Showing posts with label Barang-barang keperluan baby yang baru lahir. Show all posts
Showing posts with label Barang-barang keperluan baby yang baru lahir. Show all posts

Wednesday, 1 January 2014

Tanda-tanda Awal Kehamilan Jika Baru Berkahwin

Assalam and goodday semua. Apa kabar? Kak kenari harap korang sihat selalu ya. Kali ni kak kenari nak cerita tentang tanda-tanda awal kehamilan bagi seorang wanita jika baru berkahwin. Baru? hihi, maksudnya inai di jari pon masih merah dan fresh lagi. Yela baru sebulan berkahwin. Adakah benar telah hamil walaupun baru berkahwin sebulan? Kak kenari pun sampai sekarang nak kata betul-betul pasti kak kenari mengandung pun kak kenari tak boleh nak pastikan. Tapi terdapat banyak tanda-tanda awal kehamilan yang merupakan tanda-tanda kita telah pun mengandung atau sudah berbadan dua. Ok, jom kita tengok tanda-tanda awal kehamilan untuk seorang wanita sama ada sudah lama berkahwin atau yang baru berkahwin seperti berikut:

Sesak nafas 

Sesak nafas ni lebih kurang macam kita rasa nafas kita macam pendek. Kita rasa kita bernafas cepat dan pantas daripada yang biasa kita bernafas. Perkara ini terjadi sebab pada masa ini kita telah pun berkongsi oksigen dengan bayi dalam kandungan kita. Yelah, walaupun pada ketika ini bayi dalam kandungan kita belum status baby lagi kan, mungkin status baby kita tu zigot atau fetus tapi pada masa awal kehamilan kita, kita sebenarnya sudah pun mula berkongsi hidup dengan anak dalam kandungan kita tu. Apalagi, kalau bayi kita semakin membesar, bayi juga mula akan memberikan tekanan ke atas paru-paru dan diafragma kita sebagai ibunya. Namun, kita tak perlu panik pon sebab keadaan ini memang biasa bagi kita sebagai ibu mengandung. Jadi rasa sesak nafas atau nafas pendek tu memang normal bila kita hamil berbadan dua :)

Sakit pada bahagian buah dada atau payudara

Keadaan payudara atau breast kita mula rasa tak selesa. Ini kerana terdapat perubahan saiz pada bahagian payudara. Kita akan rasa buah dada atau breast kita seperti besar saiznya daripada yang biasa, bahagian aerolas makin gelap dan urat-urat pada breast kita makin jelas kelihatan seperti urat yang menegang. Pada waktu ini, sepatutnya kita mula menukar saiz bra kita untuk memberi lebih keselesaan pada payudara kita.

Keletihan atau berasa letih

Kita cepat berasa letih apabila membuat sesuatu aktiviti. Ini kerana tindakbalas kepada hormon yang semakin meningkat dalam badan kita. Bagi kebanyakan wanita, keletihan biasanya hanya ketika melalui trisemester pertama kehamilan, tetapi apabila telah masuk trisemester kedua, wanita mula dapat menyesuaikan diri dengan keadaan diri mereka yang hamil. 

Loya atau mual

Kebanyakan wanita hamil mula mengalami loya apabila kehamilan mencecah usia 6 minggu. Biasanya rasa loya dan muntah ini akan reda apabila masuk fasa trisemester kedua kehamilan. Dalam masa trisemester pertama, sebgai ibu hamil kita hendaklah cuba untuk makan makanan yang memenuhi keperluan tubuh kita. Jangan biarkan perut kosong terlalu lama kerana perut kita pada ketika kehamilan trisemester pertama ini mudah masuk angin.

Kencing yang kerap

Sekiranya kita mula rasa seperti kencing tidak puas dan mula kerap ke toilet juga menunjukkan tanda-tanda kita hamil. Semasa mengandung, badan kita akan menghasilkan cecair tambahan yang mana kita akan kerap ke toilet untuk membuang air kecil akibat penghasilan cecair tambahan tersebut. Pada ketika ini kita sepatutnya peru banyak berehat.

