Friday 17 May 2013

Vivix Shaklee untuk Tok yang penghidap Kencing Manis

Salam to everyone

Kali ni dah kata promo vivix shaklee. Jadi sekarang kak kenari nak cerita pasal vivix shaklee la. Vivix shaklee ni produk paling power tau!

Antara individu yang boleh kita nak cadangkan menggunakan produk vivix shaklee ni ialah pesakit diabetes atau pesakit kencing manis.

Tok kak kenari memang penghidap diabetes. Dah bertahun-tahun dah. Tok kak kenari ni keluar masuk hospital la dia sebab sakit kencing manis ni. Kaki  dia yang sakit akibat penyakit daibetes pernah disyorkan oleh doktor untuk dipotong. Tok kak kenari dengar-dengar doktor kata nak potong kaki dia terus dia pengsan. Mak kak kenari ni seorang ibu tunggal. Adik beradik mak kak kenari semua 9 orang, semua anak-anak yang lain komitmen pada kerja. Sebab tok kak kenari dah kritikal time tu, mak kak kenari pon masa tu dah tak larat nak bekerja dan dah ambil option pon, mak kak kenari resign la daripada kerja dia di kilang Fairchild Semiconductor (M) di Bayan Lepas. Elok-elok mak kak kenari berhenti kerja, tok kak kenari pon jatuh sakit, maksud kak kenari kaki tok kak kenari ni la. Jadi mak kak kenari la yang jaga tok kak kenari ni. Kesian tok kak kenari. Rumah mak dan tok kak kenari tak jauh daripada rumah kak kenari. Kak kenari boleh kata hari-hari la singgah rumah tok kak kenari jengah mak kak kenari dan tok kak kenari ni.

Hari ke hari penyakit diabetes tok kak kenari yang menyerang kaki tok kak kenari jadi makin teruk. Kaki tok kak kenari ni dah jadi bernanah dah. Pakcik kak kenari, adik mak kak kenari yang second last, anak ke-8 la ni.. mak kak kenari anak tok kak kenari yang kedua, mereka bertiga termasuk tok kak kenari, pergi ke Hospital Besar Pulau Pinang atau biasa orang penang (ni tempat yang jadi nanah tu), doktor cuci kaki tok kak kenari ni. Ish, kak kenari dengar kesian.. tapi apa nak buat.. memang kena buat macam tu la kan..

Sebab kena ulang-alik hospital selalu, dan rumah pulak kat Balik Pulau, nak ulang alik hospital hanya pakcik kak kenari saja yang boleh bawak, selepas perbincangan mak kak kenari dan adik beradik dia yang lain, tok kak kenari dan mak kenari pindah ke Kuala Lumpur rumah bapak sedara kak kenari. Selama dekat setengah tahun la mak kak kenari dan tok kak kenari jadi orang Kuala Lumpur. Sebab mak kak kenari dan tok kak kenari pindah sana sebab kat sana anak-anak tok kak kenari ada seramai 5 orang, jadi dapatla bertukar ganti setiap kali nak bawa tok kak kenari pergi hospital. Dan mak kak kenari pon boleh rest jugak. Tak ada la 24 jam berkepit dengan tok kak kenari.

Sekarang dah lebih 2 tahun dah berlalu, kaki tok kenari ni pon dah sembuh dah. Tapi baru sangat sembuhnya.. yela orang tua kan. Umur tok kak kenari ni dah 74 tahun dah. Sepanjang 2 tahun, 6 bulan mak dan tok kak kenari dok Kuala Lumpur, then dok Penang pulak 1 tahun, 6 bulan lagi tok kak kenari dok Kuala Lumpur dan mak kak kenari pulak dok di Kelantan. Selama setahun kat Penang dulu, kak kenari antara yang bertugas bawak tok kak kenari bila ada checkup/follow up kat GH penang. Ada la dalam 4 kali kot kak kenari bawak dia. Biasala hospital kerajaan ramai orang. Kak kenari menunggu dengan sabar.

Sekarang ni, tok kak kenari dah ok dah kiranya, dah sihat, sihat macam dia la. Nak kata dia masih kuat tu tidak la. Dia masih bertongkat empat. Mak kak kenari pilih nak dok di Kelantan dengan kakak kepada kak kenari sebab nak jaga kakak kak kenari dan baby dia. Dah 6 bulan dah mak  kak kenari dok di Kelantan. Bila cuti sekolah mak kak kenari balik la kampung dia di Balik Pulau Penang ni. Tok kak kenari pon akan balik rumah dia di Balik Pulau ni daripada Kuala Lumpur. Paling lama diorang balik pon 2 minggu la.

Okla, itu la serba sedikit cerita tok kak kenari yang menghidap penyakit diabetes. Selain dia ada sakit diabetes, dia jugak ada sakit jantung dan darah tinggi. Sebab bulan ni promo vivix, buy 6 get 7 kak kenari bercadang nak bagi tok kak kenari vivix ni. Lagipon ingat nak bagi kat ayah dan mak kak kenari jugak. Kak kenari pon nak jugak untuk keremajaan kak kenari. ( ^ - ^ )

Oklah, yang ni saja ok entry kak kenari ni.

Salam sayang semuanya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...