Showing posts with label Barang-barang keperluan Ibu yang dalam berpantang. Show all posts
Showing posts with label Barang-barang keperluan Ibu yang dalam berpantang. Show all posts

Wednesday, 1 January 2014

Tanda-tanda Awal Kehamilan Jika Baru Berkahwin

Assalam and goodday semua. Apa kabar? Kak kenari harap korang sihat selalu ya. Kali ni kak kenari nak cerita tentang tanda-tanda awal kehamilan bagi seorang wanita jika baru berkahwin. Baru? hihi, maksudnya inai di jari pon masih merah dan fresh lagi. Yela baru sebulan berkahwin. Adakah benar telah hamil walaupun baru berkahwin sebulan? Kak kenari pun sampai sekarang nak kata betul-betul pasti kak kenari mengandung pun kak kenari tak boleh nak pastikan. Tapi terdapat banyak tanda-tanda awal kehamilan yang merupakan tanda-tanda kita telah pun mengandung atau sudah berbadan dua. Ok, jom kita tengok tanda-tanda awal kehamilan untuk seorang wanita sama ada sudah lama berkahwin atau yang baru berkahwin seperti berikut:

Sesak nafas 

Sesak nafas ni lebih kurang macam kita rasa nafas kita macam pendek. Kita rasa kita bernafas cepat dan pantas daripada yang biasa kita bernafas. Perkara ini terjadi sebab pada masa ini kita telah pun berkongsi oksigen dengan bayi dalam kandungan kita. Yelah, walaupun pada ketika ini bayi dalam kandungan kita belum status baby lagi kan, mungkin status baby kita tu zigot atau fetus tapi pada masa awal kehamilan kita, kita sebenarnya sudah pun mula berkongsi hidup dengan anak dalam kandungan kita tu. Apalagi, kalau bayi kita semakin membesar, bayi juga mula akan memberikan tekanan ke atas paru-paru dan diafragma kita sebagai ibunya. Namun, kita tak perlu panik pon sebab keadaan ini memang biasa bagi kita sebagai ibu mengandung. Jadi rasa sesak nafas atau nafas pendek tu memang normal bila kita hamil berbadan dua :)

Sakit pada bahagian buah dada atau payudara

Keadaan payudara atau breast kita mula rasa tak selesa. Ini kerana terdapat perubahan saiz pada bahagian payudara. Kita akan rasa buah dada atau breast kita seperti besar saiznya daripada yang biasa, bahagian aerolas makin gelap dan urat-urat pada breast kita makin jelas kelihatan seperti urat yang menegang. Pada waktu ini, sepatutnya kita mula menukar saiz bra kita untuk memberi lebih keselesaan pada payudara kita.

Keletihan atau berasa letih

Kita cepat berasa letih apabila membuat sesuatu aktiviti. Ini kerana tindakbalas kepada hormon yang semakin meningkat dalam badan kita. Bagi kebanyakan wanita, keletihan biasanya hanya ketika melalui trisemester pertama kehamilan, tetapi apabila telah masuk trisemester kedua, wanita mula dapat menyesuaikan diri dengan keadaan diri mereka yang hamil. 

Loya atau mual

Kebanyakan wanita hamil mula mengalami loya apabila kehamilan mencecah usia 6 minggu. Biasanya rasa loya dan muntah ini akan reda apabila masuk fasa trisemester kedua kehamilan. Dalam masa trisemester pertama, sebgai ibu hamil kita hendaklah cuba untuk makan makanan yang memenuhi keperluan tubuh kita. Jangan biarkan perut kosong terlalu lama kerana perut kita pada ketika kehamilan trisemester pertama ini mudah masuk angin.

Kencing yang kerap

Sekiranya kita mula rasa seperti kencing tidak puas dan mula kerap ke toilet juga menunjukkan tanda-tanda kita hamil. Semasa mengandung, badan kita akan menghasilkan cecair tambahan yang mana kita akan kerap ke toilet untuk membuang air kecil akibat penghasilan cecair tambahan tersebut. Pada ketika ini kita sepatutnya peru banyak berehat.