Sakit kepala atau pening kepala

Sakit kepala atau pening kepala adalah merupakan tanda awal kehamilan. Sakit kepala terjadi kerana terdapat perubahan hormon. Sekiranya kita sakit kepala, sebelum kita mengambil apa-apa ubat untuk meredakan sakit kepala tersebut seharusnya kita mendapatkan nasihat doktor terlebih dahulu bagi memastikan ubat yang diambil oleh kita adalah dos yang selamat untuk ibu hamil.

Sakit belakang

Ibu hamil mula berasa sakit belakang. Keadaan ini berlaku kerana berat badan kita mula bertambah.

Cram atau berasa kejang/kekejangan

Ibu hamil mungkin berasa seperti kejang. Ini disebabkan rahim mula menegang untuk menyediakan ruang bagi bayi membesar

Mengidam atau boleh jadi alahan makanan tertentu

Wanita yang hamil adakalanya mengidam untuk makan atau inginkan sesuatu dimana menurut orang-orang tua seharusnya keinginan itu dipenuhi oleh sang suami kerana mengelakkan bayi dalam kandungan kempunan. Atau selain itu, ibu hamil mengalami alahan pada makanan-makanan tertentu semasa proses awal kehamilan.

Sembelit atau kembung

Keadaan ini disebabkan hormon progesteron meningkat apabila kita hamil. Sistem pencernaan kita juga berlaku perlahan oleh peningkatan hormon ini. Berat badan kita jiga akan bertambah.

Mood swing atau moody

Banyak moody? Hihi.. Keadaan moody-moody ni juga menandakan anda sedang hamil. Jika anda terlebih emosi atau terlampau emosional, ini mungkin kerana badan anda sedang cuba menyesuaikan diri dengan baik dengan hormon-hormon yang baru apabila anda sedang hamil.

Suhu badan yang tinggi

Biasanya bagi wanita yang hamil, suhu badan meningkat. Jika kita sebenarnya sedang berusaha untuk hamil, salah satu infos yang harus kita ketahui ialah memahami suhu badan kita bagi menentukan ovulasi berlaku. Secara umumnya, semasa ovulasi suhu badan kita meningkat sehingga kita mengalami period atau haid 2 minggu berikutnya jika telur kita tidak disenyawakan. Tetapi jika suhu kekal tinggi selepas 2 minggu, mungkin itu menunjukkan usaha kita dan suami untuk hamil telah berjaya. 

Alahan kepada bau-bauan tertentu

Deria sensitiviti kita meningkat sehingga kita amat sensitif kepada bau-bau tertentu. Comtohnya bau badan orang lain atau bau badan suami sendiri yang sebelum ini kita tak kisah pon dan kita suka tetapi tidak ketika kita hamil. Bau suami menyebabkan kita terus muntah. 

Pening atau pengsan

Keadaan ini berlaku kerana kandungan gula dalam darah rendah atau low blood pressure (tekanan darah rendah). Namun ia boleh diatasi dengan pengambilan makanan yang seimbang dan cukup untuk keperluan tubuh seharian dan ianya cepat terhidrasi diakibatkan oleh serangan radikal bebas. 

Sedikit pendarahan 

Kemungkinan terjadi sedikit pendarahan atau bleeding sekiranya kita alami stress atau melakukan aktiviti yang tidak sepatutnya kita lakukan sebagai seorang ibu hamil. Penyebab jadinya keadaan ini disebabkan telur disenyawakan melekat pada
dinding rahim dan menyebabkan pertumpahan darah sedikit. Atau biasa kuta cakap bleeding but just a little atau hanya sedikit.

Lewat haid atau period lewat

Jika kitaran haid kita tetap dan period kita sudah lewat, kita boleh pergin ke farmasi untuk beli pregnancy test ;)

Positive pregnancy test atau ujian kehamilan yang positif

Jika kita sudah pon membuat ujian kehamilan dan mendapati kesan negatif, ia hanya mungkin terlalu awal untuk ujian mengesan. Kita boleh cuba lagi dan dimohon bersabar dan boleh tunggu beberapa hari lagi. Mungkin boleh cuba lagi pada minggu berikutnya untuk buat pregnancy test lagi. Jika kali ini postitif, tahniah! Ni ada 2 gambar yang mana double line menunjukkan ujian kehamilan yang positif dan single line menunjukkan ujian kehamilan yang negatif. Anda yang mana 1?




