Tuesday 24 December 2013

Panduan memilih Set Bersalin Ketika Berpantang

Assalam and good day semua. Baiklah kak kenari harap hari ni anda semua sihat sejahtera hendakNya. Ok kali ni kak kenari nak cerita berkenaan panduan memilih set bersalin. Yelah macam mana kita nak memilih set bersalin yang terbaik dan sesuai untuk kita ketika kita berpantang nanti.

Sekarang ni memang banyak sangat set bersalin di pasaran. Ada set bersalin shaklee, set bersalin salindah, set bersalin tanamera, set bersalin HPA, set bersalin nona roguy, set bersalin mustika ratu dan banyak lagi la kan. Tu yang glamer la, yang tak glamer macam yang guna air akar kayu la pon ada jugak. Semuanya ada kelebihan dan kebaikan masing-masing.

Untuk ibu-ibu baru bagaimana anda memilih set bersalin ketika anda melalui hari berpantang? Kak kenari masa anak yang pertama dulu memang kak kenari pon blur mana satu nak pilih. Macam-macam juga yang direcommend oleh kawan-kawan. Tapi antara yang selalu kita consider bab harga la kot. Pernah masa anak kedua kak kenari ingat nak ambil set bersalin akar kayu saja. Tapi bila kak kenari baca review, rasa mcm payah pula keadaan kak kenari bila dalam pantang.

Masa kak kenari berpantang yang jaga kak kenari ialah mak kak kenari. Mak kak kenari pon dah berusia dah. Dari segi macam mandi air akar kayu ka memang kak kenari tak pernah la nak mandi pon. Kak kenari tak sampai hati nak demand dengan mak kak kenari nak suruh dia rebus air pulak. then angkat air ke, memang tak sanggup. Husband kak kenari pulak memang segalanya dia serahkan pada kak kenari dan mak kak kenari bab-bab berpantang ni. Apa pun bersyukur kan apa yang kita ada :) Agak leceh bagi kak kenari sebab dalam pantang semua aktiviti kita agak terhad. Macam kak kenari bersalin secara pembedahan memang lagi kena jaga diri kan.

Oklah, berbalik pada entry kak kenari tadi, panduan memilih set bersalin

Berikut ialah perkara-perkara yang perlu kita titik beratkan.

Pertama ialah set bersalin tu selamat ke tak untuk baby kita dan untuk kita. Bukan apa, dalam berpantang kita turut menyusukan anak kita. Jadi harusla kita pilih yang selamatkan. Lagi elok bila kita mula berpantang tu kita dah boleh makan dah. Tak perlu kita nak tunggu-tunggu. Maklumla badan kita lemah selepas saja kita melahirkan anak kita. Makanan yang kita boleh makan ketika berpantang pon sangat terhad. Macam contohkita perlu makan makanan-makanan bernutrisi kan untuk memulihkan semula sistem dalaman badan kita. Di masa yang sama kita turut menyusukan anak kita. Baby biasa pada hari-hari awal kelahiran dia ada jaundis. Untuk baby jaundis, kita mesti elakkan makan makanan yg dibuat daripada herba-herba. Sebab biasanya makanan daripada sumber herba ni panas dan membuatkan jaundis baby lambat sembuh. Tapi kalau korang memang perlu makan makanan daripada sumber herba ketika masih berpantang, pastikan ya semuanya dalam dos yang selamat untuk bayi anda.

Yang keduanya, elok juga jika set bersalin tersebut dapat membantu memulihkan luka-luka bersalin dengan cepat. Untuk panduan anda, pastikan dalam set bersalin tersebut juga terdapat produk yang kaya dengan unsur zink dan asid amino. Sebabnya zink dan asid amino ni ialah agen untuk merawat luka-luka bersalin kita. Tak kisahla sama ada kita bersalin secara pembedahan atau bersalin biasa. Biasa kalau kita bersalin, atau sapa-sapa sajala yang bersalin mesti nak makan ikan haruan kan. Ikan haruan ni memang kaya dengan sumber asid amino dan zink. Tapi kalau ikan haruan pon kita tak boleh makan tiap-tiap hari. Sebab luka yang kering tu hanya kat sebelah luar, yang luka kat dalam dia still ambil masa nak pulih. Jadi penting juga untuk kita beralih kepada suplemen yang kaya dengan asid amino dan zink untuk penyerapan dalam badan kita yang lebih berkesan. lagipon asid amino ni memang diperlukan untuk badan kita. Hanya 9 jenis saja asid amino yang boleh dihasilkan oleh badan kita, yang lain tu kita kena ambil daripada sumber makanan.