Sakit kepala atau pening kepala

Sakit kepala atau pening kepala adalah merupakan tanda awal kehamilan. Sakit kepala terjadi kerana terdapat perubahan hormon. Sekiranya kita sakit kepala, sebelum kita mengambil apa-apa ubat untuk meredakan sakit kepala tersebut seharusnya kita mendapatkan nasihat doktor terlebih dahulu bagi memastikan ubat yang diambil oleh kita adalah dos yang selamat untuk ibu hamil.

Sakit belakang

Ibu hamil mula berasa sakit belakang. Keadaan ini berlaku kerana berat badan kita mula bertambah.

Cram atau berasa kejang/kekejangan

Ibu hamil mungkin berasa seperti kejang. Ini disebabkan rahim mula menegang untuk menyediakan ruang bagi bayi membesar

Mengidam atau boleh jadi alahan makanan tertentu

Wanita yang hamil adakalanya mengidam untuk makan atau inginkan sesuatu dimana menurut orang-orang tua seharusnya keinginan itu dipenuhi oleh sang suami kerana mengelakkan bayi dalam kandungan kempunan. Atau selain itu, ibu hamil mengalami alahan pada makanan-makanan tertentu semasa proses awal kehamilan.

Sembelit atau kembung

Keadaan ini disebabkan hormon progesteron meningkat apabila kita hamil. Sistem pencernaan kita juga berlaku perlahan oleh peningkatan hormon ini. Berat badan kita jiga akan bertambah.

Mood swing atau moody

Banyak moody? Hihi.. Keadaan moody-moody ni juga menandakan anda sedang hamil. Jika anda terlebih emosi atau terlampau emosional, ini mungkin kerana badan anda sedang cuba menyesuaikan diri dengan baik dengan hormon-hormon yang baru apabila anda sedang hamil.

Suhu badan yang tinggi

Biasanya bagi wanita yang hamil, suhu badan meningkat. Jika kita sebenarnya sedang berusaha untuk hamil, salah satu infos yang harus kita ketahui ialah memahami suhu badan kita bagi menentukan ovulasi berlaku. Secara umumnya, semasa ovulasi suhu badan kita meningkat sehingga kita mengalami period atau haid 2 minggu berikutnya jika telur kita tidak disenyawakan. Tetapi jika suhu kekal tinggi selepas 2 minggu, mungkin itu menunjukkan usaha kita dan suami untuk hamil telah berjaya. 

Alahan kepada bau-bauan tertentu

Deria sensitiviti kita meningkat sehingga kita amat sensitif kepada bau-bau tertentu. Comtohnya bau badan orang lain atau bau badan suami sendiri yang sebelum ini kita tak kisah pon dan kita suka tetapi tidak ketika kita hamil. Bau suami menyebabkan kita terus muntah. 

Pening atau pengsan

Keadaan ini berlaku kerana kandungan gula dalam darah rendah atau low blood pressure (tekanan darah rendah). Namun ia boleh diatasi dengan pengambilan makanan yang seimbang dan cukup untuk keperluan tubuh seharian dan ianya cepat terhidrasi diakibatkan oleh serangan radikal bebas. 

Sedikit pendarahan 

Kemungkinan terjadi sedikit pendarahan atau bleeding sekiranya kita alami stress atau melakukan aktiviti yang tidak sepatutnya kita lakukan sebagai seorang ibu hamil. Penyebab jadinya keadaan ini disebabkan telur disenyawakan melekat pada
dinding rahim dan menyebabkan pertumpahan darah sedikit. Atau biasa kuta cakap bleeding but just a little atau hanya sedikit.

Lewat haid atau period lewat

Jika kitaran haid kita tetap dan period kita sudah lewat, kita boleh pergin ke farmasi untuk beli pregnancy test ;)

Positive pregnancy test atau ujian kehamilan yang positif

Jika kita sudah pon membuat ujian kehamilan dan mendapati kesan negatif, ia hanya mungkin terlalu awal untuk ujian mengesan. Kita boleh cuba lagi dan dimohon bersabar dan boleh tunggu beberapa hari lagi. Mungkin boleh cuba lagi pada minggu berikutnya untuk buat pregnancy test lagi. Jika kali ini postitif, tahniah! Ni ada 2 gambar yang mana double line menunjukkan ujian kehamilan yang positif dan single line menunjukkan ujian kehamilan yang negatif. Anda yang mana 1?