Okay itulah antara tanda-tanda awal kehamilan bagi seorang wanita. Bagaimana dengan anda? Ada tak anda alami ciri-ciri yang dah kak kenari senaraikan? Jika ada, kak kenari nasihatkan anda supaya menjaga kesihatan. Maklumla anda kini telah berbadan dua dan bakal melahirkan cahaya mata sesudah 9 bulan 10 hari kan. Kandungan anda haruslah juga mendapat zat dan nutrisi yamg secukupnya juga. 

Sekiranya anda mahukan serba sedikit infos mengenai set kehamilan shaklee yang kak kenari tawarkan boleh klik sini ya.

Dijamin harga yang terbaik untuk anda dan konsultansi semuanya dalam pakej kak kenari. Hubungi kak kenari sekarang ;)

Your Shaklee Independent Distributor; 

♥ Jannah (ID: 910562) 

♥ Tel/SMS/WhatsApp : 017-4556648

♥ FB Fanpage & Blog : KenariPutih

♥ URL Blog: http://kenariputih9727.blogspot.com/

♥ URL FB Fanpage: http://www.facebook.com/KenariPutih9727

♥ Email: kenariputih9727@gmail.com





Sunday, 9 December 2012

Barang-barang keperluan baby yang baru lahir

Persediaan menyambut baby baru... newborn.. cahaya mataku...

Listing untuk barang keperluan baby yang baru lahir:

  1. Baju baby... Ada 4 pilihan. Baju lengan pendek, baju xdak lengan, baju lengan panjang. Siang time boleh pakaikan dia baju lengan pendek or baju yang tak ada lengan. N pakaikan ler dengan sluar pendek. Sian kan panas. Malam pulak pakaikan baju lengan panjang or lengan pendek pon boleh . N pakaikan dengan seluar panjang. Ini boleh didapati di supermarket/pasaraya mcm kat penang tempat kak ni, antara tempat yang best utk soping newborn baby di tesco, sunshine square n jaya jusco, queensbay. kak banyak beli baju kale putih sbb tok kak kata kalo baby pakai baju color putih, senang kita nak tengok kalo ada semut ka, or binatang halus yang sibok nak merayap kat baby kita yer.

  2. Lampin baby... biasa kat supermarket jual dalam bundle 10-12. Brand Anakku.. n macam2 lagi brand kak rasa. Lampin ni kita boleh buat kain utk bedung baby. Kain ni nipis jer, kalo siang-siang tak mau baby kita terkejut so kita boleh bedung baby dgn lampin jer. Kalo baby terkejut nanti dia menangis le kan.. hehe.. so kena pujuk dia bagi dia cool semula..

  3. Tuala baby. buat apa lagi le kan tuala baby ni, pasti le untuk mandikan dia kan, hehe

  4. Barut baby. Kalo barut kak suka soping online, sebab barut online lagi puashati le kak ingat. Or boleh jer upah soh orang jahit jugak. Kat supermarket pon ada barut ni, tapi ianya kecik sangat n pendek kebanyakannya tu. Barut ni penting untuk baby sebab perot baby senang masuk angin. So, bila pakaikan baby dengan barut, kurang le sikit anginnyer tu. baby pon selesa n tak banyak meragam.

  5. Minyak telon ataupon minyak yuyi. Eh macam salah jer yer spelling tu.. Minyak telon baby. Untuk baby yang baru beberapa hari lahir kita biasa sapu minyak telon. Sapu bawah tapak kaki dia, kat ari-ari dia n kat perut dia. kat betis dia pon boleh sapu jugak. Minyak telon ni pon ada banyak brand jugak. Boleh pilih jer yer. Kak biasa guna yang ni.. (spt gambar) n kak jugak sediakan minyak yuyi sebab minya yuyi ni memang membantu menghindarkan baby drpd dijangkiti selsema. Kalo nak sapu minyak yuyi ni kat baby hati-hati yer minyak yuyi ni panas sikit, kulit baby halus mulus lagi, so sapu sikit2 n layang2 sudah yer. 

  6. Wet tissue. Tisu basah ni perlu okay, sebab kalo baby kencing or berak, kita just salin pampers baby jer guna wet tissue, tak payah bawak baby pi toilet. Bukan baby berak banyak n kencing banyak pon. Tapi kalo tahi dia banyak bwk le p toilet yer. lebih afdal kan, hihi. Brand yang kak rekemen, brand Anakku.