Yang ketiganya, yang kita harus pertimbangkan untuk memilih set bersalin ni ialah set bersalin yang dapat membanyakkan air  susu badan kita. Dan bonus lagi kalau kita memilih set bersalin yang boleh memekatkan susu badan kita. Yela dalam pantang ni kita memerlukan rehat yang cukup, kalau baby kita asyik tak puas minum susu kita dan asyik meragam tentulah kita letih dan mula nak naik angin kan. Untuk pekatkan air susu kita tu konsep asas dalam menyusu mesti kita kena ikut dulu. Konsep asas menyusu air mesti cukup kan dalam 3 liter sehari. Macam mula-mula kita ketika berpantang susu kita bukan terus keluar, konsep demand n supply kita kena ikut dulu. Maksudnya kita kena kerap menyusu anak kita secara terus. Bukannya kita guna botol susu kan. Macam kak kenari dulumasa anak kedua memang susu lambat keluar. Kak kenari pulak masa tu memang langsung favorite sangat dengan kopi, walaupun kak kenari minum cukup air tapi susu kak kenari tu masih tak meriah. So-so saja kan. Bila kak kenari berhenti minum kopi dan rajin mengepam susu mula meriah dan boleh buat stok. Ok balik pada cerita tadi tu untuk pekatkan susu, kita mesti ambil makanan yang tinggi protein dan karbohidrat. Protein kalau boleh kita ambil maksima intake. Biar susu kita tu pekat dan baby kita tu kenyang. Makan nasi dengan ikan pon bagus sebab ikan tinggibprotein, nasi pula tinggibkarbohidrat. Jadi lepas makan nasi n ikan dah tentu susu kita tu pekat dan anak kita pon kekenyangan jadi lama la dia akan tidur sebab perut dia kenyang. Untuk set bersalin yang kita pilih tu lagi elok kalau ada juga produk yang boleh membekalkan protein untuk tubuh kita. Kalau boleh pilih protein yang kaya dengan asid amino untuk keperluan tubuh kita. Protein yang kaya dengan asid amino juga banyak fungsinya untuk tubuh badan kita. Ianya turut membantu memulihkan serta membina sel-sel dan tisu-tisu baru untuk tubuh badan kita. Jadi sangat bagus untuk kita juga yang sedang dalam pantang kan. Ketika berpantang banyak sel-sel dan tisu-tisu badan kita yang harus dipulihkan segera agar kita kembali bertenag, sihat dan cergas seperti seorang wanita yang aktif dan menghargai setiap saat hidupnya.

Yang keempat yang harus dijadikan panduan, set bersalin yang boleh membekalkan nutrisi kepada badan kita. Sebabnya makanan kita dalam pantang sangat terhad. Jadi kita memerlukan nutrisi yang cukup untuk kita dapatkan tenaga seharian dan memulihlan sistem badan kita yang telah melalui proses yang penuh kritikal semasa kita berusaha keras melahirkan baby kita ke dunia. Darah kita tentulah banyak yang telah hilang. Untuk mengelakkan muka kita menjadi pucat akibat kekurangan oksigen dalam darah kita, kita perlukan iron atau zat besi yang cukup. Antara makanan yang kaya dengan zat besi ialah sayur bayam merah. Tapi ketika dalam berpantang, bayam merah dikelaskan sebagai tumbihan yang sejuk dan tak semua kita badannya sesuai nak makan bayam merah. Makan makanan yang bersifat sejuk boleh mengakibatkan kita berpotensi untuk mendapat kancing gigi. Kancing gigi patut kita elakkan kerana boleh membawa kepada kematian. Lagi bagus kalau set bersalin yang kita pilih tu lengkap keperluan nutrisinya  untuk kita. Dan secara tak langsung bayi yang kita susukan juga akan mendapat khasiat dan nutrisi apabila menyusu dengan kita. Antara yang kak kenari sarankan, pilih set bersalin yang ada vitamin B, vitamin c, protein, iron atau zat besi, kalsium dan zink. (Klik disini untuk mengetahui fungsi vitamin-vitamin ini)

Yang kelima, kita kenalpasti juga keadaan kita ketika dalam berpantang. Maksud kak kenari tu sapa yang jaga kita. Mak kita ke, mak mertua ke, husband ke atau sapa-sapa la kan yang kita pilih nak jaga kita. Macam kak kenari anak pertama dulu memang rasa dok ingat husband boleh jaga, dan mak kak kenari ketika masa tu tu masih lagi bekerja. Tapi, nasibla bukan husband yang jaga. Alhamdulillah husband kak kenari hantar kak kenari balik rumah mak kak kenari. Yela first time kan, pulak kak kenari bersalin ceasarian, adoi rasa sakit tau kat tempat ceasarian tu. Dalam pantang anak pertama banyak yang kita nak kena sesuaikan diri sebab sebelum ni hidup kita tu dengan husband kita saja. Belum ada baby. Bila baby dah keluar ni, pengurusan masa kita mula-mula tu macam tak terurus sikit sebab baby ni dia pon baru saja kenal dunia. Sebelum ni dia dok dalam rahim kita. Baby pon ambil masa nak sesuaikan diri dia. Minggu pertama dan kedua tu memang macam zombie, hehe.. Pulak baby kena jaundis kan, memang dia suka berjaga malam dan siangnya dia tidur sebab keletihan berjaga malam. Jadi kita sebagai ibuya pon memang tak cukup tidur tau. 