Okay itulah antara tanda-tanda awal kehamilan bagi seorang wanita. Bagaimana dengan anda? Ada tak anda alami ciri-ciri yang dah kak kenari senaraikan? Jika ada, kak kenari nasihatkan anda supaya menjaga kesihatan. Maklumla anda kini telah berbadan dua dan bakal melahirkan cahaya mata sesudah 9 bulan 10 hari kan. Kandungan anda haruslah juga mendapat zat dan nutrisi yamg secukupnya juga. 

Sekiranya anda mahukan serba sedikit infos mengenai set kehamilan shaklee yang kak kenari tawarkan boleh klik sini ya.

Dijamin harga yang terbaik untuk anda dan konsultansi semuanya dalam pakej kak kenari. Hubungi kak kenari sekarang ;)

Your Shaklee Independent Distributor; 

♥ Jannah (ID: 910562) 

♥ Tel/SMS/WhatsApp : 017-4556648

♥ FB Fanpage & Blog : KenariPutih

♥ URL Blog: http://kenariputih9727.blogspot.com/

♥ URL FB Fanpage: http://www.facebook.com/KenariPutih9727

♥ Email: kenariputih9727@gmail.com





Sunday, 9 December 2012

Barang-barang keperluan Ibu yang dalam berpantang

Dalam pantang sebenarnya kita dinasihatkan untuk tidak kemana-mana dan duduk sahaja di rumah selama 44 hari.. Bagi kak, kak memang berkuarantin sahaja di rumah. Pernah kak keluar ubah kereta kak, tok kak nampak, terus dia sound kak. Hehe.. dia siap ceramah kat kak, kata dia, jaga diri elok2, laki ni dia leh cari lain, esok kita kesihatan dah xelok, laki pon dah xmau... hih, berbisa gak tu..