  7. Bekas spray air.. spt dalam gambar. buat apa lagi la spray air ni. mestila nak spray ke anu baby time dia kencing n berak n then guna wet tissue le kasi bersih. Awas yer masa guna wet tissue tu, kita kena tgk jugak, takot2 kulit baby ni dia melecet kalo dia kerap berak n kencing. So, sediakan cream utk repair semula skin dia yang nak melecet tu. 

  8. Cream ... Ada banyak brand cream. Kak beli kat farmasi cream tu dlm bekas yang kecik tu. harga dia, rm4 mcm tu. Or ada orang just letak drapolene cream, cream pureen yg warna merah pink tu or johnson cream yang kale biru tu. Tgk le mana-mana cream yang sesuai n ok dgn kulit baby. Or boleh ambil or beli kat klinik jer kalo tak nak beli kat farmasi. 

  9. Lapik getah or changing mat .. buat lapik le. masa nak tukar pampers baby tu.. tgk kat gambar ok rupaya dia. kak dah google dah image2 berkenaan. 

  10. Baby cot... atau katil baby. Kalo anak pertama kak ingat tak payah kot. Kalo anak kedua maybe patut ada, baby cot ni choice lah. Ada pon takpa, takdak pon takpa. Sama macam buai, car seat, stroller, semuanya bergantung kepada keperluan. Anak kedua kak, kak beli baby cot tu pasal kak dah baca dah anak pertama kak suka kiss adik dia. Adik dia dok dalam baby cot, so jarang le dia nak kiss adik dia kan. sebab dia xsampai nak masuk dlm baby cot. awal anak kak dapat adik. umur lagi sebulan nak masuk 2 tahun, adik pon keluar le melihat dunia. Masa adik tdor, dia dapat tgk je ler adiknyer... hehe.. sian dia xdapat nak kiss adik, ibunya tak bagi pasal kekerapan adiknyer di kiss akan membuatkan adik lena daripada tdor.. mula le kan... nak melekat jer dgn mommy ni..dgn abg pon mula le kan nak manja2 lagi.. tak dapat le mommy nak berehat..

  11. Sarung tangan n sarung kaki baby... baby dalam pantang better pakaikan sarung tangan n sarung kaki ni sebab dipakaikan ialah selain jari jemari dia yang maybe boleh mencakar wajah2 dia, dipakaikan atas sebab angin leh masuk nanti n kembungkan perot baby. ye ker? kak pakaikan jer masa time pantang, siang malam...

  12. Car seat ... pilihan... kak ada, sebab bila kak dah keja, kak letak anak kak dalam car seat n hantar dia ke rumah pengasuh

  13. Buaian... pilihan.. kak ada, yg letrik punya, nyenyak anak kak tdor.. dari dalam pantang dia tdor dlm buai.. orang kata tak elok tdor buai letrik ni.. apapon kita kena pastikan baby kita sentiasa selamat dengan penggunaan buaian ni. sila search apa yang patut kita buat untuk pastikan buai baby selamat. Kak belum ada lagi entry pasal ni, kak akan buat entry pasal buaian letrik ni..

  14. Cotton buds yang saiz kecil... utk bersihkan telinga baby n maybe pusat dia jugak ok after pusat baby dah luruh. N hidung dia jugak... kena bersihkan kot2 ada tahi hidung n hingus kan ...

  15. Minyak gamat... standby if baby or mak baby ke yang masuk or naek hangin.. hihi

  16. Espirit... kak tak sure spelling dia, tapi ni macam cecair liquid le kan, kita sapu kat pusat baby ok, bila alat yang kepit pusat dia tu dah tertanggal or kita biasa ckp pusat dia dah luruh, sebab kita nak make sure pusat dia bersih n bebas drpd dijangkiti kuman or nanah ke.. Biasa after kita bersalin, kita mintakle kat doctor or nurse. Biasa memang nurse bagi. Or kita boleh beli kat farmasi or klinik. Bagitau le kat pharmacist or nurse kat klinik tu dia tau punya.