Ok, pasal tadi kenal pasti keadaan kita semasa bersalin. Bukan sebab apa, kalau macam mak kak kenari since dia yang jaga kak kenari ketika dalam pantang, kak kenari tak mahu mak kak kenari ni rasa macam kak kenari ni satu bebanan untuk dia. Dia sudi masak dan urus pasal hal-hal rumah macam mengemas semua pon dah rasa bersyukur sangat dah. Masa anak pertama, kak kenari tak ada upah orang datang rumah bagi mandi baby, memang mak kak kenari yang mandikan. Pulak masa dalam pantang orang pulak rajin datang tengok baby dan kak kenari. Macam tak sangka pulak, hehe.. yela anak pertama kan. Jadi situasi jadi macam kalut. Anak kedua kak kenari upah orang datang bagi mandi. Tapi dari segi bab-bab nak mandi air daun or bertungku memang tak ada. Kalau korang nak mandi air daun semua, dan nak mudah tak perlu rasa nak kena bebankan orang lain, korang boleh pilih set bersalin yang mudah untuk dari segi kita nak makan dan nak uruskan. Boleh sediakan dari awal-awal sebelum kita nak bersalin. Contoh macam korang nak set bersalin yang ada set mandian, cari siap-siap. Online pon ada dah orang yang hanya jual daun saja untuk buat mandian masa kita bersalin. Kalau dari segi nutrisi apa korang nak makan, korang pilih set bersalin dengan distributor yang betul-betul yang boleh guide korang do and donts cara korang nak makan suplemen atau vitamin. Macam kak kenari dulu anak pertama, main taram saja beli sebab dok ingat asalkan ada saja, last-last dah dealer atas dealer tak contact direct dengan orang yang jual tu, yang jual tu pon guide lebih kurang tak ada pon nak nak tanya kita ke apa, dan kak kenari pulak masa tu jenis takut nak makan suplemen, takut anak panas la, takut anak demam la, ending dia langsung kak kenari tak guna apa yang kak kenari dah beli tu. Ada bengkung pon ada set tu. End up bengkung apa semua tak ada gunanya. 

Yang keenam, dari segi penyimpanan dan penggunaan pon sebenarnya perlu dititikberatkan juga. Macam kalau kita pilih set bersalin yang berbentuk suplemen dan vitamin dalam bentuk tablet macam mana packaging dan labelling dia. Ok ke tak ok. Ke macam cincai saja. Pulak distributor claim tahan 4-5 bulan, kita kena find out jugak once bila kita dah buka botol tu potensi dia nak masuk angin tu berapa percent kan. Kalau produk Shaklee yang vitami-vitamin dia memang kak kenari jamin. :)

Yang ketujuh, dapatkan juga testimoni dan survey juga testimoni set bersalin ni. Tengok apa kata para pelanggan yang dah guna. Dari segi kepuasan macam mana, diorang puashati ke tak. Apa respon diorang, 

***susu diorang banyak tak, 
***badan diorang cergas tak, 
***luka bersalin cepat sembuh tak, 
***baby diorang ada cirit birit tak 
***jaundis baby cepat baik tak dan macam-macam lagi la. 

Yang kak kenari sebutkan diatas adalah ciri-ciri utama yang patut kita titik beratkan. 

Baiklah, itu sahaja sebanyak 7 tip panduan memeilih set bersalin ketika korang dalam pantang nanti. Jika korang berminat mahu mendapatkan set bersalin shaklee ini hubungi kak kenari sekarang ya :).

Dijamin harga yang terbaik untuk anda dan konsultansi semuanya dalam pakej kak kenari. 

Your Shaklee Independent Distributor; 

 Jannah (ID: 910562) 

 Tel/SMS/WhatsApp : 017-4556648

 FB Fanpage & Blog : KenariPutih

 URL Blog: http://kenariputih9727.blogspot.com/

 URL FB Fanpage: http://www.facebook.com/KenariPutih9727

 Email: kenariputih9727@gmail.com









No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...