nenas sedikit n next day ada sdikit bleeding ..n lepas tu da xde ..after 2 weeks ada sedikit bleeding lagi ..n then trus xde smpi hari ni ..lepas 2nd bleeding try buat pregnt test , tp xde result pon .

    ReplyDelete
  8. Salam.. Hai sis, sy bru brkhwin masa 13hb dec thn ni, period sy tiap bln mmg teratur, arini da lewat 3hr.. Tp mlm klmarin & pg td ada sdikit bleeding, pkirkn dtg bln da, skali pegi tndas bru td, pad bersih plk..2 mnggu khwin, tak smp sbulan lg, dh blh ckp pregnant ke?

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum..
    Sy nk tumpang tnya..
    Sy dh 5bulan khwin..
    Strt bulan lps sy dh xperiod smpai skrg..
    Sy dh 3kli test prgnt tp still negatif..
    Sblom nie period sy tratur jer..
    Adakah kemungkinan sy prgnt atau ada msalah dalaman???
    sy last period bulan 10..

    ReplyDelete
  10. hi sis kenari ... i nk tnye , i dh lewat period seminggu lbh dan ade jgk rase pening kple brpjangan , mengidam , emosi tak terkawal , dan slera mkn btmbh .... tpi blom bleeding ... i blom buat upt lg..so ada kmungkinan kh i pregnant ??

    ReplyDelete
  11. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  12. Salam sis,kta blh hamil ke jka priod cma dtg 2hri dri kbiasaan 4hri sjak brkhwin ni.dan tarikh brubah awal 2 3ari

    ReplyDelete
  13. Salam sis,kta blh hamil ke jka priod cma dtg 2hri dri kbiasaan 4hri sjak brkhwin ni.dan tarikh brubah awal 2 3ari

    ReplyDelete
  14. salam sis .skrang ni bru sy fhm tntg psitif n ngatif pde alat UPT tu hehe .

    ReplyDelete
  15. salam sis .skrang ni bru sy fhm tntg psitif n ngatif pde alat UPT tu hehe .

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...