  17. Micozol cream.. kak jgk tak berapa sure ada tak nama lain bagi cream ni. tapi kak biasa spare micozol cream ni kat baby kak masa kak dalam pantang sebab bila kita susukan baby dekat lidah n dalam mulut baby nanti akan ada bekas susu kita or susu fm yang dia minum, ada 2 cara nak hilangkan bekas susu tu, 1 kita bg dia air masak sikit. n 1 lagi kita sapu sikit micozol cream ni kat lidah dia. Biasa baby yang fully bf dia memang tak nak minum air masak, dia nak susu mak dia jer... hihi.. bijak betul baby ni kan...

  18. Botol susu.. botol susu ni biasa ada 3 saiz, 60 ml, 120 ml n 240 ml. baby yang baru lahir, biasa kita bagi dia minum susu sikit jer. Kalo kita perah susu kita n then kita letak dalam botol susu, just kita bagi dia botol susu yang kecil dlm 60ml tu pon dah mencukupi, ini cuma terpakai ketika baby dalam umur 1-15 hari macam tu. Bila lepas tu, dia dah mula minum banyak susu. Susu badan pon kan main lagi dia minum. Sampai letih le ibunya dia bergayut.. so, botol susu kena tukar le kan.. 120 ml pulak le kan.

  19. Puting botol susu jangan lupa.

  20. Berus untuk basuh botol susu.

  21. Minyak zaitun or olive oil... ni kena ada jugak, utk sapukan pada kulit baby n belakang telinga baby. Kadang2 belakang telinga baby ada macam kerak2 sikit. So kita sapu minyak zaitun bagi kerak tu lembut n lama2 dia tanggal le sendiri. Jangan kita cabut, leh berdarah nanti telinga baby sebab ada kerak tu maybe melekat kat telinga baby.

  22. Pampers new born... paling penting sekali ni yer... buat apa lagi.. beli saiz newborn utk baby yang baru lahir ni. lepas size newborn, pampers size S, then size M, size L, size XL. ikot le yer baby besar mana. Baby dalam pantang biasa pakai size newborn then dia pakai size S.

  23. Cloth diaper... ni utk baby yang mana mak dia nak pakaikan anak dia dgn cloth diaper. Banyak jual online, cantik2 belaka coraknyer.. boleh google sajer yer... Kak tak pakaikan anak kak dgn cloth diaper ni pasal kak xrajin nak membasuhnyer. Pilihan kak lampin pakai buang. Tapi cloth diaper ni pon bagus jugak yer. Kalo berkeinginan nak pakaikan baby cloth diaper, sila google saja yer. Cloth diaper ni boleh jimatkan duit kita beli pampers. hihi. Tapi kena rajin ler membasuhnyer.

  24. Susu spare, tin kecik jer. Susu ni buat spare je yer.. baby dalam pantang lagi elok kalo minum susu badan ibunya sahaja. Lagi mak dia produce banyak susu lagi le tak payah langsung nak bagi anak dia susu formula. Kak memang kak spare. Anak kak masa dalam pantang memang kak banyak bagi dia susu badan. Kak ada bagi jugak susu formula. Tak habis pon susu formula tin yang kecik tu sebab anak kak banyak minum susu badan lagi semsa kak dalam pantang.

  25. Pam susu. Kalo ada budget, beli terus yang double pumping tu, yang letrik punya. Tak rugi punya. Kak punya masa anak kedua ni kak beli pam spectra double pumping. Memang berjasa sungguh pam tu masa berpantang dulu. Kak ingat lagi kak beli set. Oleh sebab kak kekangan bajet, so kak main kutu online. Bayar sebulan rm100. One set kak beli skali dgn postage dalam rm15. masa tu thn 2010.Sekarang ni maybe kos dia lebih kurang jugak. Nak murah, kita kena beli masa ada offer la, tapi yang tu cash. Kutu-kutu ni takder yer kak rasa la. Maybe ada? sila google.
Eh, dah no.25? no. 25 tu sebenarnya keperluan ibunya, bukan anaknya... ok jom tgk seterusnya keperluan ibunya pula... sila klik...


Dah baca entry ini, :) , LIKE fanpage kami KenariPutih kat sebelah ni ya! dan Menangi voucher RM60! Maklumat lanjut tentang voucher sila klik kat sini





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...