okle, jom tengok barang-barang keperluan ibu berpantang:
  1. Pam susu. Kalo ada budget, beli terus yang double pumping tu, yang letrik punya. Tak rugi punya. Kak punya masa anak kedua ni kak beli pam spectra double pumping. Memang berjasa sungguh pam tu masa berpantang dulu. Kak ingat lagi kak beli set. Oleh sebab kak kekangan bajet, so kak main kutu online. Bayar sebulan rm100. One set kak beli skali dgn postage dalam rm615. masa tu thn 2010.Sekarang ni maybe kos dia lebih kurang jugak. Nak murah, kita kena beli masa ada offer la, tapi yang tu cash. Kutu-kutu ni takder yer kak rasa la. Maybe ada? sila google.
  2. Baju tshirt. Kak masa pantang banyak rembat husband kak punya tshirt. Senang pakai tshirt nak selak2 kan nak bg susu badan. Angin pon masuk banyak
  3. Nursing bra. Kak ada 3 jer kot. Lain semuanya bra biasa... haha... kak taram jer. tapi nursing bra lagi elok, pasal xdek ler rosak bra yg biasa tu. hehe... Sila beli bra yang size besar yer, agak2 le kan breast kita nanti akan mengembang besar mana dgn badan kita nih, haha... breast kita akan mengembang sebab breast aktif memproduce susu buat si comel kita kan... 
  4. Susu tepung. Kita kena minum jugak susu ni.. if tak mahu minum, boleh jer... banyak pilihan yang lain untuk banyakkan susu badan kita. Contohnya ESP shaklee le. Tu pon kalau nak sedap minum ESP tu, boleh minum dengan susu n milo ok. Susu dah sure2 akan pekat ok, n si kecil pon kenyang lama lagi.. jadi leh le dia tdor lebih nyenyak lagi. Masa anak kak yang pertama kak just minum susu anmum, anak kedua pulak kak minum susu kambing hi-goat.
  5. Kain batik. Kak bersalin ceasarian so pilihan kak memang kain batik jer masa dalam pantang sampai le kak rasa yakin tempat ceasar kak tu ok then baru kak pakai seluar. Kak suka pakai seluar yang longgar2.. tak berapa minat nak pakai kain batik.
  6. Pad.. sediakan pad macam kita datng period tip2 bulan tu. sediakan le banyak pon takpa. kak beli 2 bungkus or 3 bungkus kot. Kak bersalin ceasarian, so darah nifas lepas bersalin tu dalam 30-35 hari dah habes kot. kak dah tak ingat. Pulak kak rajin breastfeed anak kak, so memang lagi cepat kering le kan... Kes ni ikot orang jugak, sebab masa anak pertama kak, rasa kak lagi lama kak cuti sembahyang... so setiap orang tak sama, ada yang sampai 2 bulan pon ada baru leh sembahyang.
  7. Pati ikan haruan... kak minum dalam 7 botol semasa kak berpantang.. brand polleney. brand lain pon ada jugak. boleh pilih jer. polleney ada iklan kat tv dulu, adik qaleesya n mak dia, pelakon wan nor azlin tu. 1 hari 1 botol. kak minum masa malam, masa isyak kot. lepas tu kak makan utk malam. Alhamdulillah luka ceasar kak pon semboh dgn izinNya... so kak pon lepas tu boleh le pakai seluar n tak berkain batik lagi dah. seluar kak yang longgar, seluar siam tu..haha... masa pantang tak keuar pi mana, kebetulan kakak siam yang selalu datang meniaga kat kpg kak datang pomot brg2 dia, so kak soping dgn dia je ler... hihi
  8. Set berpantang... ada banyak brand pilihan utk set berpantang ni.. mustika ratu, amway, shaklee, nona  roguy, tanamera n macam2 lagi... Sekarang kak jual shaklee, banyak membe kak, kak rekemen shaklee jer, esp n alfafa dulu masa berpantang ni.. Masa kak berpantang anak pertama kak beli set berpantang amway, malangnyer kak tak guna pon. membazir jer.. rm250 kak dapat member price, dgn member kak yang prihain n baik hati tu. So berpantang anak yang kedua kak tak beli pon set berpantang, malas kak nak labor duit kak lagi nak beli amway lagi, haha... sebab kak dah labor beli double pumping spectra n jgk bayar upah orang yang datang mandikan baby kak, hihi...
  9. Orang urut... jangan lupa yer cari siap2 makcik yang nak mai urut kita masa dalam pantang nanti.. kak urut pada hari yang ke-21 sebab kak bersalin ceasarian. seronok lepas urut. rasa ringan sikit badan ni. yela dalam pantang ni letih, nak tengok anak yang dah ada, nak tengok baby.... kak berurut 3 hari berturut-turut dengan makcik urut kesayangan kak, hihi
  10. Mandian herba... kalo ada dijual leh le beli. kak beli jugak masa anak pertama. ada dalam set bersalin amway tu. sekarng ni memang ada jual online mandia herba tu. anak kedua kak, kak takdak mandi ler dengan mandian herba ni, tetapi setiap hari pagi petang memang kak mandi dgn air panas water heater jer.. yang tu kak memang dah dah pasang siap2 kat rumah mak kak dari kak bujang2 lagi.. kat kpg kak air sejuk weh... tengah hari kalo kak mandi pon on heater... hehe
  11. Stokin.. masa pantang kena pakai stokin, sebab kalo tak pakai nanti badan senang masuk angin.. kak, kalo malam kak pakai, siang jarang2 pakai.. hihi.. tapi adik-adikku pakai yer.. lagi bagus pakai stokin daripada tak pakai..
  12. Getah rambut.. yang ni pon ada.. hehe.. rambut pon kena ikat cekang2.. ikat kuat2.. baru angin tak masuk dalam kepala tu.. baru bebas or kurang sikit sakit kepala tu..
Ok cukup kot, rasanya yang tu je le, yang penting2 yang kak ingat memang kena ada. 

Harap bolehlah dijadikan panduan ye.


Dah baca entry ini, :) , LIKE fanpage kami KenariPutih kat sebelah ni ya! dan Menangi voucher RM60! Maklumat lanjut tentang voucher sila klik kat sini




Lagi entry berkaitan ibu hamil:

Link 1 - Lagi berkaitan ibu hamil

Link 2 - Lagi berkaitan ibu hamil

Link 3 - Lagi berkaitan ibu hamil





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...